You are on page 1of 13

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 4/2014

MAKLUMAT, SYARAT & PERATURAN


SIRKIT PANCING PUTRAJAYA PIALA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA
DAN HARI TERBUKA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA (YKP) DI SISIRAN TASIK
PRESINT 8 PUTRAJAYA

14 Disember 2014 (Ahad)

1.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 2014, Perbadanan Putrajaya telah menjenamakan semua


pertandingan memancing dengan nama Sirkit Pancing Putrajaya. Sistem
Pemarkahan juga telah ditambahbaik bagi memberi galakan kepada pemancing
untuk terus mengambil bahagian dalam siri pertandingan memancing yang
dilaksanakan.

Pada tahun ini, sebanyak empat (4) siri sirkit akan dilaksanakan iaitu:

i) Siri 1 : Sirkit Pancing Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan


dan Hari Wetland Sedunia.
ii) Siri 2 : Sirkit Pancing Putrajaya sempena Hari Belia Negara
iii) Siri 3 : Sirkit Pancing Putrajaya sempena sambutan Kemerdekaan
& Hari Malaysia
iv) Siri 4 : Sirkit Pancing Putrajaya Piala Presiden

Pada setiap pertandingan hadiah menarik disediakan dan hadiah yang paling
menarik adalah untuk Johan Keseluruhan Sirkit 2014 dengan mengambilkira
rekod-rekod tangkapan bagi siri 1, 2, 3 dan 4.

Pendaftaran memancing secara atas talian (online) diperkenalkan bermula pada


Sirkit Pancing Siri 1/ 2013. Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan para
peserta yang berada jauh dari Putrajaya untuk turut serta. Peserta 1000 terawal
juga berpeluang mendapat hadiah t-shirt percuma. Pembahagian t-shirt adalah
500 helai bagi peserta pertama yang mendaftar dan membayar secara online
dan 500 helai lagi bagi peserta yang mendaftar di kaunter.

2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 14 Disember 2014 iaitu pada hari
Ahad (7:30 pg hingga 12:30 tgh).

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


1
3.0 LOKASI PERTANDINGAN

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


2
Lokasi pertandingan di Sisiran Tasik Presint 8, Tasik Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pertandingan. Pemilihan lokasi ini
kerana ia merupakan kawasan yang mempunyai persisiran tasik yang sesuai untuk aktiviti memancing di samping telah sedia ada
pokok yang matang dan redup. Juga dari segi kemudahan serta akses ke tapak berkenaan.
.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


3
4.0 PENYERTAAN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai. Penduduk Putrajaya


dialu-alukan menyertai pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti riadah.
1000 penyertaan terawal akan mendapat t-shirt percuma (500
pendaftaran melalui online dan 500 helai pendaftaran melalui kaunter).
Peserta layak mendapat lebih dari 1 t-shirt (tertakluk kepada bilangan
penyertaan).

4.2 Penyertaan dikira selepas bayaran dibuat oleh peserta.

4.3 Peserta perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, no.
passport dan warganegara dan no telefon yang sama setiap kali
mendaftar di setiap pusingan.

4.4 Pendaftaran untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :

i. Di kios Information Center, Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat


Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula
pada 8 12 Disember 2014.

Waktu urusan kaunter dibuka pada jam :


9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
2.00 hingga 5.00 petang

ii. Pendaftaran secara online di laman sesawang www.ppj.gov.my


dan www.putrajaya.gov.my bermula pada 1 Disember 2014 dan
berakhir pada 11 Disember 2014, jam 11.59 pm.

iii. Tapak pertandingan bermula jam 12.00 tengahari, 13 Disember


2014 sehingga tamat masa pertandingan 12.30 tengahari, 14
Disember 2014.

4.5 Peserta perlu menyimpan semua resit penyertaan sehingga pusingan


akhir sebagai bukti penyertaan sekiranya berlaku kesilapan dalam senarai
pemenang yang dikeluarkan oleh penganjur.

4.6 Kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka bermula pada jam 12:00 t/hari
sehari sebelum hari pertandingan berlangsung.

4.7 PENGESAHAN PENDAFTARAN pada jam 12:00 tengah hari, 13


Disember 2014 (Sabtu) sehingga ke masa pertandingan tamat. Sila
pastikan membawa kad pengenalan semasa membuat pengesahan.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


4
5.0 YURAN PENYERTAAN

5.1 Yuran penyertaan ialah RM 10.00 bagi setiap joran yang digunakan
manakala peserta antarabangsa (bukan warganegara) akan dikenakan
yuran penyertaan sebanyak RM50.00.

5.2 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan


penyertaan.

