You are on page 1of 58

PERKAHWINAN CAMPUR DAN

FENOMENA PERANAKAN DI
SEMENANJUNG MALAYSIA

PUE GIOK HUN

Siri Kertas Kajian Etnik UKM


(UKM Ethnic Studies Paper Series)
Institute of Ethnic Studies (KITA)
Bangi 2015

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


iii
Cetakan Pertama / First Printing, 2015
Hak cipta / Copyright Penulis / Author
Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh


diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Kajian Etnik (KITA),
Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or


transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical
including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Institute of
Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E., Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,Selangor D.E Malaysia
http:/pkukmweb.ukm.my/~penerbit/

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam


Penerbitan
Cataloguing-in-Publication-Data

Pue, Giok Hun, 1978


PERKAHWINAN CAMPUR DAN FENOMENA PERANAKAN DI
SEMENANJUNG MALAYSIA/PUE GIOK HUN.
(Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 41 September)
Bibliography: page 41
ISBN 978-967-0741-17-8
1.Intermarriage-Malaysia. 2. Peranakan (Asian people)-
Malaysia- Social life and customs.
I. Judul. II. Siri.
306.843

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


iv
Siri Kertas Kajian Etnik UKM
(UKM Ethnic Studies Paper Series)

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Hubungan Etnik di


Malaysia: Mencari dan Mengekal Kejernihan dalam
Kekeruhan. Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 1 (November)
ISBN 978-983-44318-0-8

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Many Ethnicities,


Many Cultures, One Nation: The Malaysian Experience.
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 2 (November) ISBN 978-
983-44318-1-5

Shamsul Amri Baharuddin. 2009. Culture and


Governance in Malaysias Survival as a Nation. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 3 (September). ISSN
2180-1193

Sun Mee Lee. 2009. Construction of Moken Identity in


Thailand: A Case Study in Kuraburi. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 4 (Oktober). ISSN 2180-1193

Eric Schubert Ansah. 2009. Shaping A New Africa:


What Malaysians Should Know about the
Transformation in Africa. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 5 (November). ISSN 2180-1193

Thock Ker Pong. 2009. Tsunami Politik 2008 dan Hala


Tuju Perkembangan Pilitik MCA: Krisis dan Dilema di
Sepanjang Jalan. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 6
(Disember). ISSN 2180-1193

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


v
Sharifah Zaleha Syed Hassan. 2010. Negotiating
Islamism: The Experiences of the Muslim Youth
Movement of Malaysia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil.
7 (Jun). ISSN 2180-1193

Korakit Choomgrant. 2010. Expression of Sexuality and


Lifestyle in Singapore and Bangkok: A Case Study of
Singaporean Homosexual Men. Siri Kertas Kajian Etnik
UKM Bil. 8 (Julai). ISSN 2180-1193

Michael Banton. 2010. Ethnic Relations: An


International Perspective on the Malaysian Initiative of
2007. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 9 (Ogos). ISSN
2180-1193

Jean-Sbastian Guy. 2010. Toward a Second-Order


Theory of Globalization. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 10 (Ogos). ISSN 2180-1193

Lennart Niemel. 2010. WALK! Framing a Successful


Agrarian Reform Campaign in the Philippines. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 11 (September). ISSN
2180-1193

Elinor Lumbang Boayes. 2010. The Deadliest Free Press


in Asia: A case study of the Philippines. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 12 (September). ISSN 2180-1193

Shamsul Amri Baharuddin. 2010. Unity in Diversity:


The Malaysian Experience. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 13 (Oktober). ISSN 2180-1193

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


vi
Ong Puay Hoon, Dick Yong, Ong Puay Liu & Ong Puay
Tee. 2010. The Silent Burden: What it Means to be
Dyslexic. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 14
(Oktober). ISSN 2180-1193

Shazlin Amir Hamzah. 2010. Branding Malaysia through


Tourism: When Ads Permeate Our Consciousness, What
Happens to Our Identity? Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 15 (November). ISSN 2180-1193

Tallyn Gray. 2010. Justice and the Khmer Rouge: Ideas


of a Just Response to the Atrocities of Democratic
Kampuchea in Buddhism and the Extraordinary
Chambers in the Courts of Cambodia. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 16 (Disember). ISSN 2180-1193

Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Ilmu Kolonial dalam


Pembentukan Sejarah Intelektual Malaysia: Sebuah
Pandangan. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 17
(Januari). ISSN 2180-1193

Shamsul A.B. & Anis Y. Yusoff. 2011. Managing Peace


in Malaysia: A Case Study. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 18 (Mei). ISSN 2180-1193

Clive S. Kessler. 2012. What Every Malaysian Needs to


Know about Race. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 19
(Mac). ISSN 2180-1193

Pue Giok Hun & Shamsul A.B. 2012. Peranakan as a


Social Concept. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 20
(April). ISSN 2180-1193

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


vii
Denison Jayasooria & Teo Lee Ken (Editors). 2012.
Issues Pertaining to Malaysias Ratification of The
International Convention on the Elimination of All
Forms of Racial Discrimination (ICERD) 1965. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 21 (Oktober). ISSN 2180-
1193

Hasan Mat Nor. 2012. Kompilasi Beranotasi mengenai


Orang Asli: Bahan Bertulis dalam Bahasa Melayu di
UKM. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 22 (November).
ISSN 2180-1193

Denison Jayasooria. 2012. Malaysia: The Need for


Inclusiveness. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 23
(Disember). ISSN 2180-1193

Denison Jayasooria. 2012. Issues Pertaining to


Malaysia introducing a New National Harmony Act. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 24 (Disember). ISSN
2180-1193

James T. Collins. 2013. On Malay Manuscripts: Lessons


from the Seventeenth Century. Siri Kertas Kajian Etnik
UKM Bil. 25 (Januari). ISSN 2180-1193

Azmi Aziz dan Shamsul Amri Baharuddin. 2013.


Pluralisme dan Pluralisme Agama: Sebuah Wacana
Konseptual. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 26 (April).
ISSN 2180-1193 (not in print)

Denison Jayasooria dan Muhammad Ismail Aminuddin.


2013. Satu pendekatan dalam membina kesepaduan
sosial melalui penyertaan komuniti. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 27 (April). ISSN 2180-1193

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


viii
Wendy Smith. 2013. Managing Ethnic Diversity in a
Japanese Joint Venture in Malaysia. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 28 (April). ISSN 2180-1193 (not in
print)

Denison Jayasooria (ed.). 2013. Building an Inclusive


Society on the Foundation of Human Rights and
Responsibilities. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 29
(April). ISSN 2180-1193

Pue Giok Hun (pnyt.). 2013. Menyelusuri Cabaran


Kepelbagaian: Pengalaman Malaysia Terkini. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 30 (Mei). ISSN 2180-1193

Leong Kar Yen. 2013. The State and Unseen Realm:


State Ideology, History and Memory in Indonesia. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 31 (Julai). ISSN 2180-
1193

Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2014. Consociation In


Plural Society: Accommodating Contemporary Malaysia
Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 32 (September).
ISSN 2180-1193

Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2014. Moderation and


Power Sharing in Malaysia: Accommodating concept
and practice. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 33
(September), ISSN 2180-1193

Eric Olmedo Panal. 2014. MAMAKIZATION Food and


Social Cohesion in Malaysia: A Tentative Framework.
Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 34 (November), ISBN
978-967-0741-03-1

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


ix
Shamsul Amri Baharuddin. 2015. Politics of Language
and Language of Politics: Theory and Practice of the
nation-of- intent as articulated in Malaysia. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 35 (Jun), ISBN 978-967-0741-
10-9

Nurshuhada Binti Mohamed. 2015. Jawatankuasa


Hubungan Antara Kaum (CLC): Sejarah Bermulanya
Proses Perkongsian Kuasa. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 36 (Ogos), ISBN 978-967-0741-12-3

Mohd Mahadee Ismail. 2015. Keamatan Kemahiran


Sivik: Perbandingan Alumni dan Bukan Alumni Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN). Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 37 (Ogos), ISBN 978-967-0741-13-0

Aananthi a/p Thuraisamy. 2015. Cross Cultural


Relations of Live-In Indonesian Maids within Selected
Malaysian Households. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil.
38 (Ogos), ISBN 978-967-0741-14-7

Mohd Syariefudin Abdullah. 2015. Kesepaduan Sosial


dalam Komuniti di Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga
(RT): Kajian di Zon Semenyih, Daerah Hulu Langat
Selangor. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 39 (Ogos),
ISBN 978-967-0741-15-4

Shazlin Amir Hamzah. 2015. Branding the Malaysian


nation: Tracing the role of popular music in the
construction of an imagined community. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 40 (Ogos), ISBN 978-967-0741-
16-1

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


x
About the UKM Ethnic Studies Paper Series
UKM Ethnic Studies Paper Series marks the inaugural publication of
the Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM. The purpose of this
Paper Series is in line with UKMs official status as a research
university under the 9th Malaysia Plan. The Series provides a premise
for the dissemination of research findings and theoretical debates
among academics and researchers in Malaysia and world-wide
regarding issues related with ethnic studies. All articles submitted for
this Series will be refereed by at least one reviewer before
publication. Opinions expressed in this Series are solely those of the
writer(s) and do not necessarily reflect the views and policies of
KITA. The first two papers published in November 2008 under this
Series had the ISBN code. For 2009, the Series carries the ISSN
Code. However, the Series reverts to the ISBN code with the
publication of number 34, November 2014.

For further information, please contact:


Prof. Dr. Ong Puay Liu
Chief Editor
UKM Ethnic Studies Paper Series
Institute of Ethnic Studies (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Website: http://www.kita.ukm.my
email: pliu@ukm.edu.my; puayliu@yahoo.com

Mengenai Siri Kertas Kajian Etnik UKM


Siri Kertas Kajian Etnik UKM menandakan penerbitan ulung Institut
Kajian Etnik (KITA). Tujuan penerbitan bersiri ini adalah selaras
dengan status rasmi UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan
dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Penerbitan Kertas bersiri ini
memberi peluang kepada para akademik dan penyelidik di Malaysia
dan luar negara untuk menyebar penemuan-penemuan kajian dan
idea-idea teoretikal masing-masing mengenai isu-isu berkaitan
dengan kajian etnik. Artikel-artikel yang dihantar untuk tujuan
penerbitan akan diwasit oleh sekurang-kurangnya seorang penilai.
Segala pandangan yang diungkapkan oleh penulis artikel dalam
penerbitan bersiri ini adalah pandangan penulis berkenaan dan tidak
semestinya mewakili atau mencerminkan pandangan dan polisi KITA.
Dua kertas yang diterbitkan pada bulan November 2008 di bawah Siri
ini mempunyai kod ISBN. Mulai tahun 2009, Siri Kertas Kajian Etnik
UKM ini membawa kod ISSN. Namun, kod diubah balik ke ISBN
bermula dengan penerbitan nombor 34, November 2014.
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
xi
KANDUNGAN

Abstrak 1

Pendahuluan 2

Fenomena Peranakan di Malaysia 5

Komuniti Peranakan di Semenanjung Malaysia 8

Ciri-ciri Sepunya Peranakan 19

Faktor-faktor Penggalak Perkahwinan Campur dalam


Komuniti Peranakan 25

Penerimaan Masyarakat Tempatan Terhadap Komuniti


Peranakan 31

Rumusan 38

Bibliografi 41

Mengenai KITA 48

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


xii
Abstrak

Perkahwinan campur sering ditampilkan dalam


masyarakat pluralistik kontemporari Malaysia sebagai
satu isu sosial yang bermasalah dan cenderung
menimbulkan konflik antara etnik, khasnya apabila
melibatkan faktor agama. Namun, fenomena ini
sebenarnya bukanlah satu perkara baru, sebaliknya
berlaku sejajar dengan pertembungan kontak antara
etnik. Ini dibuktikan dengan kewujudan golongan
Peranakan yang muncul hasil daripada proses asimilasi
yang dimangkinkan oleh amalgamasi sosial
(perkahwinan campur) secara turun-temurun antara
kumpulan etnik majoriti dengan kumpulan etnik
minoriti yang diamalkan secara meluas. Justeru,
makalah ini cuba mengupas manifestasi isu
perkahwinan campur dalam konteks fenomena
Peranakan di Semenanjung Malaysia. Makalah terdiri
daripada tiga bahagian utama. Bahagian pertama
menyerlahkan kepelbagaian komuniti-komuniti
Peranakan yang wujud di Semenanjung Malaysia.
Bahagian kedua pula membincangkan faktor-faktor
yang dikenal pasti sebagai penggalak kepada amalan
perkahwinan campur untuk berlaku secara meluas
sehingga membawa kepada kemunculan golongan
Peranakan. Seterusnya, bahagian ketiga memfokus
kepada penerimaan golongan Peranakan oleh
masyarakat. Daripada situ dapat disimpulkan bahawa
isu mengenai perkahwinan campur bukanlah
disebabkan oleh masalah dalam institusi perkahwinan
itu sendiri, sebaliknya berakar-umbi daripada isu
pengkategorian masyarakat mengikut garis etnisiti
yang terlalu sempit dan superfisial sehingga
menidakkan kewujudan interaksi antara etnik yang
subur dan dinamik dalam realiti kehidupan sebenar.
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
1
PERKAHWINAN CAMPUR DAN FENOMENA
PERANAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA1

