You are on page 1of 21

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a) Alatan fizikal

Aktiviti 1

Bilangan murid keseluruhan 781- 400 (lelaki)


- 381 (perempuan)
Bilangan bilik darjah 20

Saiz kelas/jumlah murid dalam kelas 30-40 orang

Bilangan guru 39 - 10 (lelaki)


- 29 (perempuan)
Nama sekolah SK Puncak Alam 3,Lot 7664 Jalan Astana
Alam 13/2, 42300 Bandar Puncak Alam Sel
Kedudukan Luar Bandar

b) Suasana bilik darjah (Aktiviti 2)

10
PELAN KELAS

Sudut Am Papan Putih Sudut Am

T
I
MEJA RAK N
P BUK
GURU G
1 U K
A
T P
I
N
G L P P P L P
K L L P L L P T
A L L L L L P I
P N
G
K
T
P L P P L P A
I
P
N P L L P L P
G P L L P L P
K
L L L
A
P
T
I
P N
2 G
K
A
P
ALMA
TS MEJA MEJA RI
BACAAN BACAAN
S U D U T A M

PETUNJUK
L - Lelaki
P - Perempuan
TS - Tong Sampah
P1 - Pintu 1
P2 - Pintu 2
PELAN KELAS B

11
Sudut Am Papan Putih Sudut Am

TINGKAP

MEJA RAK BUKU


P1
GURU

TINGKAP

P L P L P L L P L
TINGKAP
L P P L P L L P L

L P L P L L P L L
TINGKAP

P L L L P L P P L

L L L L L L L L L

TINGKAP

P2

ALMARI TS

S U D U T A M

PETUNJUK
L - Lelaki
P - Perempuan
TS - Tong Sampah
P1 - Pintu 1
P2 - Pintu 2
1) NYATAKAN BAGAIMANA ALAT HASIL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DILETAKKAN DI KELAS DAN BAGAIMANA IA
DIGUNAKAN?

12
- Bagi kelas A alat hasil pembelajaran dan pengajaran diletakkan di sudut belakang
kelas. Ia diletakkan dan ditampal mengikut mata pelajaran. Murid akan membaca
bahan yang diletakkan sebagai panduan dan rujukan.
- Kelas B tiada sebarang alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan didalam
kelas, Guru hanya menggunakan papan putih dan membuat latihan yang ada di dalam
buku.

2) APAKAH BAHAN YANG MURID BOLEH GUNAKAN APABILA MEREKA


MEMERLUKAN?
- Bagi kelas A diletakkan bahan bacaan seperti komik kartun, majalah didik, latihan
didik dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan membantu murid yang memerlukan dan
secara tidak langsung ia dapat memupuk minat membaca di kalangan murid.
- Bagi kelas B pula tiada sebarang bahan yang boleh murid gunakan apabila mereka
memerlukan.

3) SEJAUH MANA PERGERAKAN MURID DIBENARKAN?


- Bagi kelas A dan B murid hanya dibenarkan duduk di tempat masing-masing semasa
waktu pembelajaran dan pengajaran. Ini adalah kerana untuk memudahkan murid
memberi tumpuan yang sepenuhnya sewaktu pembelajaran dan pengajaran
dijalankan. Sekiranya ada sesi soal jawab murid murid dibenarkan bangun atau ke
hadapan untuk menjawab. Murid juga akan dibenarkan keluar sekiranya mahu pergi
ke tandas.

4) KENAL PASTI CARA MANA MURID DILETAKKAN DALAM KUMPULAN?


- Murid diletakkan dalam kumpulan melalui beberapa ujian yang telah dijalankan.
Murid yang cemerlang akan ditempatkan di kelas A, diikuti murid yang sederhana di
kelas B, diikuti C dan D.
- Murid kelas A dan B yang lemah akan diletakkan di barisan hadapan agar mereka
boleh diberi lebih perhatian oleh guru supaya mereka tidak ketinggalan.

5) APAKAH PERBEZAAN YANG TERDAPAT PADA KEDUA-DUA KELAS?


- Perbezaan antara kedua-dua kelas ialah kelas A adalah kelas yang lebih kondusif dan
selesa berbanding kelas B yang tidak kondusif dan kurang selesa. Keadaan di dalam
kelas A juga lebih baik, kemas dan bersih berbanding kelas B yang kurang bersih dan
kemas. Selain itu, kelas A sangat ceria daripada kelas B yang agak suram dengan
keceriaan kelasnya.

