Kertas 1 2 Set 2

You might also like

You are on page 1of 22

Tasawwur Islam kertas 1 & 2

Soalan Latih Tubi set 2

Tasawwur
Islam Nama Pelajar :
Latih Tubi
Set 2 Tingkatan :
Kertas 1
2008
11/4 Jam

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008


SET 2

TASAWWUR ISLAM

Kertas 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Untuk Kegunaan Pemeriksa


Bahagian A dan Bahagian B
Bahagian Markah
2. Jawab semua bahagian

3. Bahagian A mengandungi 20 soalan. Jawab


setiap soalan dengan menghitamkan ruangan A 20
yang betul dihalaman belakang dalam kertas
soalan ini.
B 20
4. Bahagian B mengandungi 20 soalan Jawapan
anda hendaklah ditulis pada ruangan
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan
ini. JUMLAH 40

5. Anda dinasihatkan mengambil masa 30 minit


untuk menjawab soalan Bahagian A dan 45
minit untuk Bahagian B

345312679.doc 0
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Allah s.w.t. sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir alam.

1. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada pengertian:-

A Uluhiyyah
B Rububiyyah
C Asmaul Husna
D Asma Wa Sifat

2. Antara sifat wajib bagi para rasul ialah:

A al-Kizbu
B Al-Kitman
C al-Fatonah
D al-Baladah

3. Berikut adalah peranan rasul untuk membimbing manusia, kecuali:-

A Mengajar perkara-perkara ilmu ghaib


B Menyeru manusia melakukan segala larangan Allah
C Menyampaikan segala perintah Allah kepada manusia
D Menunjukkan cara kehidupan beragama yang sebenarnya

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Nutfah?

A Fetus
B Segumpal darah (zigot)
C Seketul daging (embrio)
D Air mani (sperma/ovum)

5. Berikut ialah faedah mempercayai alam ghaib kecuali:-

A Seseorang itu tidak melakukan kerosakan di muka bumi


B Seseorang itu tidak melakukan ibadat secara istiqamah
C Seseorang itu tidak meneruskan pergaduhan sesama manusia
D Seseorang itu tidak akan melakukan maksiat dan kemungkaran

345312679.doc 1
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Dianugerahkan hanya kepada Nabi dan Rasul sahaja

Merupakan satu keistimewaan dan kelebihan


A
Tidak melakukan sebarang dosa kecil dan besar

6. Berdasarkan pernyataan di atas A merujuk kepada

A mukjizat
B maunah
C maksum
D makrifah

Harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.


kepada hambaNya untuk dimanfaatkan.

7. Pernyataan di atas merujuk kepada

A hak milik
C hak kekal
D hak pemilik
B hak sementara

Disisih oleh masyarakat


Merugikan sumber tenaga kerja
Kuasa membeli rakyat berkurangan
Menimbulkan masalah jenayah dan sosial

8. Pernyataan di atas merujuk kepada:

A masalah inflasi
B masalah kemiskinan
C implikasi tiada pekerjaan
D kesan kemerosotan ekonomi

9 Berikut adalah cara-cara memelihara alam daripada kemusnahan kecuali

A mengekalkan habitat haiwan


B memelihara keindahan sungai
C merancang strategi pembangunan
D menggalakkan penebangan hutan belantara

345312679.doc 2
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Tidak wujud penipuan


X Adil kepada semua pihak
Reda antara kedua belah pihak

10. X di atas berkenaan dengan...

A matlamat muamalah Islam


B ciri-ciri muamalah Islam
C etika muamalah Islam
D konsep at-Taawun

11. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan konsep at-taawun dalam muamalah Islam
kecuali:-

A melahirkan semangat ingin bersaing


B memupuk semangat tolong-menolong
C membantu individu yang dalam kesusahan
D membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan

12. Bukti kebenaran wahyu ialah

A membawa rahmat kepada umat Islam


B terjamin daripada sebarang pemalsuan
C diturunkan kepada nabi dan rasul yang terpilih
D hanya diturunkan untuk Nabi Muhammad S.A.W.