PENDAHULUAN

Institusi perkahwinan adalah asas kepada


pembentukan keluarga dan jaringan persanakan yang
seterusnya menjadi tunjang dalam kehidupan
bermasyarakat. Perspektif sosiologikal melihat
perkahwinan sebagai rite of passage yang penting
bagi mendapatkan pengiktirafan daripada masyarakat
bahawa seseorang individu itu telah berpunya,
dibenarkan melakukan hubungan jenis dengan
pasangannya dan seterusnya melahir dan
membesarkan zuriat secara sah di mata masyarakat.
Walaupun institusi perkahwinan didasari kepada satu
niat yang tulus, hal yang sama tidak berlaku daripada
segi praktisnya. Ini ketara apabila melibatkan
perkahwinan campur antara kumpulan etnik yang
berbeza2, atau dikenali dengan istilah sosiologikalnya
sebagai perkahwinan eksogami. Dalam konteks ini,
perkahwinan dirumitkan dengan isu-isu lain yang
berpunca daripada perbezaan etnisiti termasuklah
daripada aspek ras, agama, bahasa, adat dan budaya.
Kesukaran dan kegagalan untuk menyesuaikan diri
dengan budaya pasangan, selain daripada masalah
penerimaan oleh keluarga dan masyarakat setempat
telah menjadi satu punca utama pergolakan

1
Makalah ini adalah penambahbaikan kepada Bab 4 Laporan Akhir
penyelidikan Perkahwinan Campur dan Pembinaan Negara Bangsa
Kajian Rintis (Kod Kajian: RE-008-2010) yang tidak diterbitkan.
Intipati kedua-dua penulisan merupakan sebahagian daripada Bab II
tesis kedoktoran penulis (Pue 2012).
2
Seterusnya diringkaskan sebagai perkahwinan campur dalam
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
makalah ini.

2
rumahtangga pasangan yang berkahwin campur. Kesan
jangka panjang yang lebih parah adalah melibatkan
anak-anak yang lahir daripada perkahwinan campur.
Identiti etnik yang kabur dan bercampur-baur, atau
semata-mata mempunyai penampilan yang berbeza
daripada stereotaip umum mengenai satu-satu
kumpulan etnik dalam masyarakat, telah menyebabkan
golongan tersebut berhadapan dengan masalah-
masalah dalam kehidupan seharian seperti krisis
identiti dan penerimaan diri oleh diri sendiri dan
masyarakat. Walaupun tiada statistik rasmi yang dapat
menyokong pernyataan ini, masalah yang dihadapi
golongan ini jelas tersingkap dalam penulisan-
penulisan di media massa (lihat Kong 2011; Nathan
2015).
Cabaran kepada perkahwinan campur sebegini
ketara di Malaysia, terutamanya Semenanjung
Malaysia, yang pembentukan masyarakat majmuknya
dipengaruhi sentimen rasisme kuasa kolonial British.
Kesannya masih jelas hingga sekarang di mana
masyarakat majmuk di Malaysia dibeza-bezakan
mengikut garis etnisiti. Dari kaca mata pihak
berautoriti, setiap ahli masyarakat digolongkan ke
dalam salah satu daripada empat kategori etnik sahaja
iaitu Melayu, Cina, India dan Lain-lain. Generalisasi,
stereotaip dan kejahilan menyebabkan setiap kategori
etnik dilihat sebagai homogenus, justeru ahli-ahlinya
dianggap mempunyai identiti etnik yang seragam (Pue
2009). Pada masa yang sama kewujudan setiap satu
kategori etnik dilihat tidak melibatkan interaksi atau
pengaruh daripada kumpulan-kumpulan etnik lain.
Namun kehidupan seharian, jelas ternyata interaksi
dalam masyarakat wujud merentasi kumpulan dan
kumpulan etnik. Ia bukanlah satu perkara yang boleh

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


3
dielakkan, sebaliknya pasti wujud dalam mana-mana
masyarakat.
Ketidakselarasan antara pandangan pihak
berautoriti dengan realiti kehidupan seharian
menyebabkan perkahwinan campur dilihat sebagai satu
isu sosial yang bermasalah dan dipandang negatif
dalam masyarakat umum. Pertama, pasangan yang
berkahwin campur dan anak-anak mereka dijangka
oleh masyarakat dan pemerintah agar
mengidentifikasikan diri dengan salah satu etnisiti
sahaja (Pue & Nidzam 2013). Kedua, perkahwinan
campur yang tidak berjaya membawa kepada konflik-
konflik susulan seperti penceraian dan perebutan hak
penjagaan anak. Ia lebih-lebih lagi menjadi kemelut
yang kusut apabila melibatkan isu pertukaran agama
khususnya Islam (Jones et al. 2009; Gill & Gopal
2010).
Kekecohan sebegini telah menyebabkan
perkahwinan campur dilihat sebagai satu
perkembangan dalam masyarakat moden yang tidak
sihat dan tidak digalakkan sehinggakan mereka yang
ingin berkahwin campur dinasihatkan agar berfikir
semasak-masaknya sebelum melangsungkan
perkahwinan (Zulkifli Jalil 2010). Namun, sejauh
manakah kebenaran bahawa perkahwinan campur
mendatangkan lebih keburukan berbanding kebaikan?
Fenomena perkahwinan campur sebenarnya
bukanlah satu perkara baru, sebaliknya berlaku sejajar
dengan pertembungan kontak antara etnik. Ini jelas
terbukti di mana perkahwinan campur yang diamalkan
secara meluas antara etnik bukan tempatan dengan
etnik tempatan sebelum era kolonialisme telah
membawa kepada kemunculan fenomena Peranakan di
Nusantara. Justeru, makalah ini cuba mengupas
manifestasi perkahwinan campur dalam fenomena
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
4
Peranakan di Semenanjung Malaysia. Sejajar dengan
hasrat penulis untuk mengetengahkan fenomena
Peranakan yang masih kurang dikenali umum, makalah
ini dimulakan dengan huraian fenomena Peranakan
melalui pendekatan asimilasi, khasnya dimensi
amalgamasi. Seterusnya makalah ini mengupas
kepelbagaian komuniti Peranakan yang wujud di
Malaysia khasnya di Semenanjung. Bahagian ketiga
dan keempat masing-masing menyentuh tentang ciri-
ciri sepunya komuniti-komuniti Peranakan dan faktor-
faktor penggalak perkahwinan campur dalam kalangan
komuniti Peranakan. Bahagian selanjutnya
membincangkan bentuk penerimaan masyarakat
setempat terhadap komuniti-komuniti Peranakan
sebelum makalah diakhiri dengan rumusan.

FENOMENA PERANAKAN DI MALAYSIA

Peranakan adalah satu istilah dalam bahasa Melayu


Nusantara. Berasal daripada kata dasar anak yang
digabungkan dengan sisipan per- dan -an, Peranakan
adalah sebuah kata terbitan yang mempunyai tiga
maksud dalam perbualan seharian. Pada awalnya
Peranakan merujuk kepada rahim atau uterus, yakni
organ penting dalam sistem reproduksi perempuan.
Kedua, Peranakan merujuk kepada tempat kelahiran,
misalnya individu yang dilahirkan di negeri Pahang
dikenali sebagai Peranakan Pahang. Ketiga, zuriat
daripada perkahwinan campur antara anak negeri
dengan orang asing.
Maksud ketiga muncul setelah berlakunya
perkembangan linguistik sejajar dengan perubahan
dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Kelebihan
daripada segi kedudukan geografi dan sumber
semulajadi yang banyak menjadikan Nusantara
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
5
khasnya kawasan-kawasan di Selat Melaka dan pesisir
semenanjung Tanah Melayu sebagai destinasi yang
menarik dan strategik dalam laluan perdagangan
maritim dan pelayaran yang menghubungkan barat dan
timur. Keadaan ini membawa kepada peningkatan
bilangan orang keturunan asing kelahiran tempatan
melalui perkahwinan campur dengan wanita tempatan.
Pada mulanya istilah Peranakan diguna sebagai
metafora bagi merujuk kepada aspek susur-galur
keturunan bukan tempatan. Secara beransur-ansur,
istilah tersebut seterusnya mengambil kira elemen
semantik yang melibatkan aspek amalan budaya asing
yang mengandungi pengaruh elemen-elemen
persekitaran tempatan yang kuat yang diamalkan oleh
golongan tersebut (Teo 2003: 5). Daripada situ
Peranakan menjadi Peranakan (dengan huruf P besar)
sebagai satu label kategori kumpulan etnik di mana ia
bukan asing, tetapi bukan juga peribumi sepenuhnya.
Fenomena Peranakan sebegini boleh
diterangkan melalui pendekatan asimilasi khasnya
melalui dimensi amalgamasi seperti mana dijelaskan
oleh Milton Gordon (1964) dalam Teori Tujuh Dimensi
Asimilasi beliau. Pendekatan tersebut menjelaskan
hubungan antara kumpulan etnik minoriti yang
biasanya berasal dari kawasan lain, dengan kumpulan
etnik majoriti dalam sesebuah masyarakat.
Pertembungan kontak antara etnik disusuli dengan
interaksi dua hala. Ini seterusnya membawa kepada
perubahan secara berterusan yang mewujudkan
persamaan kepada etnisiti kedua-dua belah pihak.
Proses di mana kedua-dua kumpulan etnik menjadi
semakin sama dikenali sebagai asimilasi. Proses ini
tidak semestinya berakhir dengan penyerapan satu
kumpulan etnik (biasanya minoriti) ke dalam kumpulan
etnik lain (majoriti), sebaliknya boleh berlaku secara
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
6
berterusan pada kadar yang berbeza-beza. Interaksi
antara kumpulan etnik minoriti dengan majoriti boleh
menyebabkan terhasilnya satu lagi kumpulan etnik
minoriti yang baru. Ini berlaku apabila proses asimilasi
tersebut dimangkinkan dengan amalgamasi, yakni
perkahwinan campur yang diamalkan secara meluas
antara kedua belah pihak. Generasi seterusnya yang
terhasil daripada perkahwinan campur tersebut
didapati mempunyai etnisiti yang berbeza daripada
etnisiti kedua-dua ibu bapa. Dimensi amalgamasi
dalam pendekatan asimilasi menekankan bahawa
walaupun ciri-ciri etnisiti menunjukkan kelangsungan
daripada etnisiti kumpulan-kumpulan etnik induk,
namun etnisiti golongan baru dilihat unik dan distingtif
sama ada daripada segi penampilan fizikal mahupun
budaya yang diamalkan. Justeru, kewujudan mereka
dilihat sebagai satu kumpulan etnik yang tersendiri. Di
Nusantara, golongan ini dirujuk sebagai Peranakan.
Pada masa ini, penggunaan istilah Peranakan
sebagai label kategori etnik hanya terhad digunakan di
Asia Tenggara khususnya oleh masyarakat Melayu di
Nusantara untuk merujuk komuniti bukan peribumi
yang ketara sifat kemelayuannya. Ia melibatkan
aspek-aspek seperti fisiobiologi, nilai, norma, adat
resam, bahasa dan perlakuan mereka. Penekanan
kepada aspek pengaruh budaya Melayu telah
menyebabkan sesetengah golongan seperti Chindian,
tidak dianggap sebagai Peranakan walaupun
kemunculan golongan tersebut melibatkan
perkahwinan campur, yakni antara etnik Cina dengan
etnik India.
Di Malaysia khasnya di Semenanjung, wujud
beberapa komuniti Peranakan. Komuniti-komuniti
tersebut diasaskan oleh sebahagian daripada golongan
migran yang tiba sebelum abad ke-19, yakni lebih awal
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
7
daripada kedatangan kuasa kolonialisme barat secara
besar-besaran ke kawasan itu. Golongan migran yang
terlibat adalah berasal dari India, China, Arab dan
Eropah. Dalam tempoh yang panjang, interaksi antara
etnik yang membawa kepada proses asimilasi, dan
seterusnya dimangkinkan dengan amalgamasi dengan
masyarakat tempatan telah membawa kepada
pembentukan komuniti-komuniti Peranakan yang
pelbagai seperti Peranakan Jawi, Hindu Peranakan,
Cina Peranakan dan Eurasian-Portugis atau Serani
(Kristang).

