You are on page 1of 17

1

BAB 7
DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
7.1. KONSEP
7.1.1. Pada asasnya kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada
kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Kegiatan ini
boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian
sesuatu aktiviti itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat
pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti
kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut
bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan
pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
7.1.2. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dam ahli
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa;
7.1.2.1. Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan
sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
7.1.2.2. Semua pelajar mempunyai
minat dan bakat yang boleh
dimajukan;
7.1.2.3. Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri
sendiri;
7.1.2.4. Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar
untuk keperluan masyarakat dan negara;
7.1.2.5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan
mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan
kemasyarakatan.
7.2. MATLAMAT
7.2.1. Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan
kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Negara adalah matlamat utama aktiviti kokurikulum.
Matlamat aktiviti kokurikulum yang hendak dicapai adalah;
7.2.1.1. Keseimbangan antara perkembangan mental (akademik)
dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
7.2.1.2. Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar di
sekolah;
7.2.1.3. Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam
matlamat aktiviti kokurikulum yang diceburi;
7.2.1.4. Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik
darjah serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar
dalam bidang tertentu;
7.2.1.5. Pengisian masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah,
memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan
kesejahteraan diri;
7.2.1.6. Peningkatan
disiplin
pelajar
melalui
penyemaian
dan
pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan hasrat
Rukunegara;
7.2.1.7. Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan
menggembirakan pelajar;
7.2.1.8. Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala
antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat;
7.2.1.9. Mewujudkan sekolah berwatak.
7.3. STRATEGI

2
7.3.1. Bagi mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi
pelaksanaannnya;
7.3.1.1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
supaya kurikulum dan aktiviti kokurikulum boleh saling
melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
7.3.1.2. Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam,
kelab/persatuan dan sukan serta
mempelbagaikan
aktiviti
tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua
pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan
dan beramai-ramai;
7.3.1.3. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua aktiviti
kokurikulum, di mana
yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
7.3.1.4. Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat
masyarakat;
7.3.1.5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS),
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan pelajar-pelajar
dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
7.3.1.6. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi menetapkan
matlamat yang dikehendaki;
7.3.1.7. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan;
7.3.1.8. Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar;
7.3.1.9. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara
berterusan;
7.3.1.10.Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari
semasa ke semasa.
7.4. STATUS PELAKSANAAN
7.4.1. Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan
kokorikulum di sekolah adalah wajib. [Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)].
7.4.2. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di
sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit (RM5000.00) atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya [Subseksyen 135(1)
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)].
7.4.3. Dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila
disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian
yang tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500.00) sebagai tambahan
kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah
Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu
terus dilakukan [Subseksyen 135(2) Akta 550].
7.5. JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM
Pengerusi
:
Naib Pengerusi :
:
Setiausaha
:
AJK
:

Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum
Semua Ketua Bidang

7.6. JAWATANKUASA KOKURIKULUM


Pengerusi
: Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran

Setiausaha
AJK

:
:
:
:

Penolong Kanan HEM


Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha Kokurikulum / Setiausaha Sukan
Semua Guru Penasihat

7.7. JADUAL WAKTU KOKURIKULUM


7.7.1. Badan Beruniform
Hari Rabu, Jam 2:00 5:00 petang
(Sila Rujuk Jadual Perjumpaan Kokurikulum untuk Badan Beruniform)
7.7.2. Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan
Hari Khamis, Jam 2:00 5:00 petang
(Minggu Berselang-Seli / Sila Rujuk Jadual Perjumpaan Kokurikulum untuk
Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan)