13. Berikut adalah sumber-sumber perundangan Islam mengikut keutamaan

A Al-Quran, Al-Hadis, Al-Qias, Al-Ijmak


B Al-Quran, Al-Ijmak, Al-Hadis, Al-Qias
C Al-Quran, Al-Hadis, Al-Ijmak, Al-Qias
D Al-Quran, Al-Ijmak, Al-Qias, Al-Hadis

Rajah di bawah mengenai perlakuan penyelesaian masalah.

P Niat Keazaman

Perlakuan penyelesaian masalah

Tindakan Muhasabah

14. P dalam petak di atas adalah

A punca
B amalan
C tawakal
D tawaduk

345312679.doc 3
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Lengkap dan sesuai


Mendidik jiwa manusia
Kekal hingga hari akhirat
Memelihara keselamatan masyarakat dan negara

15. Pernyataan di atas ialah berkaitan dengan

A etika perundangan Islam


B ciri-ciri perundangan Islam
C matlamat perundangan Islam
D keunggulan perundangan Islam

16. Peranan harta adalah sebagai alat untuk

I manusia hidup lebih selesa


II memudahkan manusia beribadat
III merapatkan hubungan sesama manusia
IV membolehkan manusia membina kekayaan

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

17. Pencerobohan harta berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:-

I ingin hidup mewah dalam masa yang singkat


II ingin memenuhi tuntutan nafkah keluarga
III tamak dengan kemewahan dunia
IV memandang ringan ajaran Islam

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

18. Manakah antara berikut adalah langkah-langkah meningkatkan kualiti kerja dalam Islam.

I Menepati sasaran kerja


II Sentiasa bekerja melebihi masa
III Membuat perancangan yang rapi
IV Menilai hasil dan membaiki kelemahan

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

345312679.doc 4
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

19. Ciri-ciri wahyu ialah

I tidak berubah
II dimiliki oleh semua manusia
III menerangkan perkara samiyyat
IV disampaikan kepada Nabi dan Rasul

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

20. Susunkan peringkat penurunan wahyu berikut dengan betul

i Allah
ii Rasulullah
iii Baitul Izzah
iv Luh Mahfuz

A I II III IV
B I III IV II
C I IV III II
D I II IV III

345312679.doc 5
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

BAHAGIAN B
(20 markah)

Soalan 21 hingga 24

Tentukan istilah yang bersesuaian dengan berpandukan pernyataan yang diberi.

A B C D
Kubur/Barzakh Kiamat Mizan Syurga

21. Tempat yang indah dan dipenuhi dengan keseronokan_________________

22. Timbangan untuk menghitung amalan manusia sama ada baik atau
buruk______________

23. Hari kemunsahan alam __________________

24. Tempat sementara menunggu ketibaan hari kiamat_________________

Soalan 25 hingga 28

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan (W,X,Y,Z) pada ruang yang disediakan.

W Qadha X Fikah

Y Ijtihad Z Fatwa

Untuk
kegunaan Pernyataan Jawapan
Pemeriksa

1 25. Kefahaman tentang hukum-hukum yang terdapat dalam Islam

Keputusan yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan hujah dan


1 26.
bukti

Sebarang hukum yang diputuskan oleh Majlis Fatwa berkaitan


1 27.
masalah semasa

Usaha bersungguh-sungguh bagi penetapan hukum berdasarkan Al-


1 28.
Quran dan Al-Hadis

345312679.doc 6
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Soalan 29 hingga 32

