You are on page 1of 1

Integrasi Nasional

Hadirin dan hadirat yang di hormati,

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya serta


agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang menyebabkan
Malaysai sebuah yang unik dimana kemerdekaan Malaysia dikongsi bersama dengan kaum
lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah
memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatakan hubungan ini dengan
memperkenalkan Integrasi Nasional.

Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud sesuatu
perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu. Integrasi pula
bermakna penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu
kesatuan. Integrasi Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan
pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti
yang sama. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan
amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara ini.

Intergrasi Nasional pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman dan


perpaduan antara pelbagai kaum. Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika
masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik serta kerjasama
antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju tanpa mempunyai masalah yang
mengekangnya.

Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun pada tahun 2006 ,kerajaan
telah memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai
mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan ini dilaksanakan dalam 5 tahun
dan dimulai pada tahun 2006 iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai
masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut telah dirangka
dan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah
perkara asas bagi mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status
negara maju dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk
mencapainya. Secara keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat
penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan.

You might also like