You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Di Malaysia, masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum telah mewujudkan


corak budaya yang juga pelbagai. Dengan adanya kepelbagaian ini, telah
menjadikan Malaysia satu negara yang unik dan tinggi semangat nilai perpaduannya. Hal
ini kerana rakyat Malaysia hidup dengan aman sentosa tanpa ada sengketa perkauman
seperti yang telah berlaku pada masa lalu. Perbezaan yang telah wujud ini tidak
sepatutnya dijadikan tembok kepada semua penduduk di Malaysia kerana ianya
akan menambahkan jurang dalam sistem masyarakat serta pendidikan di negara ini.

Dasar ekonomi baru (1970 sehingga 1990) yang bermatlamat mengukuhkan


perpaduan negara. Program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang
perbezaan antara sosiobuudaya dan sosioekonomi di negara ini, antara wilayah dan
kaum melalui pembangunan sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan
lebih saksama.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah mengambil tahu berkaitan dengan budaya,
kepelbagaian kelompok dan kepelbagaian sosiobudaya untuk saling hormat
menghormati budaya suku kaum yang lain. Selain itu juga ianya sedikit sebanyak
dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha merapatkan jurang ketaksamaan
peluang pendidikan di negara kita ini.

2.0 LAPORAN TEMU BUAL

Pada 29 Februari 2016 yang lalu, saya telah menemu bual Guru Besar Sekolah
Bandar Tun Razak 2 (SKBTR2) iaitu Tuan Haji Baruddin Bin Seradi. Temu bual ini
dijalankan dengan berfokuskan kepada beberapa perkara iaitu :

a) Konsep budaya
b) Konsep kepelbagaian kelompok
c) Konsep kepelbagaian sosiobudaya

Kemudian, berdasarkan tiga perkara tersebut temu bual ini juga berfokuskan kepada
implikasi-implikasi perkara yang dibincangkan terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

a) Konsep Budaya

Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil daripada temu bual yang telah
dijalankan, Tuan Haji Baruddin menyatakan bahawa budaya adalah satu perkara
yang mampu melambangkan seseorang individu atau masyarakat. Terdapat banyak
budaya di Malaysia ini yang mampu melambangkan atau mencerminkan seseorang
individu. Sebagai contoh, budaya kaum Melayu tidak sama seperti kaum-kaum yang
lain. Kepercayaan di negara kita juga berbeza mengikut agama masing-masing.

Di sekolah juga terdapat budaya yang tersendiri mengikut cara pihak pentadbir
sesebuah sekolah tersebut. Menurut analisis yang dapat dinyatakan selepas
menemu bual Tuan Haji Baruddin, saya mendapati bahawa konsep budaya yang
diterangkan oleh guru besar adalah lebih kepada budaya yang bersifat bukan
kebendaan. Budaya bukan kebendaan adalah seperti adat, kepercayaan dan
undang-undang. Seperti di sekolah juga, ianya mempunyai budaya yang tersendiri.
Beliau juga menyatakan bahawa di sekolah perlu menerapkan budaya yang baik
kepada murid-murid supaya ianya dapat membantu dalam membentuk peribadi dan
sahsiah murid yang cemerlang.

b) Konsep Kepelbagaian Kelompok

Perkara yang seterusnya ialah berkaitan dengan kepelbagaian kelompok.


Berdasarkan temu bual bersama Tuan Haji Baruddin, beliau menyatakan bahawa
kelompok itu adalah satu kumpulan yang terdiri daripada dua individu atau lebih yang
saling bergantung terhadap satu sama lain bagi tujuan yang sama. Di sekolah,
kepelbagaian kelompok pula baginya pula adalah wujudnya beberapa kumpulan
yang berbeza sesuai mengikut tugas atau sifat yang sama dalam sesebuah
kelompok itu. Sebagai contoh, guru mempunyai kelompoknya yang tersendiri di
mana tugas mereka adalah untuk memastikan anak bangsa negara ini mendapat
ilmu yang mampu membantu diri mereka serta negara pada masa akan datang.