Untuk
Kegunaan
Lengkapkan pernyataan berikut
Pemeriksa

29. Fahaman _____________ ialah fahaman yang menolak hadis 1

30. ________________ dan hadis tidak boleh dipisahkan 1

31. Menolak Al-Quran dan Al-Hadis akan membawa kepada 1


________________

32. Antara kepentingan hadis ialah ___________________ hukum- 1


hukum yang terdapat nasnya dalam Al-Quran

Soalan 33 hingga 36

Nyatakan hukuman bagi kesalahan berikut:

Kesalahan Jenis Hukuman

33. Membunuh manusia

34. Mencuri

35. Minum arak

36. Orang yang belum berkahwin melakukan zina

345312679.doc 7
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Soalan 37 hingga 40

Tandakan () pada pernyataan yang betul


Tandakan (X) pada pernyataan yang salah

Untuk
kegunaan
Pernyataan Jawapan
Pemeriks
a
Setiap ibadat dilakukan mengikut kemampuan membuktikan Islam
37.
1 sesuai bagi semua manusia.

Kesederhanaan Islam dalam aspek ibadat ialah tidak meringankan


1 38.
dan tidak membebankan umatnya.

Kewajipan yang penting bagi orang Islam ialah ibadat fardu ain
39.
1 sahaja

40. Islam tidak memaksa seseorang individu untuk memeluk agamanya


1

345312679.doc 8
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

KERTAS JAWAPAN

Bahagian A

11 A B C D
1 A B C D

2 A B C D 12 A B C D

3 A B C D 13 A B C D

4 A B C D 14 A B C D

5 A B C D 15 A B C D

6 A B C D 16 A B C D

7 A B C D 17 A B C D

8 A B C D 18 A B C D

9 A B C D 19 A B C D

10 A B C D 20 A B C D

BAHAGIAN A

345312679.doc 9
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Tasawwur
Islam
Latih Tubi
Kertas 2
Set 2
2008
2 jam

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008


SET 2

TASAWWUR ISLAM

Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Latih Tubi 2008 Hak Cipta JAPIM

345312679.doc 10
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

[ 100 markah ]

Jawab lima soalan.


Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana empat soalan yang lain.

1 (a) (i) Nyatakan pengertian Rububiyyah? (2 markah)

(ii) Jelaskan dua konsep Rububiyyah? (4 markah)

(b) (i) Nyatakan dua perbezaan antara wahyu dan akal. (4 markah)

(ii) Huraikan dua cara bersyukur dikurniakan akal oleh Allah


S.W.T. (4 markah)

(c) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengaruh luar? (2 markah)

(ii) Nyatakan dua ciri pengaruh luar yang bertentangan dengan


Islam. (4 markah)

2 (a) (i) Nyatakan dua prinsip syumuliyyah. (4 markah)

(ii) Terangkan dua aspek syumuliyyah dalam bidang pergaulan


(sosial) (4 markah)

(b) (i) Nyatakan maksud waqiiyyah. (2 markah)

(ii) Nyatakan dua bukti bahawa agama Islam bersifat praktikal.


(4 markah)

(c) (i) Senaraikan dua kelebihan sifat murunah. (4 markah)

(ii) Nyatakan contoh murunah dalam kehidupan. (2 markah)

3 (a) (i) Nyatakan dua matlamat Negara Islam. (4 markah)

(ii) Senaraikan dua ciri Negara Islam. (4 markah)

(iii) Terangkan dua sebab-sebab pemimpin perlu


bertanggungjawab. (4 markah)

(b) (i) Huraikan dua kriteria kelayakan seseorang untuk menjadi


hakim. (4 markah)

(ii) Terangkan dua kepentingan dan keistimewaan institusi


kehakiman. (4 markah)

345312679.doc 11
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

4 (a) (i) Jelaskan pengertian harta menurut Islam. (2 markah)

(ii) Nyatakan dua sebab Islam menyuruh umatnya mencari harta


secara halal. (4 markah)

(b) (i) Jelaskan kebaikan bekerja menurut Islam. (2 markah)

