You are on page 1of 5

1/16/2017

Senariomenarikpolitik2009

saya nak baca ..

Berita
Terkini
Utama
Nasional
Wilayah
Luar Negara
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti
Video
Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik
Rencana
Utama
Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis
Forum
Agama
Blog Editor
Sukan
Hiburan
Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang
Pendidikan
Umum
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama
Sains & Teknologi
Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar
Gaya Hidup
Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga
Kesihatan
Fesyen
Sukan
Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain
Rencana Sukan
Lain-lain
Galeri Foto

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Search

1/5

1/16/2017

Lain-lain
Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert

Senariomenarikpolitik2009

Facebook
Sign in

KongsiMaklumBalas
anda

Weareconductingaquick
Waktusurveytobetterunderstandour
Solat Kuala Lumpur
audience

rencana

Continue

Cancel

ARKIB : 04/01/2009

Senario menarik politik 2009

2009 menjanjikan satu lagi episod menarik bagi peminat politik Malaysia dan antarabangsa. Di Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bakal dinobatkan sebagai Presiden
baru. Kepresidenan Obama amat dinantikan bukan sahaja oleh rakyat AS, tetapi juga
seluruh dunia.
Kejayaan memecahkan tembok penguasaan kepemimpinan politik bangsa Anglo-Saxon
di negara kuasa besar tersebut mencetuskan minat baru yang luar biasa di kalangan
masyarakat dunia. Semua orang ingin menyaksikan ke manakah Amerika Syarikat dan
dunia akan dibawanya mulai 2009 sehinggalah penggal pemerintahannya berakhir.
Apakah agaknya perkara-perkara besar yang bakal dicetuskan oleh Presiden kulit hitam
pertama AS tersebut untuk negara itu khususnya dan dunia umumnya? Sejauhmanakah
beliau berani dan mampu mengejar impian besar beliau seperti mana yang beliau
catatkan dalam memoirnya The Audacity of Hope.
Di Malaysia, peristiwa penting yang bakal disaksikan ialah peralihan kepemimpinan
negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
ia bakal berlaku menerusi suatu proses peralihan kuasa secara tradisi dalam UMNO
setelah Abdullah membuat suatu keputusan paling sukar, tetapi penuh bijaksana untuk
tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas
perhimpunan UMNO 2009 rentetan episod pilihan raya 2008. Pengorbanan Abdullah ini
memperlihatkan jiwa besarnya sebagai seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan
umum mengatasi kepentingan dirinya demi kesinambungan UMNO, BN dan negara.
Pengunduran Abdullah nanti akan menyaksikan pertama kalinya, anak bekas seorang
Perdana Menteri Malaysia yang sangat dikagumi, Allahyarham Tun Abdul Razak, bakal
mengambil alih kepemimpinan negara setelah negara melalui gelora politik yang tidak
kurang hebatnya seperti mana ketika ayahandanya mengambil-alih teraju politik negara
kira-kira empat dekad lalu.
Semasa Tun Razak mengambil-alih teraju kepemimpinan dahulu, UMNO dan parti
Perikatan dalam keadaan lesu setelah terpukul teruk dalam pilihan raya umum 1969.
Namun, Tun Razak dengan penuh keyakinan menempuh badai politik dengan penuh
iltizam sehingga dalam tempoh empat tahun sahaja beliau berjaya memulihkan UMNO
dan Perikatan. Tun Razak merombak perlembagaan parti dan struktur Majlis
Tertingginya, melaksanakan penjenamaan semula (rebranding) ke atas Perikatan
sehingga melahirkan Barisan Nasional (BN) yang lebih mantap dan disegani,
kemudiannya menang besar dalam pilihan raya umum 1974.

