You are on page 1of 2

2.

1 SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA BERHADAPAN CABARAN CIRI-CIRI


PELAJAR

2.1.1 JURANG ANTARA GENDER

Kajian OECD membuktikan bahawa Malaysia menduduki tempat ke-59 daripada 74 buah
negara dalam penyertaan penilaian antarabangsa PISA. Manakala, muncul pula keputusan
kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 2011 menunjukkan
penurunan prestasi Malaysia mendadak empat kali penilaian daripada tahun 1999. Menurut
salah satu laporan OECD (2015), prestasi lemah dalam penilaian tersebut disebabkan oleh
faktor demografi pelajar iaitu gender.

Berikutan keputusan tersebut dapat dijelaskan bahawa sistem pendidikan Malaysia


berhadapan cabaran perbezaan gender pelajar dari aspek pemikiran dan sikap khususnya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) menunjukkan bahawa jurang prestasi antara
gender melebar dan signifikan meningkat. Hal demikian disebabkan pemikiran terhadap
pembelajaran. Bharath Sriraman (2008) menyatakan bahawa pemikiran lelaki cenderung
untuk bersukan daripada memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan manakala
perempuan memikirkan pembelajaran lebih penting. Oleh itu, purata Organisation Co-
economy and Development OECD juga mencatatkan murid lelaki kebanyakkan memperoleh
tahap pencapaian rendah dalam Bacaan dan Sains berbanding perempuan.

Dari aspek sikap pelajar dapat dilihat dalam kajian Mohamad Yusof Endut (2011)
yang membanding beza minat antara jantina terhadap matapelajaran matematik dari aspek
pengajaran guru. Kajian ahli akademik tersebut menyatakan bahawa pelajar lelaki gemar
matapelajaran matematik apabila guru menyelitkan kecindan berbanding perempuan
cenderung untuk cemerlang apabila guru bersikap mesra (friendly). Faktor jurang antara
gender jelas membuktikan menjadi cabaran sistem pendidikan Malaysia untuk mencapai
hasrat sepertiga teratas dalam TIMSS dan PISA.

2.1.2 STATUS SOSIOEKONOMI PELAJAR

Kementerian menyedari bahawa perbezaan status sosioekonomi menimbulkan


cabaran besar bagi mencapai kesamarataan dalam keberhasilan pendidikan (hlm.95)

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah menunjukkan antara cabaran sistem


pendidikan Malaysia dalam merealisasikan hasrat sepertiga teratas juga berakar umbi dari
status sosioekonomi pelajar. Buktinya, dalam taburan populasi murid yang menerima
KWAMP mengikut band sekolah juga memaparkan sekolah lemah kebanyakkan pelajar
yang menerima bantuan kewangan. Pelajar yang berprestasi lemah berlatarbelakangkan
pendapatan keluarga yang rendah. Rentetan itu disebabkan ibu bapa yang berpendapatan
rendah sukar menyediakan keperluan kewangan untuk tujuan pendidikan. Sosioekonomi
pelajar amat berhubung kait dengan prestasi masing-masing. Kesan daripada jurang status
sosioekonomi akan merencatkan iltizam ke arah kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

You might also like