You are on page 1of 44

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum
mempunyai pakaian yang berbeza.
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk
dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket di
Raja yang antik.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada
kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan
batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan
pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab
diperkenalkan di negara ini.
Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina
masih digunakan dengan meluas malahan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia turut
mempunyai pakaian mereka sendiri.Ikuti kupasan selanjutnya mengenai jenis
pakaian yang terdapat di Malaysia.
Bermula dengan masyarakat Melayu di Malaysia.Masyarakat Melayu mempunyai
pelbagai pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari ini.Antara
pakaian yang masih di gunakan hingga ke hari ini oleh masyarakat melayu di
Malaysia ini ialah baju melayu bagi kaum lelaki,baju kebaya dan baju
kurung,pula bagi kaum perempuan.

You might also like