6) APAKAH YANG MEMBUAT IANYA BERBEZA?

13
- Cara susun atur kelas telah membezakan antara kelas A dan B. Murid-murid di dalam
kelas A dan B juga adalah berbeza kerana Kelas A terdiri daripada murid yang pandai
manakala kelas B terdiri di kalangan murid yang sederhana. Bilangan murid didalam
kelas juga dalah berbeza.

1) Peraturan dan Disiplin sekolah

Aktiviti 3

1) APAKAH PERATURAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH?

WAKTU PERSEKOLAHAN

TAHAP HARI MASA


SATU ISNIN - SELASA 7.35 pagi 1.00 tengahari
RABU - KHAMIS 7.35 pagi 12.30 tengahari
(Tahun 1, 2, 3) JUMAAT 7.35 pagi 12.00 tengahari
DUA ISNIN - SELASA 7.35 pagi 1.30 tengahari

14
RABU - KHAMIS 7.35 pagi 1.00 tengahari
(Tahun 4, 5, 6)
JUMAAT 7.35 pagi 12.00 tengahari

- Murid mesti berada di sekolah lima minit sebelum waktu persekolahan bermula.
- Murid yang datang lewat tanpa sebab adalah menjadi satu kesalahan dan akan dicatat
namanya untuk dikenakan tindakan.
- Murid yang datang lewat perlulah melaporkan diri kepada Guru Besar / Guru yang
bertanggungjawab untuk mendapatkan slip kebenaran masuk ke kelas
- Slip kebenaran ini perlu ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar dan
seterusnya diserahkan kepada guru kelas
- Murid-murid tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah melainkan dengan kebenaran
bertulis daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan Pentadbiran / Guru Penolong
Kanan HEM / Penyelia Petang semasa waktu persekolahan
- Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak, ibu bapa/
penjaga murid tersebut mesti datang ke sekolah untuk menyerahkan surat tunjuk
sebab ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa / penjaga yang gagal berbuat
demikian akan menyebabkan anak jagaannya dianggap sebagai ponteng sekolah.
- Murid yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan
hendaklah mengisi borang di pejabat dan diserahkan kepada pengawal keselamatan.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah (lelaki)


BAJU
- Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek
- Baju perlu sentiasa dimasukkan kedalam seluar
- Butang baju perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4cm
dari pangkal leher
- Murid dilarang memakai kemeja T(T-shirt) dalam kemeja sekolahnya. Hanya singlet
putih tanpa corak sahaja dibenarkan untuk dipakai di dalam kemeja sekolah.
- Baju yang berjalur, jarang dan berlubang tidak dibenarkan
- Baju yang terlalu longgar atau ketat adalah dilarang. Segala bentuk peralatan
perhiasan tidak boleh diletakkan pada pakaian sekolah
- Murid lelaki islam digalakkan memakai baju melayu yang lengkap bersongkok pada
hari jumaat. Hanya songkok yang berwarna hitam sahaja dibenarkan
- Baju melayu perlu dimasukkan ke dalam sampin
- Butang baju melayu perlu dikancing sekurang-kurangnya 2 biji
- Baju melayu yang berkolar (cekak musang) sahaja dibenarkan

15
- Baju melayu murid hendaklah mempunyai satu poket yang terletak di sebelah dada
kiri
- Baju kemeja sekolah berkilat tidak dibenarkan

SELUAR
- Seluar bagi murid lelaki adalah seluar panjang warna biru kehitam-hitaman (dark
olive)
- Seluar potongan jeans dan berfesyen adalah tidak dibenarkan
- Seluar yang singkat, ketat, sempit terlalu longgar, berkaki lebar dan plit tidak melebihi
4. (2kiri 2 kanan)
- Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 16.5 inci atau 42 cm
- Poket yang bertampal tidak dibenarkan
- Sebarang pelekat atau tampalan hiasan pada seluar adalah dilarang
- Poket seluar tidak boleh melebihi 4. Dua bahagian sisi pinggang dan dua poket lagi
dibahagian belakang
- Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di sisi lutut
- Poket-poket tambahan selain yang disebutkan adalah tidak dibenarkan

TALI PINGGANG
- Sekiranya murid bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya
tidak besar atau berhias
- Lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5 cm
- Murid hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas yang berwarna biru kehitam-
hitaman dark olive tanpa corak