KOMUNITI-KOMUNITI PERANAKAN DI
SEMENANJUNG MALAYSIA

Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sekurang-


kurangnya sembilan jenis komuniti yang dikenal pasti
sebagai Peranakan, yakni komuniti yang ahli-ahlinya
merupakan kelahiran tempatan yang mempunyai
keturunan etnik bukan tempatan yang berkahwin
campur dengan etnik tempatan dan mengamalkan
budaya Peranakan. Komuniti-komuniti tersebut ialah
Peranakan Jawi, Peranakan Arab, Samsam, Chetti
Melaka, Punjabi Peranakan di Perak, Baba-Nyonya di
Melaka, Cina Peranakan Terengganu, Cina Peranakan
(Cina kampung) Kelantan dan Eurasian-Portugis/Serani
(Kristang) di Melaka. Namun, mengambil kira
kegersangan dalam penyelidikan dan penulisan lepas,
perbincangan dalam makalah ini adalah berkisar
kepada lima jenis komuniti Peranakan sahaja.

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


8
Peranakan Jawi (Jawi Peranakan)3
Masalah etimologi konsep Jawi yang digunakan dalam
Peranakan Jawi telah menyebabkan timbulnya
kekeliruan tentang keahlian dan kawasan penempatan
komuniti tersebut (Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz
2010: ix). Dalam makalah ini, label Peranakan Jawi
merujuk kepada komuniti yang ahli-ahlinya mempunyai
susur-galur keturunan etnik bukan tempatan yang
berasal dari India dan beragama Islam yang telah
mempraktikkan amalan perkahwinan campur secara
meluas dengan wanita Melayu tempatan. Dahulunya
komuniti ini dikenali dengan nama Peranakan Keling.
Istilah Keling atau Kling merujuk kepada satu
kawasan geografi yang kini termasuk dalam India
selatan (Noriah Mohamed 2010: 38). Pandangan lain
pula berpendapat bahawa ia berasal dari perkataan
Kalinga, yakni nama sebuah kerajaan yang dikatakan
pernah wujud dalam era India Lama (Teo 2003: 5).
Pada awalnya istilah Keling digunakan untuk merujuk
orang dari benua India sama ada penganut Islam atau
Hindu. Istilah Peranakan Keling dalam konteks ini
telah digunakan dalam Hikayat Abdullah yang merujuk
kepada asal-usul Abdullah yang dikatakan Peranakkan
Keling (sic) (Teo 2003:5). Namun setelah semakin
ramai pedagang Muslim datang ke Tanah Melayu dan
menjadi agensi yang signifikan dalam bidang
perdagangan, istilah Keling dalam digantikan dengan
Jawi. Berbeza dengan istilah Keling yang menekankan
aspek asal-usul keturunan, Jawi yang bermaksud

3
Walaupun lebih cenderung dikenali sebagai Jawi Peranakan,
susunan nama tersebut adalah tidak tepat. Keadaan ini berpunca
daripada kekeliruan antara susunan kata nama majmuk dalam
bahasa Melayu dengan kata nama majmuk dalam bahasa Inggeris.
Kekeliruan ini boleh diatasi dengan mematuhi Hukum Diterangkan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
dan Menerangkan (Hukum D-M) dalam bahasa Melayu.

9
Islam pula menitikberatkan aspek agama Islam yang
dipegang mereka. Selain Pulau Pinang, penempatan
komuniti Peranakan Jawi wujud di negeri-negeri Kedah,
Melaka dan Perak (Omar Yusoff 2010: 4).
Di samping beragama Islam, golongan India
Muslim merupakan golongan pedagang dan peniaga
yang berpengaruh dan berada. Perkongsian pegangan
agama yang sama menyebabkan mereka diterima
dengan mudah oleh masyarakat tempatan. Tidak ada
halangan ketara bagi mereka untuk berkahwin dengan
masyarakat tempatan. Malah, pekerjaan yang
berstatus tinggi dan/atau berada menyebabkan amalan
perkahwinan campur pada awalnya cenderung
melibatkan wanita Melayu kalangan kerabat raja dan
aristokrat (Sandhu dlm. Omar Yusoff 2010: 4). Amalan
tersebut kemudiannya turut melibatkan golongan
masyarakat kebanyakan apabila orang India Muslim
yang datang ke Pulau Pinang tidak lagi terhad kepada
golongan pedagang dan peniaga. Ini lebih ketara
dengan pembukaan Pulau Pinang sebagai pusat
pelabuhan dan pentadbiran kuasa kolonial British.
Hasil daripada perkahwinan campur dengan
wanita Melayu tempatan, generasi-generasi seterusnya
disosialisasikan dalam pengaruh persekitaran dan
budaya Melayu yang tinggi. Elemen-elemen budaya
tempatan diserap dan diamalkan bersama-sama
budaya Tamil yang dibawa oleh bapa mereka. Namun
lama-kelamaan komponen agama Islam yang dipegang
mereka semakin dititikberatkan. Justeru, budaya
Peranakan Jawi yang bercanggah dengan ajaran agama
tersebut semakin diabaikan. Pada masa yang sama,
wujud usaha-usaha yang dilakukan secara sedar oleh
golongan Peranakan Jawi untuk menjadi sama dengan
orang Melayu lain yang merupakan golongan etnik
majoriti yang mempunyai kedudukan dan kelebihan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
10
istimewa di sisi undang-undang. Menjelang abad ke-19
atau dalam generasi ketiga Peranakan Jawi, mereka
tidak lagi melihat diri mereka sebagai Peranakan Jawi
tetapi Melayu (Ragayah Eusoff dlm. Sohaimi Abdul Aziz
2010: 72). Ia sejajar dengan tindakan penghapusan
kategori Jawi Peranakan dalam banci penduduk Negeri-
negeri Selat yang dijalankan oleh pihak British bermula
tahun 1911 dan sebaliknya merangkumkan ahli
komuniti tersebut ke dalam kategori Melayu (Omar
Yusoff 2010: 7; Fujimoto 1988: 162). Hanya segelintir
daripada ahli komuniti tersebut mengekalkan identiti
mereka sebagai India Muslim terutamanya di kalangan
mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan di
India (Abdul Razak Mohaideen & Norman Yusoff 2010:
131). Namun hari ini, kadar asimilasi yang dilalui
sangat tinggi sehinggakan sukar untuk seorang
outsider membezakan mereka dengan orang Melayu
tipikal. Kesannya, kewujudan Peranakan Jawi sebagai
sebuah komuniti yang distingtif mula dipertikaikan oleh
sesetengah pihak (cf. Teo 2011).

Peranakan Arab
Kekeliruan mengenai skop keahlian dan penempatan
komuniti Peranakan Jawi telah menyebabkan zuriat
hasil perkahwinan antara orang Arab (beragama Islam)
dengan wanita Melayu tempatan turut dianggap
termasuk dalam Peranakan Jawi oleh sesetengah
pihak. Hal ini lebih ketara apabila istilah Jawi yang
merujuk kepada Islam cenderung dikaitkan dengan
Melayu sehinggakan perlakuan memeluk agama Islam
disamakan dengan ungkapan masuk Melayu (Noriah
Mohamed 2010: 40). Jadi, ethnonym Peranakan Jawi
dilihat turut boleh diaplikasikan kepada mana-mana
kaum lain yang beragama Islam dan berkahwin dengan
wanita Melayu tempatan (Noriah Mohamed 2010:
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
11
41), termasuklah golongan Peranakan Arab. Mereka
sendiri tidak gemar dirujuk sebagai Peranakan Jawi
walaupun komuniti Peranakan Jawi turut mempunyai
susur-galur keturunan Arab yang berpunca daripada
mobiliti ke benua India oleh orang Arab telah wujud
seawal abad ke-7 (Fujimoto 1988: 3-4). Pada masa
yang sama juga, jawi adalah istilah yang digunakan
oleh orang Arab dalam abad ke-13 untuk merujuk
kepada negara-negara di Asia Tenggara (Laffan 2009:
139). Jadi, istilah tersebut dilihat tidak sesuai bagi
mereka. Mereka sebaliknya lebih senang merujuk diri
sendiri sebagai Melayu Peranakan Arab (Omar Yusoff
& Jamaluddin Aziz 2010: ix).
Orang Arab dikatakan datang ke Tanah Melayu
secara langsung dari Mekah, Hadramaut, Iraq dan
Yemen atau secara tidak langsung melalui tempat-
tempat persinggahan para pedagang Arab terdahulu
seperti di Acheh, Singapura, India (khususnya
Gujerat), Satun, Singgora dan Pattalung di Thailand
(Noriah Mohamed 2010: 51; Sharifah Zaleha Syed
Hassan 2005: 47-48). Selain daripada perdagangan,
pergerakan keluar orang Arab ke Asia Tenggara turut
dipengaruhi oleh usaha penyebaran agama Islam
khasnya bermula daripada abad kelapan (Ahmad Jelani
Halimi 2011). Berbeza daripada etnik bukan tempatan
lain yang beragama Islam, orang Arab diterima oleh
masyarakat tempatan dengan lebih terbuka dan
hormat kerana dilihat lebih superior daripada segi
penguasaan ilmu agama Islam dan keterdekatan
tempat asal mereka dengan tempat-tempat suci dalam
agama Islam. Malah, ada sesetengah daripada orang
Arab dipercayai mempunyai asal-usul keturunan Nabi
Muhammad S.A.W. (Abdul Rahman Tang 2005: 97). Ini
menyebabkan orang-orang Arab dan keturunannya
muncul sebagai sebuah komuniti yang berstatus tinggi
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
12
dan dianggap orang baik-baik dalam pandangan
masyarakat tempatan seperti mana yang berlaku di
Kedah pada penghujung abad ke-19 (Sharifah Zaleha
Syed Hassan 2005: 48-49).
Orang Arab agak konservatif dalam isu
perkahwinan. Namun ini tidak menghalang sesetengah
daripada mereka untuk berkahwin dengan wanita
Melayu tempatan. Perkahwinan campur sebegini adalah
lazim terutamanya apabila melibatkan wanita Melayu
tempatan daripada golongan bangsawan atau diraja
(Sharifah Zaleha Syed Hassan 2005). Hasil daripada
perkahwinan campur ini, orang Arab dan keturunannya
seterusnya membawa kepada kemunculan komuniti
Peranakan Arab yang distingtif daripada masyarakat
Melayu. Komuniti Peranakan Arab banyak tertumpu di
Pulau Pinang, Kedah dan Johor.
Berbeza dengan Peranakan Jawi, komuniti
Peranakan Arab wujud secara terpisah daripada
masyarakat Melayu tempatan walaupun memenuhi ciri-
ciri sebagai Melayu, dan pada masa yang sama
berkecimpung secara aktif di kalangan masyarakat
Melayu dalam kehidupan seharian khasnya dalam hal-
hal keagamaan. Walau bagaimanapun pembahagian
masyarakat di Tanah Melayu kepada empat kategori
etnik utama oleh pemerintahan kolonial British
menyebabkan mereka tidak ada pilihan lain selain
mengidentifikasikan diri mereka sebgai Melayu.
Keadaan ini berlaku terutamanya di Kedah
memandangkan Arab tidak dijadikan satu kategori
etnik seperti di Pulau Pinang (Sharifah Zaleha Syed
Hassan 2005: 55).

Hindu Peranakan (Chetti Melaka)


Selain daripada mereka yang beragama Islam, benua
Keling yang kini dikenali sebagai India turut menjadi
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
13
tempat asal golongan migran yang beragama Hindu.
Mereka seterusnya menjadi pengasas kepada
kemunculan komuniti Hindu Peranakan. Di Melaka,
komuniti tersebut lebih dikenali sebagai Chetti.
Komuniti Chetti di Melaka dipercayai mempunyai asal-
usul daripada golongan pedagang Tamil dari India
Selatan yang tiba di Melaka untuk berdagang rempah
sebelum pembukaan kawasan tersebut oleh
Parameswara lagi (Moorthy 2009: 5). Golongan
pedagang dari Kalingga lebih terbabit dalam
perkahwinan campur yang membawa kepada
kemunculan komuniti Chetti Melaka berbanding dengan
golongan lain seperti Moplah dari Malabar, Marakkayar
dan Chulia dari Pantai Komorandel dan Benggali dari
Benggala (Sandhulu & Wheatley dlm. Yap 1989: 70).
Wanita tempatan yang dipilih adalah terdiri dari
keturunan Jawa, Batak dan Melayu. Selain itu wujud
juga perkahwinan campur antara mereka dengan
komuniti Baba dan Nyonya, satu lagi komuniti
Peranakan di Melaka (Dhoraisingam 2006: 4).
Walaupun berkahwin campur dengan wanita dari
kumpulan-kumpulan etnik yang berlainan dan
berkomunikasi dalam bahasa Melayu, budaya dominan
dalam kehidupan pasangan tersebut adalah budaya
Hindu khususnya dalam melibatkan aspek agama dan
adat resam Hindu. Ahli komuniti Chetti dikatakan lebih
berpegang teguh dalam mengamalkan amalan-amalan
keagamaan secara ketat berbanding dengan penganut
Hindu lain (Moorthy 2009: 10). Pegangan utuh
terhadap agama Hindu menyebabkan kehidupan
komunal komuniti Chetti lebih berkisar pada aktiviti-
aktiviti keagamaan dan kuil tempatan dijadikan tempat
ahli-ahli komuniti bertemu. Aspek-aspek lain budaya
Tamil diterapkan dengan unsur-unsur budaya tempatan
memandangkan anak-anak hasil perkahwinan campur
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
14
ini disosialisasikan oleh ibu yang merupakan wanita
tempatan. Masalah kasta yang mungkin dihadapi oleh
keluarga ini sekiranya dibawa pulang ke India telah
menyebabkan keluarga tersebut kekal menetap di
Melaka. Lama-kelamaan, hubungan antara mereka
dengan kaum kerabat di India terputus. Keadaan ini
seterusnya membawa kepada terbentuknya komuniti
Chetti Melaka sebagai komuniti Hindu Peranakan.

