You are on page 1of 36

SPM 2016

KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS)


Soalan 2(b) - Petikan Puisi
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI
Teo Wei Sing
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
(Dipetik daripada Erti Hidup Bererti,
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah harapan ibu kepada anaknya dalam sajak tersebut.

(ii)

Ibu bapa merupakan insan yang perlu dihormati dan disayangi.


Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa?
[3 markah]
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

(iii)

Halaman 1

[2 markah]

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3
P4

SKEMA
Harapan ibu kepada anaknya
Anak-anaknya datang menjenguknya
Anak-anaknya insaf
Anak-anaknya menjadi penenang / penawar hatinya
Anak-anaknya mempunyai perasaan kasih sayang dalam hati

(ii)

Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu


bapa
Mendengar nasihat ibu bapa
Belajar bersungguh-sungguh
Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa
Bertutur / bercakap dengan sopan
Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa
Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong

P1
P2
P3
P4
P5
P6
(iii)
P1

P2

P3
P4

P5

Dua persoalan
Persoalan sikap anak-anak yang tidak menjalankan
tanggungjawab ibu bapa.
Contoh: Ibu berasa sedah kerana anak-anak tidak
mempedulikannya ketika dia sakit.
Persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak.
Contoh: Ibu tetap mendoakan agar anak-anaknya insaf dan
mempunyai perasaan kasih sayang walaupun anak-anak
mengabaikannya.
Persoalan kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang ibu.
Contoh: Ibu kesunyian kerana anak-anak tidak menziarahinya.
Persoalan ketabahan seorang ibu menempuh hari-hari tua.
Contoh: Ibu tabah menempuh hari-hari tuanya tanpa
kehadiran anak-anaknya / tabah mengerang kesakitan
seorang diri.
Persoalan kesedaran hidup manusia yang tidak berkekalan
Contoh: penyajak menyatakan bahawa kehidupan manusia
tidak kekal kecuali Tuhan.
Halaman 2

MARKAH
1
1
1
1

1
1
1
1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN)


Soalan 2(b) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
(Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita- cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescanya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)

(iii)

Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga
tangan dan kakinya.
[2 markah]
Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingnya kita
menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya?
[3 markah]
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]

Halaman 3

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3
P4
P4
(ii)
P1
P2
P3
P4
(iii)
P1
P2
P3
P4

SKEMA
Kebaikan:
Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama /
undang-undang
Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya
Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat
Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji
Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk kebaikan
Kesan tidak menjaga pertuturan:
Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan /
pergaduhan
Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim
Dibenci / dimusuhi oleh orang lain
Kekurangan / ketiadaan kawan
Dua persoalan
Kepentingan menjaga pancaindera
Contoh: diri disayangi dan dihormati
Berhati-hati apabila menggunakan pancaindera
Contoh: dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam
kegiatan tidak bermoral.
Akibat melakukan sesuatu secara keterlaluan
Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai
keburukan.
Tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara
keji
Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu
menjaga maruah diri dan keluarga.

Halaman 4

MARKAH
1
1
1
1
1

1
1
1
1

2
2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Sazalee Yacob
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
(Dipetik daripada Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus)
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

(ii)

(iii)

di padang kampus yang hijau pertimbangan


tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Apakah yang hendak disampaikan oleh penyajak melalui petikan sajak di atas?
[2 markah]
Dalam rangkap pertama sajak ini ada dinyatakan tentang perubahan minda yang perlu dilakukan
oleh seseorang murid sebelum mereka bergelar pelajar universiti.
Pada pendapat anda, mengapakah mereka perlu bersedia dengan langkah-langkah yang
sewajarnya ketika berada di menara gading?
[3 markah]
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 5