SONGKOK
- Songkok murid perlulah berwarna hitam gelap
- Murid lelaki islam adalah digalakkan memakai songkok pada hari jumaat

Pakaian seragam sekolah (permpuan)

PINAFORE TUNIC
- Pinafore tunic mesti berwarna biru turquoise dan labuhnya hendaklah sampai bawah
paras lutut

BLAUS
- Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus berjalur, jarang dan
berlubang tidak dibenarkan
- Butang blaus mesti dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4cm
dari pangkal leher

BAJU KURUNG DAN KAIN SARUNG


- Murid perempuan juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dank ain
sarung berwarna biru kehitaman

16
- Potongan baju kurung hendaklah jenis baju kurung johor. Labuh mesti ke paras lutut
- Baju kurung yang berkain jarang, nipis, berjalur dan berkilat tidak dibenarkan
- Baju kurung mesti sentiasa dikancing dengan butang putih. Kancing hendaklah
sentiasa dilekatkan
- Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali ketika di makmal atau di bengkel
- Camisole dan anak baju perlulah berwarna putih atau berwarna kulit (skin colour) dan
perlu dipakai
- Kain sarung hendaklah dipakai kemas. Disusun tepi, dan tidak melebihi paras buku
lali.
- Kain dalam perlu dipakai

MINI TELEKUNG ATAU TUDUNG


- Murid perempuan islam digalakkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat
tudung itu berbentuk segi tiga dua sama dan berwarna putih
- Mini telekung/tubdung bersulam atau berenda tidak dibenarkan
- Labuhnya melebihi paras bahu dan sesuai dengan ketinggian murid yang memakainya
- Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin pada mini telekung/tudung
- Anak tudung juga berwarna putih

KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

Kawasan sekolah
- Semua murid perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
- Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
- Murid-murid dilarang meludah di merata-rata tempat
- Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan
- Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah
- Jangan memijak rumput di kawasan-kawasan larangan tertentu

Bilik darjah
- Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah dan keselamatan
alatan di dalamnya
- Guru kelas memastikan kelas mempunyai jadual tugas, jadual waktu kelas, kedudukan
murid masing-masing, boring inventori dan laluan kecemasan semasa kebakaran.
- Segala kerosakan dilaporkan segera kepada guru kelas/bertugas.
- Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, perabot mesti disusun dengan teratur.
Lampu dan kipas ditutup suisnya.
- Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.
- Tidak dibenarkan berada didalam bilik darjah sebelum.masa rehat dan selepas
sekolah kecuali dengan kebenaran guru.
- Jangan menulis di papan hitam/whiteboard dan bermain-main tanpa kebenaran guru.
Bersihkan papan hitam/whiteboard setelah digunakan.

17
- Alatan di dalam bilik darjah tidak dibenarkan diubah kedudukannya tanpa kebenaran
guru.
- Kerusi meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan jangan diconteng.
- Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah.
- Ketua darjah/pengawas didalam bilik darjah harus menjaga ketenteraman dan
keselamatan harta benda terutama semasa ketiadaan guru.

Bilik-bilik khas
- Murid-murid perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah tentang kegunaan bilik-bilik khas
- Murid-murid perlu menghargai dan menjaga segala kemudahan yang disediakan oleh
pihak sekolah
- Semua sekolah hendaklah mencetak dan mempamerkan peraturan bagi bilik-bilik
khas di tempat yang mudah dilihat berdasarkan sekolah masing-masing mengikut
surat pekeliling ikhtisas Bil 9/1975

2) APAKAH CARA YANG DIGUNAKAN SUPAYA MURID TAHU AKAN


PERATURAN-PERATURAN TERSEBUT?

- Cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan tersebut ialah setiap murid
akan dibekalkan buku peraturan sekolah dan dikehendaki membaca dengan teliti.
Guru juga akan sentiasa mengingatkan murid akan peraturan tersebut semasa
perhimpunan mingguan sekolah. Selain itu murid juga akan tahu peraturan melalui
hebahan yang ditampal didalam kelas atau papan kenyataan. Disamping itu, guru akan
memberitahu kepada murid akan tindakan yang akan dilakukan sekiranya mereka
membuat kesalahan dan secara tidak langsung mereka akan tahu peraturan dan
tindakan sekolah sebelum mereka di hukum.

3) BUAT PEMERHATIAN BAGAIMANA IANYA DITANGANI DI SEKOLAH?

