You are on page 1of 35

Mr.

Liew
Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang


bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta
memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering
dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa
kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak
langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air,
udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca
telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa


kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap
individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas
kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam
sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-
wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan
keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah
perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa
makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus
orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan
raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.
Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi
pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran
mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah
mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut
dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan
tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang
melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan
menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap
individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka
pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang
mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak


sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang
untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya
memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul
terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada
kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat
dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan
Mr.Liew
dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu
banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara
jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap
yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia
juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan
jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan
itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air
dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang
seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,


motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari
penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap
kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas
yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat
terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga
akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah
penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin
dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam
yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan
raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya
menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta
pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas
atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran
dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran
manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan
bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam


sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat
berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan
untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut,
penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak
sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di
samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya.
Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi
menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin
panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka
yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam
sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan
manusia.
Mr.Liew

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh


pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya
pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya
membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang
dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah
pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan
tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup
masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu
mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil
daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik.
Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai
aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada
ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal


pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan
organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar
baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting
demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari
masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan
mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk
generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.
Mr.Liew
Mr.Liew

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di
dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan
binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan
kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Mr.Liew
Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara
yang memasuki paru-paruhaiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan
pencemaran udara.

Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk
juga terganggu.

Kesihatan manusia
Mr.Liew
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,
penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida
boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon
boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan
juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan
sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.

Posted by SMJKP_5PSat 11:54 AM5 comments:

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel
jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah
punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini
bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala
fauna dan flora di sekitarnya.
Mr.Liew

AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Posted by SMJKP_5PSat 11:38 AMNo comments:

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan
arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana
tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga
elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa
hidro.
Mr.Liew

KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori
dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan
hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap
dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara
persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis
sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam
sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran
udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas
alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka
ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari
tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan
kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
Mr.Liew

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya


elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang
berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula
bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.
Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah
hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain
pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa
perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran.
Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-
contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

Posted by SMJKP_5PSat 10:53 AMNo comments:

MUKADIMAH
Mr.Liew

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan
kimia, jirim zarahan atau bahan biologiyang boleh menyebabkan mudarat atau
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar,
ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gaskarbon dioksida, sulfur
dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa
radioaktif.
Mr.Liew

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah


Mengatasinya
Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit
di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu
fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara.
Mr.Liew
Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida,
karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan
berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak


penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar,
boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi
menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak
diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan
mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan


memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran
asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan
Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini
merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan
asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api
fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan
di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah
kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro
elektrik, biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa
pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos,


kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini
menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran
Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber
untuktenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di
Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara
tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja
kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan


kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan
berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu
untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini
dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini
kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca
panas. Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam,
menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan
bau asap yang menyesakkan pernafasan.

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan
tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah
Mr.Liew
menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada
MU Ya Rabb.

PUNCA PENCEMARAN UDARA MALAYSIA- autoriti Jabatan Alam Sekitar,


Malaysia

1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada


fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran
hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun,
Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran
semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian
mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan
Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,


terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran
yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.
Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi
pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang
penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida
dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan
udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan
pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah
hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim
seluruh dunia.

Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon


industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan
pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi
kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang
menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

3. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor


seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor
menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan
dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi
bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti
udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan
Mr.Liew
yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga
jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan
motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara.
Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran
ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar
digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan
sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan
meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan
kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

4. PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api


fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini
mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga
selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86
peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga


untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan
penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-
alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan
melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan
lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

6. PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman


semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada
jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap
menyelubunyi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan
sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga
memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya
Mr.Liew
Pencemaran Udara

Pengenalan

Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya


yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan
menjejaskan kehidupan atau bahan lain. Pencemaran udara bukan berlaku
pada udara luaran tetapi juga pada udara dalam, di mana kesan
pencemaran udara dalaman adalah lebih memudaratkan kesihatan
manusia berbanding dengan kesan udara luaran.