Kepelbagaian kelompok juga berkait rapat dengan budaya. Di dalam


sesebuah kelompok itu setiap individu akan mengamalkan budaya yang sama
seperti ahli kelompoknya. Sebagai contoh, sekelompok kaum melayu akan
mengamalkan budaya yang sama seperti contoh cara makan menggunakan tangan.

c) Konsep Kepelbagaian Sosiobudaya

Kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik, dan adat
budaya sesebuah kaum tersebut. Malahan ianya merangkumi skop yang lebih luas
seperti ilmu pengetahuan, kesenian, adat resam dan juga undang-undang. Menurut
pandangan Tuan Haji, kepelbagaian sosiobudaya wujud di negara kita kerana
terdapatnya pelbagai jenis kaum dan etnik yang mempunyai budaya yang tersendiri.

Guru-guru perlu memahami kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di


dalam negara kita ini demi membantu murid-murid. Ini kerana, setiap murid harus
memahami dan belajar mengenai budaya sendiri serta budaya daripada kelompok yang
lain. Guru besar juga menyatakan bahawa setiap guru mengambil berat mengenai latar
belakang pelajar supaya lebih memahami diri setiap murid-murid.

d) Implikasi-implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mememahami serta mengetahui


setiap budaya, kepelbagaian kelompok dan juga kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat
di dalam Malaysia ini. Ini kerana dengan adanya pengetahuan berkaitan dengan
perkara-perkara tersebut akan membantu setiap guru dalam merancang sesuatu
proses PdP yang baik. Hal ini kerana, budaya murid-murid yang berbeza akan
mempengaruhi sesi PdP sekiranya guru tidak dapat megawalnya dengan baik.

Implikasi terhadap proses PdP sekiranya guru memahami setiap budaya,


kelompok dan sosiobudaya murid, proses PdP akan berjalan dengan lancar. Hal ini
kerana setiap murid dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran pada
waktu tersebut. Sebagai seorang guru yang ingin melaksanakan sesi PdP mereka dengan
baik dan lancar tidak seharusnya membezakan bangsa murid-murid. Guru juga perlu
mengelompokkan murid-murid secara bebas tidak mengikut budaya, bangsa dan
taraf murid-murid tersebut. Jika seorang guru meletakkan murid di dalam kumpulan yang
sama kelompoknya, nescaya perjalanan proses PdP akan ada sedikit gangguan
kerana pembawaan budaya yang tidak baik.

Guru juga perlulah bersikap professional dalam menjalankan tanggungjawab


dan amanah sebagai seorang pendidik. Guru-guru tidak seharusnya melabelkan
atau memilih murid kesukaan mereka. Hal ini akan menyebabkan sesetengah murid akan
tercicir daripada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut. Hal ini akan
menyebabkan objektif PdP pada waktu itu tidak akan tercapai. Perkara seperti ini
harus diberi perhatian kepada semua guru-guru yang mempunyai jiwa pendidik.

Selain menginginkan kelancaran proses PdP yang baik dan berkesan, guru-
guru juga dapat menerapkan nilai perpaduan sewaktu proses PdP dijalankan. Hal ini
kerana guru yang memahami setiap latar belakang pelajar mereka dapat menarik
perhatian murid serta mengawal setiap pergerakan murid-murid. Perpaduan dapat
dicapai sekiranya murid-murid berada dalam satu kumpulan yang mempunyai latar
belakang kaum yang berbeza serta sosiobudaya yang berbeza antara satu sama
lain.
3.0 PENULISAN AKADEMIK

3.1 PENGENALAN
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan
luar Bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang
antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang
tercicir dari arus pembangunan Negara.

YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein

( Perutusan Tahun Baru,2006 )

Petikan daripada ucapan bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato


Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam Perutusan Tahun Baru 2006 jelas
menterjemahkan misi dan visi kementerian yang mana ingin merapatkan jurang
pendidikan antara setiap individu agar setiap individu mendapat peluang pendidikan
yang sama. Usaha ini adalah kerana kerajaan berhasrat untuk memberi pendidikan
yang sama terhadap semua golongan supaya tiada golongan yang akan tercicir dari
arus pembangunan negara. Kementerian Pelajaran begitu prihatin terhadap masalah
dan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan negara serta kementerian juga
berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi pendidikan yang terbaik buat semua
rakyat Malaysia. Dalam usaha kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran ini untuk
merapatkan jurang pendidikan di Malysia, masih terdapat beberapa masalah yang
menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di
Malaysia.