Subuh6:05
Zohor1:26
Asar4:48
Maghrib7:23
Isyak8:36

Klik untuk waktu solat kawasan lain

DengarSuriaFM
RadioSuriaFMMenceriakanDuniamu

RiuhRioBrazil2014
LamanwebmikrobolasepakPialaDunia2014

TragediPesawatMH370
UtusanLivelaporkehilanganpesawatMH370

KE7BGreenland2014
LaporanEkspedisiKE7BGreenlandMalaysia2014

IKLAN@UTUSAN

Kelahiran BN berjaya mencapai matlamat asalnya untuk meredakan keterlaluan


berpolitik (politicking) di dalam negara. UMNO dan BN lantas muncul sebagai parti
politik yang lebih gagah, politik negara menjadi lebih stabil dan era baru politik Malaysia
pun bermula.
Pelaksanaan DEB menjadi mercu tanda kepada kepemimpinan dinamik Tun Razak.
Malah ia muncul sebagai suatu dasar ekonomi nasional paling radikal yang pernah
dilaksanakan dalam sejarah politik Malaysia. Maka bermulalah era Razakisme dalam
politik Malaysia. DEB dan Agenda Ekonomi Melayu dengan pelbagai institusinya seperti
Bank Bumiputera, Pernas, FELDA, pembangunan luar Bandar dan pembasmian
kemiskinan, kelahiran berpuluh buah Badan-badan Berkanun dan Syarikat-syarikat
milik kerajaan (yang hari ini di kenali sebagai GLC), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan pelbagai yang lain termasuk beberapa akta dan undang-undang baru adalah
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

2/5

1/16/2017

Senariomenarikpolitik2009

legasi istimewa Tun Razak dalam politik Malaysia. Razakisme terangkum dan terjelma di
dalam hampir kesemua entiti dan institusi tersebut.
Kepada parti pemerintah, BN adalah legasi politik terbesar Tun Razak yang tiada tolok
bandingnya sehingga negara berjaya mengekalkan kestabilan politik sejak 40 tahun yang
lampau sehinggalah konsep ini diuji dengan hebat dalam pilihan raya lalu. Beliau
membuktikan bahawa empat tahun adalah tempoh yang cukup bagi melakukan
perubahan penting yang diperlukan UMNO dan Perikatan.
Seperti mana rakyat Amerika menantikan dengan penuh debar bagaimanakah Obama
bakal menyalurkan getarnya dalam kehidupan mereka, rakyat Malaysia juga ternantinanti era baru kepemimpinan Najib dengan penuh minat kerana sudah ada sebahagian
daripada kita yang terhimbau ke era ayahanda beliau. Ada yang sudah bertanya dan
berteka teki apakah era Najib akan mencetus semula Razakisme dan neo Razakisme?
Atau, apakah beliau akan memilih untuk kembali ke era Mahathirisme? Atau
mungkinkah beliau akan cenderung meneruskan kepemimpinannya dengan corak dan
pola status-quo semasa? Atau gabungan pendekatan kepemimpinan Razakisme dan
Mahathirisme yang akan mencirikan kepemimpinannya?

KongsiMaklumBalas
anda

IKLAN@UTUSAN

Weareconductingaquick
surveytobetterunderstandour
audience

Continue

Cancel

Berteka-teki
Ada juga pemerhati yang berpendapat sebagai seorang pemimpin yang sudah cukup
terlatih, berpengalaman dan lebih bersedia, Najib bakal menjelmakan era barunya yang
tersendiri. Yang nyata, parti-