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Terdapatnya banyak punca berlakunya pencemaran udara. Antaranya


ialah pelepasan asap daripada pembakaran bahan api, pembakaran
Mr.Liew
sampah-sarap, cerobong asap kilang, ekzos kenderaan bermotor, asap
rokok dan aktiviti masyarakat yang lain.

Debu daripada kilang papan, simen, asbestos ,batu kapur dan sebagainya,
plumbum dan pembakaran bahan bercat juga menyumbang kepada
pencemaran udara.

Di samping itu, gas-gas seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, sulfur


dioksida dan hirokarbon juga merupakan bahan pencemar udara.
Kesemua gas-gas ini boleh didapati daripada pembakaran, ekzos
kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Radon pula merupakan sejenis gas
yang terbebas secara semulajadi daripada tanah disebabkan pengudaraan
yang kurang sesuai pada skruktur rumah pada zaman moden ini.

Bahan agrokimia yang biasa digunakan dalam kegiatan pertanian seperti


penternakan dan penanaman menyumbang kepada pencemaran udara.
Perternakan ini menghasilkan kuantiti najis yang banyak di mana ia
membebaskan pelbagai jenis gas seperti ammonia ke persekitaran. Dari
segi aktiviti pertanian, penggunaan baja dan racun ke atas tanaman
adalah antara penyumbang utama masalah pencemaran udara.

Sumber semulajadi seperti letupan gunung berapi, kebakaran hutan boleh


menyumbang kepada pencemaran udara. Akhirnya, sinaran radioaktif
daripada stesen kuasa nuclear juga boleh menyebabkan pencemaran
udara.

Punca Pencemaran Udara Malaysia

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,


terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Pelbagai jenis industri
menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia
melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang
berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
Mr.Liew
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.
Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah
merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh
mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.

Masyarakat moden sekarang amat bergantung kepada pengangkutan


bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan
motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya
dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap
dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.
Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang
utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan
mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.

Isi rumah juga menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan


tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan
penyaman udara mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang
digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol
yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman


semula banyak partikel jelaga. Inilah punca jerebu yang kerap
menyelubunyi ruang udara Malaysia. Ia juga memusnahkan segala fauna
dan flora di sekitarnya .

Kesan-kesan Pencemaran Udara


Mr.Liew

Terdapat banyak kesan akibat pencemaran udara. Antaranya ialah


kesihatan manusia akan terjejas. Yang paling utamanya ialah pernafasan
normal manusia akan terganggu.Oleh itu, akan berlakulah masalah
serangan lelah pada pesakit asma, batuk-batuk, sesak nafas, penyakit
barah dan lain-lain.

Selain itu, perubahan iklim seperti pemanasan global, kesan rumah hijau,
hujan asid dan sebagainya akan berlaku Ia juga menyebabkan pertanian
tidak produktif. Kejadian-kejadian ini telah jelas mengganggu kehidupan
seharian manusia.

Akibat daripada pencemaran udara, kemalangan mudah berlaku. Ini


adalah kerana pembentukan asbut yang mengganggu penglihatan para
orang. Masalah ini pernah serius sehingga pelajar-pelajar tidak perlu
menghadiri sekolah.

Di samping itu, pencemaran yang semakin serius ini boleh mengotorkan


persekitaran. Ini bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi negara dari
segi bidang pelancongan malah boleh menjatuhkan imej negara .

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Masalah pencemaran udara yang semakin serius ini boleh diatasi dengan
melakukan pelbagai perkara seperti menanam kesedaran dalam kalangan
masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan dan
menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang
ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan
Mr.Liew
tong sampah dan sebagainya. Masyarakat juga boleh kurangkan
penggunaan kenderaan dan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka.

Selain itu, media massa perlu mendedahkan masyarakat tentang cara


menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti gotong-royong, taman perumahan,
dan sebagainya perlu diadakan sering. Dengan ini, masalah pencemaran
udara ini boleh dikurangkan dan persekitaran alam sekitar kita juga akan
kelihatan cantik.

