You are on page 1of 12

BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

1.1 PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU

KEDATANGAN JEPUN
1. Jepun telah menjajah negara kita selama 3 tahun (15 Februari 1942 hingga 12 September
1945).
2. Sepanjang pendudukan tersebut, Jepun melaksanakan pemerintahan bercorak ketenteraan.

Maharaja Mikado Meiji

1. Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)


2. Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis semasa pemerintahan beliau.
3. Melancarkan gerakan Pemulihan Meiji.
4. Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
5. Menjadikan negara Barat sebagai model bagi memajukan Jepun.
6. Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri.
7. Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905.
8. Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun.

PERLUASAN KUASA JEPUN


BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

Faktor Perluasan Kuasa Jepun

Masalah
ekonomi
Sekatan ekonomi
oleh Amerika Keperluan
Syarikat bahan
mentah

Faktor-faktor yang
Mendorong Perluasan
Kuasa Jepun

Pertambaha
n penduduk
Memerlukan
Memerkulan kawasan pasaran
tanah baharu
pertanian

i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun


1. Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang

2. Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah

3. Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri


ii. Faktor Sekatan Ekonomi
1. Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
2. China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
3. Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
4. Serangan diketuai Jeneral Tojo
5. Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
6. Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
7. Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu

i. Melalui Propaganda
1. Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan Asia Untuk Orang Asia
dan Semangat Asia

2. Slogan berunsur antipenjajah Barat

3. Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur


BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

4. Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia

ii. Rancangan pihak Jepun


1. Kawasan Kesemakmuran Bersama asia Timur Raya

2. Strategi dan propaganda Jepun sangat berkesan sehingga kedatangan Jepun tidak dianggap
sebagai penjajah baru yang menggantikan British.

Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu

i. Melalui Kawasan Utara di Thailand


1. Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941

2. Tentera terus mara ke Jitra, Kedah

3. Tentera berpecah dua

4. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat

5. Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri
pantai barat

ii. Melalui Kawasan Kota Bharu


1. Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941

2. Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur

iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah


1. Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941

2. Berpecah kepada dua pasukan

3. Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu

4. Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan

5. Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar


besar

6. Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah

Cara Kemaraan Tentera Jepun

i. Menggunakan kapal terbang perang


1. Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu

2. Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun


BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

ii.Menggunakan kereta kebal penggempur


1. Berjaya memaksa tentera British berundur
2. Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan

iii. Menggunakan bot


1. Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di
pantai

iv. Menggunakan basikal


1. Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
2. Basikal mudah untuk melalui jalan sempit

Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu

i. Jepun menguasai Tanah Melayu


1. Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
2. Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
3. Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki
(dikenali Harimau Malaya) di Singapura
4. Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang
berkesan

ii. Banyak berlaku kemusnahan


1. Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
2. British gunakan taktik bumi hangus
3. British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan
perlombongan
4. Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
5. Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan
Muzium Selangor
6. Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-
dokumen kerajaan

iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu


1. Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah
negara

iv. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu


1. Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak
mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
2. Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-
sungguh kecuali Singapura
3. British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera
Paksi di Eropah
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

4. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian


mempertahankan Tanah Melayu

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu


Perancang
an awal
Jepun
Taktik Kelemaha
serangan n British
Jepun

Faktor-faktor
Semangat
Pakatan Kejayaan Jepun tentera
Jepun- Jepun
Thailand

Peranan
Kelengkapan
Kesatuan
perang
Melayu
tentera Jepun
Muda(KMM)

i. Perancangan awal perang


1. Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama
penduduk Tanah Melayu
2. Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk
memudahkan serangan

ii. Kelengkapan perang tentera Jepun


1. Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti Zero Fighter
2. Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

iii. Semangat tentera Jepun


1. Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
2. Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
3. Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun

iv. Taktik serangan Jepun


1. Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera
Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
2. Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British
tertumpu di Singapura

v. Kelemahan tentera British


1. Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih
menumpukan peperangan di Eropah
2. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

3. Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-
British
4. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
vi. Pakatan Jepun-Thailand
1. Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai
balasan Jepun tidak menyerang Thailand
2. Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)


1. KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
2. KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
3. KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

DASAR PEMERINTAHAN

a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

1) Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

2) Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)

3) Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan)

4) Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu

5) Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu

a) Pentadbiran pusat

b) Pentadbiran wilayah

i. Pentadbiran Pusat
Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching.

ii. Pentadbiran Wilayah


Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri

Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah

Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand


sebagai menghargai kerjasama
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)

Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)

Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah

Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British

Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

b. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

1. Jepun perkenalkan pelbagai dasar


2. Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
3. Kebajikan penduduk tidak dijaga
4. Penduduk tiada hak bersuara
5. Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
6. Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang
memberi kebaikan kepada penduduk
7. Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong
British
8. Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial

i. Politik
1. Kedudukan Sultan:
o Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
o Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
o Sultan diberi elaun
2. Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
3. Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah

ii. Ekonomi
1. Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

2. Mata wang Jepun atau wang pokok pisangdiperkenalkan

3. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan

4. Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian

5. Ekonomi kawalan diperkenalkan. Layanan istimewa diberikan kepada kaisha (syarikat


Jepun)

iii. Sosial
1. Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China

2. Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun

3. Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah

4. Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah

5. Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia

6. Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun

7. Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan

8. Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan

9. Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun

10. Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British
di India

Contoh Dasar Penjepunan

Penutupan sekolah Inggeris dan Cina


Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar
Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan
Jepun Kimigayo
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

REAKSI PENDUDUK

1. Pelbagai reaksi penduduk tempatan seperti orang Melayu, India & Cina

i. Reaksi Orang Melayu


~Reaksi Peringkat Awal

1. Sebahagian besar tidak menentang


2. Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
3. Terpengaruh dengan slogan Jepun Asia Untuk Orang Asia dan rancangan Kawasan
Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
4. Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
5. KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
6. Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan

~Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu

1. Sokongan orang Melayu tidak kekal lama


2. Jepun memerintah secara tentera
3. Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
4. Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
5. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
6. Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
7. Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
8. Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
9. KMM dibubarkan oleh Jepun
10. Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah

ii. Reaksi Orang Cina


1. Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
2. Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
o Mereka memulaukan barangan Jepun
o memungut derma untuk membantu Negara China
o Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
3. Kesannya apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar & dibunuh
tentera Jepun
4. Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan &
keselamatan nyawa mereka

iii. Reaksi Orang India


1. Mendapat layanan baik daripada Jepun

2. Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India

3. Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut


BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

4. Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah &
bekerjasama dengan Jepun

5. Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga
Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun

Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu


1. Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak

2. Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun

3. Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British

Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu

i. Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA)


1. Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
2. Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan &
senjata
3. Menggunakan taktik perang gerila

ii. Force 136


1. Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah
Melayu
2. Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
3. Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu

iii. Askar Melayu Setia (AMS)


1. Melancarkan perang gerila
2. Bekerjasama & mendapat bantuan daripada Force 136

iv. Pasukan Wataniah Pahang


1. Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
2. Diketuai oleh Yeop Mahidin
3. Berhubungan baik dengan pasukan Force 136

v. Gerila Kinabalu
1. Pimpinan Albert Kwok
2. Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal

vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha


1. Menjalankan penentangan di Kudat
BAB1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJ TINGKATAN 3

vii. Pasukan Gerila di Sandakan


1. Menjalankan penentangan di Sandakan

viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak


1. Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun

Jepun di Ambang Kekalahan


1. Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
2. Jepun enggan
3. Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima &
Nagasaki
4. 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
5. Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada
tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
6. Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
7. Pada 10 September 1945 pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo
Masao Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan

You might also like