You are on page 1of 2

LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran membawa maksud padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama
Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

LAMBANG NEGERI JOHOR


Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat
Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau;
sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor
Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang
pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di
sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang
asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH"
ialah cogan negeri itu
LAMBANG NEGERI Melaka
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman
dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok
yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang
telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap
dalam negeri ini dan membukanya

LAMBANG Negeri Sembilan


Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah
Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.
LAMBANG NEGERI PERLIS
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil
utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri
itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.
LAMBANG NEGERI Terengganu
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi
negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali
menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

LAMBANG NEGERI Sarawak


Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

You might also like