You are on page 1of 79

Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah

K P
o e
n
n n
n
s g
e u
p r
u
s
a
n
B
ii ll ii
k

5.1 Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan
bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain
mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah,

5.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah

. Antara faktornya adalah susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah dan
persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah.

5.2.1 Faktor fizikal

Faktor persekitaran fizikal seperti susunan kerusi-meja, buku rujukan, pusat


pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta,
gambar dan alat bantu mengajar.
keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.

91
5.2.2 Faktor psikososial

merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran


sosialnya. mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Suasana selesa dan mesra.
Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
Perasaan diterima
Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
Suasana yang merangsang pembelajaran
Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian
idea.
Menggalakkan pembelajaran koperatif.
Peluang yang sama untuk semua pelajar.

Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah
pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak
interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah.

(a) Pendekatan pengajaran


Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan
kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Antara keperluan pelajar
termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran,
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan
antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka,
menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif
dengan rakan sebaya.

(b) Gaya Kepimpinan guru


. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman .

demokratik.
laissez-faire.

(c) Komunikasi dan corak interaksi

92
. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga
membolehkan guru menyampaikan odjektif pengajarannya dengan jelas.

Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran


menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat .

Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik untuk


tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang murid
bertambah baik, guru boleh berkata Usaha kamu telah membawa kepada kejayaan
ini,tahniah! dibanding dengan Tahniah kamu dapat markah tinggi!.

Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Pada
masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam
kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea. Namun, kadang kala
sesetengah murid akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam
kelas. Ada murid yang bersikap introvert, mungkin tersingkir dan sukar diterima oleh
rakan. Manakala murid yang ekstrovert yang ingin didampingi oleh ramai murid di
dalam kelas. Guru dapat mengetahui tahap interaksi sosial melalui pemerhatian
dengan menggunakan teknik sosiometri. Pengetahuan tahap sosial murid membantu
guru membentuk kumpulan yang dapat bekerjasama.

Berhenti dan buat refleksi.

Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang
dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam
mengurus bilik darjah yang berkesan?

5.3 Rutin bilik darjah

5.3.1 Konsep Rutin

Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga
adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik
darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk
persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

93
tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan
disiplin kendiri murid.

5.3.2 Jenis-jenis Rutin

(a) Rutin Kelas (bukan akademik)

Contoh rutin bilik darjah: mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu
lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk
peraturan dan jadual bertugas murid.

(b) Rutin Pentadbiran

Contoh rutin pentadbiran: mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti


yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod
kesihatan murid.

(c) Rutin Pergerakan Murid

Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak dari


i. aktiviti dalam ke aktiviti luar,
ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan,
iii. kelas ke makmal komputer.

(d) Rutin Pengurusan Tugasan

Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti.

(e) Rutin Pembelajaran

Contoh rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan


sumber dan buku.

(f) Rutin Interaksi

Contoh rutin interaksi: Perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji
makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.

94
5.4 Disiplin Bilik Darjah

Latihan
1. Apakah faedah-faedah rutin bilik darjah?
2. Berkongsi jenis-jenis peraturan dan rutin yang telah anda bina dalam
bilik darjah anda, bincangkan keberkesanannya.

5.4.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah

Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin


merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik
darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan
peraturan atau hukuman.
Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa
maksud seperti :

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang


sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
Kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.
Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.
Kesanggupan hormat-menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong.
Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina.
Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.

yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara


sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.

5.4.2 Jenis-jenis Disiplin

95
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin
arahan diri.

(a) Disiplin Arahan Guru

Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru, murid-murid diwajibkan mematuhi
segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar disiplin,
dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai.

(b) Disiplin Arahan Kerja

Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru
perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin jenis ini
dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya
untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut
jadual.

(c) Disiplin Arahan Kumpulan

Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang
sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan
menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

(d) Disiplin Arahan Diri

Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi


peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi
ganjaran.

Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan-
peraturan sekolah secara sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru.
Walau bagaimanapun, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan
bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi
peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid, menyerapkan nilai-nilai murni
seperti keadilan, hormat-menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan
kerjasama dalam aktiviti pengajaran pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.

96
5.4.4 Punca Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah

Antara punca masalah disiplin termasuk:

kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan
sesuai dengan tahap pencapaian pelajar

pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar,
kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi
aktiviti adalah terlalu lama

pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi
dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran

keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit
tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.

Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan
dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah

Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.

Berhenti dan buat refleksi.

Berdasarkan pengalaman anda, huraikan punca-punca lain, masalah tingkah laku


yang tidak disebutkan di atas. Bagaimanakah anda mengatasinya?

5.4.6 Jenis-jenis Masalah Disiplin

Kategori
Masalah Jenis-jenis Masalah Disiplin
Disiplin

Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan,


Memeras ugut,menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah,
menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.

Kelakuan Berambut panjang, memakai sepatu dan stoking berwarna, baju T, berkuku
negatif panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek,
tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising,
membuli murid yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,
menentang arahan guru

97
Membolos Ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang
lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke
perhimpunan, berkhayal atau tidur di dalam bilik darjah

Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani
sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap
bohong, berpura-pura sakit.

5.4.7 Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik Darjah

Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu
amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.

(a) Amaran Konstruktif


Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan? Amaran
ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan tindakan ini
bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan.
Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.

Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran
Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama
Amaran perlu ringkas
Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi
kerjasama
Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan
tingkah laku
Beri pelajar hanya satu amaran sahaja

Amat penting untuk mengingati bahawa amaran seharusnya ditujukan kepada


masalah tingkah laku dan bukan kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun amaran
digunakan, anda harus memupuk nilai moral yang baik dan menggunakan pernyataan
yang positif untuk mencapai kesan yang diingini. Mampukah anda berbuat demikian?

98
(b) Hukuman
Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tertib seperti amaran lisan,
mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah seperti
menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar

(c) Pencegahan Salah Laku


Adakah anda menyedari bahawa salah satu daripada faktor yang penting dalam
pengurusan bilik darjah ialah keupayaan guru mencegah salah laku pada peringkat
awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.

Mari kita pertimbangkan beberapa langkah bagi mencegah salah laku pelajar seperti berikut.

Memahami Dinamika Bilik Darjah


Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam
konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku
dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan
perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu
anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan
bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.
Setujukah anda?

Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa, rakan sebaya dapat mempengaruhi
atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru
sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah
pembetulan untuk menangani masalah pelajar. Apakah pandangan anda?

Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah

Di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah


kegagalan pendidikan oleh sekolah
(Maurice Balson:1992)

Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada
pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan. Strategi
pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak
berkesan akan menyebabkan murid hilang minat dan bertukar kepada tingkah laku
bermasalah.

99
Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik,
menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan
melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan
mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.

Susun Atur Tempat Duduk


Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk
pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan
anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat
kontak mata dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila
berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan
anda?

Prihatin terhadap pelajar


Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke
semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan
mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan
anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu
menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau
kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan
berbanding dengan memanggil nama pelajar.

Mengurus disiplin.
Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan implimentasi pelbagai
teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku mengganggu murid yang
tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang
baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah:

i. Urus rutin bilik darjah dengan berkesan


ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan
luar bilik darjah

100
iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan
pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran
iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku.
v. Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah
vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran
vii. Amalkan pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

5.4.8 Mempraktik strategi Disiplin yang sesuai

Ramai guru mendapati isu mengekalkan strategi disiplin yang sesuai untuk mengurus
tingkah laku bermasalah mengambil masa yang lama dan adakalanyamengecewakan. Mari
kita lihat beberapa kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk yang lebih positif dan
cepat:
Mesra, peribadi dan rela mendampingkan diri dengan murid.
Uruskan tingkah laku spesifik yang terkini.
Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya.
Buat perancangan untuk perubahan tingkah laku.
Dapatkan komitmen murid untuk menjalankan rancangan tersebut.
Buat tindakan susulan untuk melihat keberkesanan perancangan tersebut.
Jangan menghukum murid dengan bersikap negatif dan jangan terima alasan-
alasan jika tingkah laku yang tidak sesuai masih berterusan.

Latihan

1. Pada pendapat anda, apakah penyebab masalah disiplin dalam bilik


darjah yang paling ketara? Berikan alasan anda.
2. Nyatakan manfaat amalan rutin bilik darjah. Bentangkan jawapan
anda dalam bentuk peta minda.
3. Bincangkan faktor-faktor penyebab salah laku murid dalam bilik
darjah anda. Cadangkan cara untuk mengatasi setiap faktor yang
anda berikan.

Rujukan

Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru.(2002). Unit 2: Pengurusan pengajaran bilik darjah.


Kementerian Pelajaran Malaysia.

101
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Emmer, E. T., and Aussiker, A. (1989).School and classroom discipline programs: How
Well Do They Work?" In Oliver C. Moles(ed). Strategies to Reduce Student
Misbehavior. Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. (4th Ed.) New Jersey:
Merrill Prentice Hall.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI
TAJUK 6
DALAM BILIK DARJAH

Adakah anda tahu...


Perbezaan antara komunikasi dan interaksi.
Mengapakah penting bagi seseorang guru mempunyai kemahiran komunikasi
dan interaksi dalam bilik darjah?

6.1 Konsep Komunikasi dan Model Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada


seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada
penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan
hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

6.1.1 Model-Model Komunikasi

Terdapat empat jenis model komunikasi iaitu:

1. Model Claude Shannon dan Warren Weaver

102
2. Model Wilbur Schramm I
3. Model Wilbur Schramm II
4. Model Wilbur Schramm III

Mengikut Model Shannon & Weaver,proses komunikasi bermula dari sumber


maklumat yang disimpan dalam ingatan akan menghasilkan mesej melalui alat
pemancar seperti suara,kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima atau
telinga setelah diproses oleh otak.

Berdasarkan model ini,keberkesanan penyampaian dan penerimaan sesuatu


maklumat bergantung kepada sumber-sumber gangguan yang menjadi penghalang.
Gangguan seperti kebisingan dan suara guru yang tidak jelas akan menyebabkan
maklumat yang ingin disampaikan gagal.

103
Dalam Model Schramm I, proses komunikasi bermula dengan rangsangan sebagai
sumber,kemudian dienkod untuk ditafsir dan diikuti dengan menghantar mesej dalam
bentuk isyarat.Selepas mesej diterima untuk didekod dengan serta merta dan
disalurkan ke destinasinya. Model ini menekankan proses menghantar dan menerima
mesej semasa proses komunikasi dan keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah
banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru dan didekod oleh
murid-muridnya.

Model Schramm II pula adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Dalam Model
Schramm II, elemen yang penting ialah pengalaman penghantar dan
penerima.Mesej akan diterima dengan jelas sekiranya penghantar dan penerima
mempunyai pengalaman yang bertindih.Ini kerana rangsangan yang dikod dan mesej
yang didekod dipecahkan kodnya berdasarkan kepada pengalaman yang bertindih
pada kedua-dua pihak.

104
Dalam model ini, mereka yang terlibat dalam proses komunikasi ini akan bertukar-
tukar peranan mereka daripada pengenkod (penyampai),pengdekod(penerima) dan
pentafsir.Ini bermakna model ini amat mementingkan aktiviti perbincangan dan soal
jawab untuk mengintepretasi dan mentafsir mesej daripada pelbagai sumber.Ini
bermakna komunikasi jenis ini melibatkan interaksi dua hala.

REHAT & REFLEK


Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi...
Ingat kembali jenis model yang dibaca tadi .Model komunikasi manakah yang
anda rasa sesuai diamalkan dalam bilik darjah anda. Mengapa?

6.2 Pola Interaksi Dalam Bilik Darjah


interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.
Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam
bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:

1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.


2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid dengan murid
3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
murid dan murid dengan guru.