7.8. PENGLIBATAN PELAJAR DAN KEAHLIAN


7.8.1. Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld.
11(29)
bertarikh 2 Januari 1985 menyatakan;
Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan
oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (Badan
Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu
kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan
penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah
diusahakan.
7.8.2. Selaras dengan surat pekeliling ini dasar kokurikulum sekolah adalah
7.8.2.1. Setiap pelajar wajib menyertai satu kegiatan Badan
Beruniform, satu dari Kelab atau Persatuan dan satu lagi dari
Kelab Sukan atau Permainan.
7.9. PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM
7.9.1. Semua aktiviti kokurikulum mesti direkod dalam Buku Rekod
Kokurikulum yang disediakan. Semua butir-butir dalam buku rekod
tersebut perlu diisi dengan lengkap mengikut format yang disediakan.
7.9.2. Sila guna senarai semak sebagai rujukan.
7.9.3. Pada hujung tahun, buku rekod ini yang telah dikemaskini hendaklah
diserahkan kepada pihak sekolah untuk disimpan.
7.9.4. Semua Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan /
Permainan diwajibkan membuat Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi Tahunan (PSPTPO) dan dihantar hard copy dan soft copy
sebelum cuti pertengahan Penggal 1.
7.10.
KEKERAPAN AKTIVITI KOKURIKULUM
7.10.1.
Jadual aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah diadakan mengikut
takwim sekolah yang telah ditetapkan
7.10.1.1.tidak kurang daripada 1 jam dan tidak melebihi 2 jam bagi
setiap perjumpaan Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan /
Permainan,
7.10.1.2.tidak kurang daripada 1 jam dan tidak melebihi 3 jam bagi
setiap perjumpaan Badan Beruniform
7.10.2.
Bilangan minimum aktiviti atau perjumpaan dalam satu tahun
akademik adalah berdasarkan polisi 12 kali untuk semua Kelab /
Persatuan, Kelab Sukan / Permainan dan Badan Beruniform.
7.10.3.
Peraturan ini DIKECUALIKAN bagi Badan Beruniform,
Kelab /
Persatuan dan Kelab Sukan & Permainan yang mempunyai perancangan
dan program tahunan sendiri.
7.10.4.
Setiap aktiviti atau perjumpaan WAJIB dihadiri oleh Guru
Penasihat.
7.10.5.
Aktiviti atau perjumpaan yang tidak dihadiri oleh Guru Penasihat
dianggap tidak sah atau tidak diiktiraf. Sebarang kejadian yang tidak
diingini sekiranya berlaku akan menjadi tanggungjawab Guru Penasihat
berkenaan.
7.10.6.
Guru Penasihat perlu membuat catatan dalam Buku Kehadiran
Kokurikulum yang disediakan selepas mengadakan setiap aktiviti
kokurikulum.
7.10.7.
Buku Rekod kokurikulum juga perlu dilengkapkan setiap kali
mengadakan aktiviti.

5
7.11.
PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
7.11.1.
AKTIVITI PERINGKAT SEKOLAH
7.11.1.1.Aktiviti-aktiviti di kawasan sekolah yang melibatkan kemudahan,
harta dan peralatan sekolah seperti perkhemahan dan
pertandingan perlu mendapat kebenaran Pengetua.
7.11.1.2.Surat Permohonan mesti melalui Guru Penasihat dan Guru
Penasihat perlu berjumpa dengan Pengetua untuk menjelaskan
aktiviti tersebut.
7.11.1.3.Semua acara / aktiviti, harta dan peralatan sekolah yang
diperlukan dalam kegiatan tersebut perlu disenaraikan dengan
jelas.
7.11.1.4.Selepas digunakan, pastikan semua kemudahan atau peralatan
tersebut dikembalikan dan berada dalam keadaan asalnya.
Sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak sekolah.
7.11.1.5.Kebenaran ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi
terlebih dahulu sebelum seseorang pelajar dibenarkan
mengikuti sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah atau
perkhemahan yang melibatkan pelajar bermalam atau aktiviti
yang berisiko tinggi.
7.11.1.6.Surat kebenaran ibu / bapa / penjaga yang dikeluarkan oleh
sekolah hendaklah diisi dan disimpan dalam fail khas di dalam
Bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
7.11.1.7.Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar hendaklah diberi
keutamaan dan pembelian insuran berkumpulan adalah
digalakkan untuk aktiviti seperti lawatan atau perkhemahan.
7.11.2.
PERTANDINGAN ANTARA KELAS DAN RUMAH SUKAN
7.11.2.1.Kelab Sukan / Permainan digalakkan menganjurkan Sukan
Antara Kelas / Rumah Sukan sebagai salah satu daripada aktiviti
tahunan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mencungkil
bakat baru bagi mewakili sekolah pada masa depan.
7.11.2.2.Sekiranya memerlukan peruntukan sekolah untuk pembelian
hadiah atau pingat, Guru Penasihat perlu menyediakan Kertas
Kerja dan ia hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk mendapat kelulusan Pengetua. Segala
perbelanjaan perlu dicatatkan dalam Anggaran Perbelanjaan
Tahunan masing-masing. Perbelanjaan yang tidak dirancang
tidak akan dilayan.
7.11.2.3.Kelab yang ingin menganjurkan pertandingan yang terbuka
kepada semua pelajar dan mengutip yuran penyertaan perlu
mendapat kelulusan Pengetua.
7.11.3.
PERTANDINGAN ANTARA SEKOLAH, PERINGKAT DAERAH,
NEGERI, KEBANGSAAN, ANTARABANGSA
7.11.3.1.Kelulusan Pengetua hendaklah diperolehi terlebih dahulu
sebelum menyertai sebarang pertandingan menggunakan nama
sekolah.
7.11.3.2.Guru
Penasihat
yang
dipertanggungjawabkan
untuk
membentuk pasukan sekolah perlu membuat perancangan
dalam pemilihan ahli pasukan dan mengadakan latihan yang
mencukupi dan bersesuaian.
7.11.3.3.Pasukan yang tidak bersedia dan tidak mendapat latihan
mencukupi tidak akan dibenarkan mengambil bahagian.
7.11.3.4.Segala anggaran perbelanjaan hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan Kokurikulum untuk mendapat kelulusan

