You are on page 1of 11

RIS PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH

TAJUK

PENCAPAIAN SIMPULAN BAHASA


MURID-MURID MELALUI PENGGUNAAN
PETA I- THINK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


RUZIAH BINTI HASSIM D20112052674 UPSIO5(A142PJJ)

PENSYARAH/PENYELIA: DR IDRIS BIN MOHD RADZI

Tarikh: 5 APRIL 2015

1
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

PENINGKATAN PENCAPAIAN SIMPULAN BAHASA MURID-MURID


TAHUN 5 MELALUI PENGGUNAAN PETA I- THINK

DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH


81700 PASIR GUDANG JOHOR

OLEH :

RUZIAH BINTI HASSIM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( SEKOLAH RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN

BAB 2

2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pelajar Malaysia dikehendaki menguasai Bahasa Melayu kerana bahasa ini amat
penting bagi kehidupan harian kita di Malaysia.Pelajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu
dalam peperiksaan dalaman sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolaH. Selain
itu pendidikan di Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata pelajaran
Bahasa Me. Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajariBahasa Melayu dalam semua
aspek iaitu perlu menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam penulisan Bahasa
Melayu. Jika tidak mereka mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan
seharian. Dalam aspek tatabahasa murid-murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk seperti
kata tanya, kata seru, kata hubung, kata adjektif, kata sendi, kata bilangan, penjodoh bilangan,
simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan dan jenis-jenis ayat.

2.2 Teori dan model

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan


kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya
upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada
seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti
berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.
Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh
ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang
agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam

3
psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai
sempurna kendiri dan nilai individu.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai
konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang
ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .
Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan
menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran.

a) Teori Tingkahlaku (behavioris)

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan


pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu
rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran
yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran tatabahasa dalam Bahasa
Melayu minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang
baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah peta i-
think dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan
antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.

Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus


memberikan perhatian apabila belajar mengenai simpulan bahasa. Tumpuan pembelajaran
adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan
pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh
perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti peta i-think yang digunakan. Prinsip
utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan . Teori ini akan berpegang
kepada anggapan bahawa pembelajaran dengan menggunakan peta i-THINK merangkumi
tanggungjawab guru.Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan
mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.
Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu
gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa
ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa ini, guru perlu

4
memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar
semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah
mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu;

c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat
mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;

d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan
motisai .

b) Teori Konstruktivisme

Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang
diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan
pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran . Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar.
Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana
persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar
dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif
dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga
beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis,
mempersembahkan maklumat yang diperolehi.

Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaranuntuk


membentuk Peta i-THINK dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut.

5
a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah
e) Pembelajaran berpusatkan pelajar
f) Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-
g) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
I) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
j) Guru menyediakan alat/bahan
i) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar
n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru
o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar

c) Teori Kognitif

Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan
jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang
digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan
pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula
dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada
pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan
kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat
penggunaan bahan pembelajaran hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar
maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Alessi & Trollip (1991) mempercayai
bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan
pengajaran terancang . Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan ,
kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan
individu .

6
2.3 Kajian Lepas

I-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah
dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Program i-THINK diadakan dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati
kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa
depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing. Alat Berfikir Yang Diperkenalkan
Dalam Program i-THINK Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang
dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan
difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8
jenis peta pemikiran yang boleh digunakan. Circle Map (Peta Bulatan) Circle Map digunakan
untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk
dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Kemahiran berfikir secara kritis melibatkan penekanan terhadap elemen


mencirikan, membanding beza, mengumpul dan mengelas, menganalisis, menilai serta
membuat kesimpulan.Kemahiran berfikir secara kreatif pula melibatkan elemen menjana
idea, menghubungkait, membuat inferens, meramal serta mensintesis.Kepelbagaian strategi
pengajaran perlu untuk meningkatkan pencapaian murid. Guru perlu mengaplikasikan
pendekatan, kaedah, dan juga teknik bagi menarik minat murid untuk mengikuti PdP (Yahya
Othman 2012).

Ikhsan Othman dan Rohizani Yaakub (2010) menyatakan bahawa suasana


pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan unsur-unsur kecerdasan pelbagai serta
bersifat kondusif mampu memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni serta dalam

7
masa yang sama dapat memperkembangkan unsur-unsur kecerdasan pelbagai dalam kalangan
murid.

Ismail (2009) berpendapat bahawa bahan-bahan grafik dan gambar-gambar yang


dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan mengukuhkan daya
ingatan murid.