- Masalah disiplin adalah tanggungjawab bersama warga sekolah akan tetapi guru
disiplin adalah orang yang bertanggungjawab mengendaliakan sesuatu masalah
dengan teratur. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, di dapati pada peringkat
awal suatu kesalahan disiplin akan dikendalikan oleh ketua pelajar atau pengawas,
sekiranya tidak berkesan ia akan diambil alih oleh guru yang bertugas dan jika tidak
dapat ditangani juga ia akan diuruskan oleh guru disiplin. Seterusnya, murid tersebut
akan berhadapan dengan guru disiplin dan mereka akan dikenakan amaran dan
seandainya tidak berkesan ia akan dikenakan denda yang setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan. Jika murid tersebut mengulangi kesalahan yang telah dilakukan guru

18
disiplin akan memanggil ibu-bapa murid tersebut dan sekiranya murid membuat
kesalahan lagi mereka boleh digantung atau dibuang sekolah mengikut kesalahan
yang dilakukan.

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

Aktiviti 4

GURU A

Pengajaran yang dibuat pemerhatian: 4 Amanah

Umur murid: 10 tahun

1) BAGAIMANAKAH MURID MEMBERI TUMPUAN?


- Murid memberi tumpuan dan perhatian dengan baik di dalam kelas bermula dengan
membaca doa, syahadah, rukun iman dan islam. Mereka akan membaca bersama-
sama. Selesai membaca doa semua murid senyap menunggu arahan seterusnya
daripada guru bertugas.

19
2) BAGAIMANAKAH PENGLIBATAN MURID DALAM PERBINCANGAN?
- Penglibatan murid dalam perbincangan baik, pelajar memberikan kerjasama dan akan
bertanya sekiranya tidak faham atau menghadapi apa-apa masalah. Murid juga aktif
untuk menjawab soalan-soalan daripada guru.

3) BAGAIMANKAH GURU MEMBERIKAN PENEKANAN DALAM


PENGAJARAN?
- Guru akan mengajar murid dengan bersungguh-sungguh sehingga murid betul-betul
faham apa yang diajar. Guru akan menjelaskan dengan menguatkan suara dan
mengulang beberapa kali pada perkara-perkara yang penting.

4) ADAKAH SESUATU ARAHAN ITU DIBERI DENGAN JELAS? TERANGKAN?


- Ya.
- Arahan diberikan dengan jelas kerana guru menggunakan bahasa yang mudah dan
ringkas. Guru juga akan mengulang sebanyak 3 kali atau lebih agar murid dapat
memahami dan mendengar serta mengingat dengan baik dan dapat bertindak
mengikut arahan yang diberikan.

5) BAGAIMANAKAH ARAHAN DIBERIKAN KEPADA MURID SUPAYA


MENJALANKAN TUGAS DENGAN EFEKTIF?
- Arahan diberikan dengan jelas dan diberi penekanan agar murid menyiapkan tugasan
dengan baik. Sebagai contoh, guru menulis soalan di papan putih dan murid
hendaklah menyalin soalan dengan cepat sebelum soalan tersebut dipadam. Selain itu,
guru memberi arahan dengan ringkas tetapi disertai dengan kata-kata motivasi agar
murid menjadi lebih bersemangat untuk menjalankan tugasan yang diberi.

6) BAGAIMANAKAH CARA GURU MENGENDALIKAN MASALAH DISIPLIN


DAN KEADAAN SEMASA MURID TELAH SIAP TUGASAN/TIDAK ADA
TUGASAN?
- Guru akan memberi sedikit nasihat, peringatan dan motivasi kepada murid supaya
sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Guru juga menekankan disiplin sebagai seorang
murid terutamanya ketika berada di dalam kelas seperti sentiasa memberi tumpuan
ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak membuat bising didalam kelas dan
sebagainya.

7) BAGAIMANAKAH GURU MENYEDIAKAN MURID DARI SATU AKTIVITI


KEPADA AKTIVITI YANG LAIN?

20
- Sebelum berpindah kepada aktiviti lain guru akan memastikan semua murid betul-
betul faham apa yang diajar. Kemudian Guru akan memberitahu dan menegaskan
kepada murid bahawa akan beralih ke aktiviti lain yang seterusnya. Guru juga akan
memberi ruang kepada murid untuk menyedari perubahan dari satu aktiviti ke aktiviti
yang lain.