Perhubungan pengajaran dengan jenis interaksi dalam bilik darjah

105
Jenis Interaksi Ciri-ciri interaksi Pendekatan dan strategi
pengajaran

berpusatkan guru pengajaran berpusatkan


G tiada interaksi antara murid guru

aktiviti pembelajaran pasif memberi arahan


kaedah kelas
M M kaedah ekspositori
M demonstrasi/tunjuk cara
aktiviti bercerita
Interaksi Sehala

hubungan yang mesra kaedah perbincangan


antara guru dan murid aktiviti soal jawab
G
kaedah individu
penglibatan murid
digalakkan
M
M aktiviti pembelajaran aktif
M

Interaksi dua hala antara


guru dengan murid

hubungan yang mesra pengajaran berpusatkan


G antara murid dengan murid murid

interaksi guru dan murid kaedah berkumpulan


M sehala iaitu melalui kaedah projek
bimbingan atau arahan aktiviti bermain
M sahaja atau sebagai aktiviti lakonan
fasilitator
M akitiviti sumbangsaran
M pembelajaran berpusatkan
M murid
M
murid lebih kreatif
hubungan antara murid lebih
erat

Interaksi dua hala murid aktiviti pembelajaran aktif


dengan murid wujud semangat kerjasama
dan saling menolong

aktiviti pengajaran dan kaedah berkumpulan


pembelajaran sangat aktif kaedah projek
G
aktiviti bermain
perhubungan antara guru aktiviti lakonan
M
106
Jenis Interaksi Ciri-ciri interaksi Pendekatan dan strategi
pengajaran

dengan murid dan murid akitiviti sumbangsaran


dengan murid lebih erat aktiviti pemulihan
M
dan mesra aktiviti pengayaan
penglibatan guru dan murid
sangat aktif
M M

Interaksi pelbagai hala

6.3 Kepentingan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis


membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam
pembelajarannya.
mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid
supaya pembelajaran lebih menyeronokkan
penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan

6.4 Halangan dan Gangguan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

(a) Suasana kelas yang bising.

(b) Guru yang kurang berpengalaman.

(c) Kepimpinan guru yang autokratik.

(d) Bilangan murid yang terlalu ramai..

6.5 Cara-cara Mewujudkan Komunikasi dan Interaksi yang Berkesan dalam Bilik
Darjah.

(a) Elakkan mengkritik atau melabel murid-murid


(b) Guru sebagai model sentiasa menunjukkan sifat penyayang
(c) Gunakan gaya kepimpinan demokratik
(d) Elakkan amalan kepimpinan autokratik

107
(e) Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik
(f) Bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif

Rujukan

Arends, R. I. (2000). Learning to teach. (5th eEd.) Boston: McGraw Hill.

Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul 2: Pedagogi 1. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Balson, Maurice. (1991). Understanding classroom behaviour. Australia: Australian Print


Group.

Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to practice.
NSW: Dcroom Helm.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating positive learning


environment for all students. Mass: Allyn & Bacon.

Kyriacou, C. (1991). Essential teaching skills. Hemel Hempstead: Simon & Schuster.

Moore, K. D. (1995). Classroom teaching skills. (3rd ed.) New York: McGraw Hill

Slavin, R. E. (1991). Educational psychology. (3rd ed.) Boston: Allyn and Bacon.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran Sekolah
Rendah

108
Konsep Asas Prinsip dan Ciri-Ciri Perangkaan Asas
Utama Pentaksiran Pentaksiran Berasaskan Dalam Pentaksiran dan
Sekolah
Interpretasi data

Definisi& Tujuan : Perangkaan Asas


Pengujian Kesahan Konsep Jenis-jenis alat Interpretasi data
Pengukuran Pentaksiran pentaksiran dan pelaporan
Kebolehpercayaan berasaskan sekolah rendah: data
Penilaian
sekolah Item Objektif
Tujuan Pentaksiran Pentaksiran untuk Item Subjektif
Kebolehtadbiran
pembelajaran Senarai Semak
Pentaksiran
Kemudahtafsiran Skala
tentang
pemeringkatan
pembelajaran

7.1 Konsep dan Tujuan Pentaksiran

7.1.1 Pengujian:

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur


perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang
individu terhadap pembelajarannya.

Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid dalam


sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam
kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara
mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan.

7.1.2 Pengukuran

Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi


menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam
pembelajaran.

109
Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan
kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran
amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan murid dalam
jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu mulai
dengan pengiraan markah.

7.1.3 Penilaian

Penilaian merupakan proses memperoleh maklumat dan menggunakannya


untuk membuat keputusan.

Penilaian bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian murid,


objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan pelaksanaan kurikulum.

7.1.4 Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi


pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran
(a) Pelaporan Pencapaian

Pentaksiran memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan


mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran
telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar
dalam pembelajaran.

Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian tentang pengajarannya.


Ia bertujuan membantu guru membaiki pengajarannya. Pelajar dapat tahu
tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Maklumat balik ini menentukan
pelajar yang memerlukan pendidikan pemulihan

Pentaksiran merupakan punca penggerak/motivasi untuk pembelajaran.


Pentaksiran dapat menggerakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh
supaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar akan belajar jika
mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai.

110
Pentaksiran berguna sebagai cara untuk memperoleh pembelajaran
lampau. Pembelajaran lampau membantu dalam pembelajaran pelajar.
Pelajar diuji perkara-perkara yang telah dipelajari sebagai menyediakan
mereka untuk menerima pelajaran yang baharu. Pelajar-pelajar dibimbing
untuk mengaitkan pembelajaran yang lampau dengan pelajaran yang baharu.

Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan. Ujian bersifat


diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar.
Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan
pemulihan bagi pelajar yang memerlukannya.

(b) Pemilihan/Penempatan

Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas untuk


memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang sesuai. Ujian
dalam bilik darjah juga boleh digunakan. Ujian yang khusus seperti ujian
kesediaan membaca boleh digunakan untuk mengelaskan pelajar dalam
kumpulan kecil yang sesuai.

(c) Keputusan-Keputusan bimbingan

Kita tidak dapat nafikan bahawa pelajar anda perlu dibimbing


dalam peluang vokesyenal, dalam program pendidikan dan
masalah peribadi mereka. Ujian tentang aptitud dan
pencapaian; inventori minat dan personaliti akan membantu
dalam menyediakan maklumat yang berguna tentang ciri-ciri
signifikan yang dimiliki mereka. Ini akan membantu mereka
memperkembangkan konsep kendiri yang realistik.

(d)
Keputusan-keputusan Penyelidikan
Keputusan penyelidikan dibuat apabila maklumat dikumpul daripada
pentaksiran sebagai langkah awalan sebelum membuat keputusan.

111
Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada penentuan keputusan yang
spesifik tetapi lebih kepada memberi gambaran yang luas untuk
keputusan-keputusan masa depan.

(e) Tujuan tujuan lain


Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk menentukan
kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran baharu. Ini berlaku sebelum
guru mula sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang keberkesanan


pengajarannya. Melalui maklum balas murid, guru boleh menilai sama ada
pengajarannya berkesan atau sebaliknya.

Pentaksiran guru bertujuan memberi maklum balas tentang kemajuan dan


pencapaian murid kepada ibu bapa dalam mata pelajaran dan aspek
sahsiah. Ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap
pencapaian anak mereka.

7.2 Prinsip dan Ciri-Ciri Utama Pentaksiran

Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami


prinsip pentaksiran dan ciri-ciri penting suatu ujian yang baik.
Antara prinsipprinsip yang perlu diambil kira termasuk instrumen
atau alat yang digunakan untuk pentaksiran, kumpulan murid
yang ditaksir, respons murid, kumpulan yang menaksir serta skor
yang diperoleh selepas pentaksiran.

Ciri ciri ujian yang baik termasuk:


Kesahan
Kebolehpercayaan
Keobjektifan
Kemudahtadbiran
Kemudahtafsiran

112
7.2.1 Kesahan

Kesahan merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar menguji
perkara-perkara yang hendak diuji itu. Secara ringkasnya, ia bermaksud sesuatu
ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Kesahan ujian adalah
berdasarkan tujuan ujian itu diadakan. Kesahan terdiri daripada empat jenis kesahan
seperti berikut:

K e K e
K e s a s a K
s a h
K ea h a e
h a n
s a n s
n S
h e
a K o a
R a rn e n s h t
m n
K ta r u a
a l a
n kd k n
a n u n
g a
n
Kesahan Kandungan

Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang
hendak diuji.
Antara ciri ciri kesahan kandungan ialah kandungan ujian mewakili perkara yang
hendak diukur atau diuji, mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran
tertentu bagi mata pelajaran tertentu.

Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar


seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa
depan. Contohnya, seorang murid memperoleh 4 A dalam Peperiksaan Percubaan di
sekolah juga memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan UPSR yang
sebenar. Dalam kes ini, Peperiksaan Percubaan di sekolah dikatakan mempunyai

113
kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian murid berkenaan dalam
peperiksaan UPSR tersebut.

Kesahan Konstruk/Gagasan
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau tret mental manusia. Tujuan ujian
ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur
konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi dan tingkah laku manusia,
misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan.

Kesahan Serentak
Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu
sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia
merupakan hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan
kriteria tertentu.

7.2.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada ketekalan
atau ketetapan dalam skor ujian. Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk
kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada
masa yang berlainan.
Secara umumnya, empat cara untuk menentukan kebolehpercayaan iaitu:
Uji- Ulang uji (test-retest)
Cara bentuk setara (equivalent forms method)
Cara bahagi dua (split half)
Cara Kuder-Richardson

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan


Antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:

114
(a) Panjang ujian.
Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini bermaksud
lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya. Ujian yang
lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang
tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh
faktor-faktor peluang seperti meneka.

(b) Pentadbiran dan Format Ujian


Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya
kebolehpercayaan ujian. Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa
kepada kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu, arahan yang jelas, mudah
difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan
kepada kebolehpercayaan ujian. Juga, ujian hendaklah ditadbirkan dalam
suasana yang sesuai:-
Mengikut masa yang ditetapkan
Bebas daripada gangguan/ bising
Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan
Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan
dijadikan sebagai satu faktor pengujian

(c) Kesukaran ujian


Ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang
mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan
sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan berada rapat
sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor
berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan
individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai.

(d) Keobjektifan ujian


Ini merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi keputusan
yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang diperolehi tidak
dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Kebolehpercayaan
ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan
bagi setiap item. Ujian jenis item Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada
item soalan adalah paling kurang kebolehpercayaannya.

115
Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru, keobjektifan memainkan peranan
penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa
yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

7.2.3 Keobjektifan
Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat
memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai jawapan
yang sama.

Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana
pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi seseorang
pemeriksa. Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana
skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang
lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama.

7.2.4 Kemudahtadbiran

Kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam bilik darjah atau
di dewan peperiksaan.
Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan,
pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip
jawapan serta pemarkahan. Tambahan pula,arahan yang jelas dan mudah serta
tempoh masa ujian perlu diberi perhatian.

7.2.5 Kemudahtafsiran
Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian. Ini
bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya
dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut:
Pencapaian murid dalam kelas
Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang
digunakan

Kesesuaian aras kesukaran item ujian

116
7.2.6 Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Untuk memastikan kesahan ujian dan kebolehpercayaan, guru harus menyediakan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) jika ingin membina ujian atau peperiksaan. Satu
jadual spesifikasi ujian ialah satu pelan bertulis yang terperinci mengenai sesuatu
ujian yang mana merangkumi huraian tujuan ujian dan sasaran; kandungan atau
bidang-bidang prestasi yang diliputi, jenis-jenis item dan bilangan item untuk setiap
bidang kandungan/prestasi, aras kesukaran item dan jumlah item yang diuji.

