You are on page 1of 12

1.

Esei Pentaksiran Formal dan Pentaksiran Tidak Formal dalam Pendidikan


Moral KBSR
Menurut Dvid Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment edisi ke-2

(2003), menyatakan bahawa pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat,


meninterprestasikan maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat
keputusan berdasarkan interprestasi yang dibuat ke atas maklumat. David Lambert dan
David Lines (2000), pula menyatakan bahawa pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah
proses berterusan untuk merekod dan mengumpul maklumat. Lembaga Peperiksaan
Malaysia pula berpendapat pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang seseorang
murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Pentaksiran merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi oleh seseorang individu dan
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
Pentaksiran ini juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan utama pentaksiran dijalankan adalah untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi
murid bagi memperkukuh dan mempertimbangkan perkembangan murid. Hasil pentaksiran
yang dinyatakan dalam bentuk skor membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang
berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ketahap yang
lebih tinggi dan menyeluruh serta bersepadu dari aspek

intelek,

rohani,

emosi

dan

jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Dalam hasil pentaksiran ini
skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Pentaksiran secara formal dapat dibahagikan kepda dua instrument iaitu pentaksiran
formal dan pentaksiran tidak formal. Menurut Hanna Gerald S dan Dettrner Peggy A (2004),
pentaksiran formal ialah penilaian secara formal iaitu penilaian yang dilaksanakan secara
formal atau rasmi. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk ujian pensel dan kertas bagi
mengukur pencapaian pelajar dalam aspek kognitif. Penilaian formal dibuat secara
sistematik dan saintifik yang lengkap dengan maklumat yang diperlukan seperti data, bukti
dan kriterea.
Jenis-jenis penilaian formal ialah penilaian formatif dan penilaian sumatif. Menurut Ee
Ah Meng (1998), penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian
untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran
tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu unit pelajaran yang kecil dan berkaitan.
Keputusan yang

diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran.

Program

pengayaan akan dijalankan untuk pelajar yang mendapat pencapaian yang cemerlang,
manakala program pemulihan akan diadakan untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat
menguasai pembelajaran tersebut.
Ee Ah meng menjelaskan bahawa
dijalankan

pada

akhir

sesuatu

penilaian sumatif ialah penilaian yang

kursus. Tujuan penilaian ini dijalankan adalah untuk

menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan lazimnya mengukur dan
menilai semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran. Contohnya,
peperiksaan akhir tahun KBSR dan peperiksaan berpusat seperti UPSR.
Jenis-jenis instrument pentaksiran formal ialah objektif dan subjektif. Soalan objektif
dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan jenis ini boleh
membekalkan maklumat yang berguna, sah, boleh dipercayai serta berguna mengenai
prestasi pelajar. Jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di
alam persekolahan mereka.
Pentaksiran secara tidak formal adalah untuk mengumpul maklumat yang dibuat
dengan cara pemerhatian secara langsung dan tidak langsung. Matlamat utama penilaian ini
adalah untuk memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil murid dari segi nilai dan
sikap murid tersebut. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri
perkembangan murid dan bukannya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi hanya
menghuraikan tahap kemajuan murid tersebut. Dengan adanya penilaian tidak formal ini,
guru dapat mengukur keberkesanan penyampaian guru, merancang strategi pengajaran
yang lebih berkesan dan sebagainya.
Jenis instrument pentaksiran tidak formal ialah pemerhatian, senarai semak, rekod
anekdot, hasil kerja pelajar dan temu bual. Dalam instrument pemerhatian, guru akan
memerhati tingkah laku murid di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru
tentang kelebihan dan kelamahan murid direkodkan dalam boring yang direka bentuk oleh
guru atau menggunakan boring pemerhatian yang telah ditentukan. Manakala senarai
semak pula adalah senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada tahun satu
sehingga tahunenam telah ditentukan terlebih dahulu. Dalam instrument ini guru akan
menyemak prestasi murid berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu
tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif
yang dijangkakan telah ditunjukkan oleh murid-murid.
Selain itu, jenis instrument tidak formal iaitu rekod anekdot, merupakan satu rekod
peristiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum catatan dibuat guru
haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Tingkah laku yang
2

diperhatikan hendaklah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Seterusnya, guru
harus membuat pentafsiran atau interprestasi tingkah laku yang diperhatikan. Manakala
hasil kerja murid pula berkaitan dengan menilai hasil murid berasaskan isi kandungan dan
sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek-aspek yang boleh dinilai termasuk sikap
kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.
Instrument temu bual pula melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid.
Murid-murid diberi peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan
sikap palajar tersebut. Sewaktu menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir
supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsang pelajar berfikir secara kritis
dan membuat pertimbangan moral pelajar tersebut.
Kesimpulannya, instrumen-instrumen dalam pentaksiran merupakan satu proses
sistematik untuk mengumpul makluma yang digunakan dan diperlukan oleh para guru.
Pembinaan instrument tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan maklumat
yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar.
Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur, kemudian
mentakeifkan supaya item boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian murid
haruslah jelas supaya item soalan dapat dibentuk.

