You are on page 1of 3

2/13/2017 PentadbirperluberipenekananterhadapkeselamatansekolahBorneoPostOnline|Borneo,Malaysia,SarawakDailyNews|LargestEnglishDailyInB...

Monday, February 13, 2017

NEWS BUSINESS SPORTS UTUSAN BORNEO THESUNDAYPOST COLUMNS BPO SEEDS BAT

Berita Nasional

Pentadbir perlu beri penekanan


terhadap keselamatan sekolah
July 17, 2011, Sunday

KANGAR: Pentadbir perlu memberi penekanan terhadap isu keselamatan dan


kesihatan di sekolah masing-masing, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber
Manusia Negeri Abdul Jamil Saad.

Beliau berkata, suasana pekerjaan yang selamat, sihat dan kondusif perlu
disediakan kepada guru bagi membolehkan mereka menjana pembentukan
pelajar cemerlang serta terbilang.

Berucap merasmikan program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

26
di Sekolah Peringkat Negeri Perlis 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
semalam, Abdul Jamil berkata, selain kakitangan termasuk guru, pelajar juga
perlu sentiasa dalam situasi sihat dan selamat.

Sehubungan itu, katanya, persekitaran dan peralatan yang digunakan sepanjang


waktu persekolahan perlu bebas daripada risiko yang boleh mengundang
masalah terhadap keselamatan dan kesihatan.

Sebagai contoh, guru berkemungkinan terdedah kepada bahaya ergonomik atau


sakit belakang dan tengkuk akibat berdiri terlalu semasa mengajar, manakala
pelajar terdedah kepada bahaya biologikal seperti terkena gigitan serangga dan
haiwan berbisa, selain bahan kimia di makmal, katanya. Abdul Jamil berkata,
Popular Posts
sehubungan itu, segala risiko keselamatan dan kesihatan terhadap mereka perlu
diberi perhatian serius oleh pentadbir sekolah dengan merangka kaedah
POPULAR
berkesan bagi mengurangkannya.

Menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk melindungi bukan sahaja guru


dan kakitangan sekolah, malah pelajar, ibu bapa, pihak kontraktor atau pelawat
yang berada di kawasan sekolah, katanya.

http://www.theborneopost.com/2011/07/17/pentadbirperluberipenekananterhadapkeselamatansekolah/ 1/3
2/13/2017 PentadbirperluberipenekananterhadapkeselamatansekolahBorneoPostOnline|Borneo,Malaysia,SarawakDailyNews|LargestEnglishDailyInB...

Beliau berkata, tempat kerja termasuk sekolah, adalah tertakluk di bawah Akta TODAY WEEK MONTH ALL

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang dikuatkuasakan Jabatan 988 posts available but 200 to be
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). axed

FAREWELL to the GENTLE WARRIOR


Sehubungan itu, katanya, pematuhan dan pengetahuan tentang keperluan
of SARAWAKIANS
seperti mengadakan Risalah Data Keselamatan Bahan, penggunaan peralatan
pelindung diri yang sesuai seperti sarung tangan serta penutup mulut dan Late Adenan's son eyeing political
career like father
penyediaan Prosedur Operasi Keselamatan, perlu dipertingkat dalam makmal
sekolah. Respect spirit of MA63 Najib

Law is silent on Muslim converts


Seramai 400 orang terdiri daripada pengetua, guru besar, guru dan kakitangan wishing to leave Islam Baru
sekolah menyertai program yang anjuran Majlis Negara Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan, JKKP, Kemeterian Pelajaran, Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. Weekly News Highlights
Bernama

What do you think of this story? TOP TEN 2016

Great(0%) Interesting(0%) Nothing(0%) Sad(0%) Angry(0%)

Share this:

Share 1 Tweet 0 Email

Aliates

Affiliates

Supplement Downloads
Ungguli bidang teknologi
BP Supplement Archive
Member of

Tindakan tegas jika tangki septik tidak dikosongkan: Noriah Kasnon

Weencouragecommentingonourstoriestogivereadersachanceto
expresstheiropinionspleaserefrainfromvulgarlanguage,insidious,
seditiousorslanderousremarks.Whilethecommentsherereflectthe
viewsofthereaders,theyarenotnecessarilythatofBorneoPostOnline.
BorneoPostOnlinereservestherightnottopublishortoremove
commentsthatareoffensiveorvolatile.PleasereadtheCommenting
Rules.

Quicklinks Fastlane Useful Links

CAREERS Home BPO Commenting


Rules and
http://www.theborneopost.com/2011/07/17/pentadbirperluberipenekananterhadapkeselamatansekolah/ 2/3
2/13/2017 PentadbirperluberipenekananterhadapkeselamatansekolahBorneoPostOnline|Borneo,Malaysia,SarawakDailyNews|LargestEnglishDailyInB...

ADVERTISE News Regulations

CONTACT US Business BPO News Archive

RSS Sports Handy Contacts

Utusan Borneo

thesundaypost

Columns

This service is provided on BorneoPost online standard Policies


and Conditions. Copyright 2010-2015 BorneoPost Online. All

Rights Reserved.

http://www.theborneopost.com/2011/07/17/pentadbirperluberipenekananterhadapkeselamatansekolah/ 3/3

You might also like