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1

(ii)
P1
P2
P3
P4
P5
P6
(iii)
P1

P2

P3

P4

SKEMA
Maksud
Kampus-kampus universiti sebagai pusat percambahan pemikiran /
pertimbangan boleh menjelmakan perasaan ego / sombong yang boleh
menghilangkan / menghancurkan nilai pekerti
Sebab murid perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya
Mereka lebih berdikari tanpa bergantung pada pensyarah / ibu bapa / rakanrakan
Mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berlumba-lumba
menjadi pelajar yang terbaik.
Mereka tidak berkonflik / tidak menyalahkan ibu bapa / mana-mana pihak
sekiranya mereka gagal dalam pelajaran
Mereka tidak hilang pertimbangan / culture shock / tidak hanyut di tempat
baharu
Supaya mereka tidak terkandas / bangkit selepas terkandas
Pengaruh rakan sebaya / pengaruh persekitaran boleh merosakkan mereka
Persoalan
Persoalan kepentingan ilmu / pendidikan dalam kehidupan
Contoh (R1: B6 / B7 / B8) kau nikmatilah angin dan udara ilmu / memesrai
azimat dan tangkap dari tangkai gading Penyajak menghantar anaknya ke
bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari ilmu
pengetahuan mampu diperoleh dari menara gading tersebut.
Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak
Contoh (R1: B1 / B2) Kuhantar kau mengecapi angin baru / Udara lain dari
kampung bendang keningmu. Penyajak menghantar anaknya belajar di
bandar kerana suasana dan persekitaran bandar jauh berbeza dengan
kampung. Penyajak mahu anaknya menimba pengalaman baharu di
universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di
sebuah universiti.
Persoalan harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa
Contohnya, penyajak membenarkan anaknya belajar di bandar untuk
meluaskan / menambahkan pengalaman hidupnya, sekali gus melatih
anaknya menjadi lebih tabah, matang dan bijaksana dalam menangani
cabaran hidup.
Persoalan cabaran hidup di bandar
Contohnya, penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat
mencabar. Banyak perkara negatif boleh berlaku sekiranya anaknya tidak
dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak
baik. Oleh itu, dia berharap anaknya dapat membuat pertimbangan dengan
rasional agar sifat sombong tidak menguasai dirinya.

Halaman 6

MARKAH
2

1
1
1
1
1
1

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI
Teo Wei Sing
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
(Dipetik daripada Erti Hidup Bererti,
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?

[2 markah]
Pada pendapat anda, berikan tiga sebab mengapakah terdapat segelintir anak-anak yang jarang-jarang
menziarahi ibu bapa mereka?
[3 markah]
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 7

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2

(ii)
P1
P2
P3
P4
(iii)
P1

P2
P3

P4

SKEMA
Maksud rangkap pertama sajak di atas ialah
Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana
tiada sesiapa / anak-anak yang datang menziarahinya
Penulis berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah
sepi seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa
perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri
sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang
demikian, penulis yang mengeluh telah meluahkan
kesunyiannya pada usia tua.
Pada pendapat saya, sebab segelintir anak-anak bersikap
begitu ialah:
Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing
Menganggap ibu bapa menyusahkan
Tiada masa / tidak cukup masa
Tinggal jauh
Dua persoalan yang dapat diperoleh daripada sajak di
atas:
Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa
Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka
kelak. Bukan membiarkan mereka kesunyian lebih-lebih lagi
pada usia tua mereka nanti.
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Walaupun dipinggirkan, namun seorang ibu tetap mendoakan
anaknya agar diberi keinsafan.
Persoalan ikatan kekeluargaan yang longgar
Pada masa sekarang, ramai anak yang tidak mempedulikan
ibu bapa mereka. Bukan setakat tidak diziarahi bahkan tidak
dijaga dengan baik dan menganggap mereka tidak bermakna
dalam hidup.
Persoalan tiada makhluk yang kekal selain Tuhan
Semua hidupan di dunia ini akan mati satu hari nanti yang
kekal hanyalah Tuhan.
Halaman 8

MARKAH
2
2

1
1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH)


Soalan 2(b) - Petikan Syair
Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Baginda duduk bersuka- sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasnya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana- mana.

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Baginda pun sedang dihidap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
Gempar ini apakah kurang.
(Dipetik daripada Syair Bidasari
Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)
(ii)
(iii)

Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]
Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa
bencana?
[3 markah]
Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas.
[4 markah]

Halaman 9

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
(ii)
P1
P2
P3
P4
(iii)
P1
P2

P3

P4

SKEMA
Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam
rangkap ke-6 syair di atas.
Burung geruda
Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda
kepada mangsa yang ditimpa bencana
Bantuan kewangan
Bantuan ubat-ubat, makanan dan pakaian
Sokongan moral iaitu khidmat kaunseling
Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana
Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair di atas.
Kebijaksanaan
Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang
bijak.
Kasih sayang
Contoh: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan
secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan
ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.
Tanggungjawab
Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang
bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli masalah
yang menimpa negeri baginda.
Ketaatan
Contoh: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersamasama dengan baginda ketika susah dan senang.