ePlayerSukan

parti dalam pakatan pembangkang juga turut kurang pasti dan berteka teki juga apakah
pendekatan yang bakal berlaku di bawah Najib. Tidak kurang pentingnya juga bagi diari
politik 2009 ialah pertarungan merebut jawatan di dalam UMNO yang bakal berlaku
serentak dengan peralihan kuasa di dalam UMNO. Siapakah pemenang bagi jawatan
Timbalan Presiden? Siapakah akan menduduki kerusi Naib-naib Presiden?
Bagaimanakah pula dengan jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO?
Penganalisis politik pasti sibuk dengan ramalan mereka mengenai siapa yang akan
menang dan patut menang. Sesudah itu teka teki akan beralih pula kepada siapakah
yang bakal menduduki kabinet Najib?
Di pihak pembangkang pula mereka mungkin sudah mempunyai beberapa opsyen untuk
berdepan dengan Najib dan barisan kepemimpinan baru UMNO dan BN. Namun,
sebelum mereka bersedia ke arah itu, tahun 2009 memberikan isyarat betapa mereka
perlu terlebih dahulu bergelut mengatasi kemelut dalaman mereka, ia sebenarnya lebih
kompleks dan berupaya menjerumuskan mereka dalam suatu krisis politik lebih besar
sehingga menggugatkan kredibiliti mereka sebagai alternatif kepada BN. Pendekatan
populis yang bersifat ad-hoc tanpa suatu dasar bersama yang konsisten sudah mula
menikam diri mereka sendiri. Di kalangan pemimpin dan puak yang bertelagah sesama
sendiri ini baik di dalam mahu pun di antara parti-parti dalam pakatan pembangkang
jelas memperlihatkan kerakusan mereka terhadap kuasa, kedudukan, populariti dan
kemewahan yang baru dinikmati itu. Malah sudah ada yang mula menunjukkan belang
laksana hero populis filem-filem Tamil seperti Rajinikanth, Vijaykanth dan Arjun yang
tampil menjadi pembela rakyat golongan bawahan menentang establishment.
Untuk terus mencari dan mempertahankan populariti dan pendekatan populis mereka
kita barangkali akan menyaksikan lebih banyak lagi paparan episod dan lakonan aksiaksi politik ala filem-filem Tamil daripada pemimpin-pemimpin politik dalam PKR dan
DAP.
Hal ini tidak terbatas kepada pemimpin-pemimpin politik kelompok tertentu dalam PKR
dan DAP sahaja, tetapi sudah mula merebak kepada pemimpin-pemimpin muda lain
keturunan Cina dan Melayu dalam DAP dan Pas juga. Inilah antara perkara yang akan
mencabar keupayaan pemimpin pembangkag dan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menanganinya. Berjayakah Anwar mengurus cabaran dan tekanan politik ini laksana
peranan yang dimainkan oleh Amitabh Bachchan, hero veteran filem Hindi yang sering
menjadi pengurus krisis dalam filem-filem Hindi kontemporari tetapi turut terjebak
dalam konflik yang cuba diselesaikannya?

MENARIK

Ruangiklanpercumahartanah,produk
Promosikanperniagaanandakepadadunia.

JomlangganakhbarUtusanMalaysia
Dapatkanterusakhbardengancaramudah.

Aduansukardapatnaskhahakhbar
Beritahukamijikaakhbartiadaditempatanda.

GambarkahwinAlbumRajaSehari
Abadikankenanganindahandadidadaakhbar.

MaribacaUtusanMelayuMingguan
Kekalkantradisi,pelajaritulisanjawi.

SMSNewsAlertUtusanMalaysia
Dapatkanberitaterkiniditelefonbimbitanda.

Namun Anwar sendiri dalam masa yang tidak begitu lama lagi mungkin sudah perlu
mempersiapkan dirinya bagi menghadapi ujian getir perbicaraan di mahkamah untuk
pusingan yang kedua dalam kes liwat yang dihadapinya. Jika kes ini berpihak kepada
Anwar, maka faktor Anwar pasti akan terus menggugat ketenangan politik Malaysia dan
BN bakal menghadapi tugas lebih sukar mengembalikan sokongan rakyat kepadanya.
Jika kes ini berpihak kepada pendakwaraya pula, maka Anwar mungkin mengulangi
nasibnya di penjara Sungai Buloh dan pergolakan dalam pakatan pembangkang mungkin
sukar dibendung lagi kerana kehilangan pemimpin penting yang dapat menguruskan
kerjasama politik di antara mereka.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