Cina Peranakan
Hubungan antara negara China dengan Nusantara
adalah satu fakta sejarah yang sedia maklum.
Hubungan ini menjadikan Tanah Melayu antara
destinasi pilihan orang-orang Cina yang bermigrasi
sama ada secara sementara atau kekal atas pelbagai
sebab sejak dulu lagi. Ini termasuklah atas faktor
pekerjaan seperti perdagangan, peniaga, pegawai
diplomatik, ataupun kerana terpaksa mencari punca
pendapatan di tempat luar akibat daripada masalah-
masalah yang melanda China seperti kebuluran,
peperangan, dan pemerintahan kuku besi dan juga
bencana alam yang berterusan di tempat asal. Mereka
tiba ke Tanah Melayu melalui kawasan-kawasan
pelabuhan maritim. Ada juga yang tiba melalui
perjalanan darat seperti mana yang berlaku dalam
konteks Cina Peranakan di Kelantan. Mereka
seterusnya menetap secara kekal di kawasan-kawasan
tersebut bersama-sama isteri mereka yang terdiri
daripada wanita peribumi dari etnik Melayu, Thai dan
orang Asli. Dalam tempoh yang panjang, budaya Cina
yang mereka dan anak-anak mereka amalkan secara
beransur-ansur dipengaruhi oleh elemen-elemen
budaya tempatan yang mendominasi persekitaran
mereka. Ini membawa kepada kemunculan komuniti
Cina Peranakan yang etnisitinya ketara berbeza dengan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
15
orang Cina yang menyertai gelombang migrasi secara
besar-besaran atas inisiatif pihak kolonial British ke
Tanah Melayu dalam abad ke-19. Akibat daripada
variasi latar belakang orang Cina dan masyarakat
tempatan yang berbeza dari satu lokaliti dengan
lokaliti, di samping keterasingan penempatan mereka
dari poket-poket penempatan orang Cina lain, maka
komuniti Cina Peranakan yang terbentuk adalah
berbeza-beza etnisitinya. Kini selain daripada komuniti
Cina Peranakan di Pulau Pinang dan Singapura yang
tidak lagi wujud secara distingtif daripada masyarakat
Cina bukan Peranakan, terdapat tiga jenis komuniti
Cina Peranakan yang masih wujud di Semenanjung
Malaysia iaitu komuniti Baba dan Nyonya di Melaka,
Cina Peranakan di Kelantan dan juga di Terengganu.
Komuniti Baba dan Nyonya (Baba-Nyonya) di
Melaka telah muncul dalam abad ke-16 diasaskan oleh
orang Cina yang terdiri daripada golongan pedagang
yang tertarik dengan kedudukan strategik Melaka
sebagai pusat perdagangan (Tan 1988: 31-32).
Penempatan mereka pada mulanya bersifat sementara
namun akhirnya kekal menetap di kawasan bandar-
bandar pelabuhan. Sebaliknya komuniti Cina Peranakan
di Kelantan rata-ratanya terlibat dalam aktiviti
pertanian. Justeru itu penempatan komuniti tersebut
lebih banyak terdapat di kawasan luar bandar. Jika
dibandingkan, bilangan kedatangan orang Cina ke
pantai barat semenanjung Tanah Melayu adalah lebih
tinggi berbanding yang datang ke Kelantan (Wang
1960). Dengan mengambil kira tahun kedatangan
sekumpulan orang Cina ke Kelantan dalam jumlah yang
agak signifikan pada tahun 1578, penempatan mereka
mungkin wujud seawal abad ke-17 (Wee 1987). Di
akhir abad ke-18 barulah terdapat rekod bertulis
mengenai penempatan Cina Peranakan di Kelantan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
16
melalui catatan Hai Lu Chu (Wang 1960). Di
Terengganu pula, penempatan orang Cina dikatakan
wujud sekurang-kurangnya dalam abad ke-18 (Tan
2002). Seperti di Kelantan, mereka menjalankan
aktiviti pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama.
Penempatan awal komuniti Cina Peranakan di
Terengganu wujud di Pulau Babi (kini Pulau Bahagia)
dan Marang. Daripada situ mereka kemudiannya
berhijrah ke tempat-tempat lain termasuklah di Tirok
(Tan 2002: 13; Tan 2011: 152-154).

Eurasian-Portugis/Serani (Kristang)
Berbeza dengan kumpulan Peranakan lain yang berasal
daripada amalgamasi orang tempatan dengan
kumpulan-kumpulan etnik dari Asia, Eurasian adalah
satu kategori Peranakan yang terhasil daripada
perkahwinan campur antara etnik-etnik dari barat
seperti Portugis, Belanda, Perancis dan British dengan
etnik-etnik Asia seperti Melayu, Cina dan India4. Satu
daripada komuniti Eurasian yang terbesar dan
signifikan di Malaysia terdapat di Melaka. Komuniti
tersebut berasaskan kepada kumpulan etnik Portugis,
justeru namanya Eurasian-Portuguese atau Eurasian
berketurunan Portugis (Daus 1989: 19)5. Bagi ahli

4
Istilah tersebut digunakan sebagai ganti kepada istilah Anglo-
Indians, iaitu mereka yang dilahirkan daripada perkahwinan campur
antara orang Eropah dengan orang berketurunan India (Koop 1960).
5
Wujud kecenderungan masyarakat umum di Malaysia untuk
menganggap istilah Eurasian sebagai sinonim dengan komuniti
Eurasian-Portugis sahaja. Ini secara tidak langsung menidakkan
kewujudan komuniti Eurasian yang diasaskan oleh keturunan Eropah
lain seperti Belanda. Golongan berautoriti seperti para pemimpin dan
cendekiawan turut berpegang kepada pandangan ini dengan
tanggapan bahawa semua orang berketurunan Belanda di Malaysia
telah berasimilasi sepenuhnya ke dalam komuniti Eurasian-Portugis
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
(De Witt 2007: 225).

17
komuniti itu sendiri, mereka lebih senang
mengidentifikasikan diri dengan nama Kristang.
Komuniti Kristang diasaskan oleh orang-orang
Portugis yang merupakan sebahagian daripada
angkatan laut di bawah naungan Alfonso de
Albuquerque yang tiba di Melaka pada tahun 1511.
Pada mulanya perkahwinan campur para pegawai
dengan wanita tempatan adalah sebagai sebahagian
daripada strategi Portugis untuk merapatkan jurang
antara mereka dengan masyarakat tempatan selain
memenuhi keperluan sumber tenaga manusia dan
makanan (Khoo dlm. Low 2003: 1). Walaupun
perkahwinan campur yang diamalkan mungkin
berpunca daripada galakan pihak kolonial, namun rasa
keterikatan terhadap Melaka telah menyebabkan
mereka memutuskan untuk menetap di situ6.
Daripada perspektif masyarakat Melayu
setempat, orang Portugis dan anak-anak mereka yang
lahir daripada perkahwinan campur ini membentuk
sebuah komuniti Peranakan yang digelar sebagai
Serani. Nama Serani adalah kependekan daripada
Nasrani atau Nazarean yang merujuk kepada agama
mereka iaitu Kristian (Fernandis 2000: 262). Ahli-ahli
komuniti sendiri lebih senang mengidentifikasikan diri
dengan nama Kristang atau Christao (De Witt 2010).
Nama tersebut berasal daripada Cristo, yakni nama
bahasa yang digunakan oleh komuniti tersebut. Nama-
nama tersebut menggambarkan pegangan agama
Kristian Katolik yang utuh di kalangan ahli komuniti itu
(Daus 1989). Kini, komuniti Kristang tertumpu di
sebuah penempatan yang dikenali sebagai Kampung

6
Hal ini telah menyebabkan mereka yang mendirikan rumah tangga
di Melaka enggan melarikan diri ke koloni Portugis di kawasan lain
setelah kuasa kolonial tersebut tewas di tangan Belanda dalam tahun
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
1641 (Fernandis 2000: 266).

18
Portugis di Melaka. Mereka berpindah ke penempatan
tersebut secara beramai-ramai setelah ia dibuka pada
tahun 1930.

CIRI-CIRI SEPUNYA PERANAKAN

Komuniti Peranakan boleh dikenal pasti melalui


sekurang-kurangnya tiga ciri sepunya. Pertama, ia
adalah komuniti lama yang terbentuk akibat
perkahwinan campur yang signifikan antara etnik
bukan tempatan dengan etnik tempatan. Penanda
kedua dan ketiga melibatkan aspek budaya di mana
ahli-ahli komuniti Peranakan bertutur dalam bahasa
Peranakan dan mengamalkan budaya Peranakan.

Perkahwinan campur secara meluas antara


kumpulan etnik bukan tempatan dengan
tempatan
Selain proses asimilasi, kemunculan Peranakan sebagai
satu kategori etnik yang tersendiri adalah berkait rapat
dengan amalan perkahwinan campur yang berlaku
secara meluas antara kumpulan etnik bukan tempatan
dengan kumpulan etnik tempatan dalam masyarakat
hos. Ini paling ketara di peringkat awal kemunculan
komuniti-komuniti Peranakan. Di Nusantara khasnya di
semenanjung Tanah Melayu, kumpulan etnik tempatan
yang terlibat lazimnya merupakan etnik Melayu yang
merupakan kumpulan etnik majoriti dalam masyarakat
tempatan. Selain orang tempatan, wanita Melayu yang
dipilih turut terdiri daripada mereka yang berasal dari
tempat-tempat lain dalam Nusantara, misalnya
Indonesia dan (selatan) Thailand. Walaupun rata-rata
daripada memilih untuk berkahwin dengan wanita
Melayu, ada sesetengah daripada mereka yang memilih
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
isteri dari kalangan etnik tempatan lain. Komuniti Cina

19
Peranakan Kelantan misalnya mengamalkan
perkahwinan campur dengan wanita dari etnik Siam,
yakni satu lagi kumpulan etnik tempatan di negeri
tersebut. Hanya segelintir daripada mereka yang
mengahwini wanita Melayu seperti mana dalam
konteks komuniti Baba-Nyonya di Melaka dan Cina
Peranakan di Terengganu. Bagi komuniti Kristang pula,
orang Portugis tidak menghadkan pemilihan pasangan
kepada kumpulan-kumpulan etnik tempatan tertentu.
Selain daripada wanita Melayu, mereka turut berkahwin
dengan wanita etnik lain yang turut merupakan ahli
masyarakat di Melaka pada masa itu seperti Hindu dan
Cina. Sesetengah daripada pengasas komuniti Chetti di
Melaka pula memilih pasangan daripada kalangan
komuniti Baba-Nyonya (Dhoraisingam 2006: 4).
Walaupun perkahwinan campur dalam kalangan
komuniti Peranakan secara relatifnya semakin
berkurangan kini, namun ia masih dapat dilihat
dipraktikkan dalam sesetengah komuniti seperti dalam
konteks Cina Peranakan Kelantan dan komuniti Chetti
(Noriah Mohamed 2009). Perkahwinan campur yang
diamalkan secara meluas sedikit-sebanyak
mempengaruhi etnisiti Peranakan daripada aspek ciri-
ciri fenotaip dan membezakan mereka secara fizikal
daripada golongan bukan Peranakan dari kumpulan
etnik yang sama.