Ibubapa dan guru-guru boleh mendidik kanak-kanak cara-cara untuk


menjaga alam sekeliling sejak mereka kecil lagi. Golongan dewasa perlu
mengamalkan amalan baik ini dan bukan cakap kosong sahaja supaya
generasi muda dapat mengikut jejak mereka.

Yang pentingya penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan


hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan
pencemaran.Contohnya pembakaran haram.

Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada


pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan.
Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan
diselubungi dengan bencana alam dan menyebabkan kita mudah diserang
penyakit dan wabak yang berbahaya. Oleh itu, kita perlu menjaga alam
sekitar kita dengan baik supaya pencemaran boleh dikurangkan dan
generasi muda dapat hidup dalam keadaan yang sihat
Mr.Liew

DEFINISI

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan
yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan
ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative
kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-
salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih
bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu
jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau
menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia
berbahaya ke dalam atmosfera.

JENIS BAHAN PENCEMAR


Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan
logam-logam lain.

JENIS PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses
pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan
terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan
manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry
dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas
yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon
monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan
sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid
asetil nirat (PAN).

PUNCA PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di
tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa
juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah
sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara
melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat
Mr.Liew
yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu
untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga
boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-
sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar
udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan
racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian
seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat
tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan
fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan
inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga
akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis
iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini
akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-
paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar
akibat daripada pencemaran udara.

BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran
udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain
itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran
sulfur dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON


Mr.Liew
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan
terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran
matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di
bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini.

HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya
menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan
kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama
dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat
daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh
menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan
meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan
tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL


Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca
daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh
seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan
persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi
panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak
normal akan berlaku

ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan
jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran
yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

PENCEMARAN UDARA
Mr.Liew
Pencemaran udara persis didefinasikan atau jitu ditakrifkan sebagai kehadiran satu
atau lebih substansi fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat
membahayakan kesihatan manusia,haiwan,mengganggu estetika dan kenyamanan
alam sekitar. Pencemaran udara ini boleh menjadi satu isu alam sekitar yang semakin
membimbangkan negara.Pencemaran udara boleh menyebabkan pelbagai kesan
negatif kepada manusia dan alam sekitar.

Pencemaran udara adalah tercampurnya unsur-unsur berbahaya kedalam atmosfera


yang dapat mengakibatkan terjadinya kerosakan lingkungan,gangguan pada kesihatan
manusia secara umum serta menurunkan kualiti udara. Pencemaran udaraterbahagi
kepadatiga iaitu pencemar primer,sekunder. Pencemar primer ialah pencemaran yang
ditimbulkan secara langsung dari sumber pencemaran udara. Pencemaran sekunder
merupakan pencemaran yang terbentuk dari reaksi pencemaran-pencemaran primer di
atmosfera. Contohnya,sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asap sulfurik.

Terdapat pelbagai jenis bahan pencemar iaitu karbon monoksida(co), gas ozon,
nitrogen dioksida (so2), cfc, karbon dioksida (co2), benda partikular (pm), plumbum
dioksida (Pb), Hydro carbon. Penyebab utama pencemaran udara ialah akibat adanya
kenderaan bermotor khususnya di bandar-bandar besar. Di kota-kota besar seperti
Kuala Lumpur, Pulau Pinamg, Shah Alam, Johor Bahru diperkirakan 70%
pencemaran yang terjadi akibat kenderaan bermotor.

Kesan-kesan akibat pencemaran ialah seperti penipisan ozon, pemanasan global,


penyakit, penyakit, hujan asid. Hujan asid berlaku apabila sinaran matahari menyerap
air dari sumber air seperti sungai, tasik, kolam, dan laut.Titisan air ini akan
mengalami proses pemeluwapan dan membentuk awan.Titisan air dalam awan
mengandungi gas-gas beracun menyebabkan curahan hujan asid akan berlaku.Hal ini
menyebabkan pelbagai impak negatif kepada manusia dan alam
sekeliling.Contohnya,kanser kulit,kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Selain itu ,peningkatan suhu juga menyebabkan pelbagai kesan.Peningkatan


suhu,menyebabkan udara tercemar dengan pelbagai gas-gas beracun seperti karbon
dioksida,karbon monoksida,sulfur dioksida dan sebagainya.Hal ini kerana,suhu min di
malaysia akan berubah akibat pencemaran udara dan mengakibatkan jerebu,kesan
rumah hijau dan sebagainya.

Terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi masalah pencemaran ini. Jas (jabatan alam
sekitar) haruslah menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta kualiti Alam
Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar harus mengadakan rondaan darat dan udara
dari semasa ke semasa untuk menyiasat punca pencemaran udara ini. Pihak yang
dibuktikan bersalah haruslah dikenakan hukuman seperti penjara, kompaun dan
sebagainya.

Seterusnya, badan bukan kerajaan NGO,seperti sahabat alam sekitar harus


mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti cintailah alam sekitar, cintailah
bumi kita,cintailah hutan kita dan sebagainya. Selain itu, aktiviti seperti menanam
semula anak pokok, mewartakan hutan simpanan, berkongsi kereta, mengurangkan
penggunaan alat yang mengandungi cfc seperti penghawa dingin, aerosol harus
dijadikan sebagai langkah pencegahan.
Mr.Liew
Tuntasnya, kemelut pencemaran udara merupakan cancer sosial yang kian merebak
kebelakangan ini. Sekiranya masyarakat kita tidak berganding bahu untuk
melumpuhkan cancer sosial yang kian merebak ini kemungkinan besar ia akan
menjadi satu kemelut yang membinasakan masa depan semua.

Punca-Punca Pencemaran Udara


Aktiviti pembangunan dan
perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan


barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah
buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon
dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk
yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden


amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang
dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak
Mr.Liew
dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya,
gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah
2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan
raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan
mencapai angka itu lebih awal.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di
kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di
hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin
telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan
mengurangkan jarak penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir
seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

Aktiviti harian manusia


Mr.Liew
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk
digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu
menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol
yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara


dan Jerebu
Undang-undang
Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun
syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan
ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan
mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat
dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang
menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.

Pembenihan Awan
Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana
hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik.
Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah berkerjasam
dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri
pembenihan awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan
negeri Selangor. Usaha ini dilakukan melalui dengan menyembur
larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus.
Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik
wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan
pembentukkan hablur-hablur air.

Melalui Pendidikan
Mr.Liew
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui
program pendidikan alamsekitar iaitu samada secara formal atau
tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS
dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan
ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang
ramai dan juga kanak-kanaksekolah. Aktiviti ini dapat
mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar
serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini
dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan
pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita
dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana
pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam
sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam
mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah
didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara
lebih maju.

Tanggungjawab Orang Ramai


Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan
pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-
sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat
ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan
kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama
juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan
mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-
langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk
pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan
pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga
boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba
dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika
terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat
kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan
oleh industri, tred dan ladang-ladang.

ANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN


UDARA
Mr.Liew

ISU - PENCEMARAN UDARA

Tugasan - punca-punca berlakunya pencemaran udara

Idea
sikap masyarakat yang melakukan pembakaran terbuka untuk pertanian dan
pembangunan
pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang-kilang
pelepasan gas clouroflorocarbon (CFC) daripada pendingin hawa dan peti sejuk
sikap masyarakat yang tidak mematuhi peraturan menjaga alam sekitar
penguatkuasaan undang-undang yang tidak ketat
sikap pemilik kilang yang tidak meletakkan penapis pada corong asap
sikap masyarakat yang melakukan pembalakan secara tidak terkawal
hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah ringan
bukit digondolkan sehingga menyebabkan debu berterbangan di udara
Tugasan - langkah-langkah menangani pencemaran udara

