You are on page 1of 6

PENGARUH SIKAP DAN PERSEKITARAN TERHADAP TINGKAH LAKU PONTENG

SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH PENAMPANG

Latar Belakang Kajian

Ponteng merupakan tingkah laku hasil daripada profil pelajar itu sendiri dan
pengaruh persekitaranya. Perlanggaran salah laku ponteng sekolah adalah
merupakan kes yang sentiasa berlaku di semua sekolah. Ini menjadi masalah besar
kepada semua pihak terutamanya kepada kementerian Pendidikan Malaysia dan
warga pendidik. Pelajar yang ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran dan juga
pencapaiannya dalam pelajaran akan terjejas. Ini membawa kesan buruk kepada
negera dan menjejaskan kecemerlangan generasi akan datang. Menurut How Lee
Chin (2007),pelajar yang ponteng sekolah biasanya memberi contoh yang buruk di
sekolah. Mereka rasa benci terhadap sekolah dan tidak menghiraukan arahan guru,
Mereka bertindak melanggar peraturan sekolah, selalu tidak membuat kerja sekolah
dan merosakkan harta benda sekolah. Ini menimbulkan kerisauan kepada guru dan
pentadbir sekolah. Oleh itu displin sekolah akan merosot dan lebih ramai pelajar
mengikut contoh yang buruk ini.

Rekod Kementerian Pelajaran (2007) menunjukkan 21,060 pelajar (0.39


peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada
tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok,
tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling
banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun 2007 dan
19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Statistik kementerian mengenai salah laku
disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua
peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata
0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah
berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap isu ini merupakan
perkara yang perlu ditangani secara serius.

Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan kes-kes


perlanggaran displin yang lain di semua peringkat sekolah. Isu ponteng yang terbaru
ialah pada 25 September 2008, dikeluarkan kenyataan bahawa masalah ponteng
murid menurun pada kadar purata 2.03 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2003
melibatkan 5.4 juta murid seluruh negara. Mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk
Razali Ismail berkata, penurunan itu berjaya dicapai selepas kementerian
melaksanakan beberapa program untuk menangani masalah disiplin terutamanya
masalah ponteng. Berdasarkan statistik, kes salah laku murid menurun dari setahun
ke setahun. Sebanyak 1.53 peratus dilaporkan pada 2006, 1.33 peratus (2007) dan
1.27 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun (2011). Penurunan masalah
ponteng itu berlaku hasil daripada tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa
Menangani Gejala Disiplin yang diwujudkan oleh kementerian bagi menangani gejala
berkenaan.

SOROTAN LITERATUR

Sorotan dalam Negara (Ponteng)

Dalam kajian ponteng dinyatakan sebagai murid yang tidak hadir di sekolah
atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuklah murid-murid
yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah
pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di
dalam bilik darjah masing-masing. Isu ponteng di kalangan pelajar di Malaysia
turut mendapat perhatian para pengkaji sejak tahun 1990 an. Beberapa kajian
mengenai ponteng dilakukan oleh Mohamad Hisham Zahari (2000), Zainol
(2002) Ishak (2004), Tan (2006), dan Amat Daud(2008).
Kajian Ishak (2004), telah menjalankan kajian terhadap 304 orang
pelajar sebagai kajian kes ke atas sikap dan amalan pelajar ponteng di sebuah
Sekolah Daerah Keningau. Aktiviti yang dijalankan semasa ponteng sekolah
ialah minum di kedai kopi sambil berbual-bual untuk melakukan perbuatan
negatif seperti mencuri ayam, berpeleseran di perpustakaan daerah dengan
teman wanita, mandi sungai serta lepak dan berpeleseran di kedai. Kajian Tan
(2006) menunjukkan bahawa faktor kedudukan rumah kediaman yang
berjauhan dengan sekolah menyebabkan pelajar datang lewat ke sekolah.
Hasil dapatan mencatatkan 29.1% responden bersetuju bahawa faktor
kedudukan sekolah menjadi penyebab mereka datang lewat ke sekolah.
Dapatan ini selari dengan kajian Mohamad Hisham Zahari (2000) yang
menyatakan bahawa kedudukan sekolah yang jauh menjadi masalah kepada
pelajar untuk datang ke sekolah.

Sorotan Luar Negara

Dalam kajian dalam negara, ponteng dinyatakan sebagai murid yang tidak hadir
di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuklah
murid-murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari
kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti
pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing. Isu ponteng di kalangan
pelajar di luar negara turut mendapat perhatian para pengkaji sejak tahun 1930
an. Beberapa kajian mengenai ponteng dilakukan oleh Slaters (1962),Enright
(1980), Tygart (1991), Nancy Marshall (2004), dan yang lain-lain.