Bahasa Peranakan sebagai bahasa ibunda


Perkahwinan campur dengan wanita tempatan khasnya
dari etnik Melayu, selain daripada hidup dikelilingi oleh
masyarakat telah menyebabkan migran etnik bukan
tempatan dan zuriat daripada hasil perkahwinan
campur mahir bertutur dalam bahasa Melayu.
Kemahiran tersebut membayangkan proses asimilasi
yang berbeza bagi setiap komuniti Peranakan. Bagi
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
20
komuniti Chetti dan Baba-Nyonya di Melaka, mereka
bertutur dalam bahasa Melayu kreol 7 yang didasarkan
kepada bahasa Melayu pasar (Noriah Mohamed 2009:
9). Ini melibatkan perkataan-perkataan bahasa Melayu
digunakan mengikut susunan atau tatabahasa bahasa
asal. Bagi komuniti Baba-Nyonya di Melaka, perkataan-
perkataan dari bahasa Tamil, Portugis, Belanda dan
Inggeris turut terkandung dalam bahasa Melayu Baba
(Lee 2008). Asimilasi yang tinggi telah menyebabkan
kedua komuniti tidak lagi bertutur dalam bahasa asal
yang mana telah digantikan dengan bahasa Melayu
Peranakan (versi masing-masing). Walau
bagaimanapun bahasa Melayu yang ditutur diperkaya
dengan perkataan-perkataan bahasa Cina yang dilihat
lebih tepat dalam menggambarkan pandang dunia,
etos, dan konsep-konsep abstrak dalam budaya Cina
(Tan 1988: 123). Sebaliknya bagi komuniti Peranakan
Jawi dan Peranakan Arab seperti di Kedah dan Pulau
Pinang, mereka bertutur dalam bahasa Melayu dialek
masyarakat tempatan yang melibatkan perkataan-
perkataan bahasa asal. Ini ketara khasnya dalam
merujuk kepada hal-hal tertentu seperti istilah
kekeluargaan atau persanakan. Dalam konteks ini,
bahasa Melayu turut menjadi bahasa pertuturan utama
komuniti-komuniti Peranakan tersebut. Keadaan yang
berbeza dilihat di kalangan komuniti Cina Peranakan
Kelantan dan Terengganu dan juga komuniti Kristang.
Mereka kekal menggunakan bahasa etnik asal sebagai
bahasa pertuturan harian di rumah. Namun bahasa

7
Menurut Noriah Mohamed (2009), kreol merujuk kepada sejenis
bahasa yang timbul akibat pertembungan dua atau lebih kumpulan
etnik yang berbeza latar belakang yang sering digunakan dalam
aktiviti ekonomi seperti di pasar. Penggunaannya adalah mantap di
mana bahasa kreol mempunyai masyarakat penuturnya yang
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
tersendiri.

21
etnik asal telah banyak mengandungi elemen bahasa
tempatan yang diterapkan. Selain perkataan,
perubahan turut dapat dilihat daripada segi struktur
tatabahasa bahasa asal yang menyamai bahasa
tempatan (Teo 2011). Bagi komuniti Cina Peranakan
Kelantan, bahasa tempatan yang terlibat bukan sahaja
bahasa Melayu Kelantan tetapi juga dialek Thai
tempatan. Pada masa yang sama, ketiga-tiga komuniti
ini fasih bertutur bahasa Melayu tempatan sehinggakan
tidak dapat dibezakan dengan penutur etnik Melayu
sendiri (Tan 1982).

Budaya Peranakan yang sinkretik


Walaupun tidak dinafikan perkahwinan campur antara
etnik bukan tempatan dengan etnik tempatan telah
menyebabkan golongan Peranakan memiliki
penampilan fizikal atau ciri-ciri fenotaip yang berbeza
daripada gambaran stereotaip kedua-dua kumpulan
etnik induk, namun penanda yang lebih diutamakan di
sini ialah aspek budaya Peranakan. Budaya Peranakan
terbentuk apabila elemen-elemen budaya tempatan
dipinjam, disesuaikan dan diterap ke dalam acuan
budaya etnik bukan tempatan melalui proses
akulturasi. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas
dalam sesetengah aspek budaya yang bersifat luaran
atau ekstrinsik seperti pakaian, makanan dan kegiatan
masa lapang.
Pemakaian pakaian seperti baju kebaya dan
kain sarung adalah sering disebut-sebut sebagai
penanda kepada budaya Peranakan. Ini sememangnya
dipraktikkan oleh komuniti-komuniti Peranakan yang
telah dibincangkan tadi kecuali wanita Peranakan Jawi
yang memakai baju kurung dan bukannya baju kebaya.
Selain daripada jenis pakaian itu sendiri, elemen
sebenar yang diakulturasi daripada budaya tempatan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
22
dalam konteks pakaian ialah nilai kesopanan
masyarakat tempatan yang diukur mengikut keperluan
menutup aurat dalam agama Islam (Pue & Shamsul
2011). Ini masih kekal diamalkan oleh komuniti-
komuniti Peranakan walaupun tidak lagi memakai
pakaian tradisional seperti baju kebaya dan kain
sarung. Sebaliknya, mereka lebih cenderung memakai
pakaian moden seperti dalam masyarakat umum
khasnya di kalangan generasi muda. Sungguhpun
begitu, mereka masih mengambil kira pakaian yang
dipakai agar tidak menjolok mata atau kurang sopan
mengikut garis kesopanan masyarakat tempatan.
Daripada segi makanan pula, banyak ramuan
dan cara memasak yang digunakan dalam masyarakat
tempatan dapat dilihat dalam masakan golongan
Peranakan. Ia membawa kepada masakan-masakan
unik bagi komuniti-komuniti Peranakan berkenaan
yang tidak terdapat dalam masakan bukan Peranakan
dalam kumpulan etnik yang sama. Sebagai contoh,
hidangan bak hong bagi komuniti Cina Peranakan
Kelantan, ayam pongteh dan itik tim bagi komuniti
Baba-Nyonya di Melaka, (Teo 2003; Lee 2008). Bagi
komuniti Chetti Melaka, masakan yang lazim ialah nasi
kacedi, nasi kemuli, sambal belimbing telur ikan, dan
sambal tahi minyak (Noriah Mohamed 2009: 7-8).
Akulturasi daripada segi makanan turut dapat dilihat
daripada makanan tempatan dihidangkan semasa
menyambut hari-hari kebesaran dalam komuniti
tersebut. Sebagai contoh, kari, dodol dan wajik
dihidangkan oleh komuniti Kristang semasa sambutan
hari Krismas (Low 2003: 26), nasi kerabu atau laksa
dalam sambutan tahun baru Cina di kalangan komuniti
Cina Peranakan Kelantan.
Kemahiran bahasa dan kesusasteraan
masyarakat tempatan yang telah didarahdagingkan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
23
oleh golongan Peranakan mempengaruhi
kecenderungan mereka untuk turut meminati aktiviti-
aktiviti seni masyarakat tempatan. Ini termasuklah
wayang bangsawan, lagu keroncong, tarian joget, dan
dondang saying yang melibatkan kemahiran berbalas
pantun dan syair yang tinggi (Tan 1988: 123-124).
Selain elemen-elemen budaya tempatan, budaya
golongan Peranakan turut mengandungi aktiviti
kesenian daripada budaya bukan tempatan yang telah
diubahsuai. Sebagai contoh, boria yang dikaitkan
dengan golongan Peranakan Jawi dikatakan berasal
daripada upacara perkabungan atau takziyah yang
berasal dari Iran (dan kemudiannya India) (Mahani
Musa 2010).
Bagi aspek-aspek budaya dalaman atau
intrinsik, akulturasi dengan budaya tempatan kurang
menyerlah di mana pegangan kepada budaya asal lebih
tegar. Ini dapat dilihat khasnya dalam aspek-aspek
yang berkait dengan agama seperti dalam adat dan
upacara perkahwinan, kelahiran dan kematian. Namun
ini tidak bermaksud aspek-aspek tersebut tidak terlibat
dalam proses asimilasi. Dalam konteks aspek-aspek ini,
penerapan elemen-elemen budaya tempatan dapat
dilihat daripada segi penggunaan hidangan yang
dimasak mengikut cara tempatan. Daripada segi
elemen dalam agama itu sendiri, elemen budaya
masyarakat tempatan dapat dilihat misalnya dalam
penyembahan Datuk Kong yang dijelmakan dalam
imej yang kemelayuan dalam agama Cina Peranakan.
Walau bagaimanapun, aspek ini lebih terserlah dalam
komuniti Cina Peranakan berbanding komuniti-komuniti
lain memandangkan agama mereka yang pegang
adalah bersifat sinkretik.

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


24
FAKTOR-FAKTOR PENGGALAK PERKAHWINAN
CAMPUR DALAM KOMUNITI PERANAKAN

Huraian ringkas di atas menyentuh tentang asal-usul


kemunculan golongan Peranakan yang berkait langsung
dengan amalan perkahwinan campur antara etnik
bukan tempatan dengan etnik tempatan, dan
seterusnya berkembang menjadi sebuah kumpulan
etnik yang tersendiri berbeza daripada kumpulan-
kumpulan etnik induk. Apa yang cuba diketengahkan di
sini ialah amalan perkahwinan campur antara etnik
bukan tempatan dengan etnik tempatan yang
seterusnya menjadi tunjang kepada kemunculan
fenomena Peranakan di Tanah Melayu. Persoalan yang
lebih khusus yang ingin dijawab di sini ialah apakah
faktor-faktor yang menggalakkan perkahwinan campur
untuk berlaku antara kumpulan-kumpulan etnik yang
berbeda (sesetengahnya dengan ketara) etnisiti? Pada
hemat penulis, terdapat tiga faktor penggalak yang
saling berkait yang dapat dikenal pasti.

Kekurangan wanita dalam kumpulan etnik yang


sama
Faktor pertama ialah nisbah jantina yang tidak
seimbang dalam sesebuah kumpulan etnik bukan
tempatan. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu di
peringkat awal adalah terdiri daripada golongan lelaki
semata-mata. Ketidakterlibatan golongan wanita dalam
migrasi antarabangsa ini berlaku atas beberapa sebab.
Salah satu sebab ketara ialah perancangan mereka
bahawa pemergian mereka ke seberang laut hanyalah
untuk sementara waktu, justeru tidak memerlukan
isteri atau anak-anak untuk dibawa bersama. Kos yang
tinggi untuk membawa mereka bersama-sama turut
dilihat sebagai faktor penghalang khasnya bagi mereka
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
25
yang terdiri daripada golongan miskin. Selain itu
cabaran perjalanan jarak panjang melalui laut dengan
menggunakan kapal sebagai mod pengangkutan utama
bagi migrasi antarabangsa memaksa individu-individu
dalam perjalanan tersebut berkongsi satu ruang fizikal
yang kecil untuk jangka masa yang lama. Justeru itu,
ia dilihat tidak sesuai bagi kumpulan-kumpulan etnik
yang budayanya menghalang pergaulan bebas antara
jantina khasnya seperti mana dalam konteks budaya
dan agama kumpulan-kumpulan etnik seperti Arab dan
India. Bagi masyarakat India yang beragama Hindu,
selain batasan adat, agama tersebut turut melarang
kaum wanita untuk menyeberangi laut (Moorthy 2009:
5). Perjalanan mengikut laluan laut turut dilihat
sebagai terlalu mencabar daripada segi fizikal untuk
kaum wanita. Ketidakterlibatan kaum wanita di
kalangan orang Portugis yang mengasas komuniti
Kristang juga adalah rentetan daripada situasi
pekerjaan yang terlibat yakni sebagai sebahagian
daripada gerombolan kuasa kolonialisme yang
menekankan aspek pentadbiran dan ketenteraan, yakni
dua pekerjaan yang tidak melibatkan kaum wanita.
Bagi orang Cina pula, selain daripada tindakan
meninggalkan negara China yang merupakan tempat
asal-usul keturunan mereka sebagai satu perlakuan
yang bertentangan dengan konsep filial piety yang kuat
dipegang dalam konfucianisme, penglibatan dalam
kegiatan maritim turut dianggap sebagai satu jenayah
yang boleh dikenakan hukuman khasnya dalam dinasti
Ming. Bagi mereka yang berkeras untuk terbabit dalam
bidang tersebut, sama ada untuk mengaut keuntungan
cepat ataupun akibat desakan hidup, terpaksa
melakukannya dalam skala kecil secara tersembunyi
untuk mengelakkan daripada ditangkap dan dihukum
sebagai penjenayah. Selain daripada penglibatan
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
26
wanita dalam kegiatan tersebut akan menyukarkan
keadaan (Wang 2000: 24), isteri dan anak-anak
ditinggalkan untuk meneruskan peranan mereka
menjaga ibu bapa atau nenek-moyang sama ada yang
masih hidup atau telah meninggal dunia menerusi
ritus-ritus penyembahan nenek-moyang yang harus
diteruskan. Akibatnya, nisbah jantina dalam kumpulan
etnik tersebut mengalami ketidakseimbangan yang
ketara. Sebagai contoh dalam tahun 1881, etnik Cina
di Melaka terdiri daripada kira-kira 15,700 orang lelaki
tetapi wanita hanya di sekitar 4,000 orang sahaja (Tan
1988: 35).

