You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG,

42700 BANTING
MINIT MESYUARAT PANITIA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Bilangan Mesyuarat : 1
Tarikh
: 31/12/2015
Masa
: 11.00 Pagi
Tempat
: Bilik Komputer SKBC
KEHADIRAN :
Hadir
1. En. Zailan Bin Mohd Zaid
2. Pn. Siti Norbaizura Binti Abdul Malik
3. Pn. Nor Shahara Binti Che Daud
Tidak hadir bersebab
1. Cik Nurul Asyafaf
Hadir bersama
1. Pn. Nor Siti Hajar Binti Hassan (juru teknik skbc)
Urus setia mesyuarat
1. Pn. Siti Norbaizura Binti Abdul Malik
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi majlis memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam dan
bacaan Al-Fatihah serta mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat
yang hadir.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat panitia TMK bilangan 3 tahun 2015 pada 4/11/2015
disahkan tanpa pindaan.
3.0 PERKARA PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS
Tiada
4.0

PERBINCANGAN AGENDA BARU

4.1
LADAP
4.3.1
Penyebaran kssr perlu diadakan kepada semua guru TMK
memandangkan semua guru adalah guru baru yang mengajar mata
pelajaran ini.
4.3.2
Cara pembinaan kuiz secara atas talian dengan menggunaan
medium VLE juga akan diberi perhatian bagi memudahkan guru-guru.

4.2
Penggunaan Bilik Komputer
4.2.1
Bilik komputer perlu digunakan sepenuhnya semasa P&P TMK.
4.2.2
Penggunaan bilik komputer perlu direkodkan di dalam rekod
penggunaan bilik komputer yang telah disediakan.
4.2.3
Bilik komputer juga dibenarkan untuk mata pelajaran lain tetapi
waktu penggunaan mestilah tidak bertembung dengan kelas TMK.
4.2.4
Penggunaan netbook juga adalah amat digalakkan dan netbook
akan diuruskan oleh juru teknik komputer sebelum dan selepas P&P
supaya tidak mengganggu waktu mengajar guru.
4.3
Keceriaan bilik computer
4.3.1
Bilik komputer akan diceriakan dari segi pemasangan langsir, alas
meja, sarung kerusi dan juga pengisian pada papan kenyataan berkaitan
bilik komputer dan pengisian bagi mata pelajaran TMK.
4.4
Penyediaan RPT
Tahun 4 guru yang menggantikan Cik Nurul Asyafaf
Tahun 5 Pn. Nor Shahara Binti Che Daud
Tahun 6 Pn. Siti Norbaizura Binti Abdul Malik
4.5

Penggubal soalan PPT dan PAT


TAHUN
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

PPT
guru yang menggantikan
Cik Nurul Asyafaf
Pn. Nor Shahara Binti Che
Daud
Pn. Siti Norbaizura Binti
Abdul Malik

PAT
guru yang menggantikan
Cik Nurul Asyafaf
Pn. Nor Shahara Binti Che
Daud
Pn. Siti Norbaizura Binti
Abdul Malik

4.6
Senarai nama murid
4.6.1
Guru-guru TMK perlu menyediakan senarai nama murid mengikut
kumpulan dan kelas bagi memudahkan penandaan rekod penggunaan
netbook. Senarai nama tersebut perlu diserahkan kepada juru teknik
komputer SKBC.
4.7
ID VLE
4.7.1
En. Zailan mencadangkan semua murid diberikan kad yang
mengandungi ID dan Password VLE masing-masing bagi memudahkan
murid mengakses VLE semasa P&P TMK dan di rumah.
4.7.2
Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan peratus penggunaan
VLE dalam kalangan murid.
4.8
Kuiz
4.8.1
Memandangkan guru-guru TMK adalah guru-guru Sains, En. Zailan
mencadangkan guru-guru TMK membuat kuiz dalam talian dengan
menggunakan medium VLE bagi meningkatkan kemahiran murid
menggunakan komputer dan internet.
2

4.9
Penyimpanan bahan P&P murid-murid
4.9.1
Penyimpanan bahan-bahan P&P di dalam netbook bagi murid perlu
diselaraskan supaya tidak mengganggu perisian di dalam netbook.
4.9.2
Folder bagi setiap tahun perlu diwujudkan di dalam My Document.
5.0 HAL HAL LAIN
5.1
Pengerusi meminta pentadbir menambah seorang lagi guru
untuk mengajar matapelajaran TMK bagi menggantikan Cik Nurul
Asyafaf yang dapat bertukar ke sekolah lain.
5.2
Guru yang dicadangkan ialah guru Sains.
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari dengan bacaan
surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah.

Urus setia
Panitia TMK
SK Bukit Changgang

You might also like