You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN PROJEK

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN MAKMAL


SAINS

SK UN

ANJURAN
GURU PELATIH INTERNSHIP
IPG KAMPUS UN
PISMP AMBILAN UN

DENGAN KERJASAMA
PANITIA SAINS
SK UN

KERTAS CADANGAN PROJEK


KECERIAAN DAN KEBERSIHAN MAKMAL SAINS

SK UN

1. PENGENALAN

Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan
murid dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik
pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang
disedikan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang
bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek
sains.

2. OBJEKTIF

2.1 Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.
2.2 Melabel bahan dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan.
2.3 Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.
2.4 Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di dalam
makmal sains.

3. SASARAN

Projek ini akan dilaksanakan oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus UN
sebagai salah satu projek internship individu. Guru pelatih yang menyelaraskan projek
ini ialah :

3.1 UN (No. K/P : )

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : Sepanjang 22 Julai 2016 hingga 01 Ogos 2016


Tempat : Makmal Sains SK UN

5. AKTIVITI

Antara aktiviti yang dicadang dan dirancang adalah ;

5.1 Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal
secara sistematik.
5.2 Menceriakan persekitaran makmal sains
5.3 Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.
5.4 Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan alat radas di dalam
makmal.
5.5 Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak
boleh di gunakan lagi.

6. KEWANGAN

Anggaran perbelanjaan :
Bil Perbelanjaan Harga Seunit x Kuantiti Amaun (RM)
1 Kertas Berwarna 7.90 x 1 bungkus 7.90
2 Kertas Laminate 32.00 x 1 kotak 32.00
3 Double Tape (Foam) Hitam 3.50 x 1 3.50
4 Double Tape Putih 1.50 x 1 1.50
5 Piring Kertas 3.00 x 1 bungkus 3.00
6 Mounting Board 3.82 x 2 keping 7.64
7 Kad Manila 0.80 x 5 keping 4.00
8 Dakwat Pencetak (Printer) 27.00 x 1 kotak 27.00
9 Reben 3.00 x 1 gulung 3.00
JUMLAH 89.54

7. PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih
teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar
melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Penyusunan bahan dan alat
radas sains yang tersusun memudahkan murid-murid untuk merasai dan meneroka
bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang
selesa. Oleh itu, makmal dapat digunakan secara maksimum.
Disediakan oleh,

UN

Penyelaras Projek Keceriaan & Kebersihan Makmal Sains

SK UN
Disemak oleh,

UN

Ketua UN

SK UN

Disahkan oleh,

UN

Guru Besar

SK UN

You might also like