Keputusan untuk menetap secara kekal di Tanah


Melayu
Faktor kedua melibatkan pembuatan keputusan untuk
menetap di Tanah Melayu itu sendiri. Keputusan
tersebut adalah rentetan kepada realiti yang mereka
hadapi setelah berada di Tanah Melayu. Antara lain,
mereka memilih untuk menetap di Tanah Melayu akibat
faktor-faktor seperti konflik dan malapetaka yang
berterusan di samping tidak ada keluarga dan saudara-
mara di tempat asal, tidak mampu menampung
perbelanjaan untuk pulang mahupun membiayai ahli
keluarga yang sedia ada di tempat asal untuk datang
ke Tanah Melayu. Ada juga yang ingin mengelak
daripada dihukum oleh pemerintah jika pulang seperti
mana dalam konteks etnik Cina. Dalam aspek lain,
etnik bukan tempatan mengambil keputusan untuk
menetap di Tanah Melayu setelah tertarik dengan
kehidupan di sini sama ada daripada segi persekitaran
atau masyarakat. Hal ini ketara di kalangan mereka
yang menikmati kehidupan yang lebih berjaya di Tanah
Melayu, misalnya mendapat status atau kedudukan
yang tinggi lagi berpengaruh dalam masyarakat
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
27
tempatan. Ini termasuklah kedudukan seperti
Syahbandar, Kapitan, Ulamak dan lain-lain jawatan
berkepentingan dalam struktur pemerintahan pada
masa itu (Moorthy 2009; Sharifah Zaleha Syed Hassan
2005). Kehidupan yang lebih berjaya turut melibatkan
perniagaan yang berkembang pesat misalnya di
kalangan pedagang dan peniaga. Sebagai contoh,
pedagang India dikatakan berjaya mengaut
keuntungan sebanyak tiga ratus peratus semasa
melakukan transaksi perniagaan di Melaka, lalu ramai
yang memutuskan untuk menetap secara kekal di situ
(Moorthy 2009: 4). Setelah mereka memutuskan untuk
menetap secara kekal barulah mereka dapat membuat
keputusan untuk membina kehidupan baru secara lebih
menyeluruh, termasuklah dengan mendirikan
rumahtangga dan berkeluarga di sini.

Akomodasi dalam hubungan antara etnik


Faktor ketiga pula ialah akomodasi dalam interaksi
antara kumpulan-kumpulan etnik yang terlibat.
Akomodasi dalam ruang diskusi ilmiah dikatakan wujud
apabila kumpulan-kumpulan etnik dalam satu ruang
masyarakat sedar dan mengiktiraf bahawa mereka
adalah berbeza. Perbezaan tersebut dihormati dan
langkah-langkah penyesuaian dilakukan secara sedar
oleh setiap pihak untuk mengurangkan jurang
perbezaan dalam hubungan mereka demi kepentingan
bersama. Bagi kumpulan etnik bukan tempatan, ini
termasuklah dengan menguasai bahasa Melayu yang
merupakan lingua franca masyarakat Nusantara.
Bahasa tersebut khasnya dalam bentuk bahasa pasar,
turut merupakan bahasa perantaraan yang digunakan
secara meluas dalam transaksi perdagangan dan
perniagaan sama ada di pelabuhan mahupun di pasar.
Selain interaksi sesama orang bukan tempatan, mereka
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
28
tidak dapat lari daripada menggunakan bahasa
tersebut untuk berinteraksi dengan masyarakat hos
sama ada di peringkat pemerintahan ataupun dengan
masyarakat setempat dalam interaksi seharian. Selain
bahasa, etnik bukan tempatan turut mengambil kira
budaya masyarakat setempat, misalnya dengan
mematuhi sistem feudalisme yang mengangkat sultan
sebagai pemerintah mutlak sesebuah kerajaan. Ini
penting memandangkan masyarakat Melayu pada masa
itu mengutamakan konsep kesetiaan kepada sultan
lebih daripada aspek-aspek lain termasuklah perbezaan
agama. Justeru itu, mana-mana pihak yang patuh
kepada sistem tersebut diterima oleh masyarakat
tempatan dengan lebih baik.
Akomodasi turut melibatkan pihak lain yakni
masyarakat hos, dan dalam konteks ini khusus
merujuk kepada etnik Melayu sebagai kumpulan etnik
majoriti di Tanah Melayu. Mereka peka terhadap
keperluan dan keunikan setiap kumpulan etnik yang
datang ke Tanah Melayu. Bagi golongan pedagang dan
peniaga misalnya, pihak pemerintah masyarakat hos
menyediakan ruang dan kemudahan yang disediakan
bagi kemudahan aktiviti perdagangan mereka,
misalnya dengan membina Kampung Keling sebagai
pusat perdagangan dan penempatan para pedagang
dari India di Melaka. Jawatan-jawatan yang menjaga
kebajikan dan keperluan setiap kumpulan etnik bukan
tempatan dibentuk dan diintegrasikan ke dalam
struktur pemerintahan masyarakat tempatan misalnya
Kapitan dan Shahbandar yang diintegrasikan ke dalam
struktur pemerintahan masyarakat tempatan. Orang
Arab pula memainkan pengaruh penting daripada segi
pembangunan agama Islam dalam masyarakat
tempatan. Ini termasuklah orang Arab yang dilantik
sebagai guru agama kepada Sultan atau Mufti negeri
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
29
untuk mengurus urusan keagamaan di peringkat
tertinggi kerajaan negeri (Redzwan Othman 2011).
Selain golongan Arab, orang India Muslim turut
memberi sumbangan besar dalam melahirkan institusi
pengajian dan pengajaran agama Islam selain
membina masjid dalam masyarakat tempatan seperti
mana yang berlaku dalam sejarah Peranakan Jawi
(Sharifah Zaleha Syed Hassan 2005: 52; Nik Haslinda
Nik Hussain 2010a). Malah, keunikan dan perbezaan
budaya etnik bukan tempatan diakui dan malah
diraikan oleh masyarakat hos. Ini dapat dilihat
misalnya melalui pesta atau majlis keraian diraja yang
meraikan orang-orang Cina oleh masyarakat Melayu
Kelantan dalam penghujung abad ke-18 seperti mana
yang dicatatkan dalam rekod Hai-lu (Hai Lu Chu).
Dalam tempoh berlangsungnya pesta-pesta sebegini,
masyarakat tempatan bebas bercampur-gaul dengan
orang-orang Cina (Tweedie 1953).
Rentetan daripada hubungan antara etnik yang
harmoni dan intensif dalam jangka panjang, timbul
rasa keterbukaan dan penerimaan perbezaan dan
keunikan kumpulan-kumpulan etnik bukan tempatan
dengan etnik tempatan. Ini menyebabkan perkahwinan
campur antara mereka dapat berlaku secara meluas
walaupun antara mereka yang berlainan agama dan
budaya. Ini berlaku sehinggalah pegangan masyarakat
tempatan terhadap agama, khasnya agama Islam
menjadi semakin utuh dalam abad ke sembilan belas
(Tan 1988: 38). Keadaan ini menyebabkan
perkahwinan campur seterusnya akhirnya hanya
dibenarkan dengan etnik bukan tempatan yang
memeluk agama yang sama seperti orang
berketurunan Arab atau India Muslim. Selain dengan
orang Melayu, perkahwinan campur turut berlaku
dengan etnik tempatan lain seperti Orang Asli dan etnik
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
30
Thai. Amalan perkahwinan campur antara etnik
sebegini ketara berlaku di peringkat awal pembentukan
komuniti-komuniti Peranakan di Nusantara sehinggalah
komuniti tersebut mempunyai bilangan ahli-ahli yang
cukup banyak untuk membolehkan mereka
mengamalkan endogami, yakni berkahwin dengan
pasangan daripada kumpulan etnik yang sama.
Sehingga hari ini, perkahwinan campur di kalangan
komuniti Peranakan masih lagi berlaku walaupun tidak
sekerap dahulu.

PENERIMAAN MASYARAKAT TEMPATAN


TERHADAP KOMUNITI PERANAKAN

Tempoh masa kedatangan yang lebih lama, saiz


populasi yang lebih kecil di samping pengaruh
biologikal dan budaya masyarakat tempatan yang
tinggi dalam etnisiti golongan Peranakan telah
menyebabkan golongan tersebut mendapat reaksi yang
berbeza daripada golongan masyarakat tempatan
berbanding dengan reaksi yang diberikan kepada etnik
bukan tempatan yang tiba dalam skala besar di Tanah
Melayu dalam era kolonialisme British dalam abad ke-
19. Reaksi yang dimaksudkan dapat dilihat daripada
segi isbat sosial yang dapat dibahagikan kepada isbat
sosial positif dan negatif (Pue 2009). Isbat sosial positif
melibatkan perlakuan mengiyakan aspek-aspek
tertentu seseorang pelaku sosial yang dianggap
memenuhi norma sosial sesebuah masyarakat. Isbat
sosial negatif pula terdiri daripada perbuatan yang
menghukum aspek-aspek tertentu seseorang pelaku
sosial yang dilihat sebagai devian atau menyimpang
dari norma sosial masyarakat. Kedua-dua dimensi isbat
sosial boleh berlaku di peringkat berautoriti mahupun
dalam kehidupan seharian. Menariknya, setiap komuniti
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
31
Peranakan didapati berhadapan dengan isbat sosial
yang pelbagai lagi berbeza.

Isbat sosial positif


Dalam realiti sosial berautoriti, satu contoh isbat sosial
positif yang paling signifikan diberikan kepada
kumpulan Peranakan ialah mereka diberi kedudukan
istimewa di sisi undang-undang. Status peribumi
diberikan kepada orang Kristang (Sarkissian 1997).
Lebih daripada itu, Peranakan Jawi bukan sahaja
mendapat status peribumi tetapi juga telah dianggap
sebagai sebahagian daripada masyarakat Melayu, yakni
kumpulan etnik majoriti di negara ini. Sebagai contoh,
Peranakan Jawi tidak lagi dijadikan sebagai kategori
etnik tersendiri di Pulau Pinang sejak tahun 1911 dan
sebaliknya dirangkum bersama ke dalam kategori etnik
Melayu (Fujimoto 1988: 162). Menariknya, Cina
Peranakan dan India Peranakan (Chetti Melaka),
biarpun telah lama wujud dan mengalami asimilasi
yang tinggi dengan masyarakat tempatan, tidak
berstatus Bumiputera. Namun, kedua-dua kumpulan
tersebut diiktiraf kedudukan mereka yang unik di
peringkat negeri masing-masing. Cina Peranakan
Kelantan misalnya, dianggap sebagai anak Kelantan8
dalam undang-undang negeri tersebut. Justeru itu,
mereka adalah salah satu golongan bukan Melayu yang
dapat memiliki tanah di Kelantan termasuklah di
kawasan rizab Melayu9. Malangnya, komuniti Baba-

8
Istilah anak Kelantan dalam Enakmen Tanah Kelantan 1938
merujuk kepada mana-mana orang daripada bangsa apapun yang
telah dilahirkan di Kelantan dan bapanya (daripada apa-apa bangsa)
yang juga dilahirkan di Kelantan (Nik Haslinda Nik Hussain 2010b:
42).
9
Tanah tersebut diwarisi Cina Peranakan Kelantan dari generasi-
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
generasi sebelumnya yang merupakan peneroka asal kawasan

32
Nyonya dan Chetti di Melaka tidak mempunyai
sebarang kedudukan istimewa daripada segi undang-
undang walaupun diiktiraf sebagai komuniti-komuniti
yang unik yang merupakan warisan dari sejarah
lampau di negeri berkenaan.
Satu lagi contoh isbat sosial positif yang
diberikan oleh orang Melayu sebagai kumpulan etnik
majoriti dalam masyarakat kepada golongan Peranakan
ialah kepercayaan dan penerimaan yang lebih tinggi
berbanding dengan golongan bukan Peranakan (Teo
2003). Peranakan Jawi yang mempunyai kedudukan
yang sama dengan masyarakat Melayu tempatan
misalnya, diserap ke dalam struktur pemerintahan di
peringkat tinggi dan menjawat jawatan-jawatan
berkepentingan dalam kerajaan. Antara lain tokoh-
tokoh terkemuka tanah air kini yang merupakan
Peranakan Jawi termasuklah Tun Dr. Mahathir
Mohamad, Dato Profesor Ishak Tambi Kecik, Dato Seri
Abdul Rahman Maidin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil (Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz 2010: x-xi).
Penerimaan sebegini dilihat sebagai satu isbat sosial
yang sangat positif lebih-lebih lagi di kalangan
masyarakat Melayu yang tinggi semangat
komunalismenya. Menurut Teo (2003), semangat
komunalisme dalam kalangan masyarakat Melayu
Kelantan menyebabkan mereka cenderung berasa
sangsi dan was-was terhadap orang luar sama ada dari
etnik lain ataupun etnik Melayu sendiri. Ini tergambar

tersebut. Kebanyakan tanah tersebut diteroka atau dibuka sebelum


tahun 1930, yakni tahun penguatkuasaan Enakmen Rizab Melayu
Kelantan 1930. Mengambil kira hal ini, Cina Peranakan Kelantan
telah diberikan keistimewaan untuk kekal memiliki tanah tersebut
biarpun kawasan itu telah diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu
seperti mana yang termaktub dalam Perkara 13A(iii) Enakmen Rizab
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
Melayu Kelantan 1930 (cf. Nik Haslinda Nik Hussain 2010b).