(ii) Jelaskan jenis-jenis pekerjaan yang digalakkan di dalam


Islam. (4 markah)
(c) (i) Apakah maksud muamalah menurut Islam? (2 markah)

(ii) Nyatakan amalan-amalan muamalah yang tidak sah menurut


Islam. (6 markah)

5 (a) (i) Jelaskan dua kepentingan perundangan Islam. (4 markah)

(ii) Jelaskan dua perbezaan sistem perundangan Islam dengan


sistem perundangan manusia. (4 markah)

(b) (i) Nyatakan maksud ibadat khusus dan ibadat umum beserta
contoh. (4 markah)

(ii) Huraikan dua cara meningkatkan kualiti ibadat. (4 markah)

(c) Jelaskan dua keistimewaan institusi kekeluargaan Islam. (4 markah)

6 (a) (i) Nyatakan matlamat penyelesaian masalah menurut Islam.


(4 markah)

(ii) Senaraikan sumber-sumber penyelesaian masalah menurut


Islam. (4 markah)

(b) (i) Jelaskan bukti-bukti bahawa Islam mampu menyelesaikan


segala permasalahan ummah. (4 markah)

(ii) Senaraikan langkah-langkah penyelesaian masalah menurut


Islam. (4 markah)

(c) Nyatakan ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam. (4 markah)

345312679.doc 12
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

7 (a) (i) Senaraikan ciri-ciri khalifah yang mempunyai kepimpinan yang


unggul dan karismatik. (4 markah)

(ii) Rakyat mempunyai tanggungjawab tertentu terhadap


negaranya.
Nyatakan tanggungjawab tersebut. (4 markah)

(b) (i) Tanggungjawab sosial penting bagi menjamin keharmonian


sesebuah masyarakat. (4 markah)
Jelaskan implikasi sekiranya tanggungjawab sosial ini
diabaikan.

(c) (i) Jelaskan maksud hukum wajib dan sunat. (4 markah)

(ii) Nyatakan dua hikmah penentuan hukum sunat. (4 markah)

SOALAN TAMAT

345312679.doc 13
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A

1.
Tasawwur B 5. B 9. D 13. C 17. C
2.
Islam C 6. C 10. B 14. C 18. B
Latih Tubi B
3. 7. A 11. A 15. D 19. C
4. 2 D
Kertas 8. C 12. B 16. A 20. C
Set 2
2008
BAHAGIAN B

21. Syurga
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
22. Mizan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
23. Kiamat
24. Alam kubur/ Alam Barzakh
SKIMA LATIH TUBI 2008
25. X : Fikah
26. Z : Fatwa SET 2
27. W : Qadha
28. Y : Ijtihad
29. Anti Hadis
30. Al-Quran
31. Kufur
32. Menjelaskan
33. Bunuh balas
34. Potong tangan
35. Sebat 40 kali sebatan
36. Sebat 100 kali sebatan
37.
38. SKIMA
39. X
40. TASAWWUR ISLAM

SET 1 2008

Kertas 2

345312679.doc 14

Latih Tubi 2008 Hak Cipta JAPIM


Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Nombor
Skima Pemarkahan Markah
Soalan
1 (a) (i) Rububiyyah ialah keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak (1 isi X 2 m)
bahawa Allah SWT yang mentadbirkan semua benda dan [2 markah]
perkara di dunia ini.

345312679.doc 15
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Nombor
Skima Pemarkahan Markah
Soalan

(ii) Dua konsep Rububiyyah ialah: (2 isi X 2m)


1. Allah SWT Pencipta, Pemilik dan Pentadbir Alam. [4 markah]
2. Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi

(b) (i) Dua perbezaan antara wahyu dan akal ialah: (2 isi X 2 m)
Wahyu Akal [4 markah]
1. Wahyu disampaikan 1. Akal ialah anugerah Allah
kepada Nabi dan Rasul kepada semua manusia
2. Kebenaran wahyu adalah 2. Kebenaran akal bersifat
mutlak relatif

