You are on page 1of 1

Pengasasan Pertubuhan

Tahun
1859

Peristiwa
Pertempuran Selferino yang menyebabkan beberapa ribu orang anggota
tentera yang cedera luka terbiar menunggu maut tanpa diberi rawatan
yang sewajarnya mencetuskan idea kepada Jean Henry Dunant bagi

1863

memberi penjagaan dan pertolongan kepada mangsa perang.


Satu persidangan antarabangsa diadakan di Geneva bagi mencari jalan
memperbaiki keberkesanan perkhidmatan perubatan tentera di medan
peperangan. Persidangan itu menerima pakai Palang Merah yang
berlatarbelakangkan putih sebagai lambang tetap untuk persatuan

1864

persatuan yang memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera.


Konvensyen Geneva yang pertama menerima palang merah berlatarkan

1876

putih sebagai lambang khas bagi perubatan angkatan tentera.


Semasa Perang Rusia dengan Turki, di Balkana, Pemerintahan
Uthmaniyah memutuskan menggunakan lambang bulan sabit merah
bagi mengantikan lambang palang merah. Langkah ini diikuti oleh semua

1949

negara arab dan negara mempunyai ramai penduduk Islam.


Artikel 38 Konvensyen Geneva Pertama tahun 1949 mengesahkan
lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa dan Matahari
Merah berlatarkan putih sebagai lambang khas bagi perubatan angkatan
tentera. Jesteru, tanda tanda lain tidak boleh sama sekali dijadikan

1980

lambang.
Republik Iran sesudah menggunakan lambang Singa dan Matahari

1982

Merah menukarkan lambang kepada Bulan Sabit Merah sebagai ganti.


Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah menerima Palang Merah dan Bulan Sabit Merah berlatarkan putih
sebagai lambang.

You might also like