JSU mengandungi butiran berikut:


Bentuk dan tempoh masa ujian
Kandungan topik-topik
Aras kemahiran
Peruntukan peratusan item/soalan
Bilangan soalan
Aras kesukaran

Tujuan Penyediaan JSU


Ujian akan dibina dengan lebih terancang dan bukan sembarangan
Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
Menjadi panduan dan penentu bagi penggubal soalan
Menyeimbangkan tajuk-tajuk, objektif pelajaran serta aras kemahiran dengan
memberi pemberatan yang seimbang

Sebagai panduan kepada penggubal soalan yang lain agar soalan yang
bermutu dapat dihasilkan
Membolehkan guru-guru membuat perbandingan terhadap aras kesukaran
antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Panduan menyedia Jadual Spesifikasi Ujian


Di sini ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian apabila menyediakan satu
jadual spesifikasi ujian:

117
(a) Topik-topik yang dipilih
Topik-topik yang dipilih harus mencerminkan kepentingan sukatan pelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah

(b) Kemahiran-kemahiran yang hendak diuji


Kemahiran-kemahiran yang akan diuji harus dipilih dan disenaraikan. Taksonomi
objektif pengajaran Bloom boleh digunakan untuk menguji domin kognitif.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) digalakkan. Kemahiran-kemahiran yang
diuji harus mencerminkan pengajaran dalam bilik darjah dan memadan dengan
perkembangan kognitif murid.

(c) Jenis-Jenis Item Ujian


Kedua-dua item ujian objektif dan subjektif diutamakan untuk mengoptimumkan
kekuatan item-item berkenaan

(d) Bilangan item mengikut topik, kemahiran dan jenis


Bilangan harus mencerminkan kepentingan topik dan kemahiran
Bilangan item yang sesuai untuk mempastikan interpretasi tingkah laku calon

(e) Aras kesukaran item ujian


Kesukaran harus mencerminkan tujuan ujian. Untuk ujian rujukan norma, item
mudah, sederhana dan sukar harus mengikut taburan normal iaitu anggaran
1 :3:1. Untuk ujian rujukan kriteria, item mudah atau sukar bergantung kepada
kumpulan sasaran.

(f) Agihan markah


Taburan markah harus mencerminkan kepentingan topik dan kemahiran yang
diuji.

118
Berikut disertakan carta alir pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian :

Tentukan objektif ujian

Tentukan kandungan ujian

Lukiskan matriks dua arah

Lengkapkan kandungan/topik dalam kolum menegak

Lengkapkan pelbagai kemahiran dalam kolum melintang

Tentukan jenis-jenis dan bilangan soalan untuk kandungan dan kemahiran

Semak taburan & peratus soalan untuk topik-topik dan kemahiran-kemahiran

7.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang


bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani),
psikomotor(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Pentaksiran untuk Pembelajaran

Secara umumnya, pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian


daripada pengajaran dan pembelajaran dan maklumat yang diperoleh daripada

119
aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk membentuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia direka bentuk untuk merangsang pengajaran serta menambahbaik
pembelajaran. Ia memberi murid peluang untuk menghasilkan sesuatu hasil yang
akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman mereka.

Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk
membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan
cara yang betul. Maklum balas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan
perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan.

Secara ringkasnya, pentaksiran untuk pembelajaran akan:

Menyediakan maklumat pembelajaran murid untuk kedua-dua murid dan guru


Menggalakkan kejayaan untuk semua
Membolehkan refleksi berterusan tentang apa yang murid tahu masa kini dan apa
yang mereka perlu tahu selepas ini.
Menggalakkan intervensi semerta dan hubungkaitkan penghakiman kepada
kehendak pembelajaran

Pentaksiran tentang Pembelajaran


Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk
mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai
mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang
ditetapkan.
Tujuan ialah untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan
secukupnya untuk mengalih pelajar ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan
untuk memberi gred kursus atau untuk pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam
hasil pembelajaran yang diingini.

Antara tujuan pentaksiran tentang pembelajaran :

Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari

Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi sekolah

Menggalakkan intervensi selanjutnya

120
7.4 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran di sekolah

MU Guru pilih standard


LA kurikulum yang
Guru rancang pengajaran,
akan diajar
pembelajaran dan
Pemuli menyediakan
Guru kaedah
melaksanakan
han pentaksirandan
pengajaran
Belum pembelajaran dan
mencapai Guru menilai prestasi
pentaksiran
tahap Telah mencapai murid, merekod dan
Tahap
penguasaan melapor
Pilih berdasarkan
standard kurikulum yang
penguasaan evidens
baru dan laksanakan
pengajaran, pembelajaran
dan pentaksiran seterusnya

Rajah 7. 1 Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Rendah

121
Jenis jenis alat pentaksiran untuk sekolah rendah termasuk:
a. Ujian
Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan
kepada skor.

Ujian dalam Pentaksiran Sekolah boleh dilaksanakan secara manual seperti


kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online
atau offline.

Pembinaan item Objektif

Item objektif adalah item di mana pemeriksa akan memberi


markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan yang
sama. Jenis item objektif memerlukan jawapan yang pendek.
Respons yang betul telah ditetapkan.

(i) Jenis Melengkapkan

Jenis item ujian ini dibahagikan kepada dua, iaitu (i) jawapan pendek dan (ii)
item melengkapkan / kloz. Satu contoh untuk setiap jenis adalah diberi dibawah:

Jawapan Pendek

Namakan gunung tertinggi di Malaysia?


Cari nilai 8 x 8 =

Item Melengkapkan/Kloz
Gunung tertinggi di Malaysia ialah
Dalam persamaan matematik 8 x 8 ialah

(ii)
(iii)
(iv)

122
(v)
(vi) Jenis Pilihan

Sebagai perbandingan, item objektif jenis pilihan dikategorikan kepada (i) item
respons alternatif, item padanan, dan (iii) item aneka pilihan. Satu contoh untuk
setiap jenis diberikan di bawah.

Item Respons Alternatif

Perdana Menteri Malaysia pertama ialah Dr. Mahathir


Mohamad. Betul/Salah
Jika 2x 3 = 7, maka x = 5. Betul/Salah
Ikan adalah sumber baik protin Ya/Tidak

Item Padanan
Ikan karbohidrat
Roti Lemak
Margerin Protin
Garam galian

(vii) Item Aneka Pilihan (MCQ)

Apakah tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada


tahun 1896?

A Menyelaraskan pentadbiran

B Mengembalikan kuasa sultan

C Menghapuskan kuasa residen

Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

CIRI-CIRI SENARAI SEMAK


Soalan menguji isi (a) Adakah soalan menguji satu hasil pembelajaran
kandungan dan yang penting?
kemahiran yang (b) Adakah soalan menepati Jadual Spesifikasi Ujian
sepatut diuji. (JSU) dari segi kandungan dan aras kemahiran?
(c) Adakah soalan menguji lebih daripada hanya
pengetahuan fakta?
Pokok soalan (a) Adakah pokok soalan mengemukakan satu
berfokus pada suatu permasalahan yang jelas sahaja?
tugas atau (b) Adakah pokok soalan mengandungi maklumat yang
permasalahan relevan sahaja?
sahaja. (c) Adakah kehendak dan aras soalan dapat
diperjelaskan/ditingkatkan lagi dengan gambar rajah,

123
CIRI-CIRI SENARAI SEMAK
scenario situasi benar, jadual dll?

Pokok soalan yang (a) Adakah pokok soalan dalam bentuk positif?
positif dan berbentuk(b) Adakah perkataan negatif (jika digunakan) dalam
pertanyaan pokok soalan ditonjolkan.
diutamakan. (c) Adakah dihitamkan/diboldkan perkataan yang
hendak ditonjolkan dalam pokok soalan spt bukan,
paling dan bilangan (cth: dua)
Jawapan adalah (a) Adakah pakar bidang setuju dengan jawapan?
tepat / paling sesuai (b) Adakah pilihan-pilihan jawapan yang bertindan-
dan tidak boleh tindih?
dipertikaikan (c) Adakah jawapan (dan soalan) berasaskan pendapat
dielakkan?
Tiada petunjuk atau (a) Adakah distraktor berfungsi /munasabah?
bayangan kepada (b) Adakah pilihan-pilihan jawapan homogen?
jawapan (c) Adakah pilihan jawapan dalam lingkungan sukatan
pelajaran
(d) Adakah semua pilihan jawapan selaras/selari dari
segi tatabahasa dengan pokok soalan?
(e) Adakah terdapat pembayang jawapan pada pilihan
jawapan (verbal clues)?
(f) Adakah terdapat pembayang jawapan pada soalan-
soalan lain?
(g) Adakah pilihan jawapan Semua di atas atau
Tiada jawapan yang betul dielakkan?
(h) Adakah pilihan-pilihan jawapan hampir sama
panjang?
Penggunaan (a) Adakah bahasa mudah difahami?
petikan, istilah dan (b) Adakah struktur bahasa dan istilah betul/sesuai?
tatabahasa yang (c) Adakah ejaan betul dan tekal?
sesuai, tepat dan (d) Adakah singkatan perkataan (akronim) digunakan
tekal dengan betul dan telah dinyatakan sebelumnya?
(e) Adakah petikan atau bahan rujukan dinyatakan
sumbernya?
Pilihan-pilihan (a) Adakah pilihan-pilihan jawapan
jawapan disusun disusun mengikut kronologi /numerik /abjad /
secara logik dan panjang-pendek?
berdasarkan sistem (b) Adakah perkataan yang berulang-
yang ditetapkan ulang dalam semua pilihan jawapan dipindah ke
pokok soalan?
(c) Adakah 4 pilihan jawapan (A),(B),
(C) dan (D) sahaja ditetapkan untuk setiap soalan?
(d) Adakah terdapat lima unsur (I, II,
III, IV dan V) disediakan sebagai pilihan bagi soalan
berbentuk pelbagai cantuman?
(e) Adakah lima unsur (I, II, III, IV dan
V) dicantum dan disebarkan secara seimbang

124
CIRI-CIRI SENARAI SEMAK
Format (layout) (a) Adakah seluruh soalan yang lengkap berada pada
soalan adalah satu halaman yang sama?
konsisten, kemas (b) Adakah terlalu banyak soalan pada satu muka
dan jelas. surat/halaman?
(c) Adakah gambar rajah dalam soalan dibingkaikan
(jika boleh), diberi ruang yang mencukupi dan
dilabel?
(d) Adakah ruang jawapan di pangkal atau di tengah
pokok soalan jenis pelengkap dielakkan?
(e) Adakah pokok soalan dijarakkan dari pilihan-pilihan
jawapan?
(f) Adakah pilihan jawapan menggunakan huruf besar,
dalam kurungan penuh dan ditulis 1 tab dari nombor
soalan serta dijarakkan daripada pokok soalan?
Tanda bacaan (a) Adakah pokok soalan atau pilihan
( . , ? ; : ) digunakan jawapan berbentuk penyataan lengkap diakhiri
dengan betul. dengan noktah?
(b) Adakah tanda bacaan digunakan
dengan betul?
(c) Adakah mengelakkan sebarang
tanda bacaan pada hujung pokok soalan berbentuk
pelengkap?.
(d) Adakah huruf besar digunakan
dalam permulaan ayat, nama khas, selepas tanda
noktah dan tanda soal?

Sebaran jawapan (a) Adakah kelihatan pola pada


adalah secara rawak senarai jawapan?
(b) Adakah bilangan A, B, C dan D
hampir sama banyak?
Kertas ujian (a) Adakah terdapat kesilapan typo ?
mengandungi (b) Adakah arahan menjawab soalan dan ujian jelas
maklumat yang dan lengkap?
lengkap dan teratur. (c) Adakah masa mencukupi untuk menjawab ujian ini
Jadual 7.1 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

Item Ujian Subjektif

Item ujian subjektif memerlukan calon untuk menjawab item-item


dengan menggunakan perkataan sendiri. Terdapat dua jenis
yang asas, iaitu jenis respons terhad dan jenis respons lanjutan
(terbuka).

(i) Jenis Respons Terhad

125
Jenis item ini menghadkan kandungan dan gaya jawapan. Ia memerlukan calon
untuk menjawab secara tepat, dalam satu frasa, ayat atau pernyataan pendek.
Biasanya soalan-soalan ini bermula dengan perkataan seperti Apa.. Nyata..,
Senarai., Hurai.., Definisi.., dan sebagainya. Sebagai contoh: Dalam satu
ayat, definisikan istilah penilaian

Nyatakan dua tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu pada tahun 1896?

