You are on page 1of 6

Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf Ayat 6: Dan demikianlah caranya Tuhanmu

memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan


nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah
menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

Sikap cemburu dan iri hari yang telah menguasai diri Ishu semakin menjadi-jadi
terhadap saudaranya Yaakub, sehingga ia berani membuat berbagai- bagai
ancaman untuk menakut-nakutkan saudaranya itu. Sikap ini tidakdapat dibendung
lagi setelah dicalonkan oleh ibunya kepada Nabi Ishak untuk didoakan supaya
Yaakub mendapat keberkahan pada umurnya, dilimpahi rezeki yang banyak dan
baik serta mendapat keturunan yang baik serta soleh.

Ishu mengancam Yaakub yang ia pada suatu masa nanti bahawa zuriatnya akan
membinasakan keturunannya kelak. la juga menunjukkan sifat bangganya di
hadapan Yaakub kerana berjaya memiliki isteri-isteri yang cantik serta ramai anak.
Sedang Yaakub pula tidak mempunyai isteri dan anak, apa lagi harta benda,
langsung ia tidak miliki. Namun demikian Yaakub memadai dengan mendapat kasih
sayang dari ibu bapanya.

Akan tetapi, sikap Ishu yang keterlaluan itu tidak dapat diubah lagi dengan kasih
sayang yang ditunjukkan oleh Yaakub terhadapnya. Sehingga dengan itu Yaakub
merasakan bahawa tidak ada jalan lagi ia harus berusaha untuk mengelakkan
daripada terputusnya perhubungan saudara antara mereka berdua. Dan
sememangnya hal yang demikian dikehendaki oleh Ishu agar saudaranya Yaakub
tidak lagi menetap bersama-sama mereka. Baginya Yaakub adalah punca
renggangnya kasih sayang dari ibu bapa terhadapnya.

Yaakub dapat merasakan keinginan saudaranya itu. Lalu ia mengambil keputusan


untuk berjumpa ayahnya iaitu Nabi Ishak yang ketika itu sudah lanjut usianya.
Sungguhpun begitu Yaakub sangat menghormati dan memuliakan ayahnya yang
telah mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Yaakub agak keberatan memberitahu
keadaan itu kepada ayahnya, tetapi memandangkan usahanya selama ini tidak
dapat menyelesaikan kerumitan antara mereka berdua, maka Yaakub menggagahi
untuk menghadap Nabi Ishak bagi meminta pandangan dan nasihat dari ayahnya
sendiri.

Wahai ayahandaku Nabi Allah, sungguhpun usiamu begitu lanjut namun aku tetap
memuliakanmu dan menghormati kedudukanmu di sisi Tuhan. Aku juga mengetahui
bahawa dirimu juga telah terlalu uzur akan tetapi aku menyakini yang ayah akan
mampu menolong aku memberi pandangan dan nasihat kepadaku, bahawa aku
ketika ini sedang berhadapan dengan masalah antara aku dengan saudaraku sendiri
iaitu Ishu.

Wahai ayahandaku, aku telah gagal untuk menyelamatkan hubungan


persaudaraan antara kami berdua. Ishu terlalu mencemburui aku kerana aku telah
mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih darinya. Lebih-lebih lagi setelah ia
mengetahui ayah selalu mendoakan untukku agar aku sentiasa memperoleh
barakah, mendapat keturunan yang baik serta ayah juga mendoakan agar
kehidupanku dirahmati Allah dan memperolehi kebahagiaan.

Kerana sikapnya yang sudah keterlaluan itu, aku tidak dapat lagi menahan rasa
sabardan sedihku, lebih-lebih lagi ia menyombongi aku dengan isteri-isterinya yang
cantik yang dari keturunan bangsawan itu serta anak-anaknya yang ramai. Sedang
aku tidak memiliki apa-apa pun, tiada isteri, tiada anak dan tiada pula harta benda
untuk dibanggakan.