3.0

Jadual Spesifikasi Ujian Pendidikan Moral Tahun 5

02

Kebersihan fizikal dan mental

03

Harga diri

04

Kerajinan

05

Hemah tinggi

06

Kasih saying

07

Kesederhanaan

08

Kejujuran

09

Baik hati

10

Berterima kasih

11

Kasih sayang terhadap keluarga

12

Hormat dan taat kepada anggota keluarga

10

22

Jumlah

3
1

Penilaian

Kepercayaan kepada Tuhan

Topik

Sintesis

01

Bil.

Analisis

Aplikasi

Jumlah

Kefahaman

Pengetahuan

Aras Kemahiran

3
1

3
3
1

4
5

40

4.0

Instrumen dan Item Pentaksiran Formal dan Tidak Formal

4.1

Objektif
1. Harga diri bermaksud
A. Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan.
B. Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
C. Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.
D. Beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan seharian.
(Aras pengetahuan)

Saling membantu dan


menghormati anggota keluarga
2. Pernyataan di atas merujuk sikap
A. memburukkkan nama keluarga.
B. menyusahkan anggota keluarga.
C. mengamalkan nilai murni.
D. tidak berbudi bahasa.
(Aras kefahaman)

3. Bagaimanakah keluarga bahagia dapat dibentuk?


A.
B.
C.
D.

Pujian yang diterima daripada masyarakat.


Amalan berkunjung ke rumah jiran tetangga.
Kemewahan dan pangkat yang dimiliki ibu bapa.
Sikap mengambil berat antara ahli keluarga.
(Aras aplikasi)

4. Kamu seorang yang ikhlas dalam perhubungan dengan rakan jika


i. sentiasa bercakap benar

ii. memutar belitkan cerita


iii. berpura-pura dihadapan rakan
iv. menegur rakan apabila dia melakukan kesalahan
A. i dan ii

B. i dan iv

C. ii dan iii

D. iii dan iv
(Aras analisis)

5. Berikan cara anda menghormati amalan dan larangan agama lain.


A. Bertanya dengan sopan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang agama
lain.
B. Mengejek amalan agama lain.
C. Mentertawakan amalan agama lain.
D. Tidak menghormati larangan yang terdapat dalam agama lain.
(Aras sintesis)

6 Alvin ternampak beberapa orang remaja sedang menghisap dadah. Apakah


tindakan perlu diambil oleh Alvin ?
A.
B.
C.
D.

Menegur mereka
Menyertai bersama mereka
Melaporkan kepada pihak polis
Mengherdik mereka
(Aras penilaian)

4.2

Subjektif
1. Jelaskan cara kamu menghormati amalan dan larangan agama rakan kamu.
(i) __________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________
(iii) __________________________________________________________________

2. Nyatakan amalan bersopan semasa bertutur.


(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________
(iii) __________________________________________________________________

kamu dituduh menconteng dinding tandas lelaki pada waktu rehat, sedangkan
pada waktu itu, kamu berada di kanting bersama rakan-rakan.

3. Apakah tindakan yang harus kamu lakukan?.


(i) ___________________________________
(ii) ___________________________________
(iii) ___________________________________
(iv) ___________________________________

BORANG PEMERHATIAN

Nama :_________________________________________________
Kelas : ________________________________________________
4. Senaraikan empat barang makanan yang sesuai disumbangkan untuk membantu
Perkara yang di nilai : _____________________________________
mengsa-mangsa seperti dalam gambar di atas.
(i)________________________________ (iii) _______________________________
Tarikh
Tempat
Catatan
(ii)________________________________ (iv)______________________________

4.3

Pemerhatian

i)

Tidak berstruktur

8 Tandatangan : _______________________
Nama Guru : _______________________

ii)

Berstruktur
BORANG PEMERHATIAN

9 Tandatangan : _______________________
Nama Guru : _______________________

Nama murid :___________________________ Kelas : ___________ Tarikh :___________


Pemerhatian
Bil

Perkara (tingkah laku)


(YA)

1.

Menjaga kebersihan dan kekemasan diri

2.

Menjaga kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah

3.

Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain

4.

Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang

5.

Bersopan santun

6.

Menepati masa

7.