Berikan maksud untuk fotosintesis?

(ii) Jenis Respons Lanjutan(Terbuka)


Secara perbandingan, jenis respons lanjutan/ terbuka memberi calon peluang
untuk memilih tujuhala dan skop jawapan. Calon bebas untuk melanjutkan
jawapannya, menggunakan pemikiran-pemikiran sendiri dan pendapat,
menggunakan gaya penulisan sendiri tetapi menepati topik. Biasanya, soalan
jenis ini menggunakan perkataan seperti Bincangkan sebab-sebab yang
mungkin.. , Bandingbeza , Bagaimana , pada pendapat anda ..
Sebagai contoh, Bincangkan kepentingan penilaian dalam bilik darjah

126
Langkah-Langkah Pembinaan Item
Prosedur yang betul dan sistematik amat penting untuk mempastikan rekabentuk
sesuatu ujian yang berkualiti. Berikut adalah langkahlangkah pembinaan item yang
perlu diikuti:

1. Spesifikasikan objektif ujian

2. Bina Jadual Spesifikasi Ujian

3. Gubal item ujian

4. Susunatur item ujian

5. Ubahsuai item ujian

6. Tentukan agihan markah

7. Simpan bahan ujian dan item di


tempat yang selamat

Rajah 7.2 : Langkah Langkah Pembinaan Ujian

Senarai Semak
Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran,
sikap, kebolehan dan tingkah laku murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada:

127
(a) Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan
(b) Sesuatu perlakuan telah dilakukan
(c) Kekerapan sesuatu tingkah laku

Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan dan penggunaansenarai semak
termasuk :
Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat
Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan

Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan


yang lebih tepat/ kekal.

Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau
tingkah laku murid.

Kelebihan menggunakan senarai semak dalam pemerhatian atau pencerapan


adalah alat ini mudah dan praktikal. Ia boleh diigunakan oleh individu yang
kurang mahir. Tambahan pula, ia dapat dilakukan semasa atau selepas
pemerhatian dilakukan dan boleh dilakukan oleh beberapa orang pemerhati bagi
memastikan kesahihan pemerhatian dari segi kebolehpercayaan antara
pemeriksa. Seperkara lagi, senarai semak dapat menfokus kepada tingkah laku
tertentu.

Skala Pemeringkatan (Rating Scale)


Skala pemeringkatan merupakan alat untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar
diukur secara objektif. Misalnya, mengukur perlakuan seseorang murid. Skala
pemeringkatan memberi peluang kepada responden merekodkan pendapatnya
tentang darjah perlakuan itu. Skala pemeringkatan biasanya diletakkan di atas
satu baris dari rendah ke tinggi atau sebaliknya. Terdapat jenis skala iaitu skala
ordinal, interval(sela) dan nisbah.

.
Kaedah lain untuk Pentaksiran Sekolah Rendah

Pencerapan/Pentaksiran

128
Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan
selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam
tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum.

Tugasan atau Pentaksiran Prestasi


Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan
menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia
merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang
tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian
visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan


Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana
mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk
menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu
dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan
kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari
bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Refleksi ke
atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam
pembelajaran murid yang perlu dilakukan oleh murid.

Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu


murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk
pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri
dan juga rakan mereka.

Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama,


bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui
satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain
daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial,
pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja
kumpulan.

Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua


pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran.
Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden
yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan

129
kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk
pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

7.5 Perangkaan Asas dalam Pentaksiran

Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun,


menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif.
7.5.1 Jadual Kekerapan

Apabila skor ujian diperolehi dari sekumpulan murid, skor akan berada dalam susunan
rawak seperti yang ditunjukkan:

50, 65, 90, 55, 75, 80, 83, 90, 95, 70

Taburan Secara Menaik dan Menurun

(a) Susunan Menaik

Data-data disusun daripada yang terendah kepada tertinggi seperti:

50 , 55, 65, 70, 75, 80, 83, 90, 90, 95

(b) Susunan Menurun

Dalam susunan menurun pula, data-data disusun daripada yang tertinggi


kepada yang terendah. Contohnya:

95, 90 90, 83, 80, 75, 70, 65, 55 , 50,

Taburan Kekerapan

Sebelum kita beralih kepada taburan kekerapan, kita mesti faham


istilah kekerapan. Lihat data berikut:

Skor Bilangan Murid yang


mendapat skor
50% 4
70% 7
90% 3

130
Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam taburan. Dalam
contoh di atas, kekerapan untuk skor 70% ialah 7 ( kekerapan tertinggi) manakala
kekerapan untuk 90% ialah 3 ( kekerapan terendah)

Akan tetapi dalam kumpulan murid yang ramai, bilangan skor akan
banyak. Maka, adalah berguna untuk membina taburan
kekerapan secara berkumpul dan graf taburan. Untuk tujuan ini,
skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang
ada dalam setiap sela digundalkan. Gundal-gundal ini dikira untuk
memperoleh kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela
kelas.

Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan
dengan julat kelas sebanyak 5

43 40 55 64 70 60 80 67 85 82

51 59 70 55 78 65 83 57 88 45

44 76 80 77 55 44 88 56 44 54

Jadual 7.3 : Jadual Taburan Kekerapan

Skor Gundalan Kekerapan


(Sela Kelas)
85 89 /// 3
80 84 //// 4
75 79 /// 3
70 - 74 // 2
65 - 69 // 2
60 - 64 // 2
55 - 59 //// / 6
50 - 54 // 2
45 -49 / 1
40-44 //// 5
Jumlah 30

Jadual taburan kekerapan merupakan taburan dalam bentuk


jadual yang menunjukkan susunan data secara sistematik dan

131
kekerapannya. Untuk mengurangkan bilangan baris, kita boleh
mengumpulkan skor-skor atau menggabung skor yang berbeza ke
dalam sela kelas.

Di sini ada beberapa garis panduan semasa menyediakan sela kelas. Pertama, sela
kelas harus dipilih sebegitu agar ia meliputi kesemua skor-skor. Kedua, jika boleh
saiz sela kelas seharusnya merupakan angka ganjil supaya nilai tengah merupakan
angka bulat. Ini akan memudahkan perwakilan grafik dan pengiraan.

7.5.2 Histogram, Poligon kekerapan dan Ogif


Sekarang kita akan meneroka bagaimana menukar data dalam jadual taburan
kekerapan kepada perwakilan grafik. Dua jenis graf yang paling kerap digunakan
ialah histogram dan poligon kekerapan.

(a) Histogram

Histogram mempersembahkan data dalam bentuk lajur-lajur empat segi bujur. Asas
setiap kolum ialah julat kelas dan ketinggian lajur menunjukkan kekerapan
berlakunya skor tersebut.

Contoh:

Jadual 7.4 : Jadual Taburan Kekerapan 1

Skor Had Sela Kekerapan (f)


(Sela Kelas) Kelas
45 - 49 44.5 49.5 2
40 - 44 39.5 44.5 2
35 - 39 34.5 39.5 3
30 - 34 29.5 345 8
25 - 29 24.5 29.5 12
20 - 24 19.5 24.5 12
15 - 19 14.5 19.5 7
10 - 14 9.5 14.5 6
5-9 4.5 9.5 2
0-4 0 4.5 1

132
Kekerapan

12

10

0 4.5 9.5 14.5 19.5 24.5 29.5 34.5 39.5 44.5 49.5
Skor

Rajah 7.3 : Histogram untuk Jadual Taburan Kekerapan 1

(b) Poligon Kekerapan

Poligon kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas ke
ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan. Kemudian,
Kekerapan

sambungkan kesemua poin-poin dengan garis lurus. Poin awalan dan akhir harus
berada pada paksi-X

12

10

6
133
4

2
0 4.5 9.5 14.5 19.5 24.5 29.5 34.5 39.5 44.5 49.5

Skor

Rajah 7.4: Histogram dan poligon kekerapan untuk Jadual Taburan Kekerapan

(c) Kekerapan Himpunan (Ogif)

Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan


kekerapan data sebelumnya. Mari kita perhati jadual 1.6 untuk
melihat bagaimana kekerapan kumulatif dikira.

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan murid yang
memperolehi skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor yang tertentu.
Contohnya, kita boleh katakan bahawa bilangan murid yang memperolehi skor
antara 15 19 skor atau kurang daripadanya ialah 16.

Jadual 7.5 : Kekerapan Kumulatif

Skor(X) Kekerap Pengiraan Kekerapan


(Sela Kelas) an Kekerapan Himpunan
(f) Himpunan (cf)
Kekerapan 2 di
45 - 49 2 53 +2 = 55 55
tambah kepada
kekerapan
40 - 44 2 51 + 2 = 53 53 sebelumnya, iaitu
1
35 - 39 3 48 + 3 = 51 51

30 - 34 8 40 +8 =48 48

25 - 29 12 28 + 12=40 40

20 - 24 12 16 + 12=28 28

134
15 - 19 7 9 + 7 =16 16

10 - 14 6 3 +6=9 9

5-9 2 1+2= 3 3

0-4 1 1 1

Berhenti dan Renungkan :

Berdasarkan Jadual 7.5 di atas, berapa jumlah murid memperolehi markah


kurang daripada 25? Berapa murid gagal jika markah lulus ialah 20?

Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang


dinamakan ogif dan ogif digunakan untuk mentafsir data yang
diperolehi. Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala
kekerapan himpunan berada pada paksi-y. Ogif yang dilukis di bawah
adalah berdasarkan kepada Jadual 7.5 Taburan Kekerapan Himpunan di
atas.

Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

60
50
40
30
Kekerapan Himpunan
20
10
0
0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
Skor

Rajah 7.5: Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

Cuba latihan berikut :


Berdasarkan Gambarajah 7.3, tentukan kekerapan himpunan untuk nilai skor
kurang daripada 35?.

135
Tahukah anda bagaimana hendak buatnya? Jika boleh, syabas! Jika
tidak, hanya ikut arahan ini: Lukis garis tegak dari skor 35. Pada titik
persilangan garis ini dengan lengkung, lukiskan garis mengufuk untuk
bertemu dengan paksi-y. Baca kekerapan himpunan pada titik itu. Itulah
jawapannya

6.3 Ukuran Kecenderungan Memusat Min, Median, Mod

Ukuran kecenderungan memusat adalah satu nilai purata sesuatu set skor. Terdapat
tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod.

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu
taburan. Simbol statistik mod ialah M0
Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.
Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun
kepada dua bahagaian yang sama.

Min menunjukkan purata markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu
ujian. Ia juga mengambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan.
Prestasi antara murid atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna
semasa mengira sishan piawai dan skor sishan.

Pengiraan Mod
Nilai mod boleh diperolehi dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara
menaik atau menurun.

Mengikut perbincangan awal, mod ( M0 ) adalah skor yang mempunyai kekerapan


yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau
lebih mod. Walaubagaimana pun, ia mungkin langsung tidak mempunyai mod.
Beberapa contoh boleh diperlihatkan daripada skor-skor ujian Matematik berikut:

Contoh 1: 66, 55, 33, 81, 60, 40, 70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod

Contoh 2: 86, 75, 59, 75, 75, 68, 75

136
Taburan skor ini mempunyai satu mod ( unimod) sahaja. Nilainya
ialah 75.

Contoh 3: 76, 66, 56, 68, 62, 56, 88, 66

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah
66 dan 56.

Pengiraan Median

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai
purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap
dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk
skor ujian Matematik (44,56,37,77, 87) dan ujian Sains (57,68,96,40,74,80) adalah
berikut:

Contoh 1: (Skor Ujian Matematik)


37, 44, 56, 77, 87 (susun secara menaik)

56
Median =

Contoh 2 : (Skor Ujian Sains)


40, 57, 68, 74, 80, 96 (susun secara menaik)

68 74
2
Median =
71
=

Pengiraan Min

Min penting kerana ia memudahkan kita menggunakan rumus statistik untuk mengira
sishan piawai, skor z dan skor t yang kita akan belajar selepas ini.

Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set
dan bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Contohnya, min untuk skor-skor 70,
85 dan 100 dalam satu ujian ialah:

137
70+85+100 = 85
3

Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:


X
X N
Min, =

X
di mana = min, = jumlah, X = skor individu dan N = jumlah bilangan skor.

Cuba latihan berikut.

Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang murid adalah: 35, 42, 55, 67, 75,
88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan formula di atas.

Pengiraan:
X
X N
Min, =
= 35 +42 +55+67+75+88+90+96+98
10
= 646
10

= 64.6

Aplikasi Min, Median dan Mod dalam Kehidupan Harian

(a) Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam
penghasilan baju-T untuk murid-murid sebuah sekolah, pengetahuan tentang mod
akan membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki.

(b) Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam taburan tertentu.
Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Min taburan
ini ialah 40 dan ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat. Dalam
kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan
memusat.

(c) Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam taburan
dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru-guru untuk mengira nilai
purata skor yang diperolehi oleh murid-murid dalam ujian buatan guru.

138
6.4 Ukuran Serakan : Julat dan Sisihan Piawai
Setelah memeriksa skrip peperiksaan murid, guru mungkin berminat hendak
mengetahui perbezaan skor antara muridnya yang mencapai skor tertinggi dalam
sesuatu ujian dan jurang perbezaannya dengan murid yang berpencapaian paling
rendah. Maka di sini disarankan guru mengira julat untuk melihat sama ada prestasi
muridnya amat berbeza ataupun lebih kurang sama sahaja.

Julat merujuk kepada jurang atau perbezaan di antara skor tertinggi dengan skor
terendah dalam satu taburan skor yang diperolehi oleh kumpulan murid.

Contohnya: Dalam satu ujian Bahasa Inggeris, skor untuk muridnya adalah 43, 56,
70, 66, 80, 97, 74, 30 dan 68.
Julat skor = Skor tertinggi skor terendah
= 97 30
= 67

Sisihan piawai adalah satu jenis purata yang digunakan bagi melihat
kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set skor yang
terkumpul. Sisihan piawai boleh memberi gambaran tentang ukuran sebaran atau
serakan skor sama ada tersebar atau terkelompok dari min.
Simbol bagi sisihan piawai ialah
Ada beberapa rumus yang kerap digunakan untuk pengiraan seperti di bawah:

(X X ) 2

N
1. =

2
fX 2


fX
f
f
2. =

BEBERAPA CONTOH PENGIRAAN SISIHAN PIAWAI

139
CONTOH 1:
Sekiranya skor mentah bagi suatu ujian ialah: 30, 50, 60,60, dan 70, maka rumus
sisihan piawai yang mudah boleh digunakan.

Pengiraan Min :
X
X N
Min, =
= 30 +50 + 60+ 60 +70
5

= 270 / 5

= 54

Skor X
2
X
(X- ) (X- )

30 30 54 = -24 (-24) x(- 24) = 576


50 50 54 = -4 -4 x -4 = 16
60 60 54 = 6 6 x 6 = 36
60 60 -54 = 6 6 x 6 = 36
70 70 -54 = 16 16 x 16 = 256
2
X
( X - ) = 920

Aplikasi rumus

(X X ) 2

N
=

920
5
=

184
=

= 13.56

= 13.6 ( satu titik perpuluhan)

CONTOH 2

Pengiraan sisihan piawai bagi set skor yang ada beberapa kekerapan dan tidak terkumpul:

Jadual 7. 6: Skor bagi satu ujian

140
SKOR X KEKERAPAN f fx x2 2

fx
70 2 140 4900 9800
60 4 240 3600 14400
50 8 400 2500 20000
40 4 160 1600 6400
30 2 60 900 1800
N= 20
fx fx 2

= 1000 = 52400

fx fx
2
2


N N
Aplikasi rumus =

2
52400 1000

20 20
=

2620 50
2

2620 2500
=

120
=

= 10.95

Tafsiran Prestasi Murid

Sekiranya nilai sisihan piawai ialah 10 dan min bagi skor itu 50, maka
sebaran skor itu dikatakan normal sebab 50% calon yang menduduki ujian itu
berada di atas min dan 50% lagi di bawah min.

Sekiranya nilai sisihan piawai itu kecil iaitu bernilai kurang daripada 10
misalnya 5, maka taburan atau serakan skor itu adalah terkelompok sekitar
min bagi set skor itu. Pencapaian kelompok calon itu dikatakan homogen iaitu
tidak ada perbezaan ketara antara calon. Prestasi mereka hampir sama
antara satu dengan yang lain, kalau tinggi, sama-sama tinggi dan begitulah
sebaliknya.

Sekiranya nilai sisihan piawai itu melebihi 10, skor antara calon yang
menduduki ujian itu dikatakan tersebar atau berserakan. Pencapaian calon
menjadi tidak begitu sama (heterogen)

141
LATIHAN

Berikut ialah data suatu ujian yang sudah diproseskan ke bentuk jadual taburan seperti di
bawah ini.
Jadual 7.7: Skor bagi satu ujian

SELA KELAS NILAI TENGAH X f


80-89 84 3
70-79 74 4
60-69 64 8
50-59 54 5
40-49 44 2

a) Apakah nilai Min bagi skor di atas? _______________________

b) Lengkapkan Jadual kekerapan di bawah ini dan kira sisihan piawainya

Jadual 7.8: Skor bagi satu ujian

Jeda x f fx fx 2
x2
Kelas Nilai Tengah
80 - 89 84 3
70 - 79 74 4
60 - 69 64 8
50 -59 54 5
40 -49 44 2
22

c) Nyatakan pandangan anda mengenai sebaran/taburan/serakan skor bagi ujian


berkenaan.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

TUGASAN TERARAH
Sekiranya anda ingin menggunakan program Microsoft Excel untuk
memproses data di atas, anda dipersilakan berbuat demikian.

Tunjukkan hasil kerja iaitu hardcopy kepada pensyarah mentor anda.

Sila semak jawapan anda dengan pengiraan yang dibuat secara manual
untuk soalan di atas. 142
Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Untuk data terkumpul, rumus di atas masih boleh digunakan kecuali nilai X ialah nilai tengah
sela kelas dalam taburan data. Rumus yang digunakan ialah:

2
fX 2

fX

f
f

Sisihan Piawai, =

f
di mana ialah jumlah kekerapan
X ialah nilai tengah sela kelas

Mari kita cuba mengira sisihan piawai skor-skor berikut yang diperolehi dalam satu ujian
sains.

Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk ujian sains. Kirakan sisihan piawai.

Sela Kelas Kekerapan (f)


40 44 4
45 - 49 3
50 - 54 4
55 - 59 5

Pengiraan:

Sela Kekerapan Nilai


Kelas (f) Tengah(X) fX 2 2

X fX
40 44 4 42 168 1764 7056
45 - 49 3 47 141 2209 6627
50 - 54 4 52 208 2704 10816
55 - 59 5 57 285 3249 16245
f=16 fX=802 2

fX =407
44

143
2
fX 2

fX

f
f

Sisihan Piawai, =

2
40744 802

16 16
=

2546.5 2510
=

36.5
=

= 6.04

7.6 Interpretasi Data dan Pelaporan Pentaksiran

Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

Sisihan Piawai adalah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh
mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil
sebaran/serakan skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan
piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas
antara satu sama lain (heterogen).

Skor Piawai

Skor Piawai z dan skor piawai T biasanya digunakan untuk membanding pencapaian
seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar yang lain. Skor-z adalah salah satu jenis skor
piawai. yang menunjukkan kedudukan sesuatu skor berkait dengan min taburan berkenaan.
Skor z menyatakan kadar sisihan piawai di atas atau di bawah min.

Rumus untuk mengira skor z ialah xx



Skor-z =

Skor piawai T ialah skor yang mempunyai min 50 dan sisihan piawainya 10.

144
Rumus untuk mengira skor-T ialah Skor T = 50 + 10z

Kedua-dua skor piawai itu amat berguna untuk membanding pencapaian antara mata
pelajaran yang min dan sisihan piawa masing-masing berbeza sekali. Sekiranya tidak
ditukar ke skor piawai bagi pelbagai mata pelajaran, maka perbandingan yang dibuat
mungkin kurang tepat.

Pengiraan Skor Piawai

Contoh: Skor-skor untuk 5 orang murid dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-z
dan skor-t untuk murid yang mempunyai 10 markah.

5 8 10 4 3
X 5
=
= 6

Skor (X) 2
X X
(X- ) (X- )
5 -1 1
8 2 4
10 4 16
4 -2 4
3 -3 9
N=5
X
(X - )2 = 34

(X X ) 2

N
Sisihan piawai, =

34
5
=

6.8
=

= 2.61

145
(X X )

Skor-z untuk murid yang mempunyai 10 markah =

10 6
2.61
=

4
2.61
=
1.53
=
Skor-T dikira dengan menggunakan rumus berikut:

T = 50 + 10z

Skor-T untuk murid yang mempunyai 10 markah = 50 + 10z

= 50 + 10 (1.53)

= 50 + 15.3

65.3
=

Contoh 2:
Berdasarkan jadual di bawah ini, pencapaian dalam mata pelajaran manakah lebih baik?
Kita mungkin berkata pencapaian pelajar itu sama baik dalam Perakaunan dan Kimia
kerana markah mentahnya sama iaitu 80 bagi kedua-duanya. Sebenarnya perbandingan
itu kurang tepat kerana asas perbandingan tidak mengambil kira min dan sisihan piawai.
Jadual 7.9: Skor bagi satu ujian

Mata Pelajaran X
x
Bahasa Melayu 80 70 5
Matematik 80 88 8
Sains 66 56 5

Apabila data dalam Jadual 7.9 di atas ditukar ke bentuk skor piawai, maka intepretasi kita
mungkin berubah.

146
Proses pertukaran skor pelajar Y ke skor piawai: Pertama kirakan skor-z dan selepas itu
kirakan skor-T dengan menggunakan rumus-rumus yang berkenaan.

xx

1. Skor-Z dalam Bahasa Melayu =
80 70 10
5 5
= =
= +2

Skor-T dalam Bahasa Melayu = 50 + 10Z

= 50 + (10 x 2)
= 50 + 20
= 70

80 88
8
2. Skor-Z dalam Matematik =
8
8
=
= -1

Skor-T dalam Matematik= 50 + 10 ( -1)


= 50 + (-10)
= 50 - 10
= 40

66 56
5
3. Skor-z dalam Sains =
= +2

Skor-T dalam Sains = 50 + 10 (+2)


= 50 + 20
= 70

Jadual 7.10: Skor bagi satu ujian

Skor piawai

Mata Pelajaran X Skor-z Skor-T


X
Bahasa Melayu 80 70 5 +2 70
Matematik 80 88 8 -1 40
Sains 66 56 5 +2 70

147
Terbuktilah bahawa prestasi pelajar Y tersebut adalah sama baik dalam Bahasa Melayu dan
Sains kerana skor piawainya 70. Pelajar ini mendapat skor piawai yang rendah ialah 40
walaupun skor mentahnya ialah 80 jauh lebih tinggi daripada Sains iaitu 66. Malah, nilai
negatif 1(-1) bagi Matematik menampakkan pencapaian pelajar itu dalam Matematik adalah
di bawah min dan sekiranya markah lulus ialah 50, maka pelajar itu dikatakan gagal dalam
Matematik.

Pengukuhan Diri:

Jadual di bawah ini menunjukkan pencapaian murid M dalam dua mata pelajaran.

Murid M Matematik Bahasa Inggeris


Skor mentah (X) 60 50
X 45 40
5 8

(a) Kirakan skor-z dan skor-T murid M bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris dengan melengkapkan Jadual di bawah:

Murid M Matematik Bahasa Inggeris


Skor mentah (X) 60 50
X 45 40
5 8

Skor piawai

(b) Dalam mata pelajaran manakah murid M lebih baik?

148
Maklum balas prestasi murid kepada pihak tertentu

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maklum balas daripada guru adalah
penting. Terdapat empat jenis maklum balas iaitu maklum balas prestasi
(performance feedback), maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum balas
attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback) (Pintrich &
Schunk, 1996).