Oleh itu wahai ayahanda, aku mengadukan hal ini kepadamu agar ayah dapat
menemukan jalan penyelesaian, agar perhubungan kami yang telah sedia retak ini
tidak terus terputus. Aku juga mengetahui bahawa ayahanda adalah Nabi Allah dan
selalu pula mendapat wahyu dari Allah serta mempunyai pandangan yang tajam
dan pemikiran yang dalam, maka fikirkanlah bagaimana jalannya untuk
menyelesaikan kerumitan ini wahai ayahku.

Nabi Allah Ishak bila mana mendengar pengaduan dan cerita dari anak yang
dikasihinya itu lalu ia menangis teresak-esak. la merasakan bahawa ujian Allah kali
ini amat berat baginya dalam usianya yang begini lanjut. Namun ia menjawab
keresahan yang dialami oleh anaknya Yaakub. Anakku Yaakub, aku terlalu sedih
mendengarkan berita ini. Wahai anakku, sayangnya aku sudah terlalu tua da- kau
sendiri dapat menyaksikan keadaa wajahku yang sudah berkedut beribu ini dar
bongkok punggungku. Dengan itu aku sudah tidak berkeupayaan lagi melakukan
apa-apa kerja pun.

Wahai anakku Yaakub, kau juga mengetahui usiaku yang makin hampir ke ambang
maut, panggilan llahi semakin hampir aku rasakan, dan aku jugaakan mengucapkan
selamat tinggal kepadamu dan dunia ini. Tetap jika aku mati di saat ini sedang
karnu bersaudara tidak berbaik antara satu sama lair maka sudah pasti menderita
hidupku di sana nanti dan hidupmu juga akan teraniaya, kerana saudaramu itu bijak
dalam soal ini. Dan tentu ia akan berusaha meminta pertolongan dan sepupumu
yang berkedudukan dan berpengaruh di daerah ini.

Wahai Yaakub, dengar dan turutilah nasihat serta pandanganku ini. Hanya ini sahaja
yang mampu aku tolongimu dalam keuzuranku yang begini. Engkau tinggalkanlah,
berangkatlah engkau meninggalkan bumi tumpah darahmu ini buat sementara
waktu. Pergilah engkau ke negeri bapa saudaramu sebelah ibumu yang berada di
negeri Faddan Aram iaitu di Iraq. Cari dan dapatkan bapa saudaramu itu, yang
namanya ialah Laban bin Batwail. Di sana nanti engkau akan terpelihara dan
diistimewakan. Apabila engkau telah berjumpa dengan bapa saudaramu itu maka
sampaikan salamku dan engkau berusahalah untuk menyunting salah seorang anak
gadisnya. Engkau akan memperolehi keluarga yang bahagia dan akan mendapat
kesenangan serta keberkatan hidup.

Engkau juga akan dimuliakan dengan sebab isterimu itu, dari keturunan yang mulia
dan disegani di situ. Selepas itu, engkau kembalilah semula ke negeri asalmu ini
(Syam). Aku akan mendoakan agar engkau dapat mengatasi masalahmu ini suatu
hari nanti. Mudah-mudahan Allah memelihara dan membantu setiap usaha dan
pekerjaanmu hingga engkau berjaya dan juga memelihara umatmu.

Nasihat dan pandangan dari Nabi Allah itu, didengar dan diterima dengan baik oleh
Yaakub. Sekalipun agak berat untuk dituruti kerana terpaksa berpisah dengan kedua
orang tua yang sangat dicintainya. Namun semuaitu adalah untuk kebaikan baginya
lebih-lebih lagi untuk saudaranya Ishu.

Dengan berat hati, maka berangkatlah Yaakub melangkah, meninggalkan bumi


Syam dan kedua orang tuanya. Perginya dengan berbekalkan makanan yang sedikit
tetapi membawa jiwa taqwa yang kental untuk berhadapan dengan ujian Allah yang
lebih besar yang telah sedia menanti di hadapannya.

Gambar Hiasan

Mulalah Yaakub menjalani satu pengembaraan seorang diri, merempuh padang


pasir Sahara tanpa binatang tunggangan. Padang pasir yang luas dan tandus
dengan panas terik matahari dan angin panas yang seakan-akan membakar kulit
halusnya. Namun Yaakub terus berjalan tanpa henti-hentinya untuk menuju ke
matlamat yang dinyatakan oleh ayahnya.