Halaman 10

MARKAH
2

1
1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA)


Soalan 2(b) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
(Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita- cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescanya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)

(iii)

Terangkan maksud rangkap kelima gurindam di atas.


[2 markah]
Gurindam di atas menerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkaraperkara negatif.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif.
[3 markah]
Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
[4 markah]

Halaman 11

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
(ii)
P1
P2
P3
(iii)
P1
P2
P3

SKEMA
Maksud apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang
tiada senonoh ialah
Jika terlalu kenyang
Bermacam-macam perkara tak elok timbul
Tindakan-tindakan untuk mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara negatif ialah
Mempelajari / menuntut ilmu terutamanya ilmu agama
Bercampur gaul dengan orang / rakan yang baik
Melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu lapang
Dua pengajaran ialah
Kita hendaklah menjaga telinga kita daripada mendengar
perkara-perkara yang tidak elok supaya tidak terpengaruh
dengan perkara tersebut.
Kita hendaklah menjaga lidah / percakapan kita supaya
mendapat kebaikan.
Jangan makan terlalu kenyang agar tidak timbul perkaraperkara yang tidak senonoh.

Halaman 12

MARKAH
1
1

1
1
1

2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP)


Soalan 2(b) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
(Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita- cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescanya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Nyatakan maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas.

(ii)

Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga tingkah laku?

(iii)

[2 markah]

[3 markah]
Berdasarkan gurindam di atas, huraikan dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada
hari ini.
[4 markah]

Halaman 13

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2

SKEMA
Maksud rangkap kelima gurindam ialah
Nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan
perkara yang dilarang
Apabila kenyang, mudah untuk melakukan kemurungan

(ii)
P1
P2
P3
P4
P5

Perlu menjaga tingkah laku


Kita akan disenangi oleh masyarakat
Kita akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat
Ibu bapa akan berasa bangga
Kita akan disayangi oleh rakan-rakan / ahli keluarga
Kita akan mendapat ramai kenalan

(iii)
P1

Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini
Nilai kebijaksanaan
Contohnya, kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata.
Nilai kesederhanaan
Contohnya, kesederhanaan ketika menghadapi rezeki.
Nilai kesabaran
Contohnya, kesabaran memelihara mata melihat perkara yang
negatif

P2
P3

Halaman 14

MARKAH
1
1

1
1
1
1
1

2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG)


Soalan 2(b) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
BEBERAPA PETUA HIDUP
Zaba
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Fikir dahulu sebelum berkata,


Supaya terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.

Sifat-sifat yang Baik


Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.

Kalau mulut tajam dan kasar,


Boleh ditimpa bahaya besar.

Jikalau kamu bersifat dermawan,


Segala orang dapat kautawan.

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

Jikalau kamu bersifat pemurah,


Segala manusia datang menyerah.
Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

Silang selisih jangan dicari,


Jika tersua janganlah lari.

Menolong sesama wajib dan perlu,


Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

Sifat-sifat yang Jahat


Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,


Asal mahu rajin belajar.

Barang siapa berbuat khianat,


Tuhan kelak memberi laknat.

Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

(Kalung Bunga Zaba, 2008


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Barang siapa berbuat jasa,


Mulia namanya segenap masa.
Apakah maksud rangkap gurindam di atas?