33
dalam cara interaksi mereka yang dikatakan endah
tidak endah ataupun sekadar interaksi formal. Ini
berbeza dengan cara mereka berinteraksi dengan Cina
Peranakan Kelantan yang jelas menunjukkan
kemesraan, keterbukaan dan ramah (Teo 2003: 191).
Cina Peranakan Kelantan turut dibezakan dengan etnik
Cina lain di mana mereka digelarkan oleh masyarakat
Melayu Kelantan sebagai Cina kita dan Cina sini.
Golongan Peranakan juga kerap diberikan pujian
sebagai satu bentuk isbat sosial positif daripada
masyarakat Melayu. Lazimnya, pujian tersebut
diberikan kerana kagum terhadap Peranakan yang
memiliki kelancaran bertutur bahasa Melayu,
penampilan dan gerak-geri yang mematuhi budi
bahasa masyarakat Melayu. Kaum wanita Peranakan
lebih kerap mendapat pujian daripada kaum lelaki
kerana persamaan mereka dengan masyarakat Melayu
lebih terserlah melalui pemakaian, misalnya baju
kurung atau baju kebaya yang dikaitkan sebagai
elemen budaya Melayu tetapi sering dipakai untuk
urusan kerja (Pue 2009). Semasa berada di rumah
pula, mereka tidak kekok untuk berkain sarung. Pujian
turut diberikan kepada golongan Peranakan yang
dilihat mempunyai pemahaman dan kesedaran yang
tinggi berbanding dengan bukan Peranakan terhadap
budaya masyarakat Melayu, termasuklah daripada segi
agama Islam.

Isbat sosial negatif


Selain daripada isbat positif, tidak dinafikan terdapat
isbat sosial negatif yang dikenakan terhadap golongan
Peranakan oleh masyarakat. Masyarakat dalam konteks
ini terdiri daripada tiga pihak. Pihak pertama ialah
dalam hubungan golongan Peranakan dengan bukan
Peranakan yang merupakan golongan arus perdana
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
34
dalam kategori etnik yang sama. Hubungan ini lazim
berhadapan dengan masalah komunikasi tergendala
atau salah faham akibat daripada perbezaan daripada
segi bahasa dan elemen-elemen budaya walaupun
kedua-dua pihak berkongsi asal rumpun etnik yang
sama (Pue 2009). Daripada segi bahasa, masalah
timbul dalam komunikasi intra-etnik memandangkan
golongan Peranakan tidak fasih atau tidak lagi bertutur
dalam bahasa ibunda etnik tersebut, misalnya bahasa
Tamil dalam konteks Chetti Melaka dengan etnik India,
dan bahasa Mandarin bagi Cina Peranakan dengan
etnik Cina (Yap 1989: 68; Tan 1988). Bagi golongan
Peranakan yang masih bertutur bahasa ibunda seperti
Cina Peranakan Kelantan, dialek Hokkien yang mereka
gunakan telah mengalami akulturasi dengan elemen
bahasa tempatan dengan ketara sehinggakan ia sukar
difahami oleh penutur dialek Hokkien yang bukan
Peranakan (Tan 1982). Hal yang sama juga dilihat
dialami golongan Peranakan dalam aspek budaya.
Akibat daripada asimilasi yang tinggi dengan budaya
masyarakat tempatan, golongan Peranakan turut
mengamalkan nilai-nilai yang berbeza dengan bukan
Peranakan. Masalah ini menyebabkan golongan
Peranakan dipandang rendah oleh golongan bukan
Peranakan yang melihat golongan tersebut sebagai
tidak tulen, separuh Melayu dan sebagainya. Justeru
itu, stereotaip tentang etnik tempatan turut dikenakan
ke atas golongan Peranakan. Sebagai contoh, komuniti
Baba dan Nyonya Melaka dikatakan malas dan lesu
berbanding daripada bukan Peranakan kesan daripada
kacukan keturunan dengan orang Melayu (Tan 1988:
105). Masalah ini lebih ketara dalam konteks hubungan
intra-etnik berbanding dengan antara etnik yang lebih
menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
yang diajar menerusi sistem pendidikan rasmi. Pada
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
35
masa yang sama, golongan Peranakan melihat mereka
sendiri berbeza dengan bukan Peranakan. Komuniti
Chetti Melaka misalnya menganggap diri mereka
sebagai bukan orang India tetapi satu komuniti
warisan yang mempunyai lebih banyak persamaan
dengan komuniti warisan lain seperti Baba-Nyonya di
Melaka (Moorthy 2009: 13).
Pihak kedua ialah orang Melayu sebagai
kumpulan etnik majoriti dalam masyarakat di Malaysia.
Perbezaan masih dikatakan wujud antara mereka
sebagai Melayu tulen dengan Peranakan Jawi atau
Peranakan Arab yang dilihat sebagai bukan Melayu
tulen. Sebagai contoh, Azmi Iskandar Merican (2010)
mengatakan bahawa Peranakan India Muslim yang
merupakan sebahagian daripada Peranakan Jawi
cenderung dikatakan tegas dan suka berterus-terang
walaupun boleh menyinggung perasaan orang lain
sehingga disalah anggap sebagai sombong. Pegangan
nilai ini berbeza dengan orang Melayu yang dikatakan
lebih mengutamakan air muka, justeru cenderung
bercakap secara berlapik. Sesetengah ahli dalam
golongan Peranakan dikatakan sengaja menyerlahkan
identiti mengikut nasab kebapaan bagi kepentingan-
kepentingan tertentu. Ini dapat dilihat misalnya dalam
konteks identiti India Muslim dalam kalangan
Peranakan India Muslim untuk menjaga hubungan
perniagaan di India (Khoo Salma Nasution dlm. Abdul
Razak Mohaideen & Norman Yusoff 2010: 131).
Peranakan keturunan Arab turut cenderung
mengamalkan kehidupan komunal dan terlibat secara
aktif dalam persatuan-persatuan Arab yang bersifat
eksklusif selain daripada mengekalkan jaringan sosial
dengan saudara-mara yang masih berada di tanah
Arab (Sharifah Zaleha Syed Hassan 2005: 40).

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


36
Kedua-dua isbat sosial negatif yang disebutkan
di atas lebih cenderung dikenakan ke atas golongan
Peranakan oleh masyarakat umum yang tidak
menyedari atau mengiktiraf identiti Peranakan individu
yang dilihat (Pue 2009). Ini membawa kepada isbat-
isbat sosial negatif lain seperti persendaan dan
pandangan serong. Persendaan merujuk kepada
perlakuan lisan yang dilakukan secara sengaja.
Walaupun tidak bermaksud untuk menimbulkan konflik
dalam interaksi, persendaan lazim dilakukan terhadap
golongan Peranakan untuk menyatakan secara tidak
langsung bahawa mereka berbeda daripada bukan
Peranakan yang dianggap sebagai golongan arus
perdana dalam sesebuah kumpulan etnik. Keadaan ini
cenderung berlaku apabila Peranakan menampilkan
penanda identiti yang dikaitkan dengan identiti etnik
lain, misalnya pemakaian baju kurung tanpa tudung
atau tidak menjawab salam apabila disapa oleh orang
Melayu (Pue 2009), proses jual-beli barangan yang
dianggap haram dalam agama Islam seperti daging
babi dalam bahasa Melayu (Tan 1988: 213). Walaupun
persendaan dan pandangan serong sebegini boleh
menjadikan suatu hal yang menjengkelkan atau kurang
senang bagi golongan Peranakan, namun ia boleh
membawa kepada masalah yang lebih menyulitkan
keadaan yakni melalui pengenaan isbat negatif secara
formal akibat daripada salah identiti (mistaken
identity). Salah satu contoh ialah tindakan menyoal,
memeriksa dan malah menangkap golongan Peranakan
yang makan pada waktu siang dalam bulan Ramadhan
oleh pihak penguasa kerana disalah anggap sebagai
orang Melayu yang beragama Islam yang tidak
berpuasa. Antara lain, hal ini telah disentuh oleh Mohd.
Ghazali Abdullah (2003), Pue (2009) dan Pue &

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


37
Charanjit (2014) dalam membincangkan mengenai
komuniti Cina Peranakan di Kelantan.

RUMUSAN

Berbeza daripada tanggapan umum, perkahwinan


campur bukanlah suatu amalan baru dan hanya
mendatangkan masalah dalam masyarakat
kontemporari di Malaysia. Sebaliknya, amalan
perkahwinan campur antara etnik telah berlaku sejak
beratus-ratus tahun dahulu dan merupakan sebahagian
daripada asam-garam kehidupan dalam masyarakat
plural. Ini terbukti melalui fenomena Peranakan di
Nusantara khasnya di semenanjung Tanah Melayu.
Fenomena tersebut muncul hasil daripada asimilasi
etnik bukan tempatan dengan etnik tempatan yang
berlaku secara kuat setelah dimangkinkan oleh
perkahwinan campur yang diamalkan secara meluas
antara kumpulan-kumpulan etnik yang terlibat.
Perkahwinan campur antara etnik bukan tempatan
dengan etnik tempatan didapati berlaku dengan ketara
apabila hubungan antara etnik dalam keadaan yang
akomodatif atau saling bertolak-ansur. Mungkinkah ini
disebabkan oleh kedudukan lokasi geografi Nusantara
yang strategik dalam laluan maritim telah
menyebabkan mereka melihat kedatangan, lawatan
atau pemastautinan golongan-golongan bukan
tempatan daripada pelbagai latar belakang, asal dan
budaya sebagai perkara biasa? Hanya setelah keadaan
dalam masyarakat berubah barulah kadar perkahwinan
campur antara etnik bukan tempatan dengan etnik
tempatan semakin berkurangan. Dua perubahan utama
dalam masyarakat yang dimaksudkan ialah
pertamanya daripada segi pegangan masyarakat
tempatan terhadap agama Islam yang bertambah
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
38
utuh; dan kedua, pengurangan jurang nisbah jantina
dalam kumpulan etnik bukan tempatan. Walau
bagaimanapun ini tidak bermaksud perkahwinan
campur tidak langsung berlaku selepas itu. Ia masih
berlaku terutamanya dengan etnik bukan tempatan
yang memeluk agama yang sama sahaja misalnya
dalam konteks orang Arab atau India Muslim.
Perkahwinan campur juga masih berlaku sesama
kumpulan etnik bukan Islam walaupun dalam jumlah
yang lebih kecil, misalnya yang dapat dilihat dalam
konteks Cina Peranakan Kelantan yang berkahwin
dengan etnik Thai dan Chetti Melaka yang berkahwin
dengan Baba-Nyonya Melaka.
Amalan perkahwinan campur dalam konteks
fenomena Peranakan dilihat mendatangkan kesan
positif dalam pembangunan negara bangsa. Amalan
perkahwinan campur antara etnik telah menyebabkan
golongan Peranakan mempunyai etnisiti yang berbeza
daripada etnisiti-etnisiti yang dikaitkan dengan
kumpulan etnik sebelah ibu mahupun bapa. Keadaan
ini etnisiti Peranakan dan etnisiti masyarakat tempatan
khasnya Melayu didapati mempunyai banyak
persamaan antara satu sama lain. Perkongsian elemen
budaya yang sama menyebabkan hubungan antara
mereka dengan etnik tempatan lebih terbuka dan
mesra, di samping saling memahami antara satu sama
lain. Bagi masyarakat Melayu, penampilan yang
secocok dengan budaya tempatan turut menyebabkan
golongan Peranakan lebih mudah diterima berbanding
dengan kumpulan etnik bukan tempatan yang bukan
merupakan Peranakan. Pemberian status istimewa
kepada komuniti Peranakan, misalnya status
bumiputera bagi Peranakan Jawi, Peranakan Arab dan
Kristang, dan anak Kelantan bagi Cina Peranakan
Kelantan menunjukkan ada usaha di peringkat
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
39
berautoriti untuk membezakan antara Peranakan
dengan bukan Peranakan daripada segi latar belakang
sejarah dan amalan budaya dengan memberi
pengiktirafan dari segi undang-undang bahawa mereka
dianggap sebagai golongan pribumi di Malaysia.
Walau bagaimanapun, perbezaan daripada segi
status undang-undang bukanlah suatu master status
yang diambil kira dalam interaksi antara etnik dalam
masyarakat sehari-hari di Malaysia. Apa yang sering
dijadikan paksi rujukan dalam interaksi seharian,
justeru dilihat lebih penting, ialah identiti etnik. Dalam
kehidupan seharian khasnya di Semenanjung Malaysia,
cara identifikasi yang dominan ialah mengikut tiga
kategori etnik utama yakni Melayu, Cina dan India
yang setiap satunya mempunyai stereotaip identiti
etnik yang tersendiri. Cara identifikasi sebegini
diaplikasikan sekaligus dengan salah anggapan yang
popular mengenai hegemoni Melayu-Islam, yakni
seseorang yang penampilannya kemelayuan
menunjukkan beliau adalah seorang Melayu; dan jika
Melayu, beliau semestinya adalah seorang beragama
Islam. Dalam keadaan ini, golongan Peranakan
dikenakan isbat-isbat sosial yang negatif oleh
masyarakat kerana menampilkan identiti Peranakan
yang tidak secocok dengan stereotaip identiti etnik
yang dikaitkan dengan mana-mana kategori etnik.
Dengan kata lain, identiti dan status sebagai Peranakan
masih lagi tidak mendapat tempat dalam masyarakat
khasnya dalam realiti sosial seharian. Kesannya,
golongan Peranakan tersisih daripada golongan bukan
Peranakan yang merupakan golongan arus perdana
dalam masyarakat. Kewujudan golongan Peranakan,
seperti juga kumpulan-kumpulan etnik minoriti lain,
tidak disedari dalam masyarakat umum menyebabkan
setiap kategori etnik dianggap sebagai terdiri daripada
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
40
satu kumpulan etnik yang homogenus sahaja (Pue &
Charanjit 2014). Bagaikan satu kitaran ganas (vicious
cycle), kealpaan sebegini menyebabkan perkahwinan
campur antara etnik dilihat sebagai tidak wujud,
justeru bukan sebahagian daripada resam hidup
bermasyarakat yang diterima secara terbuka.
Sebagai kesimpulan, isu mengenai perkahwinan
campur antara etnik bukanlah disebabkan oleh masalah
dalam institusi perkahwinan itu sendiri. Apa yang
menyebabkan fenomena perkahwinan campur dilihat
sebagai satu isu bermasalah di Malaysia sebenarnya
berakar-umbi daripada isu pengkategorian masyarakat
mengikut garis etnisiti yang terlalu sempit dan
superfisial sehingga menidakkan kewujudan interaksi
antara etnik yang subur dan dinamik dalam realiti
kehidupan sebenar. Akibat daripada kegagalan untuk
menyedari hakikat tersebut, isu perkahwinan campur
dikambinghitamkan sehingga menyebabkan golongan
yang terbabit dalam perkahwinan campur, termasuklah
golongan Peranakan, menjadi golongan terpinggir di
tanah tempat tumpah darah mereka sendiri.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Tang. 2005. Arab Hadramis in Malaysia:


a study of their origins and their assimilation in
the Malay society. Kertas kerja dibentangkan di
Persidangan Yemeni-Hadramis in Southeast
Asia: identity maintenance or assimilation?, 26-
28 Ogos, Kuala Lumpur.
Abdul Razak Mohaideen & Norman Yusoff. 2010.
Pemaparan masyarakat Jawi Peranakan dalam
filem-filem komedi arahan A. Razak Mohaideen.
Dlm. Jawi Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi
sebuah identiti, disunting oleh Omar Yusoff &
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
41
Jamaluddin Aziz, 129-150. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Jelani Halimi. 2011. Hubungan awal Arab-
Nusantara (abad pertama abad ke-15). Kertas
kerja dibentangkan di Seminar Diaspora Arab
Nusantara: Peranan dan Sumbangan, 5-7 Mac,
Alor Setar, Kedah.
Azmi Iskandar Merican. 2010. Keluarga Merican:
keturunan Melayu berdarah campuran. Dlm.
Jawi Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi
sebuah identiti, disunting oleh Omar Yusoff &
Jamaluddin Aziz, 28-37. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Daus, R. 1989. Portuguese Eurasian communities in
Southeast Asia. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
De Witt, D. 2010. Enemies, friends, and relations:
Portuguese-Eurasians during Malaccas Dutch
era and beyond. Kertas kerja dibentangkan di
Persidangan Portuguese and Luso-Asian
Legacies in Southeast Asia, 1511-2011, 28-30
September, Melaka.
Dhoraisingam, S. 2006. Peranakan Indians of
Singapore and Melaka: Indian babas and
nyonyas Chitty Melaka. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Fernandis, G. 2000. Papia, relijang e tradisang: the
Portuguese Eurasians in Malaysia: Bumiquest, a
search for self identity. Lusotopie 2000: 261-
269.
Fujimoto, H. 1988. The South Indian Muslim
community and the evolution of the Jawi
Peranakan in Penang up to 1948. Tokyo: ILCCA
Tokyo Gaikokugo Daigaku.

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


42
Gill, S.K. & Gopal, N.D. 2010. Understanding Indian
religious practice in Malaysia. Journal of Social
Sciences 25(1-2-3): 135-146.
Gordon, M.M. 1964. Assimilation in American Life: the
role of race, religion and national origins. New
York: Oxford University Press.
Jones, G.W., Chee Heng Leng & Maznah Mohamad.
Sunt. 2009. Muslim-non-Muslim marriage:
political and cultural contestations in Southeast
Asia. Singapura: ISEAS.
Kong, See Hoh. 2011. Rejected because of mixed
parentage. The Sun, 22 September.
Koop, J.C. 1960. The Eurasian population in Burma.
New Haven: Yale University.
Lee, Su Kim. 2008. The Peranakan Baba Nyonya
culture: resurgence or disappearance? Sari 26:
161-170.
Low, S.S.W. 2003. Kampung Portugis: satu cabaran
budaya. Latihan ilmiah, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahani Musa. 2010. Jawi Peranakan dan boria. Dlm.
Jawi Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi
sebuah identiti, disunting oleh Omar Yusoff &
Jamaluddin Aziz, 115-128. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Mohd. Ghazali Abdullah. 2003. Keunikan budaya
Kelantan dalam perpaduan kaum Cina, Melayu
dan Siam dari perspektif bahasa dan budaya.
Dlm. Peradaban Melayu Timur Laut, disunting
oleh A. Aziz Deraman, 76-89. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Moorthy, R. 2009. The evolution of the Chitty of
Melaka. Jebat 36: 1-15.
Nathan, A. 2015. The Chindian dilemma. Malaysiakini,
18 Mac.
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
43
Nik Haslinda Nik Hussain. 2010a. Jawi Peranakan dan
tanah wakaf dalam pembangunan Melayu Pulau
Pinang kurun ke-20. Dlm. Jawi Peranakan di
Pulau Pinang: ekspresi sebuah identiti, disunting
oleh Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz, 11-27.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nik Haslinda Nik Hussain. 2010b. Enakmen Tanah
Rizab Melayu Kelantan dan pemilikan tanah,
1930-40. Kemanusiaan 17: 37-64.
Noriah Mohamed. 2009. Bahasa Melayu kreol Chetti
Melaka: deskripsi leksiko-fonologi. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Noriah Mohamed. 2010. Bahasa pertuturan Jawi
Peranakan di Pulau Pinang: satu tinjauan. Dlm.
Jawi Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi
sebuah identiti, disunting oleh Omar Yusoff &
Jamaluddin Aziz, 38-56. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz. Sunt. 2010. Jawi
Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi sebuah
identiti. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Omar Yusoff. 2010. Sejarah pembentukan Jawi
Peranakan Pulau Pinang. Dlm. Jawi Peranakan di
Pulau Pinang: ekspresi sebuah identiti, disunting
oleh Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz, hlm. 1-10.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Pue, Giok Hun. 2009. On being Peranakan Chinese of
Kelantan: embodiment and mistaken ethnic
identity. Kertas kerja dibentangkan di 2009
Southeast Asia Psychology Conference, 10 Julai,
Kota Kinabalu, Sabah.
Pue, Giok Hun. & Shamsul A.B. 2011. Discourse on
Peranakanness with focus on the Peranakan
Chinese community in contemporary Kelantan,
Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue
44
Malaysia. International Proceedings of
Economics Development and Research Vol. 20:
Humanities, Society and Culture, 241-245.
Singapore: IACSIT Press.
Pue, Giok Hun. 2012. Peranakan sebagai fenomena
sosial dengan tumpuan kepada komuniti Cina
Peranakan di Kelantan. Tesis Doktor Falsafah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pue, Giok Hun & Nidzam Sulaiman. 2013. "Choose
one!": challenges of inter-ethnic marriages in
Malaysia. Asian Social Science 9(17): 269-278.
Pue, Giok Hun & Charanjit Kaur. 2014. Identiti etnik
minoriti di Malaysia: antara realiti sosial tafsiran
autoriti dan tafsiran harian. Akademika
84(1&2): 57-70.
Redzwan Othman. 2011. Sumbangan orang Arab dalam
bidang agama di Malaysia. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Diaspora Arab
Nusantara: peranan dan sumbangan, 7 Mac,
Kedah.
Sarkissian, M. 1997. Cultural chameleons: Portuguese
Eurasian strategies for survival in post-colonial
Malaysia. Journal of Southeast Asian Studies
28(2): 249-262.
Sharifah Zaleha Syed Hassan. 2005. History and the
indigenization of the Arabs in Kedah, Malaysia.
Kertas kerja dibentangkan di Persidangan
Yemeni-Hadramis in Southeast Asia: identity
maintenance or assimilation?, 26-28 Ogos,
Kuala Lumpur.
Sohaimi Abdul Aziz. 2010. Muhamed Yusoff Sultan
Mydin: reformis, sasterawan dan penterjemah.
Dlm. Jawi Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi
sebuah identiti, disunting oleh Omar Yusoff &

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


45
Jamaluddin Aziz, 71-84. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Tan Yao Sua. 2011. Akulturasi Peranakan Cina di Tirok,
Terengganu. Jurnal Terjemahan Alam &
Tamadun Melayu 2(2): 151-162.
Tan Chee-Beng. 1982. Peranakan Chinese in northeast
Kelantan with special reference to Chinese
religion. Journal of Malaysian Branch of Royal
Asiatic Society (JMBRAS) 55: 26-52.
Tan Chee-Beng. 1988. The Baba of Melaka: culture and
identity of a Chinese Peranakan community in
Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Tan Chee-Beng. 2002. Chinese minority in a Malay
state: the case of Terengganu in Malaysia.
Singapore: Times Media Private Limited.
Teo Kok Seong. 2003. The Peranakan Chinese of
Kelantan: a study of the culture, language and
communication of an assimilated group in
Malaysia. London: Asean Academic Press.
Teo Kok Seong. 2011. Sejarah dan sosiobudaya
fenomena Peranakan Malaysia dalam konteks
gagasan 1Malaysia. Jurnal Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) 2:
169-179.
Tweedie, M.W.F. 1953. An early Chinese account of
Kelantan. Journal of Malaysian Branch of Royal
Asiatic Society (JMBRAS) 26(1): 216-219.
Wang, Gungwu. 1960. An early Chinese visitor to
Kelantan. Malaya in History 6(1): 31-35.
Wee, K.H. 1987. Kelantan and the Chinese
Kelantanese. Dlm. Kelantan zaman awal: kajian
arkeologi dan sejarah, disunting oleh Nik Hassan
Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, 216-228. Kota
Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


46
Yap Eng Moi. 1989. Komuniti Ceti Melaka: satu
pengenalan. Jurnal Antropologi dan Sosiologi
17: 55-72.
Zulkifli Jalil. 2010. Waspada kahwin campur. Utusan
Malaysia, 26 Februari.

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


47
About KITA
The Institute of Ethnic Studies (KITA) was officially
established on 8 October 2007 by Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) to undertake academic research on subjects
pertaining to ethnic studies in Malaysia. This research
institute is only one of its kind in Malaysia, focusing
specifically on ethnic studies with thematic studies
orientation. The Institute emerged out of the need to
maintain at home the present peaceful inter- and intra-ethnic
existence against worldwide problematic, and sometimes
violent ethnic situations.

Organisationally, KITA has five research clusters, each being


led by a prominent scholar or a highly experienced
professional person. The five research clusters are: Social
Theory and Ethnic Studies; Ethnicity and Religion; Ethnicity
at Workplace; Ethnicity and Consumerism; and The Arts and
Social Integration. KITAs postgraduate program (PhD and
Masters) was launched in December 2009.

Mengenai KITA
Institut Kajian Etnik (KITA) ditubuhkan secara rasmi oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2007. KITA
merupakan satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia
yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada segala kajian
berkaitan dengan etnik dan etnisiti.

Dari segi organisasi, KITA mempunyai lima rumpun


penyelidikan. Setiap satu rumpun diketuai oleh seorang
sarjana atau ahli profesional yang mempunyai rekod prestasi
cemerlang. Lima rumpun penyelidikan berkenaan adalah:
Teori Sosial dan Kajian Etnik; Etnisiti dan Agama; Etnisiti di
Tempat Kerja; Etnisiti dan Konsumerisme; dan Kesenian dan
Integrasi Sosial. Mulai Disember 2009, KITA menawarkan
program siswazah (PhD dan Sarjana).

Downloaded from https://ukm.academia.edu/GiokhunPue


48

You might also like