5.3 Semua peserta perlu memastikan perkara-perkara berikut diperolahi


selepas pengesahan pendaftaran:

Tag joran;
Tag pancang;
Gelang peserta;
Resit pendaftaran peserta;
Kupon cabutan bertuah (bersama-sama dengan no resit);
Salinan syarat-syarat dan lokasi pertandingan;
Plastik sampah;dan
Goodies (jika ada)

5.4 Peserta yang kehilangan tag joran dan resit pertandingan akan dikenakan
denda RM 20.00 sebagai bayaran kepada pihak penganjur bagi
mengeluarkan tag joran dan resit yang baru kepada peserta.

6.0 ACARA SAMPINGAN

Acara sampingan yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan


Yayasan Kepimpinan Perdana semasa pertandingan memancing adalah seperti
berikut:

i. Putrajaya Lake and Wetland Explorace (Normaliza/Yahzam : 03-8887


7146/ 03-8887 7643, liza@ppj.gov.my/yahzam@ppj.gov.my)

ii. Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Pegawai yang boleh dihubungi
adalah (Cik Zarinah Md. Isa : 03-8887 7184, zarinah@ppj.gov.my)

iii. Memancing Udang untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan bayaran


RM 3.00/20 minit (Pegawai yang boleh dihubungi adalah Puan Suhailiza
di talian 03-88877281, Suhailiza@ppj.gov.my)

iv. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori iaitu 9 - 7 tahun


dan 10 -12 tahun) (Pegawai yang boleh dihubungi adalah
Suliana/Suriyana: 03-8885 8966, suliana@perdana.org.my /
suriyana@perdana.org.my)

v. Movie Time (Khairun Nisa: 03-8885 8968, nisa@perdana.org.my)

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


5
vi. Board Games (Hasniza: 03-8885 8954, hasniza@perdana.org.my)

vii. Bicara Spontan (Shafeena/Humairah: 03-8885 8953 / 03-8885 8965,


humairah@perdana.org.my, shafeena@perdana.org.my

viii. Guess ? in the jar (Hidayati: 03-8885 8956, hidayah@perdana.org.my)

ix. Lucky Draw (Siti Murshidah: 03-8885 8961, murshidah@perdana.org.my)

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Hadiah menarik dan lumayan disediakan oleh Perbadanan Putrajaya


sebagaimana berikut :

i. Tempat Pertama : RM 7,000.00


ii. Tempat Kedua : RM 5,000.00
iii. Tempat Ketiga : RM 3,000.00
iv. Tempat 4-13 : RM 200.00
v. Tempat 14 20 : Saguhati

7.2 Hadiah kepada pemenang siri akhir atau Hadiah Grand Sirkit yang
disediakan adalah sebagaimana berikut:

i. Tempat Pertama : Sebuah Kereta


ii. Tempat Kedua : Sebuah Motosikal Modenass
iii. Tempat Ketiga : TV LCD 32 inci

7.3 Hadiah Istimewa

Peserta pertandingan yang berjaya memancing dan memperolehi ikan


yang bertagging akan menerima hadiah khas. Selepas maklumat ikan
direkodkan, ikan tersebut perlu dilepaskan semula.

8.0 CABUTAN BERTUAH

Bagi memeriahkan lagi Pertandingan Memancing ini, Perbadanan Putrajaya


turut menyediakan 60 hamper Cabutan Bertuah bagi setiap siri pertandingan. Di
samping itu, peserta juga akan berpeluang membawa pulang sebuah motosikal
Modenas Kriss yang merupakan Hadiah Bonanza.

9.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03-8887 7443 dan 03-8887
7146 atau email: tmi@ppj.gov.my atau email: liza@ppj.gov.my.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


6
10.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

10.1 PESERTA

i. Peserta yang mempunyai rekod menipu atau cuba menipu dalam


pertandingan sebelum ini tidak dibenarkan menyertai pertandingan;

ii. Peserta yang didapati menipu atau cuba menipu semasa


pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan tidak akan
dibenarkan untuk menyertai Pertandingan Memancing di Putrajaya
pada masa akan datang;

iii. Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20 meter dari tebing tasik


mulai 13 Disember 2014 pada pukul 12.00 tengah hari.

iv. Peserta wajib memakai gelang peserta yang diberikan; penganjur.

v. Peserta boleh mendaftar seberapa banyak batang joran dengan


kadar bayaran RM 10.00/joran

vi. Peserta hendaklah membuang sampah di tong sampah yang


disediakan menggunakan plastik yang dibekalkan

vii. Semua perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah


tanggungan sendiri dan pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab di atas semua kehilangan, kemalangan atau
kecelakaan yang menimpa peserta;

viii. Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari
kawasan yang ditetapkan; dan

ix. Peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang


selepas mendapat Waran Marsyal.

