You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU,

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Pertama


Minggu praktikum : Minggu Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 18 Jan 2016 22 Jan 2016

1. Masalah / Peristiwa

Pertama kali saya menjejakkan kaki di sekolah ini, saya telah membina
pemikiran yang positif dalam diri. Pada saya, dengan hanya bersifat positif
sahajalah saya dapat menyingkirkan rasa gementar untuk berhadapan dengan
warga sekolah ini. Saya perlu menyediakan diri saya untuk menghadapi hari-hari
mendatang sepanjang sebulan berpraktikum di sekolah ini. Saya sedar tidak mudah
bagi guru pelatih seperti saya untuk berdiri sendiri tanpa tunjuk ajar dan bantuan
daripada pihak sekolah. Saya bersama rakan-rakan disambut baik oleh warga
sekolah. Ketika saya bersama rakan-rakan melaporkan diri di pejabat sekolah, saya
melihat akan kemesraan warga sekolah terhadap kami. Sebelum majlis
perhimpunan pagi selesai, Guru Besar iaitu Puan Noraini Binti Din, meminta supaya
memperkenalkan diri dan berbincang mengenai penetapan jadual waktu selama
sebulan di sekolah ini.

Saya juga telah berkolaborasi dengan guru pembimbing mata pelajaran


major, Pendidikan Khas iaitu Encik Suhairi Bin Abu Bakar seperti mengumpul data
perihal sekolah , pembahagian jadual dan melawat sekitar PPKI SK Bandar Tasik
Puteri . Melihat kemesraan warga sekolah, saya sendirinya merasakan yang segala
rasa gelisah dan gementar itu hilang begitu sahaja. Apa yang saya tahu, saya
hanya perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka demi keselesaan saya
sepanjang berkhidmat di sini. Setelah diberi jadual waktu mengajar, saya mula
merasakan satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Bukan senang untuk
mendidik anak bangsa.

Tambahan pula, dengan trenda sikap ibu bapa zaman sekarang yang banyak
ragamnya. Guru-guru pembimbing saya telah memberikan nasihat yang sangat
berguna kepada kami . Sekali gus menyemarakkan lagi rasa untuk mengajar. Saya
bakal mengambil alih tugas guru mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 Rajin di
aliran perdana dan mengajar matapelajaran matematik pendidikan khas.

Setelah mendengar penerangan daripada guru pembimbing, saya berasa


puas hati kerana setiap persoalan yang bermain dalam fikiran saya telah terjawab.
Saya lebih yakin untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Saya juga
telah meminta izin daripada Encik Suhairi Bin Abu BAkar untuk berkenalan terlebih
dahulu dan melakukan pemerhatian dengan murid setiap kelas yang terlibat
sebelum mengajar mereka pada minggu hadapan. Saya ingin melihat latar
belakang murid dan tahap kecemerlangan mereka sekali gus berkenalan dengan
mereka secara tidak langsung. Saya telah dapat melihat beberapa pelajar yang
cepat penguasaannya dan yang sedikit lemah. Melalui pemerhatian ini, dapatlah
saya menyediakan aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk mengikuti
pembelajaran yang saya kendalikan.

2. Analisis

Pada hari pertama persekolahan, saya terlebih dahulu bertanya kepada Encik
Suhairi Bin Abu Bakar bagi mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang
saya perlukan sepanjang praktikum selama sebulan ini. Antara perkara yang
diperlukan ialah:

Bahan bantu mengajar yang saya boleh gunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.
Maklumat sekolah dan maklumat lain untuk dimuatkan dalam portfolio.
Masa atau jadual waktu untuk dihadiri setiap hari.
Kemudahan ICT

Saya sangat bersyukur kerana segala keperluan dan perkara-perkara yang


saya perlukan agak mencukupi walaupun tidak sepenuhnya. Kerjasama guru-guru
memberikan saya satu kelebihan dan kekuatan untuk membolehkan saya
menjalankan praktikum ini dengan selesa. Kekuatan ini memberikan satu aspirasi
untuk mencapai markah yang cemerlang dalam praktikum fasa pertama ini.
3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan cuba menimba seberapa banyak lagi ilmu yang dapat saya jadikan
bekalan untuk menjadi pendidik nanti. Saya juga akan banyak bertanyakan kepada
guru untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
laksanakan untuk melihat kelemahan yang saya lakukan dengan bertujuan untuk
penambahbaikan. Tentang ilmu KSSR yang baharu saya ceburi ini, saya akan
memperbanyak bacaan dan pertanyaan kepada guru-guru di sekolah ini supaya
saya lebih jelas dan boleh menguasai KSSR. Saya juga cuba sebaik mungkin untuk
bertegur sapa dengan guru-guru di sekolah.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan
suasana sekolah dan guru-guru serta staf sokongan. Mana tidaknya, masuk hari
ketiga persekolahan iaitu hari Rabu, saya sudah berasa selesa untuk berinteraksi
khususnya dengan guru-guru dan warga sekolah umumnya.

5. Kesimpulan / Harapan

Secara kesimpulannya, tempoh seminggu berpraktikum setakat ini


sememangnya memberikan satu impak yang positif kepada saya untuk meneruskan
praktikum di SK Bandar Tasik Puteri. Saya berharap agar saya dapat memberikan
yang terbaik semasa berpraktikum fasa kedua ini. Usaha yang saya lakukan ini
diharapkan dapat memberikan perhatian kepada guru dan pensyarah pembimbing
dalam memberikan markah yang cemerlang kepada saya.

DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING DISEMAK OLEH PENSYARAH PEMBIMBING


TANDATANGAN : TANDATANGAN :
NAMA : NAMA :
TARIKH : TARIKH :

You might also like