3/5

1/16/2017

Senariomenarikpolitik2009

Tiada pemimpin lain dalam pembangkang yang mampu menyamai atau berupaya
memainkan peranan yang dimainkan Anwar dalam mempertahankan kerjasama politik
di kalangan pembangkang. Pergolakan kelompok-kelompok yang bertelagah di dalam
PKR juga mungkin menjadi bertambah parah. Di Parlimen, perebutan pasti berlaku di
antara PKR, DAP dan Pas untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang. Dasar persamaan
status dalam pakatan pembangkang jelas boleh menyulitkan mereka mencapai
konsensus politik ketika berdepan dengan krisis. Apa yang nyata ialah parti-parti dalam
pakatan itu kini sudah mula merasai betapa sukarnya menjadi parti yang memerintah.
Bagaimanapun sebelum ini semua dapat disaksikan, politik Malaysia 2009 akan bermula
dengan pertarungan pusingan kedua BN-pembangkang dalam pilihan raya kecil
Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Signifikannya pilihan raya Kuala
Terengganu dalam politik tanah air kerana ia satu kawasan di mana kekuatan UMNO dan
Pas hampir seimbang. Selain itu gelora politik 2008 juga sudah sedikit reda, lantas dapat
mewujudkan suasana berfikir dan emosi yang lebih tenang di kalangan pengundi untuk
membuat keputusan dan menentukan pilihan mereka. Justeru, trend politik pengundi
dan populariti kedua-dua parti akan dapat diukur dengan lebih baik. Kepada UMNO dan
BN, Kuala Terengganu menjadi lebih penting kerana ia kawasan yang telah dimenangi
UMNO dalam pilihan raya 2008. Kemenangan di Kuala Terengganu pasti meniupkan
semangat baru kepada parti itu untuk bangkit kembali setelah episod duka pilihan raya
umum 2008 dan episod pahit di pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu.

KongsiMaklumBalas
anda

Weareconductingaquick
surveytobetterunderstandour
audience

Continue

Cancel

Kekalahan Pas di Kuala Terengganu pasti menyebabkan pergeseran puak Erdogan dan
puak konservatif bertambah parah di dalam parti tersebut. Pas yang dikerdilkan oleh
PKR dan DAP dalam pilihan raya umum 2008 pasti mendapati kedudukannya bertambah
sukar untuk menyaingi pengaruh kedua-dua rakan kongsinya itu. Para pengikut Pas pasti
mengenakan tekanan yang lebih kuat kepada kepemimpinan parti supaya tidak lagi
menjadi terlalu apologetik dan pak turut kepada PKR dan DAP. Ternyata prinsip politik
DAP lebih teguh berbanding pegangan ideologi politik yang diperjuangkan oleh Pas.
Ideologi politik Pas tidak salah, yang lemah ialah iltizam politik pemimpin-pemimpinnya.
Pas telah menunjukkan yang ia sebenarnya belum cukup bersedia menjadi pelindung
politik kepada orang Melayu dan Islam di negara ini apabila ia sering mengalah kepada
DAP dan PKR.
Ampuh
Nyatalah, baik UMNO mahu pun Pas, kedua-duanya bakal mengharungi pilihan raya
kecil Kuala Terengganu di bawah tekanan dan pertarungan ini pasti sengit ibarat
pertarungan merebut gelaran tinju Heavyweight Thrilla in Manila antara Muhammad Ali
dan Joe Frazier awal era 1970an dahulu. Peminat-peminat sejati sukan tinju pasti tahu
apakah kesudahan pertarungan Ali-Frazier tersebut. Frazier hanya menang pertarungan
tersebut dengan kiraan mata. Namun kemenangannya hanya seketika apabila Frazier
tewas kepada George Foreman dalam pertarungan berikutnya. Foreman bagaimanapun
dibelasah Ali dengan pukulan knock-out dalam pertarungan Rumble in the Jungle di
Kinshasha, Zaire pada 1974, tahun yang sama BN menang besar setelah ia membuat
kemunculan sulung hasil penjenamaan semula parti Perikatan.
Tahun 2009 juga menjanjikan episod menarik untuk para pemerhati politik melihat
sejauhmanakah ampuh atau semakin rapuhnya kerjasama politik triparti dalam pakatan
pembangkang dan sejauhmanakah BN mampu bangkit kembali. Dalam keadaan dunia
bersiap sedia menghadapi potensi berlakunya krisis kemelesetan ekonomi global yang
pasti turut menghimpit Malaysia, trend berpolitik secara keterlaluan pasti
memudaratkan masyarakat dan negara. Sementara BN selaku parti pemerintah terpaksa
berdepan dan mengurus cabaran ini dengan penuh bijaksana, pendekatan populis partiparti dalam pakatan pembangkang akan terus meletakkan kerajaan pusat dalam
keadaan dilema dan sukar untuk mengambil opsyen yang mungkin tidak popular.
Pakatan pembangkang kelihatannya akan terus dengan pendekatan populis mereka
sehingga pilihan raya yang akan datang.
Bersediakah BN mengambil pendekatan yang sama bagi menyaingi pembangkang? BN
telah membayar harga yang mahal dalam pilihan raya 2008 apabila mengambil
pendekatan bukan populis dalam menangani krisis harga minyak sebelum ini. Apakah
pendekatan yang BN akan amalkan dalam menangani krisis kapitalisme global? Dalam
masa yang sama BN juga perlu membendung kemaraan pembangkang dan dasar-dasar
populisme mereka jika ia ingin bangkit kembali dalam pilihan raya yang akan datang.
2009 pastinya terus menjadi tahun politik yang menarik untuk disaksikan bersama.
Obama, Najib, Anwar, UMNO dan pertarungan BN-PR di dalam dan di luar Parlimen
adalah antara rempah ratus menarik bagi diari politik 2009. Adanya baiknya para
pemimpin politik dan pemerhati politik membaca memoir Barack Obama The Audacity
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

