You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA KESELAMATAN KEJOHANAN OLAHRAGA

TAHUNAN 2011 IPG KAMPUS KOTA BHARU

Sebelum KOT 2011

Pelantikan Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 dilaksanakan pada akhir


bulan Januari 2011. Saya telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Keselamatan.
Segala bidang tugas telah dimaklumkan kepada saya. Antaranya ialah memohon
khidmat bantuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kelantan untuk menyediakan
sebuah ambulans ketika Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 berlangsung. Selain itu,
saya juga memohon khidmat bantuan ahli BSMM IPG Kampus Kota Bharu melalui
Ketua Pensyarah Penasihat BSMM IPG Kampus Kota Bharu. Segala urusan dan surat
menyurat adalah melalui Ketua Unit GERKO, En Wan Mohd Din bin Mohamad.

Semasa KOT 2011

Pada 11 Mac 2011, Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 telah Berjaya dilangsungkan.
Namun begitu terdapat beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan. Hujan turun
pada pagi KOT 2011 tetapi hal tersebut bukanlah penghalang untuk saya bersama
rakan-rakan yang lain untuk menjalankan tugas. Antaranya kelemahan yang dihadapi
ialah khemah untuk BSMM Kelantan pada awal majlis tidak dapat digunakan. Hal ini
kerana pasukan Rebana Ubi telah mengambil tempat tersebut. Setelah selesai majlis
perasmian, BSMM Kelantan mengambil alih tempat tersebut. Sepanjang kejohanan
berlangsung, Jawatankuasa Keselamatan telah menjalankan tugas dengan baik. Tiada
kritikan yang diterima.

Selepas KOT 2011

Selepas Kejohanan Olahraga Tahunan 2011 selesai dilangsungkan, saya bersama


rakan-rakan Jawatankuasa Keselamatan bekerjasama dengan jawatankuasa yang lain
mengemas dan membersihkan kawasan padang di mana Kejohanan Olahraga Tahunan
2011 dilangsungkan.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas

Mohd Hamidi Ag Damit

Ketua Jawatankuasa Keselamatan

Kejohanan Olahraga Tahunan 2011

IPG Kampus Kota Bharu

You might also like