You are on page 1of 8

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID

ANJURAN
KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS,
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN, 2014
KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

TAJUK PROGRAM : Lawatan Sambil Belajar ke Sekitar Kuala Lumpur


dan Selangor.

ANJURAN : Kelab Muzik & Kebudayaan Serta Persatuan Sains,


Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.

TUJUAN PROGRAM :
Program lawatan sambil belajar merupakan satu program yang diadakan
bagi memberi pendedahan kepada murid tentang keadaan persekitaran
sebenar sebagaimana yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Program
lawatan ini dapat menarik minat murid bagi subjek yang dipelajari dan
memberi manfaat untuk mereka serta menambah pemahaman mereka
dalam proses pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa program telah dibentuk untuk
merangka dan merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid bagi
memenuhi objektif lawatan. Program lawatan sambil belajar ke sekitar
Kuala Kumpur dan Selangor ini dirangka untuk mendedahkan murid-murid
dengan keindahan alam semulajadi, mengenali sains dan teknologi,
budaya, adat setempat, proses pembuatan coklat, tinggalan sejarah,
menunggang burung unta serta pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di
sekitar Kuala Kumpur dan Selangor. Lawatan ini amat menarik dan dapat
memberi input yang berguna kepada murid-murid khususnya dan kepada
guru amnya.

MATLAMAT :
Murid-murid dapat menimba ilmu dan idea untuk memantap dan
memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam mata pelajaran yang
berkaitan. Selain itu, murid dapat mengenali tempat menarik di negara
sendiri, melihat dan berpeluang untuk turut serta melakukan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan serta semangat setiakawan dan saling
menghargai di antara satu sama lain.

OBJEKTIF :
1. Menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada dan memberi peluang
kepada murid-murid untuk merasai suasana dan aktiviti yang
dijalankan.
2. Membolehkan murid-murid dan guru-guru mengadaptasi dan
menggabungjalin kemudahan dan pengetahuan yang sedia ada bagi
meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran.
3. Memupuk semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu
sama lain.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara murid dan guru.
RASIONAL :
Murid-murid perlu melawat ke tempat menarik yang berkaitan dengan
topik-topik yang telah dipelajari dalam kelas. Murid dapat mengeratkan
hubungan serta dapat melihat tinggalan sejarah yang ditinggalkan oleh
masyarakat dahulu di samping dapat menimba ilmu pengetahuan. Selain
itu murid-murid dapat mengetahui proses pembuatan coklat dan
menikmati pengalaman menunggang burung unta.

SASARAN : 120 orang murid dan 12 orang guru

PELAKSANAAN PROGRAM:

TARIKH : 01 Oktober 2014


HARI : Rabu
TEMPAT :Menara Kuala Lumpur, Planetarium, Taman Rusa,
Memorial Tun Abdul Razak, Midfield Square, Pusat Sains
Negara, Kilang Coklat Beryls dan Ostrich Wonderland
Farm.

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Khalilah bt Yahaya


Pengerusi 1 : Pn. Noor Ainun bt Ikhsan (GPK Ko-Kurikulum)
Pengerusi 2 : Pn. Rashidah Hanim Bt Abd Hamid (GPK HEM)
Pengerusi 3 : Pn. Hjh Rahmah bt Idris (GPK Tadbir & Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Nor Hazianty bt Abu Hassan
Setiausaha : Pn. Rauhiyah bt Che Mohammad
Bendahari : Pn. Rozlinda bt Azme
AJK Disiplin : YM. Raja Mohd Sidqi b Raja Lope Ahmad
AJK Kebajikan : Pn. Linha bt Ahmad dan Hasanah bt Said
AJK Makanan : Pn. Zabidah bt Sulieman dan Pn. Aisyah Dora
Jurukamera : Encik Zarfan bin Osman dan En. Tarmizi bin Yaacob
Dokumentasi : En. Azman dan En. Humaizi

STRATEGI
1. Mesyuarat Jawatankuasa Lawatan
2. Penubuhan Jawatankuasa Lawatan
3. Agihan tugasan semasa lawatan
4. Lawatan ke Sekitar Kuala Lumpur
KETERANGAN LAWATAN