(ii)
(iii)

[2 markah]
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar dalam
pergaulan? Berikan tiga alasan anda.
[3 markah]
Huraikan dua pengajaran daripada gurindam tersebut.
[4 markah]

Halaman 15

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1

SKEMA
Maksud rangkap gurindam
Nama seseorang yang telah membuat jasa akan disanjung
pada setiap masa

(ii)
P1
P2
P3
P4

Tiga alasan
Tidak akan menyinggung perasaan seseorang
Untuk mengelakkan perselisihan faham
Dapat mencegah daripada berlaku pergaduhan
Dapat meningkatkan keperibadian seseorang

(iii)
P1

Dua pengajaran
Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan
kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
Kita mestilah bijak memilih rakan supaya dapat membimbing
kita ke arah kebaikan.
Seseorang perlulah menjaga tutur kara ketika berbicara untuk
mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini daripada
berlaku.
Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan.
Kita janganlah suka mengadu domba dan membuat fitnah
kerana boleh menjejaskan silaturahim dalam masyarakat.
Usahlah kita berlebih-lebihan membantu orang sekiranya diri
sendiri berada dalam kesusahan / kesempitan
Kita hendaklah sentiasa berbudi agar selalu dikenang orang.

P2
P3
P4
P5
P6
P7

Halaman 16

MARKAH
2

1
1
1
1

2
2
2
2
2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK)


Soalan 2(b) - Petikan Seloka
Baca petikan seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Zaba
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Berbunga sawa mengelempai,


Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina,
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Tiga sudut menteri delapan,


Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
(Kalung Bunga Zaba, 2008
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?

[2 markah]
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan
kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan?
[3 markah]
Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut.
[4 markah]
Halaman 17

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3
P4

SKEMA
Istana raja dapat dibina dengan
Baginda menitahkan orang besar empat membina istana
Orang besar empat memanggil Pawang Raja
Pawang Raja memanggil 40 orang tukang dan utas
40 orang bertukang siang dan malam

(ii)
P1
P2
P3
P4

Usaha-usaha yang dapat dilakukan ialah


Mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan
Melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat
Kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan
Mengadakan pertandingan berkaitan dengan kemahiran
pertukangan

(iii)
P1

Nilai
Nilai ketaatan / kesetiaan
Contohnya, orang besar empat menjunjung titah raja untuk
membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit
dan tembok.
Nilai kerajinan
Contohnya, 44 orang tukang yang mahir begitu rajin untuk
menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan
malam.
Nilai kerjasama
Contohnya, 44 orang tukang bekerjasama dan saling
membantu untuk menyiapkan istana raja.
Nilai bertanggungjawab
Contohnya, 44 orang tukang yang mahir bertanggungjawab
untuk menyiapkan istana raja.

P2

P3
P4

Halaman 18

MARKAH
1
1
1
1

1
1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Aku Membaca Lagi
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran- Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.
Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
(Razali Mohd Yussof
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)

(iii)

Berikan gambaran suasana alam yang mewarnai kehidupan manusia dalam sajak tersebut.
[2 markah]
Pada rangkap terakhir, penyair turut berasa sedih atas kemunduran bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan untuk memantapkan lagi kedaulatan
bahasa Melayu?
[3 markah]
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Halaman 19

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3

SKEMA

MARKAH

Gambaran suasana alam


Kicauan burung
Desiran ombak
Pelangi

1
1
1

(ii)
P1
P2
P3
P4

Langkah-langkah
Menjadikan syarat lulus dalam peperiksaan
Menjadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan
Kempen Cintai Bahasa Melayu
Dijadikan syarat dalam pengambilan pekerja

1
1
1
1

(iii)
P1

Dua persoalan
Persoalan kebesaran ciptaan Tuhan
Apabila penyajak mendongak ke langit, melihat awan dan
banjaran gunung, dia dapat melihat bukti kebesaran Ilahi.
Persoalan keindahan alam semula jadi
Bunyi kicauan burung, desiran ombak dan pelangi merupakan
antara keindahan yang dinikmati oleh manusia.
Persoalan jati diri anak bangsa yang kian terancam
Alam seolah-olah menangisi nasib anak bangsa yang kian
pudar jati dirinya kerana pelbagai pengaruh daripada luar.
Persoalan kedudukan bahasa Melayu yang kian terancam
Perlu usaha yang berterusan yang mendaulatkannya.
Persoalan kemusnahan alam semula jadi
Kerakusan manusia menyebabkan kemusnahan khazanah
hutan.