8) BAGAIMANAKAH GURU MENYEDIAKAN MURID SUPAYA MENYIAPKAN


TUGASAN YANG DIBERI?
- Guru menyuruh pelajar menyalin soalan di papan putih dan guru akan meminta semua
murid menghantar tugasan yang diberi sebelum tamat masa pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru memberi tugasan bersama contoh jawapan agar murid
mudah untuk memahami dan menyiapkan tugasan dengan cepat.

9) BAGAIMANAKAH GURU MENAMATKAN PENGAJARANNYA?


- Guru akan mengulang semula apa yang di ajar dari awal hingga akhir secara rumusan
serta menyoal murid secara rambang. Guru juga akan menyuruh murid menyiapkan
latihan yang tidak siap sebagai kerja rumah dan mengumpul buku latihan bagi murid
yang telah siap untuk disemak.

GURU B

Pengajaran yang dibuat pemerhatian: 3 Cekal

Umur murid: 9 tahun

1) BAGAIMANAKAH MURID MEMBERI TUMPUAN?


- Murid kurang memberi tumpuan penuh kerana ada antara murid yang masih bermain
dan bercakap sesama sendiri semasa guru masuk kelas dan ketika membaca doa untuk
memulakan pembelajaran dan pengajaran.

2) BAGAIMANAKAH PENGLIBATAN MURID DALAM PERBINCANGAN?


- Penglibatan murid dalam perbincangan kurang aktif kerana murid kurang memberi
kerjasama untuk menjawab soalan daripada guru. Murid lebih banyak berdiam diri
dan hanya segelintir yang bertanya apabila mereka tidak faham. Murid juga agak
lambat untuk memahami pelajaran dengan baik.

3) BAGAIMANAKAH GURU MEMBERI PENEKANAN DALAM PENGAJARAN?

21
- Guru memberi penekanan dalam pengajaran dengan menguatkan suara dan
mengulang lebih dari 3 kali pada perkara yang penting. Guru juga memanggil nama
murid secara rawak dan menyuruh murid mengulangi apa yang diajar oleh guru. Guru
akan memastikan semua murid menumpukan perhatian yang sepenuhnya dan
memahami apa yang diajar. Guru juga menggunakan alat bantu mengajar (ABM)
untuk menarik minat murid.

4) ADAKAH SESUATU ARAHAN ITU DIBERI DENGAN JELAS? TERANGKAN?


- Ya
- Arahan yang diberi adalah jelas kerana guru menggunakan bahasa yang mudah untuk
difahami dan akan menguatkan suara serta mengulang lebih dari 3 kali agar murid
dapat bertindak mengikut arahan yang betul dan mendengar arahan dengan baik.
5) BAGAIMANAKAH ARAHAN DIBERIKAN KEPADA MURID SUPAYA
MENJALANKAN TUGAS DENGAN EFEKTIF?
- Arahan diberikan dengan jelas dan diberi penekanan agar murid menyiapkan tugasan
dengan baik. Sebagai contoh, guru menulis soalan di papan putih dan murid
hendaklah menyalin soalan dengan cepat sebelum soalan tersebut dipadam. Guru juga
akan mengumpul latihan dan menyemak terus dihadapan murid itu sendiri.

6) BAGAIMANAKAH CARA GURU MENGENDALIKAN MASALAH DISIPLIN


DAN KEADAAN SEMASA MURID TELAH SIAP TUGASAN/TIDAK ADA
TUGASAN?
- Guru akan memberi sedikit nasihat, peringatan dan motivasi kepada murid supaya
sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Guru juga menekankan disiplin sebagai seorang
murid terutamanya ketika berada didalam kelas seperti sentiasa memberi tumpuan
ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak membuat bising didalam kelas dan
sebagainya.

7) BAGAIMANAKAH GURU MENYEDIAKAN MURID DARI SATU AKTIVITI


KEPADA AKTIVITI YANG LAIN?
- Sebelum berpindah kepada aktiviti lain guru akan memastikan semua murid betul-
betul faham apa yang diajar. Kemudian Guru akan memberitahu dan menegaskan
kepada murid bahawa akan beralih ke aktiviti lain yang seterusnya. Guru juga akan
memberi ruang kepada murid untuk menyedari perubahan dari satu aktiviti ke aktiviti
yang lain.

8) BAGAIMANAKAH GURU MENYEDIAKAN MURID SUPAYA MENYIAPKAN


TUGASAN YANG DIBERI?

