You are on page 1of 7

LAPORAN PROGRAM DO IT YOURSELF (DIY)

PERINGKAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH


KEBANGSAAN JELUTONG BARAT
TAHUN 2017

Program Do It Yourself (DIY) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10


Februari 2017 iaitu pada hari Jumaat. Program DIY ini merupakan program
yang dianjurkan oleh Panitia Pengurusan Diri dan Panitia Pengurusan Tingkah
Laku .

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid berdikari


dalam menguruskan diri dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini
juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala guru dan murid-
murid .

Program ini dimulakan dengan aktiviti pertama iaitu aktiviti memberus


gigi yang telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan murid
telah diberikan bersama-sama mereka tiga orang guru sebagai guru
pembimbing. Di dalam aktiviti ini murid-murid dikehendaki untuk memberus
gigi dengan menggunakan teknik yang betul yang telah diajar semasa di
dalam kelas. Guru-guru pembimbing akan membuat pemerhatian terhadap
kumpulan murid-murid tersebut dan akan membetulkan teknik jika murid
melakukan kesilapan.

Usai aktiviti pertama, aktiviti kedua menyusul dengan murid dibahagikan


kepada empat kumpulan. Di dalam aktiviti kedua, murid-murid di dalam
kumpulan perlu menyelesaikan tiga tugasan. Tugasan yang pertama murid-
murid perlu memakai baju sekolah dengan perlu membutangkan baju
kemeja dan menzipkan seluar, kemudian tugasan kedua pula murid-murid
perlu memakai stoking dan kasut dan terus ke tugasan yang ketiga iaitu
menampal bahagian bahagian badan (bagi murid yang tidak boleh
membaca) , dan menampal perkataan-perkataan bahagian badan (bagi
murid yang boleh membaca). Selepas itu, murid lain di dalam kumpulan
menyelesaikan tugasan tersebut sehingga setiap ahli kumpulan telah
melakukannya.

Acara kemuncak untuk aktiviti DIY yang telah dianjurkan oleh panitia
pengurusan diri dan panitia pengurusan tingkah laku adalah acara
menyampaikan hadiah kepada tiga murid yang menunjukkan tingkah laku
terbaik. Muridmurid yang telah dianugerahkan ini adalah murid-murid yang
telah mengikut arahan dan menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang
aktiviti ini dijalankan. Murid-murid tersebut ialah Syahirah Fazlin binti Zakhir
Hussein, Al-Arrash bin Zulkefli dan Justin. Murid-murid lain juga turut
mendapat saguhati sebagai tanda penghargaan daripada pihak panitia.
1 Nama Program : Program Do It Yorself(DIY)

2 Tarikh : 10 Februari 2017

3 Hari : Jumaat

4 Tempat : Bilik wira dan sekitar blok PPKI

5 Objektif : Program ini diadakan untuk :

a. Membantu murid mengurus diri dalam kehidupan


seharian.

b. Membantu mengeratkan hubungan guru dan murid-


murid.

c. Memupuk semangat berkerjasama.

6 Sasaran : Semua murid PPKI

7 Butiran Aktiviti :

a 10 Februari 2017

10:30- 11:15 : Aktiviti memberus gigi


11:15- 11:50 : Aktiviti berkumpulan (memakai baju sekolah( membutangkan
baju), memakai stoking dan kasut, menampal bahgian-bahagian badan/ perkataan
bahagian badan
8. AJK PELAKSANA :

Ketua Projek : Pn Masita binti Md. Nasir


Setiausaha : Pn Khairun Nisa binti Sabri
Bendahari : Pn Masita binti Md. Nasir

AJK Perlatan/ Tempat:


En.Kesava Raj A/L S. Neelamagan
Pn.Suriani binti Mohd Sidik

AJK Aktiviti
En.Roslan bin Mohamed
Aisyah Nadzirah binti Zakaria

AJK Kumpulan
Kumpulan 1 : Pn Nur Amani binti Abd Rani
Kumpulan 2 : Pn Christine Power
Kumpulan 3 : Pn Akmal Adibah binti Dzayaolakamal
Kumpulan 4 : Cik Norshuhada binti Mohamed Ali
Penilaian program

Kekuatan:
a Komitmen guru dalam melancarkan program yang dijalankan.
b Barisan pentadbir sentiasa memberi sokongan terhadap program ini.
c Kehadiran murid sebanyak 80%

Kelemahan:
.
a Masa untuk mengadakan aktiviti terhad.

Impak kepada murid/sekolah :

Murid-murid dapat mempelajari ilmu tetang mengurus diri dan dapat


mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian.

Penutup:

Semoga program ini dapat membantu murid menjadi lebih berdikari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
(Pn. Khairun Nisa binti Sabri) (Pn.Norhayati binti Osman)
Setiausaha Program Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Do It Yourself (DIY) SK Jelutong Barat
SK Jelutong Barat

Disahkan oleh,

(Pn. Nor Azmah binti Johari)
Guru Besar
SK Jelutong Barat

FOTO-FOTO SEMASA PROGRAM DIY DIJALANKAN

Bahan-bahan yang digunakan


Sepanjang aktiviti pertama iaitu aktiviti memberus gigi
Sepanjang aktiviti kedua dijalankan, murid menyelesaikan tiga tugasan

Murid yang telah mendapat anugerah tingkah laku terbaik iaitu adik Syahirah
Fazlin binti Zakhir Hussein

You might also like