P2
P3
P4
P5

Halaman 20

2
2
2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
SEJADAH RINDU
Mohd. Haikal Aminuddin
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
(Kalam Pertama, 2013
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Nyatakan dua perkara yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah berdasarkan rangkap pertama.
[2 markah]
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang
telah dilakukan?
[3 markah]
Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.
[4 markah]

Halaman 21

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3
(ii)
P1
P2
P3
P4
P5
P6
(iii)
P1
P2
P3
P4
P5
P6

SKEMA
2 perkara
Mengungkap / melafazkan kalimah suci
Berasa insaf / timbul keinsafan
Mengenang dosa-dosanya yang terdahulu
Kesan-kesan positif
Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam
tindakan
Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan /
sentiasa bertaubat
Memperoleh ketenangan jiwa
Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat
Sentiasa berfikiran terbuka / rasional
Kesalahan lalu dijadikan teladan
2 nilai
Keinsafan penyajak menginsafi segala kesalahannya yang
lalu
Kegigihan penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk
mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia
Keikhlasan penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan
sehingga menitiskan air mata
Ketaatan penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan
mendapat pengampunan daripada Penciptanya
Kemaafan penyajak memohon kemaafan daripada
Tuhannya
Kesedaran penyajak sedar akan kehidupan di dunia hanya
sementara

Halaman 22

MARKAH
1
1
1

1
1
1
1
1
1

2
2
2
2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA)


Soalan 2(b) - Petikan Syair
Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Baginda duduk bersuka- sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasnya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana- mana.

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Baginda pun sedang dihidap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
Gempar ini apakah kurang.
(Dipetik daripada Syair Bidasari
Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)
(ii)

(iii)

Bagaimanakah keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda
seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair?
[2 markah]
Sesebuah negara sering menghadapi musibah yang tidak disangka-sangka.
Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah
tersebut?
[3 markah]
Jelaskan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas.
[4 markah]

Halaman 23

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3
(ii)
P1
P2
P3
P4
P5
P6
P7

(iii)
P1
P2
P3
P4
P5

SKEMA
Keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung
garuda seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair
Rakyat menjadi gempar
Rakyat ketakutan
Rakyat lari bertempiaran / lari menyelamatkan diri
Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah
tersebut
Orang ramai perlu mengetahui / menguasai ilmu tentang sesuatu
musibah yang sedang / pernah berlaku di negara-negara lain.
Pihak kerajaan / berkuasa mengarahkan rakyat bersiap sedia untuk
berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan alat kawalan keselamatan /
alat penggera di kawasan yang berisiko menghadapi musibah.
Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan keperluan harian seperti
makanan / pakaian / ubat-ubatan yang mencukupi kepada bakal
mangsa.
Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan kawasan penempatan baharu
yang lebih tinggi dan selamat.
Anggota keselamatan mengadakan latihan menyelamat dengan lebih
banyak / kerap dalam menghadapi masalah.
Media massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada
masyarakat tentang cara-cara menghindarkan diri / membuat
persediaan ketika menghadapi musibah dari semasa ke semasa.
Dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair
Seorang raja yang adil
Contoh: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil.
Seorang raja yang bijaksana
Contoh: Raja Negeri Kembayat bijaksana dalam pemerintahannya.
Seorang raja yang bertanggungjawab
Contoh: Raja Negeri Kembayat bertanyakan keadaan negerinya yang
telah diserang musuh.
Seorang raja yang penyayang
Contoh: Raja Negeri Kembayat sangat menyayangi isterinya lebih-lebih
lagi setelah isterinya hamil.
Seorang raja yang prihatin
Contoh: Raja Negeri Kembayat prihatin akan masalah rakyatnya.

Halaman 24

MARKAH
1
1
1

1
1
1
1
1
1
1

2
2
2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar- pendekar datuk moyang
lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana
telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
Demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hatinurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
(Onn Malini,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Berdasarkan sajak, nyatakan dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

[2 markah]
Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada kepada sesebuah negara.
[3 markah]
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 25

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
(ii)
P1
P2
P3
P4
P5
(iii)
P1
P2

P3

SKEMA
Dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran
negara
Menjaga negara dengan sepenuh hati
Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
Pendapat kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada
kepada sesebuah negara
Negara menjadi aman dan damai
Rakyat hidup sejahtera dan harmoni
Negara bertambah maju dan cemerlang
Program pelancongan berjaya dan berkesan
Pembangunan negara berjalan dengan lancar
Persoalan yang terdapat dalam sajak
Persoalan perpaduan kaum dipertahankan
Contohnya, satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada
anak cucu pada kemudian hari
Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan
negara
Contohnya,
penyajak
menyeru
semua
rakyat
mempertahankan kedaulatan watan daripada anasir jahat.
Persoalan perjuangan generasi dahulu mendapatkan
kemerdekaan
Contohnya, generasi dahulu berjuang mendapatkan
kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.