Setiap hari ia meneruskan perjalanan hinggalah habis bekalan yang dibawanya dan
ketika ini ia diserang kelaparan dan kehausan yang amat serta kepenatari yang
menyerang seluruh anggota dan sendinya kerana pengembaraan yang berhari-hari
itu yang meragut hampir seluruh tenaganya sehingga Yaakub merasa seakan- akan
tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanannya. Sedang di hadapannya masih
terbentang padang pasir yang luas, tidak kelihatan pun pokok dan tumbuhan yang
hijau. Ketika itulah Yaakub benar-benar dapat merasakan kesusahan dan
penderitaan musafirnya, menanggung lapar dan dahaga yang amat hingga ia
membimbangi perjalanannya itu samada perlu diteruskan atau berpatah balik.

Dalam ia menimbang-nimbang itu, terlihat olehnya sebuah batu besar yang


mempunyai sedikit naungan untuk berteduh dari matahari. Yaakub lantas berhenti
di bawah naungan itu, melepaskan lelah dan penat akibat perjalanan yang begitu
jauh dan menyulitkan yang menyebabkan pecah-pecah tapak kakinya kerana pasir-
pasir yang panasnya seperti bara api.

Yaakub lalu tertidur di situ dengan tidur yang begitu nyenyak. Dalam tidurnya itu,
Allah telah datangkan kepadanya mimpi yang benar, iaitu merupakan wahyu yang
pertama dari Allah. Dengan mimpi itu menandakan dirinya diangkat oleh Allah
sebagai Nabi-Nya. Dalam mimpi itu juga Allah mengilhamkan ke dalam hatinya
bahawa ia akan ditemukan dengan kehidupan yang bahagia, akan mendapat
kejayaan besar, keturunan yang baik dan akan menguasai bumi dan yang akan
mendapat kitab dari Allah seperti nabi dan rasul-rasul sebelumnya.

Alangkah gembiranya Yaakub setelah terjaga dari tidurnya, lapang dadanya, hilang
keletihan dan kepenatan yang dirasakan sebentar tadi kerana kurniaan dalam
mimpinya itu. la dapat merasakan kehebatan dan rahmat dari Allah dan telah
ternyata akan apa yang didoakan oleh ayahnya Nabi Ishak itu hampir menjadi
kenyataan.

Yaakub juga membayangkan di hadapannya terbentang sebuah padang harapan


yang luas. Dengan perasaan gembira dan kesyukuran, Yaakub melangkahkan kaki
merempuh keperitan bumi Sahara yang tandus dengan harapan supaya segera
sampai ke tempat yang dicita-citakannya.

Gambar Hiasan

Beberapa hari perjalanan diteruskan, maka sampailah Yaakub di suatu tempat yang
bernama Sawadimah iaitu dusun pertama yang termasuk dalam negeri yang
didiami oleh bapa saudaranya, Laban. Maka mulalah Yaakub bertanya orang-orang
yang dijumpainya akan kediaman pakciknya itu. Setiap orang yang ditanyanya
kenal akan siapa Laban bin Batwail, kerana beliau merupakan orang yang menjadi
ikutan umat di situ. Beliau juga mempunyai padang rumput yang luas dan memiliki
peliharaan kambing yang banyak. Lalu mereka menunjukkan kepada Yaakub
seorang anak perempuan yang sedang menggembala kambing, Itulah Rahil, anak
perempuan Syeikh Laban sendiri.

Ketika terlihat sahaja Nabi Yaakub akan rupa paras gadis itu, tiba-tiba hatinya
bergetar, gelisah dan tidak tentu tingkah lakunya kerana ternyata gadis itu memiliki
rupa yang cantik, sopan dan lemah lembut. Ini membuatkan hati Yaakub benar-
benar telah jatuh hati dan dalam diam-diam menyimpan keinginan dan hasrat yang
tinggi untuk memiliki gadis di hadapannya itu suatu hari nanti.