Tygart (1991) telah menjalankan kajian tentang perhubungan remaja


dengan ibu bapa. Kajian menggunakan soal selidik Laporan Peribadi ke atas
pelajar berijazah yang terdiri 400 pelajar lelaki dan 400 pelajar perempuan.
Hasil kajian mendapati keluarga yang bersaiz besar mempunyai hubungan
yang signifikan dengan tingkah laku remaja. Penyelidik juga mendapati 11.9
peratus responden tidak dapat keperluan kasih sayang dalam perkembangan
emosi mereka. Mereka menjadikan rakan sebaya sebagai tempat berkongsi
masalah dan melakukan aktiviti bersama.

Nancy Marshall (2004) seorang guru dari Springhill Elementary School di


Bryant, kajian belaiu menyatakan bahawa masalah disiplin memberi tekanan
kepada guru dan ianya boleh dikaitkan dengan keluarga pelajar, masalah emosi
dan pembangunan pelajar, saiz kelas dan suasana sekolah merupakan salah
satu masalah yang menyebabkan masalah ponteng sekolah. Saiz kelas terlalu
besar yang terdiri daripada ramai pelajar akan menyebabkan pelajar berasa
kurang selesa dalam kelas dan seterusnya ponteng sekolah. Hasil dapatan
kajian ini adalah serupa dengan kajian Weinstein (1979).

Menurut Enright (1980) telah melakukan kajian keatas pengaruh ibu


bapa dalam pembentukan remaja beridentiti. Seramai 262 pelajar dari Sekolah
Menengah Midwestern, Amerika terlibat dalam kajian ini. Seramai 131 pelajar
perempuan dan 131 pelajar lelaki yang terlibat. Min bagi identiti ialah 24.
California Personality Invebtory (Grouggh, 1969) dan Identity Achievement
Scale (IAS) (Simmons, 1970) telah digunakan untuk mengukur identiti pelajar.
Hasil kajian melaporkan persepsi pelajar terhadap ibu bapa adalah berbeza
dari segi corak asuhan, umur dan cara didikan ibu bapa sangat mempengaruhi
pendidikan remaja dalam sesebuah keluarga.
Slaters (1962) dalam penyelidikannya mendapati bahawa anak-anak yang telah
diasuh dengan cara memberikan sepenuh kebebasan akan menonjolkan ciri-ciri
bertingkah laku yang baik. Ibu bapa yang terlalu tegas serta tidak bertolak-ansur
dengan sentiasa menganggap pendapat anak-anak tidak penting akan menguatkan
sifat ego dalam diri kanak-kanak. Jika ibu bapa memberi sokongan dan bersikap mesra
kepada anak-anak maka akan terbentuk ciri-ciri positif seperti bersikap terbuka, mudah
bergaul dan berkelakuan positif.

Kajian yang dibuat oleh Czikszentmihalyi (1987) di Universiti Chicago mendapati


purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam
seminggu. lni mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh,
mendidik dan membimbing anak mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan
keperluan kewangan, dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibu bapa juga
tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru
sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali-sekala supaya lebih
memahami situasi anak mereka di sekolah.

Kajian Ellis (1998), mendapati 100 peratus daripada 46 pelajar mempunyai


konsep kendiri yang rendah dan 68 peratus terlibat dengan salah laku. Kajian yang
dijalankan di sekolah menengah rendah di Utara Atlanta. Persekitaran sosial rakan
sebaya dan sekolah berfungsi mendorong ciri-ciri individu dan latar belakang
membentuk tingkah laku sosial dan delinkuens dan menyertai gangs. Rakan sebaya
paling dominan dalam tindakan anti sosial serta membentuk kepercayaan . Kajian
Empey (1997), pelajar yang didapati terlibat dengan gangs terdiri daripada golongan
remaja kelas menengah dan atas tidak tertangkap dan tidak dilaporkan walaupun
melakukan kesalahan yang sama. Kajian yang di jalankan di bahagian utara Bandar
Winconsin. Antara aktiviti yang diajalankan ialah ponteng sekolah.

Henry (2007) dalam kajiannya turut mendapati bahawa ponteng adalah


merupakan satu isu yang serius di kebanyakkan sekolah daerah di Amerika Syarikat di
mana dalam survei dewasa yang dibuat pada tahun 2003 menyatakan 11% pelajar gred
8th, 16% daripada pelajar gred 10th dan 35% daripada pelajar gred 12 th dilaporkan
ponteng sekolah 1 atau beberapa hari dalam tempoh 30 hari sebelum ini.

You might also like