(ii) Dua cara bersyukur dikurniakan akal oleh Allah SWT ialah: (2 isi X 2 m)
1. Menggunakan nikmat akal untuk memikirkan tentang [4 markah]
kebesaran dan keagungan Allah SWT
2. Menggunakan akal untuk merekacipta sesuatu bagi
kebaikan manusia

(c) (i) Maksud pengaruh luar ialah pengaruh budaya asing yang (1 isi X 2m)
bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis [2 markah]

(ii) Dua ciri pengaruh luar yang bertentangan dengan Islam ialah: (2 isi X 2 m)
1. Menafikan kekuasaan tuhan dan peranan wahyu dalam [4 markah]
hidup manusia
2. Pengasingan agama daripada kehidupan

2 (a) (i) Antara prinsip Syumuliyyah ialah: (2 isi X 2 m)


1. Kesempurnaan hanya milik Allah. [4 markah]
2. Semua makhluk yang hidup di dunia terikat dengan masa,
tempat dan ruang.

(ii) Dua aspek Syumuliyyah dalam bidang pergaulan ialah: (2 isi X 2 m)


1. Pergaulan mesti ada batasan antara lelaki dan [4 markah]
perempuan.
2. Berpakaian menutup aurat seperti yang disyariatkan.

(b) (i) Waqiiyyah bermaksud bahawa Agama Islam berbentuk (1 isi X 2m)
praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan [2 markah]
manusia.

(ii) Bukti Agama Islam bersifat praktikal ialah: (2 isi X 2 m)


1. Ajaran Islam tidak meringankan dan tidak sampai [4 markah]
membebankan umatnya
2. Seimbang antara tuntutan kehidupan di dunia dengan
kebahagiaan di akhirat.
3. Ajaran Islam sederhana dan boleh diamalkan oleh semua
peringkat umur. Contohnya Al-Quran dipelajari dari tadika
hingga ke universiti.

(c) (i) Dua kelebihan sifat Murunah ialah: (2 isi X 2 m)


1. Islam adalah agama yang mudah diamalkan. [4 markah]

345312679.doc 16
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Nombor
Skima Pemarkahan Markah
Soalan
2. Amal ibadat dalam Islam mengikut kemampuan seseorang

(ii) Contoh Murunah dalam kehidupan ialah: (1 isi X 2m)


1. Ibadat puasa hanya dilakukan pada waktu siang sahaja. [2 markah]
2. Ibadat haji bagi orang yang mampu sahaja.

3 (a) (i) Dua matlamat negara islam ialah: (2 isi X 2 m)


1. Menegakkan hukum dan perundangan Islam. [4 markah]
2. Melaksanakan kebajikan seperti semua rakyat berhak
mendapat pendidikan.
3. Merealisasikan keadilan.

(ii) Ciri-ciri negara Islam ialah: (2 isi X 2 m)


1. Bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis [4 markah]
2. Merealisasikan amar makruf dan nahi mungkar
3. Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
4. Jaminan hak asasi
5. Majlis Syura asas pemerintahan

(iii) Dua sebab mengapa pemimpin perlu bertanggungjawab: (2 isi X 2 m)


1. Untuk melaksanakan hukum syariat tanpa mengira masa [4 markah]
dan tempat.
2. Menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara.
3. Memelihara kesucian agama.

(b) (i) Dua kriteria kelayakan seseorang untuk menjadi hakim ialah: (2 isi X 2 m)
1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT kerana dapat [4 markah]
melindungi hakim daripada sifat mazmumah.
2. Memiliki berbagai ilmu dan kemahiran kerana penguasaan
ilmu membolehkan para hakim mengendalikan
penghakiman dengan saksama

(ii) Dua kepentingan institusi kehakiman ialah: (2 isi X 2 m)


1. Dasar kehakiman dan perundangan adalah ciptaan Allah [4 markah]
SWT ini menyebabkan sistem kehakiman Islam unggul
kerana tiada cacat celanya dan kekal hingga ke akhir
zaman.
2. Setiap hukuman bertujuan mendidik jiwa manusia agar
sentiasa mematuhi dan mentaati Allah SWT.