Abu Bakar Nordin (2013) menjelaskan bagi memenuhi aspirasi negara dalam
melaksanakan transformasi pendidikan, kebolehan murid harus diberi penekanan selaras
dengan penambahbaikan sistem pendidikan negara dari aspek persediaan guru, kualiti
sekolah serta kepimpinan sekolah.Beliau juga menyifatkan i-Think Programme merupakan
salah satu kekuatan transformasi pendidikan yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam
kalangan murid-murid.

Dalam arus ledakan teknologi maklumat dan konsep dunia tanpa sempadan yang
diamalkan sekarang ini, keberkesanan kurikulum sedia ada perlu sentiasa disemak,
diperkukuhkan dan ditransformasikan agar kurikulum pendidikan sentiasa relevan dengan
kehidupan semasa dan masa hadapan (Oliva 2005; Habib & Megat Ahmad Kamaluddin
2008).

Guru-guru perlu sentiasa bersedia dan sanggup menerima perubahan dengan


meninggalkan zon selesa mereka untuk mencapai kejayaan dalam perubahan kurikulum.
Kesediaan guru yang bertindak sebagai pelaksana merupakan faktor penting dalam menjamin
kejayaan sesuatu perubahan kurikulum (Fullan 2007), terutamanya apabila melibatkan
amalan dan budaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Keberkesanan pelaksanaan
inovasi dalam kurikulum dipengaruhi oleh jenis dan intensiti keprihatinan yang dialami oleh
para guru.Jika guru prihatin terhadap inovasi, maka perubahan dalam kurikulum akan dapat
dilaksanakan dengan baik dan sebaliknya pula berlaku jika guru tidak prihatin terhadap
perubahan kurikulum.

KPM (2001) telah merumuskan konstruktivisme sebagai satu fahaman yang


menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan

8
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru semasa proses
pembelajaran mereka.

Tulisan yang menyokong kajian ini masih tidak banyak walaupun di peringkat
antarabangsa. Program ini baru memasuki pasaran dunia. Malaysia adalah negara kedua
selepas Ethiopia menerima program ini namun kecenderungan penulisan di peringkat
antarabangsa masih tidak jauh dengan thinking skill, critical thinking, creative thinking dan
mind mapping. Ini bermaksud kajian keberkesanan program ini masih diteruskan terutama di
United Kingdom sebagai negara pelopor.

Katherine M. Hichies (2006) dalam kajian ijazah kedoktorannya, An examination of


student performance after two years of thinking map implementation in three Tennessee
school telah menunjukkan terdapat hubungan positif antara pelaksanaan program thinking
maps dengan peningkatan pembelajaran pelajar dalam aspek membaca dan berbahasa jika
dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang tidak melaksanakan program ini.

Kajian Sidek (2012) menunjukkan amalan guru melalui peta pemikiran ini telah
merubah tingkahlaku murid kepada lebih positif dan tekun. Kajian ke atas 290 murid Sek
Men Gaal Pasir Puteh menyokong kajian beliau yang mendakwa penggunaan peta
pemikiran ini telah meningkatkan daya ingatan yang luar biasa berbanding cara pembelajaran
yang lama. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta
pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan
pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.

Kajian Sidek (2013) di Tadika Yayasan Islam Terengganu membuktikan pengajaran


guru-guru tadika berasaskan peta pemikiran kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun
menghasilkan perubahan tingkahlaku positif yang memberangsangkan walaupun
dipraktikkan dalam waktu yang singkat.

2.5 RUMUSAN

9
Kajian-kajian lepas dapat menunjukkan bahawa terdapat bukti penggunaan peta i-THINK

semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan

konsep atau objektif secara teratur.Peta i-THINK merupakan satu pendekatan pembelajaran

yang sangat sesuai untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukar

menjadi bentuk yang boleh dilihat dan dengan ini mereka dapat belajar tanpa rasa bosan dan

jemu. Dalam proses pembelajaran menggunakan Peta i-THINK adalah amat sesuai

terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang,kecerdasan

bahasa dan kecerdasan interpersonal. Satu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin

terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-

murid untuk menggunakan Peta i-THINK yang sesuai.

10
RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. 2013. Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1. Isu 1.

Clem Adelman. (1993). Kurt Lewin and the Origins of Action Research. United Kingdom:
University of Reading

Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th Edition. New York:
Teachers College Press.

Hall, G. E., & Hord, S. M. 2006. Implementing Change; Pattern, Principles and Patholes.
United States of America: Allyn & Bacon.

Ikhsan Othman, Rohizani Yaakub. 2010. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pasific Journal of Educators and Education. Vol.25: 21-32.

Oliva, P. F. (2005). Developing the curriculum. New Jersey: Pearson Education


Yahya Othman, Azmey Haji Othman.2012. Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab di
Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.2, Bil. 2: 32-45.

11

You might also like