1. Satu taklimat ringkas akan diadakan untuk membincangkan hal-hal


berkaitan lawatan. Perbincangan melibatkan guru-guru yang terlibat
dan murid-murid.
2. Tentatif program 01 Oktober 2014 (Rabu)
PERBELANJAAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN
SELANGOR
ANJURAN KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS,
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN, 2014

ANGGARAN PENDAPATAN
a) Peruntukan Kokurikulum = RM
1,560.00
b) Bayaran murid - 120 orang x RM 52 = RM
6,240.00
c) Bayaran tambahan dari tabung persatuan =
RM 360.00
JUMLAH = RM
8,160.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Pakej (termasuk pengangkutan, tiket,
makan, perkhidmatan) - 120 orang x RM68 =
RM 8,160.00

JUMLAH = RM
8,160.00

PENUTUP

Semoga lawatan ini berjaya menghasilkan dokumentasi dan laporan yang


berinformasi, menarik dan bersesuaian sebagai bahan rujukan untuk
murid-murid khasnya dan guru-guru amnya dalam melaksanakan
pengajaran luar bilik darjah yang lebih efektif. Di samping itu, lawatan ini
dapat meninggalkan kenangan manis kepada murid-murid sebelum
menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

Lawatan ini juga diharap dapat memberi pengalaman kepada murid-murid


dan guru di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
mereka.
LEMBARAN KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID
ANJURAN KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS
SK DESA PANDAN KE SEKITAR KUALA LUMPUR

NAMA: ________________________________

TAHUN : ________________________________

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Di negeri manakah terletaknya Kilang Beryls?

__________________________________________________________________

2. Namakan pihak yang menguruskan pakej lawatan ke sekitar Kuala


Lumpur?
__________________________________________________________________

3. Berapa lamakah perjalanan dari SK Desa Pandan ke Menara Kuala


Lumpur?

4. Namakan menara yang dilawati.

__________________________________________________________________
5. Nyatakan 3 tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur?

i - ________________________________________________

ii- ________________________________________________

iii - ________________________________________________

6. Namakan kawasan terletaknya Midfield Square?

_____________________________________________________
7. Nyatakan 3 aktiviti yang boleh dilakukan semasa berada di Pusat
Sains Negara:

i - ____________________________________________________

ii - ____________________________________________________

iii - ____________________________________________________

8. Nyatakan 2 kebaikan coklat?

i. __________________________________________________

ii. __________________________________________________

9. Di manakah terletaknya Memorial Tun Abdul Razak?

________________________________________________________________

10. Berikan 2 kebaikan kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke


sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

i - ________________________________________________________________

_________________________________________________________________

ii - _________________________________________________________________

__________________________________________________________________
( 20 markah)

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA


PANDAN
JALAN 4/76, DESA PANDAN
55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
ANJURAN KELAB MUZIK &
KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN
SAINS
KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN
SELANGOR
O1 OKTOBER 2014

BERILMU BERAMAL BERJASA"


JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR

7.20 PAGI : PENDAFTARAN DAN SARAPAN PAGI

7.50 PAGI : BERTOLAK KE PUSAT SAINS NEGARA

8.20 PAGI : TIBA DI PUSAT SAINS NEGARA

10.00 PAGI : BERTOLAK KE TAMAN RUSA /

PLANETARIUM

DAN MEMORIAL TUN ABD RAZAK

10.30 PAGI : TIBA DI TAMAN RUSA /

PLANETARIUM

DAN MEMORIAL TUN ABD RAZAK

11.30 PAGI : BERTOLAK KE MENARA KUALA

LUMPUR

1.00 TENGAH HARI : MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT

DI

MIDFIELD SQUARE JLN. SG. BESI

2.00 PETANG : BERTOLAK KE KILANG COKLAT BERYLS


2.30 PETANG : TIBA DI KILANG COKLAT BERYLS

4.00 PETANG : BERTOLAK KE OSTRICH FARM

5.00 PETANG : BERTOLAK BALIK KE SK DESA PANDAN

6.30 PETANG : TIBA DI SK DESA PANDAN

You might also like