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu tentang


kesesuaian tindakan atau respons mereka. Ia sebahagian daripada proses
komunikasi biasa dan berfungsi sebagai pengawalan. Maklum balas adalah
maklumat yang membolehkan pelajar menyemak prestasi mereka dan memantau
kemajuan pembelajaran. Ia diberi selepas pelajar berusaha memberi respon
terhadap suatu tugasan pembelajaran. Pelajar perlu tuju hala tambahan serta
penerangan lanjut untuk meneruskan pembelajaran. Dalam bilik darjah, apa jua
bentuk komunikasi yang cuba memberi maklumat kepada pelajar tentang prestasi
pelajar dalam situasi pembelajaran dirujuk kepada maklum balas.

Maklum balas prestasi merupakan maklum balas guru terhadap tahap ketepatan
dan kemajuan dalam ujian, peperiksaan, dan tugasan yang dilakukan oleh murid. Ia
juga melibatkan pembetulan kesilapan mereka dalam melakukan tugasan tersebut.
Jenis pemarkahan biasanya dalam bentuk markah mentah dan gred. Maklum balas
yang menyatakan bahawa pencapaian di dalam ujian, peperiksaan dan tugasan
murid adalah dipercayai dapat meningkatkan motivasi murid . Ini kerana ia
menyebabkan murid merasa lebih kompeten dan mampu meneruskan pembelajaran
pada masa hadapan. Maklum balas yang menyatakan kesilapan mereka dalam
menjawab soalan dan tugasan juga dipercayai mampu meningkatkan motivasi murid
sekiranya disusuli dengan pembetulan yang sepatutnya. Ini kerana murid percaya

149
bahawa mereka boleh meningkatkan prestasi mereka dengan mengikuti pembetulan
yang disediakan oleh guru.

Maklum balas merangkumi keputusan peperiksaan yang diberi kepada pelajar,


komen-komen yang dicatat pada kertas ujian, kata-kata daripada guru tentang
prestasi kerja pelajar dan komen-komen mengenai pembelajaran sesuatu kumpulan
atau individu.

Dari perspektif kognitif, maklum balas dianggap sebagai satu punca maklumat yang
perlu untuk verifikasi, huraian, pembentukan konsep dan adaptasi metakognitif
Mengikut Guskey (2001), maklum balas haruslah diagnostik, preskriptif dan sesuai
untuk aras pembelajaran pelajar. Seperti yang kita tahu, maklum balas bukan hanya
merupakan pemerosesan maklumat tetapi ia harus mempunyai pengaruh terhadap
proses-proses afektif dan motivasi pelajar. Maklum balas dalam bentuk isyarat,
penglibatan dan peneguhan adalah unsur-unsur untuk menentukan mutu
pengajaran. Ia merupakan aspek penting untuk menambahbaik pengajaran dan
prestasi.

Antara jenis maklum balas yang paling biasa digunakan ialah maklum balas positif
dan negatif, maklum balas jenis menilai dan tanpa penilaian ,maklum balas lisan dan
tidak lisan. Kita akan membincang setiap jenis secara ringkas.

Maklum balas positif digunakan untuk memberi maklumat kepada pelajar mengenai
aspek yang sesuai dan betul tentang pembelajaran atau prestasi. Guru-guru boleh
memberi respons lisan untuk memaklumkan bahawa pelajar menjawab dengan betul
atau mencatat komen-komen yang menggalakkan dalam buku kerja. Kadang kala
guru-guru memberi maklum balas negatif untuk memaklumkan pelajar bahawa
jawapan mereka tidak betul. Sebagai contoh, guru boleh menyatakan bahawa
jawapan tidak betul atau membetulkan kesilapan-kesilapan ejaan dalam tugasan.
Maklum balas ini adalah efektif dalam jangka masa pendek tetapi tidak seharusnya
menggunakannya dengan kerap.

Maklum balas jenis menilai mengandungi nilai penghakiman implicit atau eksplisit
mengenai prestasi yang diperhatikan. Sebagai contoh, pernyataan seperti baik
atau lemah adalah berbentuk penilaian. Ia boleh dinyatakan secara lisan dengan

150
senyuman untuk menunjukkan prestasi pelajar atau bermasam muka menunjukkan
keadaan tidak senang hati. Disebaliknya, maklum balas tanpa penilaian
menumpukan kepada kriteria sebenar. Sebagai contoh, anda mungkin kata Anda
memperoleh 9 daripada 10 untuk tugasan ini tanpa membuat penghakiman sama
ada skor adalah baik atau lemah.

Selain daripada itu, maklum balas lisan dan tanpa lisan diberi untuk memaklumkan
pelajar-pelajar tentang betul atau tidak betul jawapan mereka. Ini termasuk
komunikasi lisan seperti senyuman atau bermuka masam secara tindakbalas
terhadap prestasi pelajar.

Secara umumnya, selepas apa jua tugasan atau penilaian yang dilaksanakan, guru-
guru harus menganalisis prestasi pelajar dan memberi maklum balas tentang
kesesuaian dan mutu tugasan pelajar atau prestasi penilaian. Ia bermakna kerana ia
bukan sahaja memberi maklumat tentang kemajuan kepada pelajar tersebut tetapi
kepada semua pelajar yang memerhati pelajar menerima maklum balas tersebut.

Maklum balas akan berkesan jika ia berdasarkan kepada analisis tepat tentang
prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran. Dengan maklum balas, pelajar-pelajar
dapat menilai kemajuan pembelajaran dan merancang modifikasi dan pembetulan
yang boleh dibuat pada peringkat pembelajaran yang berikut. Maklum balas
haruslah semerta untuk mengelakkan pelajar daripada mengamalkan kesilapan-
kesilapan yang sama. Tambahan pula, maklum balas harus spesifik, dan bukan
umum supaya pelajar perlu tahu secara eksplisit aspek-aspek yang perlu
ditambahbaik.

Maka, semua guru perlu menggunakan satu pelan penilaian yang sistematik dalam
mentadbir penilaian yang sesuai, mengesan kemajuan dengan menganalisis prestasi
dan memberi maklum balas kemajuan kepada pelajar. Apabila maklum balas yang
berkesan diperolehi, banyak pengubahsuaian dan modifikasi dilaksanakan oleh guru
untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.

Rekod dan Pelaporan Pentaksiran

Semua maklumat daripada pentaksiran bilik darjah harus direkod untuk membantu
guru merancang pengajaranpembelajaran membuat tindakan susulan dan
pelaporan.

151
Merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara tertib untuk memperjelaskan
tahap perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar. Maklumat
yang tercatat dalam rekod perlu jelas dan dikemaskinikan agar guru dapat membuat
keputusan yang wajar. Maklumat dalam rekod hendaklah ditafsirkan dan dianalisis
agar tindakan susulan dapat diambil oleh guru. Guru boleh memastikan agar murid
yang lemah dalam pembelajaran diberi aktiviti pemulihan manakala murid yang
pintar diberi aktiviti pengayaan.

Maklumat yang direkod boleh dibuat dalam bentuk


pernyataan misalnya ditulis dalam rekod Seorang murid yang cemerlang
simbol: contoh: atau X untuk menyatakan betul atau salah
markah: contoh: 80% untuk menunjukkan markah yang diperoleh ialah 80 per
seratus.
Gred: contoh A, B, C atau I, II, dan III.

Terdapat beberapa jenis rekod, antaranya buku catatan guru, rekod prestasi, laporan
kemajuan murid, senarai semak, sijil penghargaan, rekod profil, buku rekod mengajar
dan sebagainya.

Aktiviti merekod dilakukan dari masa ke masa supaya maklumat menyeluruh tentang
tahap perkembangan, pencapaian atau prestasi pelajar dapat dibuat rujukan oleh
pihak yang berwajib seperti PIBG, Guru Besar, Pegawai di Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak Kolej Matrikulasi, Maktab, Politeknik,
Universiti dan sebagainya.

Melapor adalah suatu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke masa
tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.

Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod penilaian seperti
rekod profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar guru dan sebagainya. Pelaporan
seperti ini perlu dilakukan selalu untuk disampaikan kepada pihak yang ingin
mengetahui tentang kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan
pihak lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, agensi
swasta dan awam memerlukan maklumat ini untuk kepentingan masing-masing.

152
Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat keputusan yang wajar
dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai aliran pembelajaran seperti aliran
Sains, Sastera, Perakaunan).

Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru mengambil tindakan
susulan iaitu menentukan sama ada seseorang pelajar perlu diberi aktiviti pemulihan
ataupun pengayaan. Pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid
boleh dilaporkan supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat antara ibu bapa, pelajar dan guru dalam
konferens merupakan cara yang berkesan. Untuk guru, pelaporan dapat:
Membolehkan tanggungjawab pembelajaran pelajar, pentaksiran dan
pelaporan dikongsi bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar
Mengukuhkan komunikasi dengan ibu bapa melalui perbincangan hasil
pembelajaran dalam kurikulum serta bagaimana pelajar berkembang

Untuk pelajar, pelaporan bersama tiga pihak dapat:


Merangsang konsep kendiri melalui peluang berkongsi pencapaian dan
kemajuan pembelajaran dalam satu persekitaran positif
Melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran dan membolehkan
mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
Member autoriti kepada pelajar untuk memandu arah diri ke arah pencapaian
hasil pembelajaran kurikulum

Untuk ibu bapa pula, pelaporan sebegini dapat:


Meningkatkan pemahaman mereka tentang pembelajaran dan pentaksiran
dalam pendekatan berasaskan hasil
Memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses
pelaporan, bukan hanya member respons kepadanya
Membekalkan bukti untuk menyokong laporan bertulis

Pelaporan harus meliputi:


Pencapaian pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap
Kekuatan dan kelemahan pelajar
Cadangan mengatasi kelemahan pelajar dan mempertingkatkan lagi
pembelajaran

(New South Wales Department of School


Education, 1997)

153
Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis dalam bentuk
pernyataan dan gred. Perbandingan pencapaian dan kedudukan di
antara pelajar tidak diperlukan. Pelaporan secara umumnya
memberi gambaran menyeluruh tentang perkembangan pelajar
dalam penguasaan ,pencapaian pengetahuan dan kemahiran
,sikap dan amalan.

Antara rekod pelaporan termasuklah:


rekod kemajuan murid
rekod anekdot
senarai semak kemahiran

Rekod kemajuan merupakan rumusan penilaian kemajuan pembelajaran murid


yang akan digunakan maklumatnya oleh ibu bapa dan guru untuk memandu arah
pembelajaran dan perkembangan murid.

Rekod kemajuan boleh menggunakan sistem markah di mana rumusan penilaian


terdiri daripada gred dan peratusan, sistem lulus atau gagal dan senarai semak
kemahiran. Gred boleh dalam bentuk A, B, C dan D untuk menggredkan prestasi
murid . Terdapat juga bentuk numerical yang bersamaan dengan A seperti 90-100%;
B: 80 89%; C: 70 79% ; D:60 69% dan E : 50 -59% dan F: kurang daripada
50%.

Tambahan pula, peratus juga digunakan dalam rekod kemajuan. Ini terutamanya
dalam ujian di mana peratus jawapan yang dijawab dengan betul. Contohnya, dalam
ujian Matematik berbentuk objektif, jumlah peratus item yang dijawab dengan betul.
Contohnya, 93% yang diperolehi daripada ujian tersebut akan dicatatkan dalam
rekod kemajuan. Skor ini mudah dikira, rekod dan boleh digabungkan untuk
mendapat peratus keseluruhan pada akhir peperiksaan.

Satu alternatif kepada rekod kemajuan yang tradisional ialah senarai semak yang
boleh digunakan untuk memberi maklumat tentang prestasi kemahiran dalam setiap
aspek pembelajaran. Guru menyediakan satu set pernyataan yang menerangkan

154
aspek prestasi murid dan satu ruang untuk ditanda oleh guru (/) semasa menaksir
tingkahlaku yang dipamerkan oleh murid berkenaan. Selain itu, pelaporan boleh
dinilai berdasarkan kepada skala pencapaian di mana guru tanda mengikut tahap
pencapaian murid tersebut.