22
- Guru menyuruh pelajar menyalin soalan di papan putih dan guru akan menyemak
terus latihan yang diberi di hadapan murid itu sendiri. Selain itu guru juga memberi
amaran akan mengenakan denda sekiranya murid tidak menyiapkan tugasan agar
mereka takut dan akan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Guru juga
akan menyediakan soalan beserta contoh jawapan untuk memudahkan murid.

9) BAGAIMANAKAH GURU MENAMATKAN PENGAJARANNYA?


- Guru akan mengulang semula apa yang di ajar dari awal hingga akhir serta menyoal
Murid secara rawak. Guru juga akan menyuruh murid menyiapkan latihan yang tidak
siap sebagai kerja rumah dan mengumpul buku latihan bagi murid yang telah siap
untuk disemak.

b) kemahiran mengajar dan strategi pengajaran

Aktiviti 5

1) PENGGUNAAN SOALAN

menggunakan bahasa yang mudah difahami murid


Meminta murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan
Menyebut nama murid kemudian tanya soalan
Tanya soalan dahulu dan kemudian menyebut nama murid untuk menjawab

2) MEMBERI PENERANGAN

Mengulang beberapa kali


Menerangkan dengan suara yang kuat dan jelas
Datang ke setiap tempat duduk murid yang sederhana dan menerangkan dengan
lebih jelas.

3)PERGERAKAN PENYAMPAIAN DALAM PENGAJARAN

Berjalan-jalan (tidak duduk 1 tempat sahaja)


Menggunakan bahasa badan yang sesuai dengan tajuk (body language)

4)PENGGUNAAN ALATAN

Menggunakan papan putih


Menggunakan buku latihan yang sedia ada

23
Menggunakan alat bantu mengajar (ABM) seperti kad imbasan,gambar, permainanan
dan lain-lain

5)RESPONS KEPADA KERJA MURID

Menyemak tugasan murid yang telah siap


Guru membetulkan kesalahan yang dibuat oleh murid dan memberi komen yang
membina
Memuji hasil kerja murid yang telah diselesaikan
Memberi sedikit hadiah pada murid yang bagus

6)PENGGUNAAN SUARA DAN EYE CONTACT

Suara kuat dan jelas dalam penyampaian


Eye contact rambang. (menyeluruh) untuk memastikan murid sentiasa memberi
tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

7)PERGERAKAN BADAN

Guru menggunakan lenggok badan yang sesuai dalam penyampaian atau menegaskan
sesuatu
Guru banyak berdiri dan berjalan di dalam kelas

Aktiviti 6

HASIL DARIPADA PEMERHATIAN ANDA. TERANGKAN SECARA RINGKAS


APAKAH KEKUATAN DAN KELEMAHAN,PERSAMAAN DAN KELAINAN YANG
TERDAPAT DALAM DUA SITUASI TERSEBUT?

kekuatan
- Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas 4A ialah murid memberi tumpuan yang
baik dan belajar dalam suasana yang hidup walaupun alat bantu mengajar (ABM)
terhad. Ini adalah kerana murid di dalam kelas ini terdiri dikalangan murid yang
pintar.
- Bagi kekuatan kelas 3C pula penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai
dapat membantu dan menarik pelajar menumpukan tajuk yang di ajar. Penggunaan

24
alat bantu mengajar (ABM) amat diperlukan dan sesuai digunakan untuk pelajar yang
lemah agar mereka berasa seronok untuk belajar.

Kelemahan
- Kelemahan kelas 4A ialah tiada penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, jumlah pelajar yang ramai
menyebabkan ada yang mengambil kesempatan berbual-bual dan berjalan tanpa
pengetahuan guru.
- Kelemahan kelas 3C pula ialah kawalan kelas lemah, murid mengambil kesempatan
untuk bermain dan berjalan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini kerana
kelas ini terdiri daripada murid yang lemah.

Persamaan
- Persamaan antara kedua-dua kelas ialah guru menggunakan bahasa yang mudah
difahami dalam pengajaran dan pembelajaran samada semasa memberi keterangan,
arahan, tugasan, latihan dan sebagainya. Guru juga akan menguatkan suara dan
mengulang beberapa kali pada perkara yang penting agar murid dapat faham dengan
jelas.
Perbezaan
- Guru di kelas 4A kurang menggunakan alat bantu mengajar (ABM), ini adalah kerana
kelas 4A adalah terdiri dikalangan pelajar yang pandai dan mereka lebih mudah untuk
memahami tajuk yang diajar, manakala kelas 3C lebih banyak menggunakan alat
bantu mengajar (ABM) kerana kelas ini terdiri daripada murid yang agak lemah
dalam pembelajaran. Alat bantu mengajar (ABM) amat diperlukan bagi kelas 3C
untuk menarik minat murid dan mudah untuk memahami tajuk yang diajar.