Menyiapkan semua tugasan yang diberikan

8.

Memberi kerjasama kepada rakan dan guru

4.4

(TIDAK)

Arahan tugasan hasil kerja murid


Berdasrkan pengajaran yang telah disampaikan oleh guru, bina sebuah buku skrap
bertemakan kepelbagaian kaum di Malaysia. Isi kandungan buku skrap tersebut
hendaklah menerangkan tentang amalan dan larangan bagi kaum yang dipilih. Buku
skrap tersebut haruslah mengandungi 3 etnik yang berlainan iaitu:
i)
ii)
iii)

5.0

Melayu
Cina
India

Refleksi

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya, setelah diberikan masa oleh


pensyarah pembimbing, akhirnya tugasan ini dapat saya siapkan dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

10

pembimbing iaitu Puan Sodah Haji Ahamad, yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam masa yang telah ditetapkan.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mendapat

pelbagai ilmu pengetahuan

yang baru saya ketahui dan menambahkan lagi kemahiran yang saya miliki. Dalam
melaksanakan tugasan ini, saya dapat mendalami dan lebih memahami maksud sebenar
pentaksiran. Pentaksiran yang terdapat dalam pendidikan moral ini lebih lengkap dan tidak
sama dengan pentaksiran yang saya pelajari dalam subjek major saya, terutamanya dari
segi penggunaan instrument.
Dalam pentaksiran ini, saya dapat menambahkan pengetahuan saya dari segi
instrumen yang terdapat dalam pentaksiran formal dan tidak formal. Walaupun, pada
mulanya saya agak keliru dengan instrumen yang terdapat dalam pentaksiran tidak formal.
Namun, atas usaha melalui pembacaan yang saya lakukan saya dapat memahami dengan
lebih baik tentang pentaksiran ini dan seterusnya saya dapat membuat esei berkaitan tajuk
tersebut dengan baik.
Selain itu, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapat mengingat kembali subjek
sebelum ini yang banyak menggunakan i-THINK. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat
mengaplikasi kemahiran yang saya miliki dalam membuat peta buih berganda. Peta buih
berganda ini saya buat berdasarkan pemahaman dan pengetahuan lepas saya. Untuk
menghasilkan sebuah peta buih berganda yang baik, isi dalam sesebuah buih tersebut
hendaklah padat dan ringkas agar dapat menjimatkan ruang serta menghasilkan peta buih
berganda yang kemas dan cantik.
Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan baru iaitu dalam membina jadual
spesifikasi ujian bagi peperiksaan pertengahan tahun. Bagi tugasan ini, saya telah membuat
jadual spesifikasi ujian untuk tahun lima. Dalam menghasilkan jadual spesifikasi ujian yang
baik, saya perlu mengetahui pembahagian peratus untuk semua aras kemahiran yang ada
berdasarkan Taksonomi bloom. Bagi membina jadual spesifikasi ujian ini, tajuk dan unit yang
terdapat dalam sukatan perlulah diketahui, agar tidak berlaku sebarang kesalahan dalam
pembinaan JSU ini. Saya juga dapat mengetahui tujuan dan kepentingan JSU ini dibuat
kepada guru-guru terutamanya guru pendidikan moral.
Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui prosedur dalam pembinaan soalan.
Soalan yang dibina hendaklah berdasarkan JSU dan mengikut aras kemahiran. JSU penting
dalam pembinaan soalan agar kita dapat mengetahui jumlah soalan bagi aras kemahiran
dan topic tersebut. Dengan pembinaan soalan ini, saya dapat menghasilkan soalan
berdasarkan aras kemahiran iaitu Taksonomi Bloom tertutamanya bagi soalan objektif.

11

Manakala, bagi soalan subjektif pula saya dapat membina ayat yang mudah untuk pelajar
faham akan kehendak soalan.
Saya juga dapat menambahkan lagi kefahaman saya melalui pengaplikasiaan iaitu
dengan membina boring pemerhatian yang terdiri daripada boring pemerhatian berstruktur
dan boring pemerhatian tidak berstruktur. Seterusnya, saya dapat membina arahan tugasan
yang perlu disiapkan oleh pelajar iaitu berkaitan dengan hasil kerja murid. Bagi tugasan ini,
saya telah mengarahkan pelajar untuk menghasilkan sebuah buku skrap yang berkaitan
adat resam kaum majoriti.
Akhir sekali, semua ilmu yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini amat
berguna kepada saya. Pelbagai informasi yang cukup berguna saya perolehi sepanjang
menyiapkan tugasan ini yang saya boleh gunakan sebagai gambaran bagi pengajaran yang
perlu saya lakukan ketika menjadi seorang pendidik di sekolah kelak.

12

You might also like