6
Pengetua sekurang-kurangnya DUA MINGGU sebelum tarikh
pertandingan.
7.11.3.5.Sebarang pertandingan WAJIB diketuai oleh seorang Guru
Penasihat / Jurulatih.
7.11.3.6.Kebenaran ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi terlebih
dahulu sebelum seseorang pelajar dibenarkan mengikuti
pertandingan di luar kawasan sekolah.
7.11.3.7.Pelajar yang mewakili sekolah dan pasukan MSS Bahagian /
Negeri / Negara hendaklah dimaklumkan kepada Guru
Tingkatan oleh Guru Penasihat. Dengan adanya pengesahan
daripada Guru Penasihat, pelajar tersebut dianggap sebagai
hadir ke sekolah pada hari tersebut. Guru Tingkatan perlu
menandakan HADIR dalam Buku Kehadiran kelas.
7.11.3.8.Pelajar yang terpilih mewakili Sekolah untuk MSS Bahagian /
Negeri / Negara boleh diberi kelonggaran daripada menyertai
aktiviti kokurikulum yang lain sepanjang tempoh latihan dan
pertandingan. Mereka dianggap hadir dengan kebenaran
bagi aktiviti tersebut.

AKTIVITI ANJURAN AGENSI / INSTITUSI LUAR


7.11.3.9.Sebarang perkara / aktiviti yang melibatkan pihak / institusi luar
hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada
Pengetua. Guru Penasihat mesti berjumpa Pengetua untuk
berbincang tentang butir-butir aktiviti tersebut.
7.11.3.10. Prasyarat untuk kelulusan Pengetua ialah kebenaran ibu /
bapa / penjaga. Surat kebenaran ibu / bapa / penjaga yang
dikeluarkan sendiri oleh institusi yang terlibat hendaklah diisi
dengan lengkap.
7.11.3.11. Satu salinan surat tersebut hendaklah disimpan dalam fail
khas di dalam Bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
7.11.4.
LAWATAN
7.11.4.1.Kelab / Persatuan yang ingin mengadakan lawatan ke luar dari
Bandaraya Miri perlu mendapat kebenaran Pengetua dan
melengkapkan butir-butir lawatan dalam Borang PS 1.
7.11.4.2.Borang PS 1 ini mesti dilengkapkan dan dihantar kepada
Penolong Kanan Kokurikulum sekurang-kurangnya SEBULAN
sebelum lawatan.
7.11.4.3.Borang tersebut perlu dihantar dan diterima oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching sekurang-kurangnya TIGA
MINGGU sebelum lawatan.
7.11.5.
LAIN-LAIN
7.11.5.1.Semua aktiviti pada waktu malam mesti ditamatkan pada
pukul 9.30 malam.
7.11.5.2.Pengumuman oleh AJK Kelab / Persatuan pada waktu
Perhimpunan Sekolah perlu diserahkan kepada Lembaga
Pengawas untuk diumumkan dan perlu mendapatkan kelulusan
dengan tandatangan daripada Pengetua atau Penolong Kanan
Pentadbiran (Hal Kurikulum / Pentadbiran) atau Penolong Kanan
HEM (Hal Ehwal Murid) atau Penolong Kanan Kokurikulum (Hal
Kokurikulum) atau Penolong Kanan PPKI (Hal PPKI) pada Borang
Pengumuman.
7.11.5.3.Semua kunci Bilik Khas mesti dipegang oleh Guru Penasihat
dengan satu kunci pendua disimpan di Pejabat Am Sekolah.
Pelajar adalah dilarang untuk menyimpan kunci-kunci tersebut.
7.11.5.4.Kelab / Persatuan yang menggunakan Blok / kelas-kelas tertentu
seperti
tercatat
dalam
Jadual
Kegiatan
Kokurikulum
bertanggungjawab memastikan kebersihan kelas-kelas tersebut.
Pastikan kerusi dan meja dikembalikan mengikut bilangan dan
tempat asalnya selepas digunakan.
7.11.6.
PERALATAN SUKAN DAN PERMAINAN
7.11.6.1.Semua peralatan sukan / permainan yang dibeli oleh pihak
sekolah adalah menjadi milik sekolah. Oleh itu, semua pelajar
berhak untuk menggunakan kemudahan ini.
7.11.6.2.Kelab / Persatuan yang ingin meminjam peralatan sukan /
permainan perlu menulis surat permohonan melalui Penolong
Kanan Kokurikulum kepada Guru Penasihat Sukan / Permainan
yang berkenaan .
7.11.6.3.Peralatan yang dipinjam mesti digunakan dengan baik,
mengikut peraturan permainan dan di bawah penyeliaan Guru