10.2 KAWALAN KAWASAN

i. Dilarang membuang sampah di kawasan memancing;

ii. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan sama sekali memasuki


kawasan memancing;

iii. Peserta adalah di LARANG SAMA SEKALI masuk ke dalam tasik


Putrajaya;

iv. Dilarang merosakkan pokok dan tanaman di kawasan memancing.


Pemancing yang ditangkap merosakkan pokok & persekitaran akan
dikenakan kompuaun oleh Perbadanan Putrajaya dan penyertaan
akan dibatalkan. Selaras dengan Undang-Undang Kecil Taman
(Perbadanan Putrajaya) 2002.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


7
10.3 Peserta boleh menggunakan umpan seperti dedak, cacing, cengkerik, roti,
pellet, ikan hidup, lipas, lipan, ulat gendon, jenis-jenis ulat hidup, bahan-
bahan daripada buah-buahan seperti pisang, betik, buah kelapa sawit,
marshmallow (mesti menggunakan batu ladong) dan telor kerengga.

10.4 Peserta ADALAH DILARANG menggunakan umpan tiruan(Rapala),


organ dalaman haiwan, umpan TAPA. katak, anak itik, anak ayam dan
umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir. Dan
meloyakan, cicak dan kuning telor.

10.5 Pelampung, mata dua, mata spider dan mata tiga adalah dilarang.

HANYA YANG
TIDAK DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN
DIBENARKAN

10.6 Pengunaan mata bom dan rambai adalah dibenarkan.

10.7 Selepas mendapat waran tangkapan ikan daripada marsyal, peserta perlu
menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang dengan membawa
bersama joran yang menaikkan ikan, resit dan waran tangkapan.

10.8 Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan


tamat dengan setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM150.00.
Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.

10.9 Joran yang digunakan mesti mempunyai tag yang disediakan oleh
penganjur. Jika joran patah, peserta perlu memaklumkan kepada
penganjur untuk mendapat tag joran yang baru. Joran tanpa tag
dibatalkan penyertaannya.

10.10 Pancang yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah tertakluk


kepada syarat-syarat berikut;

i. Pancang dibenarkan dipasang pada jam 12.00 t/hari sehari


sebelum pertandingan;
ii. Hanya pancang berbentuk Y sahaja yang dibenarkan;.
iii. Pancang yang diikat dengan tali akan dipotong;.
iv. Pancang yang tidak mempunyai tag akan dicabut dan
ditanggalkan. Pancang tersebut boleh dituntut di khemah urus
setia;.
v. Pancang menggunakan ranting , buluh , paip PVC dan kayu tidak
dibenarkan; dan.
vi. Keselamatan pancang adalah tanggungjawab peserta.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


8
10.11 Tag joran yang dibekalkan perlu dilekatkan secara memanjang bermula
dari tempat pemegang reel sehingga gelang pertama joran masing-
masing. Rujuk gambar di bawah.

10.12 Ikan yang berjaya dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan tag joran,
maka ikan tersebut tidak akan ditimbang.

10.13 Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Sekurang-kurangnya


satu mata kail perlu kena di bahagian dalam mulut sahaja untuk layak
dipertandingkan (mata bom/rambai). Jika semua mata kail terkena ekor
atau badan, ikan tidak layak dipertandingkan.

10.14 Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur.

10.15 Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja. Walau
bagaimanapun, lain-lain tangkapan akan dikira bagi Johan keseluruhan
Sirkit Pancing Putrajaya 2014.

10.16 Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah mata bagi seekor ikan yang
ditimbang serta masa tangkapan ikan yang dicatat oleh marsyal.

10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat
dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di dalam
air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak
dipertandingkan.

10.18 Bagi mengekalkan konsep tangkap dan lepas maka saiz ikan yang

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


9
berjaya dinaikkan perlu dilepaskan semula ke Tasik Putrajaya
sebagaimana jadual berikut.

