You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT 1


JALAN KAMPUNG DATOK KERAMAT, 54000, KUALA LUMPUR
TEL/FAX: 03-42560061

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL 1 /TAHUN 2015

Tarikh : 09.09.2015

Masa : 10.45 pagi

Tempat : Makmal Sains SKDK (1)

Pengerusi : Pn. Rosita Binti Ahmad Fadzil

Kehadiran(Bilangan) : 5 orang

Nama Yang Hadir : Pn. Rozitah Bt Samsudin


Pn. Rosita Binti Ahmad Fadzil
Pn. Zarida Bt Ahmad
En. Mohd Shabri Aluddin
Pn. NorWahidah Bt Hasim

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pn. Rosita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Sains
kerana meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada mesyuarat
Panitia Sains kali pertama tahun 2015.

Tindakan : Makluman

2. Cara Penulisan RPH


2.1 Pn. Rosita memaklumkan kepada semua guru Sains supaya mematuhi
cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang betul bagi
Tahun 6 (KBSR) dan Tahun 1 hingga Tahun 5 (KSSR).
2.2 Semua guru Sains boleh merujuk laman web yang disediakan iaitu
http://rphonline.teknologihijau.net/login.php# jika ingin menyediakan RPH
secara bertaip.
2.3 RPH tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian pengajaran untuk
dicetak dan ditampal dalam buku rekod.

Tindakan : Semua guru Sains

3. Jadual Papan Buletin


3.1 Pn. Rosita memaklumkan kepada semua guru Sains supaya bertugas
menghias papan buletin Panitia Sains dengan maklumat dan informasi
yang berkaitan dengan mata pelajaran Sains.
3.2 Jadual bertugas menghias papan buletin adalah seperti berikut:-

Bulan Guru bertugas


Januari Rosita Binti Ahmad Fadzil
Februari Pn. Zarida Bt Ahmad
Mac En. Mohd Shabri Aluddin
April Pn. NorWahidah Bt Hasim
Mei Rosita Binti Ahmad Fadzil
Jun Pn. Zarida Bt Ahmad
Julai En. Mohd Shabri Aluddin
Ogos Pn. NorWahidah Bt Hasim
September Rosita Binti Ahmad Fadzil
Oktober Pn. Zarida Bt Ahmad
November En. Mohd Shabri Aluddin
Disember Pn. NorWahidah Bt Hasim

Tindakan : Semua guru Sains

4. Penggubal soalan peperiksaan


4.1 Pengerusi memaklumkan guru yang ditugaskan untuk menggubal soalan
peperiksaan sepanjang tahun 2015. Soalan digubal mengikut jadual di
bawah:

Tahun UJB 1 PKSR 1 UJB 2 PKSR 2


Tahun 1 Norwahidah Norwahidah Norwahidah Norwahidah
Tahun 2 Mohd Shabri Mohd Shabri Mohd Shabri Mohd Shabri
Tahun 3 Norwahidah Zarida Ahmad Zarida Ahmad Norwahidah
Tahun 4 Zarida Ahmad Zarida Ahmad Zarida Ahmad Zarida Ahmad
Tahun 5 Mohd Shabri Rosita Rosita Mohd Shabri
Tahun 6 Rosita Rosita Rosita Rosita

4.2 Pengerusi mengingatkan semua guru Sains supaya menghantar soalan


yang digubal mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
4.3 Soalan yang digubal haruslah mengandungi semua aras pemikiran
termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).

Tindakan : Semua guru Sains


5. Semakan buku tulis
5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru Sains supaya menyemak
buku tulis murid dan seterusnya menghantar kepada pentadbir mengikut
tarikh yang telah ditetapkan.
5.2 Murid perlu diingatkan supaya membuat pembetulan jika terdapat soalan
yang dijawab tidak betul.
Tindakan : Makluman

6. Pencerapan
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru Sains perlu dicerap
mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam buku pengurusan. Guru-guru
haruslah sentiasa bersedia dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan berkesan .

7. Hal-hal lain
7.1 pengerusi memaklumkan bahawa satu modul Sains akan dikeluarkan
untuk murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi UPSR.
7.2 Pengerusi mengingatkan semua guru Sains supaya memberi idea
kerjasama bagi menceriakan lagi makmal Sains. Guru-guru dialalukan
untuk menyumbang bahan atau informasi yang berguna untuk
menceriakan lagi makmal Sains.
7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat kaki kerusi di makmal Sains
yang rosak dan akan dihantar untuk dibaiki.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi


Disediakan oleh,

(NORWAHIDAH BT HASIM)
Setiausaha Panitia Sains

You might also like