You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN POS PIAH

Telefon:
31100 SUNGAI SIPUT (U),
e-mail:sk_pospiah2@yahoo.com
PERAK DARUL RIDZUAN.
ABA 4052
_____________________________________________________________________________________________

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT DIALOG PRESTASI KALI KE-1 2017


TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
PENGERUSI
KEHADIRAN (BIL)

: 10.1.2017
: Selasa
: 2.30 petang 3.30 petang.
: Bilik Gerakan SK Pos Piah
: Encik Mohd Fadzli Bin Mansor
: 9/9

KEHADIRAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Encik Atan@Mohd Fadzli Bin Mansor


En.Zulkifli Bin Puteh Abdullah
En.Balya Bin Aziz@Ismail
En.Zukhiri Bin Mohd Yusof
En.Zainordin Bin Zakaria
En. Khairul Amri B. Md Salleh
En. Mohd Aziz Bin Yaacob
En. Mohd Syaieza Bin Ridzuan
Pn. Nurul Huda Hayati Binti Abd. Manaf

( Guru Besar )
( GPK Pentadbiran )
( GPK HEM )
( GPK Ko-Kurikulum )
( Setiausaha)
(Ketua Panitia Matematik)
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)
(Ketua Panitia Sains)
(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Tidak Hadir :
-TiadaBIL

AGENDA :

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1

Tuan Guru Besar selaku pengerusi memulakan mesyuarat pada hari ini
dengan bacaan surah Al-Fatihah. Seterusnya, Pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru mata pelajaran teras tahun 6 dan tahun
5 kerana sudi hadir pada mesyuarat dialog prestasi kali yang kedua
untuk sesi tahun 2015.
Makluman
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LALU

2.1

Cadangan : En.Khairul Amri Bin Md. Salleh


Sokongan : En.Mohd Syakir Bin Md Rashid
1

Makluman
3

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
-Tiada-

PROGRAM MENTOR-MENTEE
4.1

Encik Mohd Azhar menerangkan program ini berfokus kepada muridmurid kelas tahun 6 di mana semua guru akan mengambil bahagian
masing-masing.

4.2

Setiap guru akan mengambil satu hingga dua orang anak murid
sebagai mentee.

4.3

Setiap guru juga perlu mengambil tahu prestasi murid dari semasa ke
semasa dan membimbing mentee masing-masing bagi meningkatkan
pencapaian akademik mereka.

4.4

Guru Besar meminta setiausaha mentor-mentee bersama-sama


penyelaras tahunn 6 untuk menyusun dan menentukan murid mengikut
kumpulan Mentor-Mentee.

4.5

Pemilihan murid berdasarkan masalah murid dan pencapaian mereka.


Program
Mentor-Mentee
untuk
Tahun
6
akan
disusun
secara berperingkat-peringkat.
Tindakan : Semua Guru

POST-MORTEM UPSR 2016


5.1

Encik Mohd Aziz maklumkan bahawa keberkesanan dalam kehadiran


murid masih di ambil berat dan perhatian. Cuma kehadiran murid tidak
memuaskan sewaktu kelas berfokus UPSR dijalankan sebelah petang.
Ini mungkin salah satu faktor sedikit merosot daripada segi pencapaian
murid-murid tahun 6 dalam ujian bulan januari berbanding TOV.

5.2

Encik Mohd Aziz juga menyatakan dalam kelas ini benda yang sama
digunakan seperti dalam kelas. Murid kurang semangat dalam kelas
berfokus.

5.3

Encik KhairulAmri mencadangkan supaya setiap program di cari


kekuatan dan kelemahan.Mencadangkan teknik menjawab dan latih
tubi diteruskan kerana kekuatan dalam mencapai sasaran cemerlang
untuk murid.
Makluman

5.4

Encik Abd Halim Bin Gumpal menyatakan latih tubi untuk Bahasa
Inggeris secara berulang-ulang untuk biasakan murid menjawab
dengan lebih berkesan.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

5.5

Guru besar memaklumkan agar guru-guru dapat mencari kaedah yang


sesuai untuk murid orang asli kerana mereka ini masih lemah dalam
akademik berbanding dengan murid-murid yang lain.
Makluman

ICT DALAM PENDIDIKAN


Makluman daripada pengerusi :
6.1

Guru-guru tahun 5 dan 6 boleh menggunakan bilik ICT sebelah petang


dalam kelas tambahan berfokus bagi meningkatkan pencapaian muridmurid dalam ujian dan peperiksaan yang akan datang

6.2

Waktu pesekolahan guru-guru digalakkan menggunakan ICT dalam


PdP kerana kajian telah banyak menunjukkan bahawa ICT mampu
menjana idea baharu kepada murid-murid dan seterusnya menarik
minat murid-murid dalam satu-satu mata pelajaran
Tindakan : Semua Guru

6.3

Guru bahasa inggeris boleh menggunakan ICT untuk membuat sesuatu


ayat dengan menaip keyboard dan print. Ini secara tidak langsung
membuat murid-murid teruja dalam pembelajaran
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

HAL-HAL LAIN
-Tiada-

UCAPAN PENANGGUHAN
6.1

Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli


jawatankuasa yang hadir. Komitmen yang tinggi daripada semua guru
dalam melaksanakan program yang dirancang amat diharapkan
supaya sasaran yang diharapkan tercapai dan meningkat dari semasa
ke semasa. Sebelum mesyuarat ditangguhkan semua guru membaca
surah Al-Ikhlas dan mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.30
petang.
Makluman

DISEDIAKAN:

..............................................................
(En. Zainordin Bin Zakaria
)
Setiausaha Dialog Prestasi

DISEMAK OLEH:

...............................................................
(En. Atan. Mohd Fadzli Bin Mansor)
Guru Besar SK Pos Piah

You might also like