3.2 KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


Isu yang sering didengar atau sering kali disuarakan adalah berkaitan dengan
isu ketaksamaan peluang pendidikan. Perkara ini telah disuarakan pada jangka
masa yang lama dan sehingga sekarang masih lagi dengan isu yang sama. Sebelum
isu ketaksamaan peluang pendidikan ini dikupas dengan lebih mendalam, konsep
ketaksamaan peluang pendidikan harus diketahui terlebih dahulu.
Ketaksamaan merupakan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara
gambaran dan hakikat, Kamus Dewan Edisi ke-3. Ada yang berpendapat bahawa
ketaksamaan akan berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang
tidak sama rata. Menurut pendapat Noran Fauziah Yaakub, takrif ketaksaaman
peluang pendidikan ialah kaedah di mana manusia tidak memperolehi ganjaran
sosial yang sama. Jika dilihat pada zaman sistem feudal lagi, isu ketaksamaan
peluang pendidikan. Kelas masyarakat pada masa itu telah membuatkan
penerimaan pendidikan adalah berbeza di mana perbezaan antara rakyat bawahan
dan juga golongan pembesar dan istana.
Menurut Rusli Md Zain (1998), takrifan ketaksamaan peluang pendidikan
adalah hubungan yang positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan
keluarga. Hal ini kerana keluarga yang mempunyai pendapatan tinggi ini dapat
memenuhi segala kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Dalam erti
kata lain, murid yang datang dari keluarga yang berada ini lebih mudah untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna berbanding murid-murid yang berada di
golongan keluarga yang kurang pendapatannya.

3.3 LANGKAH MENANGANI ISU-ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


DALAM BILIK DARJAH

Setiap individu adalah unik dan tidak ada yang sama sepenuhnya di antara satu
sama lain. Menurut Khariul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan aspek-aspek yang lain
mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan guru
harus memahami setiap perbezaan muridnya dalam mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seimbang tanpa ada seorang
pelajar yang tercicir untuk mencapai objektif pembelajaran.

Dalam usaha merapatkan jurang pendidikan yang telah berkembang pesat pada
masa ini, ianya masih wujud isu-isu yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang
pendidikan di Malaysia. Isu-isu ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor atau
punca. Antaranya ialah :

a) Kelas sosial
b) Masyarakat pedalaman/luar bandar
c) Kumpulan minoriti
d) Kemudahan/prasarana

Daripada faktor atau punca yang mengakibatkan kepada isu-isu ketaksamaan


peluang pendidikan ini terdapat beberapa langkah yang dapat menangani atau
mengurangkan isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam bilik darjah daripada
timbul.

a) Susun atur bilik darjah


b) Kemudahan alat bantu mengajar
c) Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya
Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak dalam merancang strategi untuk
membantu pihak kerajaan merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan di
negara kita ini. Sehubungan itu beberapa langkah-langkah yang dapat
digunapakai untuk menanangi atau mengurangkan isu ini daripada timbul adalah
seperti berikut :

a) Susun atur bilik darjah

Susun atur bilik darjah adalah salah satu perkara yang terdapat dalam
pengurusan bilik darjah. Richards (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah
sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku murid semasa
pembelajaran berlangsung. Susun atur bilik darjah adalah salah satu langkah yang
berkesan untuk mengurangkan isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam bilik
darjah daripada terus diperkatakan oleh pihak-pihak lain. Pelan kedudukan susun
atur bilik darjah adalah melibatkan susunan kerusi dan meja di mana tempat duduk
murid- murid. Penyusunan tempat duduk murid haruslah bersesuaian dengan strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penyusunan kerusi meja ini dapat merapatkan perpaduan antara kaum. Guru
harus memainkan peranan penting untuk menyusun tempat duduk pelajar supaya
suasana bilik darjah tersebut akan menjadi bilik darjah yang mempunyai persekitaran
yang mesra budaya. Sebagai contoh, kumpulan majoriti di SK Seri Mutiara adalah
daripada keturunan Melayu dan sebahagian daripada murid sekolah itu adalah dari
bangsa Cina, India, Indonesia dan orang asli suku Jahai. Murid-murid daripada
kumpulan minoriti ini harus ditempatkan bersama-sama kumpulan majoriti supaya
mereka tidak bergaul dengan kelompok sendiri dan menjadi individu yang boleh
menerima budaya yang lain.