Halaman 26

MARKAH
1
1

1
1
1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI
Teo Wei Sing
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
(Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Huraikan maksud rangkap pertama sajak di atas.


[2 markah]
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka
lebih berkualiti?
[3 markah]
Jelaskan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 27

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1

(ii)
P1
P2
P3
(iii)
P1
P2

SKEMA

MARKAH

Maksud rangkap pertama


Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana
tiada sesiapa yang menziarahinya.

Aktiviti-aktiviti
Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan
bergotong-royong
Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama dan majlis
tahlil
Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun
Pengajaran
Kita janganlah mengabaikan keperluan orang tua kita agar
kehidupan mereka ceria di penghujung usia.
Kita janganlah melepaskan tanggungjawab menjaga orang tua
agar orang tua berasa dihargai oleh anak-anak sendiri.

Halaman 28

1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG)


Soalan 2(b) - Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
BEBERAPA PETUA HIDUP
Zaba
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Perkataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas.

Sifat-sifat yang Baik


Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.

Kalau mulut tajam dan kasar,


Boleh ditimpa bahaya besar.

Jikalau kamu bersifat dermawan,


Segala orang dapat kautawan.

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

Jikalau kamu bersifat pemurah,


Segala manusia datang menyerah.

Silang selisih jangan dicari,


Jika tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

(i)
(ii)

(iii)

Perbuatan yang Baik


Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
(Kalung Bunga Zaba, 2008
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

Nyatakan kesan jika seseorang itu bersifat jahat seperti digambarkan dalam gurindam di atas.
[2 markah]
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada pendapat anda,
mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan?
[3 markah]
Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam di atas?
[4 markah]

Halaman 29

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2

(ii)
P1
P2
P3
P4
P5
(iii)
P1
P2

SKEMA
Kesan
Jika seseorang itu menabur fitnah dan mengadu domba akan
menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni,
Jika seseorang itu melakukan perbuatan khianat sesama
manusia, Tuhan pasti melaknatinya.
Pada pendapat saya, kita disarankan agar menjaga batas
pergaulan dalam persahabatan agar
Menghindari masyarakat daripada terjebak dalam kancah
maksiat
Merapatkan hubungan silaturahim
Memupuk perpaduan
Melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia.
Menjaga / memelihara maruah diri.
2 persoalan
Ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar
dapat dimanfaatkan dalam kehidupan
Kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin
kecemerlangan dalam kehidupan.

Halaman 30

MARKAH
2
2

1
1
1
1
1

2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK)


Soalan 2(b) - Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
KUDUP PERANG
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman- sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara- perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Jebat, kita masih tidak


menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat- nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia- seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
(Tuah Saujana
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Berikan maksud ungkapan mengudupkan putik dendam dalam rangkap 1.

[2 markah]
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang seharusnya kita contohi pada masa ini?
[3 markah]
Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Halaman 31

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
(ii)
P1
P2
P3
P4

(iii)
P1
P2
P3
P4

SKEMA
Maksud ungkapan mengudupkan putik dendam ialah
Meredakan perasaan tidak suka yang baru bermula
Kita perlu menghargai jasa-jasa pahlawan
Pahlawan telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat
dan negara untuk memastikan keamanan negara.
Pahlawan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan
kudrat semata-mata untuk memastikan kehidupan masyarakat
tenteram.
Pahlawan telah menumpaskan musuh-musuh negara yang
cuba mengganggu kehidupan masyarakat di negara kita.
Pahlawan telah menjaga dan mengawasi sempadan negara
daripada dicerobohi oleh musuh yang boleh menggugat
kehidupan masyarakat.
2 nilai
Nilai keberanian penyajak berani mencari jawapan dan
kepastian antara pahlawan dan pengkhianat.
Nilai kerajinan masyarakat perlu gigih berusaha dan
bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan selepas
perang.
Nilai keadilan peristiwa Jebat dan Tuah hendaklah diadili
dengan saksama tanpa perasaan prejudis.
Nilai bijaksana kita perlu menilai sesuatu peristiwa dengan
matang dan rasional.