Idea

kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat


pasukan penguatkuasa perlu membuat pemantauan secara berterusan
kerajaan perlu mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah
Jabatan Alam Sekitar perlu melancarkan kempen menjaga alam sekitar dengan lebih
agresif lagi
pengusaha kilang perlu meletakkan penapis pada corong asap kilang mereka
masyarakat perlu berkongsi kereta untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan banyak
kenderaan di atas jalan raya
masyarakat perlu mengehadkan penggunaan pendingin hawa
masyarakat perlu mengelakkan daripada melakukan pembakaran terbuka
kerja-kerja pembakaran hutan untuk tujuan pertanian perlu dielakkan
kerja-kerja penarahan bukit dan membawa keluar tanah perlu dihadkan
media cetak dan media elektronik perlu melancarkan kempen menjaga alam sekitar
pihak sekolah perlu mengadakan program menjaga alam sekitar kepada pelajar-
pelajar sejak bangku sekolah rendah lagi
ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak kesan buruk pencemaran udara kepada
anak-anak

Langkah untuk mengatasi pencemaran udara


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar
dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut
merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh organisasi bukan kerajaan dalam
menangani isu pencemaran udara yang semakin berleluasa di negara kita.

Kempen Kesedaran

Mengerakkan masyarakat antara lain ibubapa ,guru,majikan,NGO,CBO,kerajaan dan swasta


agar proaktif dan sistematik serta berterusan dalam memberikan bimbingan dan contoh
Mr.Liew
kepada generasi muda betapa pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar dulu,kini dan
selamanya.

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat,sektor swasta dan pihak
berkuasa tempatan(Majlis Daerah ,Majlis Perbandaran,Majlis Bandaraya dan Dewan
Bandaraya)bekerjasama untuk merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke
arah pembangunan mampan.

Melalui Local Agenda 21,masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti
dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan,membentuk pelan tindakan untuk menangani
isu-isu tersebut dan melaksankan pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan bottom-up,atau dari akar umbi ke atas.Ini
vermakna , penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan
tindakan bagi kawasan masing-masing.

Local Agenda 21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut kajian International Council
of Local Environmantal Initiatives (ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800 PBT dari 64 negara
yang terlibat dengan aktiviti Local Agenda 21 (sehingga hujung tahun 1997) yang
ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia, China, Denmark, Finland, Jepun,
Netherlands, Norway, Rep. Korea, Sweden dan United Kingdom

ISU ALAM SEKITAR : JEREBU (Punca


dan Langkah Mengatasi)
Mr.Liew

Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan
zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca
daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap
kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan
manusia iaitu:

Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan


terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia
akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api.
Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat
di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan
perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan
kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti
habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan
secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara
Mr.Liew
yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan
jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya
juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino.
Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada
masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering
memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan.
Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga
menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi
Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak
mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan
kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan.
Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan
boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit
yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya
haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun.
Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan
menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap
dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah
besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti
perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan
negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan
darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di
bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU
terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana
menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan
menjalankan proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan
penghasilan buah berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan
pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan
secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh
membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat
perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan
untuk tujuan pertanian.
Mr.Liew

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah


jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn
monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang
demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-
kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam
Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa
siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks


Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan
mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks
haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang
daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara
jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama
boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah in

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran


Udara
Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui
penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan
menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon.
Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka
masa pendek sahaja.

Memperkenalkan undang-
undang
Mr.Liew

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai
undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan
kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap
kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan
sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik


sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak
menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga
elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara
tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti
plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat
selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran
sampah-sarap turut dapat dikurangkan.
Mr.Liew

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-
pencemaran-udara-dan.html

http://group2pollution.blogspot.com/2007/10/punca-pencemaran-udara-
malaysia.html

http://eprints.uitm.edu.my/8029/1/MOHD%20ZAHARI%20ABDULLAH%20@
%20RAFIE%2005_24.pdf

http://sayangialamsekitar.blogspot.com/2010/09/pencemaran-udara.html

http://blogcikguazaman.blogspot.com/2011/10/langkah-langkah-
menangani-pencemaran.html

http://abihulwa.blogspot.com/2013/06/isu-alam-sekitar-jerebu.html

http://bmpk12.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-pencemaran-
udara.html

You might also like