Melalui pemerhatian ini didapati bahawa guru berperanan menjadikan proses P&P dapat
dijalankan dengan baik. Guru mestilah bijak menguasai psikologi murid-murid untuk
menarik minat mereka untuk belajar dan untuk mengawal kelas dengan baik. Cara
penyampaian P&P juga adalah berbeza mengikut tahap kepandaian murid-murid kerana
murid yang lemah agak lambat untuk menerima berbanding murid yang pandai. Selain
itu, alat bantu mengajar (ABM) adalah salah satu cara yang baik untuk digunakan semasa
P&P dijalankan kerana ia dapat menarik minat murid untuk belajar dan mereka akan
berasa gembira dan seronok.

25
KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

- Kemudahan fizikal dan peralatan di sekolah belum ada kerana sekolah ini merupakan
sekolah yang baru dibuka pada januari 2011, akan tetapi semua kemudahan ini sedang
diusahakan secepat mungkin oleh pihak berkenaan dalam jangkamasa terdekat ini
untuk keperluan dan kemudahan guru, murid dan sekolah sendiri. Antara kemudahan
fizikal dan peralatan yang diusahakan untuk sekolah ini adalah seperti berikut:
1. Bilik tayang
2. Bilik j-QAF
3. Bilik kemahiran hidup
4. Bilik kesihatan
5. Bilik kaunseling
6. Bilik alat bantu mengajar
7. Perpustakaan
8. Makmal komputer
9. Makmal Sains
10. Bilik sukan
11. Bilik operasi buku
12. Bilik pengawas
13. Bilik persalinan

TUGASAN

26
APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA
PENGAJARAN BERKESAN DAN SETERUSNYA MENDORONG MURID UNTUK
BELAJAR DENGAN BAIK

kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar


dengan Sekolah merupakan satu institusi penting dalam membentuk perkembangan
dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu,
persekolahan yang berorganisasi perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak
kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang
berkaitan dengan moral. Peranan Guru dalam pembentukan pembangunan masyarakat
dan negara adalah amat penting dan tidak dapat diukur dengan nilai wang. Ini di
sebabkan pemimpin negara yang ada sekarang ini dilahirkan oleh guru pada masa
lepas dan peminpin masa depan akan di lahirkan oleh guru pada masa sekarang ini.
Faktor-faktor yang boleh menyumbang baik ialah bergantung pada peranan dan
tanggungjawab seorang guru. Ini adalah kerana golongan guru merupakan anggota
sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program
pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah
sekolah amat penting dan berat terutama dari segi pencapaian dan matlamat sekolah.

Berdasarka pemerhatian dan pengalaman yang telah saya perolehi semasa


Minggu Orentasi Sekolah (MOS), dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor yang boleh
menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk
belajar dengan baik ialah kualiti pengajaran, guru merancang pembelajaran murid
didalam kelas mengikut strategi pengajaran yang sesuai dan efektif iaitu guru
berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menyediakan alat bantu
mengajar (ABM) dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk memudahkan murid memahami sesuatu tajuk yang diajar dan ia secara tidak
langsung dapat menarik minat murid untuk belajar terutamanya pada murid yang
sederhana dan lemah. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan tahap kebolehan
murid menerima pelajaran atau aras pelajaran. Ini adalah penting untuk
mengenalpasti strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap keupayaan murid-murid. Sekiranya guru dapat mengenalpasti tahap

27
keupayaan murid, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik
dan efektif mengikut rentak murid, dengan ini murid akan dapat menerima dan
memahami tajuk yang diajar tanpa rasa tertekan, murid juga akan rasa diberi perhatian
dan seterusnya akan mendorang murid untuk belajar dengan baik.

Disamping itu, faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran


berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik ialah bimbingan
daripada guru, iaitu sokongan, dorongan, motivasi kepada murid supaya sentiasa
belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan murid, mengumpulkan
murid mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap. Ini secara
tidak langsung boleh memberi semangat dan keyakinan murid untuk belajar mencapai
kejayaan yang cemerlang. Dengan kata lain pengajaranpembelajaran yang berkesan
merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan dan
dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dan lain-lain.