Halaman 32

MARKAH
2
1
1
1
1

2
2
2
2

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN)


Soalan 2(b) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
(Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita- cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescanya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Apakah maksud rangkap kedua dalam gurindam di atas?

[2 markah]
Pada pendapat anda, mengapakah amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin
berkurangan?
[4 markah]
Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
[3 markah]

Halaman 33

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1
P2
P3

(ii)
P1
P2
P3
P4
P5
P6
P7

(iii)
P1
P2
P3
P4

SKEMA
Maksud rangkai kedua gurindam di atas ialah
Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan
dan kejian
Telinga perlu dijaga / dikawal daripada mendengar perkara
yang tidak baik
Seseorang hendaklah menjaga telinganya agar tidak
mendengar perkara yang buruk.
Pendapat saya amalan berbudi bahasa dalam kalangan
remaja semakin berkurangan kerana
Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih
sayang kepada anak-anak di rumah
Kewujudan pelbagai media massa di negara ini turut
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita
Kurang didikan agama
Pengaruh persekitaran yang kurang sihat
Pengaruh pergaulan dengan rakan sebaya
Guru-guru / sekolah yang kurang menekankan aspek berbudi
bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
Kurang didikan / latihan daripada ibu bapa sejak kecil
terutama aspek tunjuk ajar yang betuk kepada anak supaya
berbudi bahasa dengan orang tua.
Pengajaran yang terdapat dalam gurindam ialah
Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana agar tidak
dapat melihat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Kita perlulah menjaga tutur kata dengan menggunakan katakata yang baik supaya sentiasa disenangi oleh masyarakat.
Telinga perlulah dijauhkan daripada mendengar segala
hasutan dan kejian agar hidup kita sentiasa selamat.

Halaman 34

MARKAH
2
2
2

2
2
2
2
2
2
2

1
1
1
1

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SIJANGKANG JAYA - SELANGOR)


Soalan 2(b) - Petikan Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SEJADAH RINDU
Mohd. Haikal Aminuddin
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
(Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
(ii)
(iii)

Berikan maksud baris sebelum saat aku dinisankan.


Huraikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas.

[2 markah]

[3 markah]
Penganut agama Islam yang telah melakukan dosa perlulah bertaubat dengan segera untuk
membersihkan diri. Kemukakan pendapat anda, mengapakan taubat wajar dilakukan dalam
kadar segera?
[4 markah]

Halaman 35

SPM 2016
KERTAS 2

BAHASA MELAYU
KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN
(i)
P1

SKEMA
Maksud baris sebelum saat aku dinisankan ialah
Sewaktu pengarang belum meninggal dunia / ketika
pengarang masih hidup

(ii)

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas


ialah
Kita hendaklah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Penyajak berasa insaf dan bertaubat atas kesalahan
yang pernah dilakukan.
Kita hendaklah taat akan perintah Allah SWT.
Contoh: Penyajak taat akan perintah Allah.
Kita hendaklah berdoa yang baik-baik untuk diri.
Contoh: Penyajak bersikap rasional dengan memohon doa
yang terbaik untuk dirinya.
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap pencipta kita
Contoh: Penyajak bertanggungjawab menunaikan perintah
Allah SWT.

P1
P2
P3
P4

(iii)
P1
P2
P3

Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera


Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur
Alasan: bersyukur kerana Allah SWT menimbulkan rasa insaf
dan memberikan peluang untuk bertaubat.
Tidak mengulanginya lagi
Alasan: Jika lambat bertaubat bimbang akan mengulangi
kesalahan yang telah dilakukan sebelum itu.
Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita
Alasan: Setelah bertaubat kehidupan bermasyarakat akan
kembali seperti biasa.

Halaman 36

MARKAH
2

1
1
1
1

2
2
2

You might also like