4/5

1/16/2017

Senariomenarikpolitik2009

of Hope dan Dreams from my Father bagi mendapat sedikit sebanyak ilham politik bagi
menghadapi tahun 2009 dan selepasnya dengan lebih berkeyakinan.
Penulis adalah Profesor Politik dan
Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia.
KongsiMaklumBalas
anda

Kongsi Konten di :


Perisian saham terbaik

Weareconductingaquick
surveytobetterunderstandour
audience

Muat turun perisian saham MT4 mudah


Analisis kos percuma menguntungkan

Continue

Cancel

gcmasia.com

TAJUKTAJUKBERITALAIN:

TugasanbesarmenantiMalaysiadiUNSC
ManaadakelaspakainamaMelayu...
Bersihkanagensipenguatkuasaandaripadapengkhianat
BISIKBISIKAWANGSELAMAT
Mistikbelantara
Jelmaanbigfoot,pontianakusikpendaki
Khemahdigoncanglembaga
DiekoripocongpuncakNuang
Terserempakkumpulanpembawaobor
'Disapa'jintanahdiKemLolo
Gangguanbolehmendatangkanmudarat
Jutawanbekaspengemis
Kamerarakamperbuatankejijururawatlelaki
Bukanmudahbergelarhajidanhajah
Citranegaraperludalampelaksanaandasarbahasa
Lebihbaikmiskinmaterialdaripadamiskinjiwa
BISIKBISIKAWANGSELAMAT
Pluralismeprodukliberalisme
ProjeksturgeondanTamanNegara
Tokohpentadbirterbilang

Terkini
BeritaUtama
ArkibBerita

EnglishEdition

Nasional
DalamNegeri
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
LaporanKhas

LuarNegara

HubungiKami|JomIklan|

Artikel
Rencana
Forum
Kolumnis
Cuit
Selak
Blog
KamiPrihatin

Facebook|

Wilayah
Kota
Selatan
Johor
Utara
Timur
Pahang
Sabah&Sarawak
SuaraRakyat

Twitter|

Hiburan
Tempatan
RancanganTV

GayaHidup
Feminin
Keluarga
Kesihatan
Polis&Tentera

Sukan
DalamNegeri
LuarNegara
RencanaSukan
Golf
EURO2012
ePlayer

Bisnes
Ekonomi
Korporat
Produk/Servis
Agro
Saham
Matawang

Pendidikan
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama

Sains
Sains&Teknologi
Megabait
Kesihatan

Rekreasi
Rekreasi
Pemotoran
Pancing
Pelancongan
ImpakAlam
CatatanKembara

Xtive
Video
BlogEditor
SuaraRakyat
SalamAidilfitri

RencanaRSSFeed|PolisiPrivasi|PrivacyPolicy|

KumpulanUtusan|Kosmo!|Tutor|ADaP|eLab|ManggaOnline|SajiOnline|disini.my|MyBooks|JobHouse|UtusanKarya

MengenaiKami | Terma&Syarat
WWW.UTUSAN.COM.MY 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

5/5

You might also like