Selain daripada itu, dengan adanya susun atur meja kerusi yang baik akan
membuatkan murid-murid dapat belajar secara lebih berkesan. Di SK Seri Bintang,
kebanyakkan murid-murid di sekolah ini lemah dalam bertutur bahasa Inggeris. Guru
boleh menyusun kedudukan tempat duduk murid mengikut tahap kebolehan mereka
dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, guru meletakkan
seorang pelajar yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik dengan rakan-rakan
yang kurang daripadanya. Daripada susunan itu, guru dapat menjalankan keadeh
pembelajaran secara koperatif. Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran
koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan
kepelbagaian dan kemahiran sosial.

b) Kemudahan alat bantu mengajar


Kreativiti seorang guru menjadi taruhan apabila kemudahan alat bantu
mengajar yang menarik dapat membantu usaha kerajaan dalam merapatkan jurang
ketaksamaan peluang pendidikan. Sesi pengajaran guru dapat dijalankan dengan
berkesan sekiranya alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru adalah alatan
yang dapat menarik minat pelajar. Berdasarkan senario di SK Seri Mutiara, murid-
murid kebanyakkannya berasal daripada golongan keluarga yang berpendapatan
rendah. Murid daripada golongan ini tidak mempunyai kemudahan pembelajaran yang
setimpal dengan arus permodenan pada masa kini.

Perkara ini harus dititikberatkan oleh semua pihak sekolah dan terutamanya
guru untuk membantu murid seperti ini untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan
dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Seorang guru yang mempunyai kreativiti dan inovasi mampu
membantu serta merangsang pembelajaran murid-murid daripada golongan seperti ini.
Mengikut Charles F. Hoban, James D.Finn dan Edgar Dale (1964) antara kepentingan
alat bantu mengajar ialah dapat memberi pengalaman sebenar yang boleh
merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.

c) Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya

Murid-murid daripada sekolah rendah memerlukan pembelajaran yang


menyeronokkan untuk menarik minat mereka sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
mesra budaya dapat memastikan murid dari pelbagai etnik dapat belajar dalam
suasana yang menyeronokkan. Dalam hal ini, sebagai seorang guru haruslah bijak
dalam memilih dan menguruskan sumber.

Guru harus bijak dalam memilih kaedah dan strategi yang sesuai sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan yang mengambil kira budaya dan etnik
murid-muridnya. Murid-murid di SK Seri Mutiara mempunyai pelbagai kelompok etnik
yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru itu mengajar mengenai tajuk Pakaian
Tradisional dalam subjek Bahasa Melayu, maka guru tersebut perlu memperkenalkan
semua jenis baju tradisional setiap etnik yang terdapat di dalam kelas tersebut supaya
mereka tidak merasa disisihkan oleh kumpulan majoriti.

Guru juga perlu menerapkan unsur nilai-nilai seperti nilai perpaduan kepada
murid-murid. Murid-murid akan mula berkongsi pendapat serta persamaan antara satu
budaya dengan satu budaya lain. Noriati A.R., Boon P.Y., Sharifah Fakhriah S.A
(2012), memyatakan kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah berlaku
apabila perubahan tingkah laku, daripada tidak tahu menjadi kepada memgajar.

4.0 PENUTUP

Rakyat Malaysia perlulah mengambil tahu berkaitan dengan budaya,


kepelbagaian kelompok dan kepelbagaian sosiobudaya untuk saling hormat
menghormati budaya suku kaum yang lain. Selain itu juga ianya sedikit sebanyak
dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha merapatkan jurang ketaksamaan
peluang pendidikan di negara kita ini.

Sebagai seorang guru juga perlulah memainkan peranan penting dalam


memastikan anak didik kita menjadi seorang individu yang mempunyai semangat
perpaduan yang tinggi demi menjaga dan mengharumkan nama negara satu hari
nanti. Nilai perpaduan itu akan dapat dicapai sekiranya pelajar tersebut memahami
setiap budaya yang ada di dalam Malaysia ini serta menunjukkan sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain.

You might also like