8
Penasihat Kelab / Persatuan masing-masing. Sila kembalikan
kepada Guru Penasihat Sukan / Permainan berkenaan selepas
digunakan.
7.11.6.4.Segala kerosakan perlu dilaporkan oleh Guru Penasihat kepada
Penolong Kanan Kokurikulum.
7.11.6.5.Guru Penasihat yang menyimpan peralatan di atas perlu
mencatatkannya dalam inventori.
7.11.6.6.Peralatan yang rosak atau tidak dapat digunakan lagi mesti
diserah balik kepada Penolong Kanan Kokurikulum sebelum
peralatan baru dapat diperolehi.
7.12.
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
7.12.1.
Laporan Pertandingan
7.12.1.1.Perlu dibuat oleh guru yang bertanggungjawab terhadap
pasukan sekolah. Guru digalakkan melatih pelajar untuk
membantu membuat laporan dalam usaha mengupayakan dan
meningkatkan kapasiti keupayaan pelajar dalam usaha
mempercepatkan kemenjadian pelajar.
7.12.1.2.Pelajar yang mewakili peringkat Daerah / Bahagian / Negeri /
Negara juga perlu dibuat laporan yang berasingan.
7.12.1.3.Perlu dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum dalam
tempoh SEMINGGU selepas pertandingan tamat.
7.12.2.
Laporan Tahunan
7.12.2.1.Dibuat sekali setahun dalam 2 salinan;
7.12.2.1.1.
Satu salinan hardcopy dan softcopy untuk
rekod Penolong Kanan Kokurikulum,
7.12.2.1.2.
Satu salinan hardcopy untuk rekod Pengetua
7.12.2.1.3.
Satu salinan softcopy untuk Penyelaras Majalah
Sekolah
7.12.2.2.Perkara-perkara yang perlu dimuatkan dalam Laporan ini ialah :
7.12.2.2.1.
Nama Kelab / Persatuan
7.12.2.2.2.
Guru Penasihat dan AJK
7.12.2.2.3.
Objektif Kelab / Persatuan
7.12.2.2.4.
Aktiviti Tahunan dan Pencapaian
7.12.2.2.5.
Ulasan / Kesimpulan (Jika ada)
7.12.2.2.6.
Sediakan sekurang-kurangnya 8 keping gambar
bagi setiap aktiviti / program sebagai bahan bukti
pelaksanaan
7.12.2.2.7.
Untuk salinan kepada Majalah Sekolah sertakan
bersama gambar-gambar aktiviti Kelab / Persatuan
7.12.3.
Penyata Kewangan
7.12.3.1.Semua Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan /
Permainan
yang
mengenakan
yuran
kepada
ahlinya,
mempunyai sumber kewangan / pendapatan sendiri atau
mendapat peruntukan / sumbangan daripada pihak sekolah atau
pihak lain perlu mencatatkan segala perbelanjaan tersebut
dalam Penyata Kewangan Semasa
dan dirumuskan dalam
Penyata Kewangan Tahunan yang terdapat dalam Buku Rekod
Kokurikulum.
7.12.4.
Laporan Aktiviti Utama
7.12.4.1.Semua Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan /
Permainan
yang
mengadakan
aktiviti
utama
seperti
Perkhemahan Tahunan, Minggu Koakademik, Pertandingan