Antara faktor lain, suasana persekitaran sekolah dan kelas juga adalah
menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid
untuk belajar dengan baik. Sekiranya suasana persekitaran sekolah ceria dan
menyenangkan murid akan sentiasa rajin untuk pergi sekolah dan belajar, ini
termasuklah penampilan guru sendiri. Sebagai contoh, terdapat segelintir murid tidak
mahu ke sekolah untuk belajar kerana takut dengan Guru yang garang dan
sebagainya. Oleh itu, hubungan yang baik antara guru dan murid serta suasana
persekitaran yang ceria adalah penting untuk mencapai pengajaran yang berkesan
serta mendorong murid untuk belajar dengan baik.

Susun atur kedudukan meja di dalam kelas juga mempengaruhi pengajaran


berkesan kerana sekiranya kedudukan di dalam kelas padat iaitu murid yang ramai
sehingga mencapai hampir 40 orang murid, pengajaran dan pembelajaran tidak akan
dapat dijalankan dengan baik kerana guru tidak dapat memberi perhatian penuh pada
setiap pelajar terutamanya pada murid yang lemah. Susun atur meja juga hendaklah
mengikut keselesaan murid agar mereka selesa dan sentiasa bersemangat untuk
belajar. Sebagai contoh, susun atur meja yang terdapat di sesetengah kelas di sekolah
ini ialah ia disusun mengikut kelompok kumpulan. Pada pendapat saya keadaan ini
akan menyukarkan murid untuk memberi tumpuan dengan baik kerana murid akan
mudah untuk bersembang sesama rakan kerana kedudukan yang terlalu hampir. Bagi

28
membolehkan pengajaran dan pembelajaran itu berkesan, saya berpendapat
penyusunan kedudukan yang baik ialah kedudukan murid secara berpasangan berdua
atau bertiga, secara tidak langsung eye contact antara guru dan murid akan mudah
kerana kedudukan yang setentang berbanding duduk berkumpulan.Secara
keseluruhannya penyusunan kedudukan susun atur meja di dalam bilik darjah
hendaklah sentiasa ceria dan menyenangkan untuk menghasilkan pengajaran berkesan
dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik.

Disiplin dan peraturan sekolah juga merupakan faktor yang penting untuk
pengajaran berkesan serta mendorong murid untuk belajar dengan baik. Ini adalah
kerana disiplin akan membentuk diri murid untuk lebih berjaya dalam apa jua keadaan
samada semasa di dalam kelas, sekolah, rumah dan sebagainya. Murid yang
berdisiplin akan sentiasa memberi tumpuan yang baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
murid.

Selain itu, faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan


dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik ialah kemahiran Guru
mengajar dan memahami murid iaitu cara guru menarik minat murid untuk belajar.
Guru Hendaklah memahami sikap murid dengan baik. Guru juga hendaklah sentiasa
memberikan respon yang baik pada tugasan yang telah disiapkan oleh murid, sebagai
contoh guru hendaklah memuji dan memberikan komen yang membina pada tugasan
yang telah disiapkan murid. Guru juga boleh memberikan sedikit hadiah pada murid
yang berjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan cemerlang akan tetapi guru tidak
boleh memiggirkan murid yang lemah. Berdasarkan pemerhatian, didapati murid akan
menjadi lebih bersemangat untuk belajar sekiranya mereka diberi hadiah dan lain-lain.
Ini kerana mereka akan bersaing dengan rakan-rakan lain untuk mendapat hadiah.
Disamping itu, murid akan rasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru-guru, ini
semua akan mendorong murid untuk terus belajar dengan baik.

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat beberapa


faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya
mendorong murid untuk belajar dengan baik. Antara faktor- faktornya ialah kualiti
pengajaran guru iaitu strategi guru untuk mengajar, bimbingan, sokongan, dorongan
dan motivasi guru kepada murid-murid, suasana persekitaran sekolah dan bilik darjah,
susun atur kedudukan murid dan meja, disiplin dan peraturan sekolah dan kemahiran

29
guru memahami sikap murid-murid. Faktor-faktor ini akan menyumbang kepada
pengajaran berkesan dan akan mendorong murid untuk belajar dengan baik. Melalui
pengetahuan dan pengalaman ini akan saya gunakan dengan baik untuk menjadi
seorang Guru yang cemerlang dalam mendidik anak bangsa dan Negara.

Lampiran
30

You might also like