Selain itu, huraian bertulis dalam bentuk anekdot boleh digunakan. Ia mengandungi
komen dan pernyataan tentang prestasi setiap murid secara individu. Rekod
anecdotal ini berkesan kerana huraian akan menonjolkan kekuatan dan kelemahan
murid. Maklum balas cara ini memberi maklumat yang amat berguna dan bermakna
kepada murid untuk menambahbaik kelemahan mereka

Kini dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pelaporan murid dalam bentuk


laporan deskriptif dan formatif dapat diperoleh melalui Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pada bila- bila masa sekiranya
diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada
Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki,
bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi
motivasi kepada pelajar untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di
masa hadapan.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pentaksiran

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam proses pentaksiran


kian diberi perhatian. Kini istilah pentaksiran berasaskan web digunakan dan ia
merangkumi pelbagai kegiatan di mana teknologi digital digunakan dalam aktiviti-
aktiviti yang terdiri daripada perancangan dan penggubalan instrumen pentaksiran,

155
pemeriksaan oleh komputer dan alat-alat atas talian. Ia juga melibatkan semua
proses perekodan dan pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang
berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang
mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan
aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Oleh itu, Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS) juga menggunakan TMK untuk pelaporan
markah kepada murid dan pihak berkenaan seperti ibu bapa. Penggunaan teknologi
dicadangkan untuk diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah.

Murid boleh melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja
mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri. Bull (1999) telah mendapati bahawa
murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi
maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari
penandaan secara automatik. Penggunaan teknologi maklumat dan pembelajaran
berasaskan web dapat membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan pembelajaran
yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000). Menurut Vendlinski dan Stevens
(2002) pula, teknologi menawarkan kaedah pengukuran baharu bagi mentaksir
pembelajaran yang berupaya memberikan maklum balas serta merta prestasi
pencapaian murid.

Pentaksiran berasaskan web membolehkan guru untuk membina instrument


pentaksiran, membentuk bank soalan dan menyediakan ujian formatif dan sumatif
atas talian (Liang & Creasy, 2004). Sistem sebegini member peluang kepada guru
untuk mengurus, menyusun dan memuat naik bahan pengajaran dan pentaksiran
berasaskan kurikulum dan keperluan murid. Guru dan murid boleh menggunakan
keputusan yang dijana secara automatic untuk membuat refleksi agar
menambahbaik pencapaian murid. Penggunaan teknologi juga akan member
peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara online dengan guru mengenai
mata pelajaran yang diajar serta memberi maklum balas serta merta (Vendlinski &
Stevens, 2002).

Portfolio Elektronik
E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan
menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web
ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan

156
satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang
tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun
organisasi. E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri
dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio sangat
berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari.
Justeru itu, e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku elektronik peribadi kepada
mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk guru, e-portfolio boleh digunakan
sebagai medium pengajaran. Ia membolehkan guru dan pelajar untuk berkolaborasi
dan memberi peluang kepada guru untuk membekalkan contoh-contoh hasil kerja
pelajar yang konkrit serta mempunyai hubungan jelas dengan hasil pembelajaran
kurikulum. Manakala bagi pelajar , e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk
menyimpan segala bahan pembelajaran dan hasil pentaksiran. Ia juga member
peluang pelajar untuk membuat refleksi, menilai kendiri dan memantau
perkembangan diri dalam pembelajaran.

Jika e-portfolio digunakan untuk pentaksiran untuk pembelajaran, ia seharusnya


membolehkan pelajar untuk menceritakan pembelajaran mereka. Ia satu kaedah
untuk menyimpan hasil kerja mereka dan boleh dijadikan evidens pentaksiran dalam
merekod perkembangan murid. Ini seterusnya akan menggalakkan fasa refleksi dan
pembelajaran secara mendalam(deep learning) (Barrett & Carney, 2005)

Penutup
Secara keseluruhan, bab 7 telah membincangkan konsep-konsep asas pentaksiran
dalam pendidikan, prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran, pentaksiran sekolah rendah
dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Konsep asas tentang perangkaan
asas dalam pentaksiran seperti kekerapan, ukuran kecenderungan memusat,
sisihan piawai dan skor piawai turut diterangkan. Bab berakhir dengan interpretasi
data dan pelaporan data serta perbincangan tentang penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pentaksiran.

Rujukan

Barret, H.,& Carney, J. (2005) Conflicting paradigms and competing purposes in


electronic portfolio development Retrieved 20 June 2005, from
http://electronicportfolios.org/portfolios/LEAJournal-BarrettCarney.pdf,

157
Bennett, M. 2000. Assessment to promote learning. The Law Teacher 34 (2) : 167
-174.KA1 JALT (LW Cur Periodical)

Bahagian Pendidikan Guru.(2005). Unit 3 Penilaian. Dalam Modul LPBS.


Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Bahagian Pendidikan Guru. (2000). Modul 3: Ilmu Pendidikan, Pengetahuan dan


Ketrampilan Ikhtisas. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Bull, J. (1999) Update on the National TLTP3 Project The Implementation and
Evaluation of Computer-assisted Assessment, in: M. Danson (Ed.), 3rd
International CAA Conference,Loughborough University, 1617 June 1999.

Guskey, T. R. (2001). Mastery learning. In J. S. Neil & B. B. Paul (Eds.), International


Journal of the NUS Teaching Academy Encyclopedia of the Social & Behavioral
Sciences (pp. 9372-9377). Oxford: Pergamon.

Liang, X. & Creasy, K. (2004). Classroom assessment in web-based instructional


environment: instructors experience. Practical assessment, research &
evaluation, 9(7). Retrieved April 8, 2009 from http://PAREonline.net/getvn.asp?
v=9&n=7.

New South Wales Department of School Education.(1997). Strategies for


assessment and reporting primary schools. NSW: Department of School.

Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in education: Theory, research and
applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

Vendlinski, T. & Stevens, R. (2002). Assessing student problem-solving skills with


complex computer based tasks. Journal of Technology, Learning and
Assessment, 1(3). Retrieved November 20, 2008, from
http://escholarship.bc.edu/jtla/vol1/3

158
PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN
Tajuk 8
PENDIDIKAN INKLUSIF

8.1 Pendidikan Pemulihan

Sebagai seorang guru, kita perlu akui bahawa secara fitrahnya, murid-murid ini
adalah individu yang berbeza-beza. Mereka juga berbeza dari segi kesediaan belajar
dan keupayaan menerima pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Berdasarkan prestasi murid yang dikesan melalui pentaksiran,murid-murid yang
mendapat prestasi yang cemerlang akan diberi pengayaan dan mereka yang
mendapat prestasi yang rendah perlu diberi pemulihan di dalam kelas. Manakala
murid-murid berkeperluas khas yang menunjukan prestasi cemerlang perlu mengikuti
program inklusif. Ini penting bagi memastikan semua murid mendapat peluang
sesuai dengan slogan pendidikan untuk semua.

8.1.1 Konsep Pemulihan

Menurut Kamus Dewan, perkataan. pulih bermaksud kembali seperti biasa. Dalam
konsep pendidikan ia berkaitan dengan murid-murid yang menghadapi kesulitan
dalam pembelajarannya. Secara keseluruhannya,istilah murid-murid pemulihan
membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian akademik yang
rendah berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Mereka ini perlu diberi
pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan dapat dikecilkan
kalaupun tidak dapat dihapuskan sama sekali.

8.1.2 Rasional
Murid-murid merupakan individu yang berbeza-beza dari segi pengalaman, minat
dan kebolehan. Jika perbezaan ini tidak diberi perhatian boleh menjadi punca utama
kepada keciciran. Pengajaran pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan murid
yang tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah biasa.

8.1.3 Objektif Pemulihan


Objektif-objektif pemulihan :
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
murid-murid mendapat layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai

159
guru dapat membantu murid-murid yang mengalami masalah secara personal
membolehkan murid-murid mengembangkan potensi mereka
memberi peluang murid yang lemah mengalami kejayaa dalam pembelajaran
mereka
mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti
membolehkan murid-murid menerima pengajaran individu mengikut kebolehan
dapat meningkatkan motivasi murid

Cuba dapatkan bahan rujukan dari pusat sumber yang berhampiran


dan buat rujukan mengenai jenis-jenis masalah pembelajaran

8.1.4 Masalah Pembelajaran Dan Faktor-Faktor Penyebabnya

Sebagaimana yang diketahui murid-murid di dalam sesebuah kelas, biasanya


mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan,fizikal, minat dan bakat.
Oleh kerana itu, ada murid yang boleh belajar dengan cepat dan ada yang sukar
memahami apa yang diajar oleh guru. Golongan murid yang lemah ini akan terus
ketinggalan jika tidak diberi pemulihan. Dalam konteks sekolah di Malaysia, masalah
pembelajaran boleh dikategori kepada masalah membaca, menulis dan mengira.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid ini mengalami masalah
pembelajaran seperti :

kurang kecerdasan- berkaitan dengan masalah mental yang menyebabkan lambat


berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Ini berkemungkinan
disebabkan keturunan,masalah ketika kelahiran dan kecederaan otak kerana
penyakit atau kemalangan.

masalah kesihatan tubuh badan yang tidak sihat dan sentiasa mendapat sakit
menyebabkan tumpuan pada pelajaran terjejas.Kebanyakan masalah kesihatan
adalah berpunca daripada masalah kekurangan zat makanan.

masalah deria Ini termasuklah masalah penglihatan,masalah pendengaran dan


pertuturan. Masalah penglihatan akan menyebabkan seseorang itu mengalami
kesukaran untuk melihat dengan jelas seperti mengenal huruf untuk membaca.
Masalah pendengaran menyebabkan murid sukar memahami apa yang disebut oleh
guru dan masalah pertuturan akan menghalang mereka berkomunikasi dan
berinteraksi sesama sendiri.

160
emosi yang tidak stabil gangguan emosi boleh menyebabkan murid-murid tidak
memberi perhatian kepada pelajaran. Banyak punca yang menyebabkan
ketidakstabilan emosi seperti masalah keluarga, kemiskinan dan kesempitan hidup.

konsep kendiri yang rendah perasaan rendah diri menyukarkan murid-murid


untuk memberi fokus kepada pelajaran.Apatah lagi jika mereka selalu dimarahi oleh
guru dan dipandang rendah oleh rakan-rakan kerana prestasi mereka yang rendah.

8.1.5 Cara-Cara Yang Sesuai Untuk Mengesan Masalah Pembelajaran Dalam Bilik
Darjah

Mengesan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran adalah salah satu


tugas guru yang amat penting. Guru perlu mempunyai kemahiran mengesan
masalah ini sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah tersebut. Guru boleh
menggunakan beberapa cara untuk mengesan masalah pembelajaran di kalangan
murid-murid seperti berikut:

Cara mengesan masalah Huraian

Membina inventori Inventori yang digunakan boleh dalam pelbagai bentuk mengikut
keperluan dan tujuan. Guru boleh menggunakan inventori jenis
betul( / ) atau salah (X) ,ya atau tidak, baik atau lemah. Contoh:
Inventori kemahiran bertutur
kemahiran menyebut vokal membaca suku kat
Nama murid
1.Amin /
2.Bedah /

Pemerhatian Dilakukan sewaktu menjalani aktiviti pembelajaran. Guru boleh


memerhati aspek perlakuan,pertuturan,kebolehan dan sikap.
Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah
penguasaan pembelajaran. Contohnya, membuat kesilapan
sebutan seperti banyak disebut manyak, khas disebut kas.
Guru juga boleh memerhatikan sifat murid seperti hiperaktif,
gagal, mengikut arahan yang mudah dan gagal melukis bentuk
mudah yang boleh mempengaruhi penguasaan pembelajaran

Ujian kertas dan pensel samada dalam bentuk objektif atau


Membina ujian kertas subjektif boleh mengesan pencapaian murid dalam menguasai

161
Cara mengesan masalah Huraian
dan pensel kemahiran mengira, membaca dan menulis. Skor yang rendah
menunjukkan murid perlu Pendidikan Pemulihan untuk
mengatasi masalah penguasaan pembelajaran.
Latihan harian yang diberikan oleh guru selepas setiap
Latihan harian pengajaran dan pembelajaran boleh juga digunakan oleh guru
untuk mengenal pasti murid yang mengalami masalah
penguasaan pembelajaran. Sehubungan itu, guru perlu peka
kepada kesilapan sama yang berulang kali dilakukan oleh murid
terutama yang melibatkan kemahiran asas.
Maklumat yang jelas tentang perkembangan dan pencapaian
Rekod prestasi dalam semua mata peljaran secara keseluruhannya iaitu pada
awal,pertengahan dan akhir semester.
Sesi soal jawab atau kuiz Guru boleh mengadakan sesi soal jawab selepas setiap
pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklum
balas yang segera tentang penguasaan pembelajaran murid.