4 (a) (i) Harta ialah anugerah Allah SWT kepada manusia yang (1 isi X 2m)
diperolehi melalui usaha dan ikhtiar. [2 markah]

(ii) Dua sebab Islam menyuruh umatnya mencari harta secara (2 isi X 2m)

345312679.doc 17
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Nombor
Skima Pemarkahan Markah
Soalan
halal ialah: [4 markah]
1. Menjamin kebahagiaan dan keberkatan hidup di dunia dan
di akhirat.
2. Mengelakkan penindasan dan penganiayaan seperti
mendapatkan harta melalui hasil riba, monopoli dan
rasuah.
3. Mengelakkan permusuhan antara manusia.

(b) (i) Kebaikan bekerja menurut Islam ialah: (1 isi X 2m)


1. Mendapat keredaan Allah kerana berusaha sendiri [4 markah]
2. Mengelakkan diri daripada bergantung kepada orang lain /
berdikari.
3. Menyumbangkan ke arah pembangunan ekonomi negara.
4. Memaju dan menaikkan taraf hidup.

(ii) Jenis-jenis pekerjaan yang digalakkan di dalam Islam ialah: (4 isi X 1m)
1. Bekerja sendiri [4 markah]
2. Bekerja makan gaji
3. Berniaga
4. Bertani atau menternak

(c) (i) Pengertian muamalah menurut Islam ialah tatacara hubungan (1 isi X 2m)
sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing [4 markah]
yang berkaitan dengan harta, jual beli dan lain-lain urusan
perdagangan

(ii) Amalan-amalan muamalah yang tidak sah menurut Islam (3 isi X 2m)
ialah: [6 markah]
1. Muamalah yang mengandungi unsur-unsur penindasan
seperti riba dan monopoli
2. Muamalah yang mengandungi unsur-unsur penipuan
seperti manipulasi
3. Muamalah yang mengandungi unsur-unsur perjudian
seperti loteri

5 (a) (i) Kepentingan perundangan Islam antaranya: (2 isi X 2m)


1. memelihara agama melalui perundangan Islam seterusnya [4 markah]
dapat memelihara akidah umat Islam
2. memelihara harta dari dicerobohi. Melalui perundangan
Islam harta umat Islam berada dalam keadaan selamat.

(ii) Perbezaan perundangan Islam dengan perbezaan sistem


perundangan ciptaan manusia ialah:

Perundangan Islam Perundangan Manusia (2 isi X 2m)


1. Ciptaan Allah SWT 1. Ciptaan manusia [4 markah]
2. Kekal hingga kiamat 2. Berubah dan tidak kekal
3. Sesuai pada semua 3. Sesuai hanya pada
tempat dan zaman sesuatu tempat dan
keadaan sahaja.

345312679.doc 18
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Nombor
Skima Pemarkahan Markah
Soalan
(b) (i) Maksud ibadat khusus dan ibadat umum berserta contoh: (2 isi X 2m)
1. Ibadat khusus ialah semua amalan khusus yang [4 markah]
disyariatkan oleh Allah SWT samada Fardhu atau Sunat
seperti solat fardhu, puasa Ramadhan, zakat dan haji.
2. Ibadat umum ialah semua amalan kebaikan yang
disyariatkan Allah SWT seperti belajar, bekerja dan lain-
lain.

(ii) Dua cara meningkatkan kualiti ibadat: (2 isi X 2m)


1. Sentiasa mengingati Allah SWT semasa melakukan ibadat [4 markah]
seperti semasa solat hendaklah berusaha mengerjakan
solat secara khusyuk
2. Mendampingi orang-orang berilmu dan soleh. Melalui cara
ini kita akan memperoleh peningkatan dalam beribadat.
3. Meningkatkan ilmu tentang sesuatu ibadat supaya
mencapai kesempurnaan.

