You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) CONVENT

KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, SEREMBAN 2,

70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA

PROJEK KEMAS KINI MAKMAL SAINS 2013

Tarikh:

8 - 12JULAI 2013

Nama:
SARITHA A/P SUNDRAN

SHALINI A/P MURUGAN

KOGILAVAANI A/P MUNADEE

REANUGA A/P MANIKAM

Program:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (Ambilan Jan 2010)


1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah dan bilik
darjah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada
warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum,
kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di
luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan cara yang kondusif, lancar dan
sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan
mengambil peluang ini bagi menceriakan makmal Sains yang juga berfungsi sebagai
bilik darjah dan menceriakan serta mewujudkan suasana yang kondusif bagi murid
dan guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda


utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang
perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada
guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum
supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan
mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan
sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan
mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya
sekolah.
3.0 OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan utama ke makmal sebagai satu tempat tumpuan


yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke
sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal
berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

4.1 Tempoh : 8 Julai 2013 12 Julai 2013

4.2 Tempat : Makmal Sains Sekolah JenisKebangsaan (Tamil) Convent

Kompleks Sekolah Wawasan, Seremban 2. 70300, Seremban, Negeri

Sembilan

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat : Pn.S.Elavani (Guru Besar)

Penyelaras : Pn.S.Jeyantee (GPK 1)

Pn.P.Mageswari (GPK HEM)

En.G.Nadaraja (GPK KK)

Pengerusi : En.Nadaraja

Naib Pengerusi : Cik.S.Saritha

Setiausaha : Cik.M.Shalini

Naib Setiausaha : Cik. M.Kogilavaani

Bendahari : Cik.M.Reanuga

Ahli Jawatankuasa : Cik.M.Kogilavaani (AJK Keceriaan)

Cik.S.Saritha (AJK Info Sains)

Cik.M.Reanuga (AJK Mural)

Cik.M.Shalini (AJK Papan Kenyataan)

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Harga/Kos

1 Berus RM 10.00

2 Cat pelaka RM 60.00

3 Cat Dinding RM 30.00

4 Bahan perhiasan RM 50.00


Percetakan kata-kata hikmah dan
5 RM50.00
gambar ahli Sains
Jumlah RM 200.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

1.Kos penyelenggaraan di tanggung oleh pihak sekolah. RM150.00

2. Kos perbelanjaan yang di tanggung oleh guru-guru pelatih. RM50.00

8.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan


Perbincangan mengenai idea - Semua guru
1 -
mural pelatih
2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja -Setiausaha
Perbincangan dan pemilihan
bersama pihak pentadbiran untuk -AJK
2 Kertas Cadangan
khidmat nasihat bagi mendapat -Guru Besar

kelulusan daripada Guru Besar.


Pemilihan Kata-kata Hikmah yang - Semua guru
3 Tema Sains
bersesuaian di makmal sains pelatih

Bahan dan alatan - Semua guru


4 Projek dimulakan
melukis mural pelatih
Kertas
5 Dokumentasi - Setiausaha projek
Dokumentasi

9.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang
akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Raja Melewar. Kami
berharap projek melukis mural dan kata-kata hikmah ini dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak
langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di makmal
sains di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga
Sekolah Jenis Kebangsaan Convent . Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini
dapat menceriakan lagi persekitaran makmal Sains Sekolah Jenis Kebangsaan
Convent.

Disediakan Oleh,

( SHALINI A/P MURUGAN )

Setiausaha

PISMP Matematik

IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.


Disahkan Oleh,

( PN.S.JEYANTEE)

Penolong Kanan 1

SJK(T) CONVENT KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN.

DiluluskanOleh,

(PN.S.ELAVANI)

Guru Besar

SJK(T) CONVENT KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN.

You might also like