9
Antara Kelas, kuiz atau aktiviti yang melibatkan semua pelajar
diminta membuat Kertas Kerja sebelum penganjuran dan
Laporan Aktiviti selepas penganjuran.
7.13.
PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
7.13.1.
Maklumat Penting
7.13.1.1.Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan
Seragam, Kelab / Persatuan serta Kelab Sukan / Permainan
merupakan aktiviti luar bilik darjah kerana peranannya sebagai
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
7.13.1.2.Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 7 jenis pasukan
Pakaian Seragam, 22 jenis Kelab / Persatuan serta 11 jenis Kelab
Sukan / Permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai
sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis / komponen
aktiviti tersebut.
7.13.1.3.Perlantikan Guru Penasihat adalah mengikut kemahiran dan
kepakaran guru serta keperluan sekolah.
7.13.1.4.Setiap pelajar adalah diwajibkan untuk membeli Kad Kegiatan
Kokurikulum dari kedai buku.
7.13.1.5.Guru Penasihat / Guru Pengiring / Guru yang menganjurkan
pertandingan / aktiviti akan merekodkan penyertaan dan
pencapaian yang diperolehi oleh semua pelajar yang mengikuti
pertandingan / aktiviti yang tersebut di dalam Kad Kegiatan
Kokurikulum.
7.13.2. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
7.13.2.1.Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang
berdasarkan kepada 5 aspek yang berikut :
7.13.2.1.1.
Ujian SEGAK
7.13.2.1.2.
Badan Beruniform
7.13.2.1.3.
Kelab / Persatuan
7.13.2.1.4.
Kelab Sukan / Permainan
7.13.2.1.5.
Ekstra Kurikulum

pelajar

adalah

7.13.3.
PENILAIAN UJIAN SEGAK
7.13.3.1.Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat
dalam SEGAK adalah berikut :
7.13.3.1.1.
Index Jisim Badan
7.13.3.1.2.
Naik Turun Bangku 3 Minit
7.13.3.1.3.
Tekan Tubi untuk pelajar lelaki dan Tekan Tekan
Tubi Ubah Suai untuk pelajar perempuan
7.13.3.1.4.
Ringkuk Tubi Separa
7.13.3.1.5.
Jangkauan Melunjur
7.13.4.
PENILAIAN BADAN BERUNIFORM, KELAB / PERSATUAN DAN
KELAB SUKAN / PERMAINAN
7.13.4.1.Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap
jenis aktiviti yang disertainya dalam Badan Beruniform, Kelab /
Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan adalah berdasarkan
kepada 6 aspek yang berikut :
7.13.4.1.1.
Jawatan
7.13.4.1.2.
Peringkat
7.13.4.1.3.
Tahap Pencapaian
7.13.4.1.4.
Komitmen
7.13.4.1.5.
Khidmat Sumbangan

10
7.13.4.1.6.

Kehadiran

7.13.4.2.Bagi keenam-enam aspek ini peratus markah yang diperuntukan


adalah seperti berikut :
ASPEK PENILAIAN
Jawatan
Peringkat
Tahap Pencapaian
Komitmen
Khidmat Sumbangan
Kehadiran
JUMLAH

%
MARKAH
10
20
20
10
10
40
110

7.13.4.3.Borang untuk Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar


dalam aktiviti yang disertainya dalam Badan Beruniform seperti
berikut :

11

7.13.4.4.Borang untuk Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar


dalam aktiviti yang disertainya dalam Kelab / Persatuan seperti
berikut :

12

13
7.13.4.5.Borang untuk Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar
dalam aktiviti yang disertainya dalam Kelab Sukan / Permainan
seperti berikut :

14

7.13.5.
PENILAIAN EKSTRA KURIKULUM
13.5.1. Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar bagi ekstra
kurikulum adalah berikut :

15
7.13.5.1.1Perjawatan peringkat sekolah seperti Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, PRS, Ketua
Tingkatan dan sebagainya
7.13.5.1.2Anugerah Khas
7.13.5.1.3Khidmat Masyarakat
7.13.5.1.4Program NILAM
7.13.5.1.5TIMSS DAN PISA

16

13.5.2.

Borang untuk Penilaian Ekstra Kurikulum adalah seperti berikut :

17

You might also like