(c) Keistimewaan kekeluargaan Islam ialah: (2 isi X 2m)


1. Menjamin kesucian keturunan manusia [4 markah]
2. Menjamin kebahagiaan hidup
3. Mendidik akhlak manusia

6 (a) (i) Matlamat penyelesaian masalah menurut Islam ialah: (2 isi X 2m)
1. Menambah keyakinan dan keimanan terhadap Allah SWT [4 markah]
2. Masalah dapat diselesaikan secara adil
3. Dapat menghapuskan kemungkaran

(ii) Sumber sumber penyelesaian masalah menurut Islam ialah: (4 isi X 1m)
1. Al-Quran [4 markah]
2. Al-Hadis
3. Al-Ijmak
4. Al-Qias

(b) (i) Bukti-bukti bahawa Islam mampu menyelesaikan segala (2 isi X 2m)
permasalahan ummah ialah: [4 markah]
1. Islam telah mengharamkan pergaulan bebas dan zina bagi
mengatasi masalah anak luar nikah
2. Islam telah mengharamkan perbuatan mencuri melalui
hukuman potong tangan
3. Islam telah mengharamkan riba bagi mengatasi masalah
penindasan dalam perniagaan

(ii) Langkah-langkah penyelesaian masalah menurut Islam ialah: (2 isi X 2m)


1. Mengenal pasti setiap masalah yang berlaku [4 markah]
2. Mengenal pasti punca masalah secara terperinci dan
menyeluruh.
3. Mengenalpasti kaedah dan strategi.
4. Menguji dan mengaplikasi kaedah.

(c) Ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam ialah: (2 isi X 2m)


1. Penyelesaian secara menyeluruh dan bersepadu [4 markah]

345312679.doc 19
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

Nombor
Skima Pemarkahan Markah
Soalan
2. Menepati kehendak syarak
3. Dilakukan secara bersungguh-sungguh
4. Merujuk kepada orang yang berilmu

7 (a) (i) Ciri-ciri khalifah yang unggul ialah: (2 isi X 2m)


1. Memiliki keadaan fizikal yang sihat dan sempurna [4 markah]
2. Pengetahuan yang luas
3. Mempunyai keyakinan diri
4. Adil dalam pentadbirannya

(ii) Tanggungjawab rakyat terhadap negaranya ialah: (2 isi X 2m)


1. Menumpukan taat setia kepada negara [4 markah]
2. Bekerjasama membanteras kemungkaran
3. Menuntut ilmu.
4. Mempertahankan negara.

(b) (i) Implikasi pengabaian tanggungjawab sosial ialah: (2 isi X 2m)


1. Gejala sosial dan kemungkaran berleluasa [4 markah]
2. Keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat
akan tergugat
3. Kemunduran negara dalam pelbagai aspek.

(c) (i) Maksud hukum wajib dan sunat ialah: (2 isi X 2m)
1. Hukum wajib ialah perintah Allah yang mesti dilaksanakan [4 markah]
jika ditinggalkan akan mendapat dosa.
2. Hukum sunat ialah perkara yang digalakkan oleh agama
untuk dilakukan serta diberi pahala, jika ditinggalkan tidak
berdosa.

(ii) Hikmat penentuan hukum sunat ialah: (2 isi X 2m)


1. Mendorong umat Islam sentiasa melakukan kebaikan [4 markah]
seperti bersedekah
2. Memberi peluang kepada umat Islam untuk menambahkan
pahala ibadat
3. Menghapuskan dosa-dosa kecil

345312679.doc 20
Tasawwur Islam kertas 1 & 2
Soalan Latih Tubi set 2

345312679.doc 21

You might also like