Maka terjadilah suatu perkenalan yang mesra antara Nabi Yaakub dengan anak
gadis Laban, pakciknya. Antara aku dengan engkau, ya Rahil, ada pertalian
keluarga yang sangat hampir, Aku adalah Yaakub, anak kepada Ishak Ar Rasul.
Ibuku bernama Rifqah anak perempuan dari nenekmu Batwail. Aku datang ke mari
dengan tujuan dan maksud yang mulia, ingin berjumpa ayahmu bagi mengeratkan
lagi persaudaraan kita yang sekian lama terpisah.

Nabi Yaakub lalu dibawa ke rumah, bertemu dengan pakciknya. Kedatangannya itu
telah disambut dengan rasa terharu dan penuh kegembiraan. Yaakub diberi layanan
seperti anak-anak yang lainnya. Menetaplah ia di situ sehingga hilang seluruh
kepenatan dan kesakitan yang dirasakan sepanjang pengembaraannya.

Setelah beberapa waktu tinggal di rumah Laban, Yaakub menyampaikan pesan


ayahnya Nabi Ishak, agar kekeluargaan mereka diikat dengan lebih rapat lagi
dengan mengahwinkan salah seorang dari puterinya. Laban menyetujui cadangan
itu, tetapi mengenakan syarat tertentu pada Yaakub jika ia benar-benar ingin
menyunting anak gadisnya. Yaakub diminta bekerja di bawahnya selama tujuh
tahun dan itu merupakan mahar perkahwinannya nanti. Nabi Yaakub menyetujui
perjanjian tersebut maka mulalah ia menguruskan ternakan pakciknya yang
terbesar di kota Faddan Araam.

Setelah berlalu masa tujuh tahun, Yaakub datang bertemu pakciknya untuk
menagih janji yang lalu. Maka Laban menawarkan kepadanya agar menyunting
Laiya sebagai isterinya. Namun Yaakub lebih menghendaki Rahil, adik Laiya.
Keinginan yang dinyatakan secara terus terang itu difahami oleh pakciknya. Akan
tetapi Laban sangat berpegang dan memuliakan adat istiadat kaumnya iaitu tidak
akan membenarkan seorang adik melangkahi kakaknya untuk berkahwin terlebih
dahulu. Namun Laban tidak akan mengecewakan hati anak saudaranya, dengan itu
ia mencadangkan agar Laiya dijadikan isteri pertama Yaakub dan Rahil pula sebagai
isterinya yang kedua. Dengan itu Yaakub diminta mengikat perjanjian lagi, tujuh
tahun bekerja di bawahnya sebagai mahar perkahwinan bagi Rahil yang bakal
menjadi isteri keduanya. Syarat itu diterima oleh Yaakub dan sejak itu ia terus
menetap dan menguruskan pekerjaan pakciknya menggembala kambing dengan
cita- cita dan harapan yang hampir tercapai.
Begitulah sabarnya Yaakub menanti masa tujuh tahun yang kedua berakhir dan
akhirnya harapan dan cita-citanya ingin menjadikan Rahil sebagai teman hidup itu
terlaksana. Maka perkahwinan antara Yaakub dan Rahil dilangsungkan dalam
suasana rahmat dan barakah. Dengan yang demikian Nabi Yaakub telah beristerikan
dua wanita bersaudara, yang mana waktu itu syariat ini tidak menyalahi syariat
yang telah ditentukan oleh Allah.

Dengan perkahwinan itu Laban telah menghadiahkan kepada kedua puterinya


seorang hamba sahaya sebagai pembantu rumahtangga mereka. Dari kedua isteri
serta kedua hamba sahaya itu, Nabi Yaakub dikurniakan dua belas cahaya mata,
antaranya Rawbin, Syamun, Lawi, Yahuza, Yasakir dan Zabulon, yang kesemuanya
itu dari isteri pertamanya; Yusuf dan Bunyamin dari isteri keduanya, sementara dan,
Naftali, Jaddan Asir dari kedua hamba sahayanya.

Wallahua'lam

You might also like