Berdasarkan pemerhatian di kelas pemulihan di sekolah anda,


ceritakan cara-cara yang digunakan oleh guru tersebut mengesan
murid-murid bermasalah pelajaran

8.1.6 Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pemulihan Di Kelas Biasa


Guru kelas memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid yang
mengalami masalah penguasaan pembelajaran. Peranan guru kelas dalam

162
pelaksanaan pengajaran pemulihan boleh dilakukan secara berperingkat seperti
berikut:

I. Mengenal pasti murid


Guru kelas perlu mengenal pasti murid-murid yang mengalami penguasaan
pembelajaran melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas.

II. Mengenal pasti masalah pembelajaran


Setelah guru mengenal pasti murid yang bermasalah itu, guru perlu pula
mengenal pasti jenis masalah yang dihadapi oleh murid itu. Guru boleh terus
melakukan pemerhatian terhadap murid itu semasa murid berkenaan menjalankan
aktiviti harian dan membuat kerja latihan harian. Ujian diagnostik juga boleh
digunakan untuk mengesan jenis masalah murid.

III. Merancang
Guru membuat perancangan yang rapi untuk pengajaran pemulihan dengan
memasukkan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Perancangan adalah berdasarkan
kebolehan, keperluan , minat, pengalaman dan kekuatan murid berkenaan. Fokus
perancangan adalah kepada masalah penguasaan pembelajaran yang dihadapi
oleh murid berkenaan.

IV. Mengajar
Guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murd yang bermasalah
dalam pembelajaran semasa murid lain membuat tugasan atau aktiviti pengayaan.
Teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah pengajaran kumpulan kecil,
pengajaran rakan sebaya dan pengajaran individu.

V. Menilai
Guru perlu melakukan penilaian untuk mengesan pencapaian murid hasil daripada
aktiviti pemulihan yang dilakukan.

VI. Membuat tindakan susulan


Selepas membuat penilaian , guru perlu membuat tindakan susulan kepada murid
berkenaan untuk memastikan kesinambungan aktiviti pemulihan. Sekiranya murid
belum menguasai kemahiran yang disasarkan, guru perlu merujuk murid kepada
guru khas untuk pemulihan agar murid dapat dibimbing lebih lanjut untuk
menguasai sepenuhnya pembelajaran.
8.2 Pengayaan
8.2.1 Konsep Pengayaan
Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), konsep pengayaan bermaksud:

163
Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelanjaran yang mengandungi
unsur- unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat
peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat,daya kreatif,sifat ingin
tahu,sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka

8.2.2 Rasional
Secara umumnya,prestasi murid-murid boleh dibahagikan kepada 3 aras iaitu murid
yang cemerlang, sedehana dan lemah.Oleh yang demikian,pertimbangan yang wajar
seharusnya diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan.Mereka
yang cemerlang dalam pembelajaran patut diberi pengayaan agar mereka
berpeluang mengikuti pelbagai bentuk aktiviti yang menarik dan mencabar.

8.2.3 Objektif Pengayaan


Aktiviti aktiviti pengayaan dilakukan bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka
meningkatkan kemahiran berfikir dalam usaha menyelesaikan masalah
menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah
perkembangan potensi
menggunakan masa lapang dengan berfaedah mengikut keperluan, minat dan
bakat mereka,
mendapat kemahiran untuk belajar sendiri bagi membolehkan mereka sebagai
usaha pembelajaran sepanjang hayat.
melahirkan daya kreativiti dan inovasi
mempunyai asas kepimpinan untuk dikembngkan ke peringkat yang lebih tinggi
sesuai dengan kemampuan mereka.

8.2.4 Aktiviti-Aktiviti Pengayaan yang Sesuai


Guru perlu membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan
bersesuaian dengan murid-murid mengikut perkembangan umur dan kebolehan
mereka.Sebagai panduan, aktiviti-aktiviti yang hendak disediakan itu haruslah:
1. Bercorak belajar sendiri yang mengandungi arahan dan penerangan yang jelas
supaya murid dapat menjalankan tugasan tanpa banyak memerlukan banyak
tunjuk ajar daripada guru.
2. Menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan minat dan bakat yang berbeza-
beza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek yang mungkin mengambil masa
satu atau dua minggu,
4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.

164
5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau
dibeli di pasaran. Sebaiknya,bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang
berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari.

Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian


yang penting iaitu:
1. Bacaan dan latihan tambahan
kad bacaan yang disediakan oleh guru mengikut tema-tema tertentu
buku-buku pengetahuan dan cerita
majalah
surat khabar
risalah-risalah
laman sesawang

2. Kerja projek
membuat lawatan sambil belajar
memelihara pelbagai jenis ikan
membuat kebun sains
membuat zoo mini di sekolah
menjalankan kegiatan kemasyarakatan
membuat persembahan seperti aktiviti bercerita, lakonan, deklamasi sajak
membuat blog

Catatan: Perhatian perlu diberikan sebelum kerja projek dijalankan


mempunyai tujuan tertentu
alat-alat disediakan dengan baik
memohon kebenaran daripada pihak tertentu seperti guru besar, ibu bapa,JPN
dan lain-lain
faktor keselamatan
pengurusan semasa aktiviti dilaksanakan

3. Permainan dan rekreasi


Teka silang kata
Teka-teki
Mencari arah bunyi
Bermain dengan bentuk
Menyusun blok
Sahiba
Bermain catur

Kategori Murid Berkeperluan Khas

Rehat sebentar dan uji diri....

165
Apakah yang anda ketahui tentang program pendidikan khas? Pernahkah
anda terlibat dengannya?

Murid-murid berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut:

Kategori Ciri-ciri
Lewat kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata
perkembangan/lembam lemah pencapaian dalam bahasa dan Matematik
tumpuan perhatian adalah singkat
kadar belajar,kuasa ingatan dan kemahiran pemprosesan
maklumat adalah rendah
kekurangan motivasi instrinsik menyebabkan tidak ada minat
Disleksia kekurangan keupayaan pembelajaran yang melibatkan
kesukaran membaca dan menulis kerana gangguan
penglihatan
kemajuan pertuturan yang lambat
lemah dalam mengingat
kemahiran kawalan otot lemah
Kecelaruan tingkah laku- aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan akibat rangsangan
hiperaktif cahaya,bunyi dan warna
tidak takut kepada orang
sukar memberi tumpuan kerja yang dilakukan
mudah mengamuk jika kehendaknya dihalang
sukar menyesuaikan diri dan sukar untuk berinteraksi dengan
rakan sebaya yang lain

Autistik masalah dalam berkomunikasi


menarik diri bermain bersama-sama dengan rakan
masalah mengawal emosi
menunjukan kebimbangan/tidak suka kepada perubahan rutin
selalu menumpukan percakapan diri sendiri daripada
percakapn orang lain
lambat memproses maklumat dan hanya memberi fokus
kepada sesetengah perkataan tertentu
Cacat penglihatan Ada beberapa jenis seperti rabun dekat, rabun jauh,rabun
malam,rabun warna,astigimatisme, katarak dan juling.
kesukaran dalam membaca
sering membawa buku dekat matanya untuk membaca

Sindrom down mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat


lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir
mata sepet sentiasa berair dan merah
bentuk muka yang kecil
tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan

166
melintang
berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok
suka bermanja,bermain dan dapat bergaul dengan baik
Pintar cerdas dan maju atau berbakat dalam pelajaran
berbakat istimewa menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat
mempunyai IQ 120 ke atas yang dikategorikan sebagai murid
cerdas.
daya ingatan yang tinggi
tahap kemahiran berfikir yang tinggi
kreatif dan inovatif
mempunyai masalah pergaulan,kelakuan dan emosi

Rujuk kepada guru pakar murid berkeperluan khas di sekolah anda untuk
berbincang secara mendalam tentang strategi bagi membantu kanak-kanak
khas mengikut kategori.

8.3 Pendidikan Inklusif di Sekolah

8.3.1 Konsep Pendidikan Inklusif


Semua kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak dan peluang untuk mendapat
pendidikan, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Di bawah program
pendidikan inklusif kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai potensi belajar
akan ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos yang
akan bekerjasama dengan guru biasa.

8.3.2 Rasional Pendidikan Inklusif


Setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang pendidikan untuk mengembangkan
potensinya secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia dan berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran
masyarakat dan negara. Program ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni
untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

8.3.4 Keperluan Dan Objektif Pendidikan Inklusif

167
Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah
dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Maka,
pendidikan inklusif mempunyai keperluan bagi mencapai objektif seperti berikut:

meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak


berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli
masyarakat.
memberi peluang kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan
sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding
dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.
untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan
kemudahan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.
membantu kanak-kanak khas agar dapat menyesuaikan diri dari awal lagi dalam
semua aspek kemansyarakatan supaya mereka lebih berupaya dan mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada bangsa
dan negara.

8.3.5 Peranan Guru Biasa Dan Guru Resos


Untuk pendidikan inklusif yang berkesan, guru biasa dan guru resos perlu
bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang boleh membawa kepada
integrasi yang optimum. Peranan penting guru resos ialah membantu guru biasa
mengenalpasti kanak-kanak berkeperluan khas supaya intervensi awal boleh dibuat.

Guru resos membantu guru biasa dengan memerhatikan murid yang meempunyai
masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku dan membantu guru kelas dengan
strategi intervensi yang tertentu bagi menggalakkan pembelajaran. Sesuatu strategi
pembelajaran itu boleh melibatkan pengajaran individu, tugasan penyelesaian
masalah, dan kerja dalam kumpulan kecil.

Guru resos boleh juga membantu dalam pembinaan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) untuk setiap murid berkeperluan khas. RPI menentukan matlamat individu
untuk setiap murid dan disesuaikan dengan gaya belajar dan kebolehan murid
tersebut. Guru akan membuat ulasan tentang RPI bersama-sama ibu bapa murid
tersebut. Guru juga bekerjasama dengan ibu bapa dan memaklumkan kepada
mereka tentang kemajuan anaknya serta mencadangkan teknik untuk menggalakkan
pembelajaran di rumah.

168
Peranan lain guru resos ialah:
membantu memperkembangkan emosi murid, rasa selesa dalam situasi sosial
dan prihatin terhadap tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademik murid
membantu guru mengadaptasi bahan kurikulum dan teknik mengajar untuk
memenuhi keperluan murid keperluan khas
mengubahsuai tugasan untuk memenuhi keperluan individu
membantu dalam penilaian murid berkeperluan khas

Berhenti sebentar dan buat refleksi.

Cadangkan cara bagaimana melaksanakan program pendidikan inklusif


yang berkesan dalam kelas bagi mata pelajaran anda. Bandingkan
jawapan anda dengan jawapan rakan-rakan yang lain.

Rujukan

Ang Huat Bin (1999). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan inklusif. Kuala
Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas dan pemulihan: Bacaan asas .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Lewis,T. & Sugai,G.(1999). Effective behaviour support: A systems approach to proactive


schoolwide management. Focus on Exceptional Children, Vol 31(6).

169

You might also like