Jenis dan Saiz Ikan Yang Perlu Dilepaskan


Spesies Saiz
Sebarau Kurang 10 inci/25cm
Jelawat Kurang 10 inci/25cm
Belida Kurang 10 inci/25cm
Ketutu Kurang 10 inci/25cm
Lampam Sungai Kurang 7 inci/18cm
Tenggalan Kurang 14 inci/30cm
Kelah Semua Saiz
Temoleh Semua Saiz
Tengas Semua Saiz
Bujuk Semua Saiz
Kerai Semua Saiz

10.19 Semua ikan mestilah dihantar ke meja hakim bersama joran dan mata kail
masih melekat di mulut ikan

10.20 Semua spesis ikan keli tidak dipertandingkan.

11.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI SETIAP SIRI PERTANDINGAN

11.1 Kaedah penentuan pemenang berdasarkan Sistem Mata bagi


Pertandingan Memancing ini dibuat bagi memberi peluang ikan tempatan
berkualiti tinggi seperti Temoleh dan Tenggalan bersaing dengan ikan lain
untuk muncul juara.

11.2 Kaedah ini dilakukan dengan memberikan pemberat bagi setiap kumpulan
ikan seperti jadual di bawah:

Sistem Mata Pertandingan Memancing Putrajaya

Mata/kg Spesis Ikan


10 Temoleh, Kerai, Tenggalan, Jelawat, Kelah,
Tengas, Ketutu
7 Sebarau, Belida, Baung, Patin, Haruan,
Kalui, Bujuk
5 Lampam, Tilapia, Kap Rumput, Rohu, Lee
Koh
3 Toman, Pacu dan lain-Lain

Nota: Ikan KELI tidak dipertandingkan

11.3 Kaedah ini dapat menggalakkan pemancing menghantar tangkapan


masing-masing ke meja Hakim untuk ditimbang, sekaligus membantu

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


10
pihak PPj mengenal pasti jumlah spesis ikan yang ada di dalam Tasik
Putrajaya.

11.4 Kaedah ini boleh mengurangkan risiko berlaku penipuan (membawa ikan
dari luar - contohnya ikan Keli dan sebagainya).

11.5 Penerangan bagi konsep ini adalah seperti berikut:

11.5.1 Bagi konsep ini, tiada kategori spesis dipertandingkan. Sebaliknya,


penganjur akan memilih 20 pemenang dengan mata tertinggi bagi
setiap seekor ikan yang ditimbang.

11.5.2 Setiap ikan akan ditimbang dan di darab dengan mata yang telah
ditetapkan seperti dalam jadual bagi mendapatkan jumlah mata
ikan berkenaan.

Contoh:

Pemancing 1 mendapat Temoleh 3 kilogram: 3 x 10 = 30 mata


Pemancing 2 mendapat toman 8 kilogram: 8 x 3 = 24 mata

Dalam kes di atas, Pemancing 1 adalah pemenang dengan 30 mata


walaupun berat ikan Temoleh hanya 3 kilogram, berbanding ikan
toman dengan berat 8 kilogram.

11.5.3 Bagi menggalakkan peserta menghantar ikan untuk ditimbang,


penganjur tidak akan mengisytiharkan had berat ikan yang perlu
didaftarkan sepanjang tempoh pertandingan.

11.5.4 Kaedah mata ini adalah cara terbaik bagi mengurangkan


kemungkinan ikan Toman muncul juara keseluruhan berikutan
kedua-duanya diberi pemberat yang rendah.

12.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI SIRKIT PANCING PUTRAJAYA

12.1 Kaedah penentuan pemenang berdasarkan Sistem Mata yang terkumpul


bagi setiap siri pertandingan memancing.

12.2 Sebagai tanda penghargaan, untuk peserta ulangan (penyertaan kali


kedua, ketiga dan keempat), tiga mata bonus akan diberikan bagi setiap
siri.

12.3 Peserta yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai Johan
Keseluruhan Sirkit Pancing Putrajaya.

12.4 Peserta tidak dibenarkan memberi ikan atau mata kutipan kepada peserta

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


11
lain yang sudah memiliki mata Sirkit. Mata Sirkit ini tidak boleh dipindah
milik.

12.5 Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan


pemberian mata yang disebabkan kesilapan peserta menggunakan no
kad pengenalan yang berbeza.

12.6 Pembetulan yang dibuat selepas pertandingan tamat (di setiap pusingan)
tidak akan dilayan.

12.7 Semua tangkapan yang diperolehi bagi setiap siri pertandingan akan
mendapat mata dan akan dikira bagi keseluruhan mata Sirkit.

12.8 Hadiah barangan tidak boleh ditukar kepada bentuk lain kecuali dengan
persetujuan di antara pemenang dan penganjur.

Nota:

Jika dua atau lebih peserta mendapat jumlah mata Sirkit yang sama,
penentuan pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah mata
tertinggi bagi seekor ikan yang di tangkap. Sekiranya masih sama,
pemenang akan ditentukan kepada masa tangkapan terawal.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA SIRI 4/2014


12

You might also like