Professional Documents
Culture Documents
my/2012/11/penggunaan-ict-dalam-
pembelajaran.html
Pengajaran dan
Pembelajaran
Khamis, 25 Oktober 2012
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran
Ashinida, Afendi dan Mohd. Shabri (2004) adalah antara penyelidik yang ingin
melihat keberkesanan penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (PBBK) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kajian
yang dijalankan mendapati bahawa kesemua 40 respondan yang dikaji
menyatakan bahawa program PPBK boleh membantu meningkatkan kemahiran
pelajar dalam Bahasa, menjimatkan masa dan tenaga semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan serta memudahkan pelaksanaan proses
pengajaran guru. Sementara itu, 90 peratus daripada respondan yang dikaji juga
menyatakan bahawa program PPBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru
dan pembelajaran murid. Statistik ini menunjukkan bahawa para guru
mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan
seperti dalam jadual di bawah:-
Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji
iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl
(1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), walau begitu sekali canggihnya
komputer, namun ia perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna
seperti hardware dan software yang dapat membantu guru meningkatkan
kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan
komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untuk
mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk
bersedia menggunakan komputer.
Pendapat di atas disokong oleh seorang pengkaji yang bernama Pedretti (1999).
Kajian yang dilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang bijak
mengaplikasikan komputer mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam
menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya.
Manakala Cox (1999) pula menyatakan bahawa guru-guru yang sering
menggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai
keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain alat seperti projektor,
LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa
penggunaan alat berteknologi seperti itu dapat meningkatkan proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.
Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep
pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT
sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik
darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai
elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik
dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus
daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang
berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada
teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed
of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah
pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada
pendekatan hands on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada
dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat
mengikut kapasiti masing-masing.
Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan
bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang
diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer
secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan
peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan
penggunaan teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-
kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu
kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara
yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada
keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan
masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan
dengan isi kandungan.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan
mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet,
bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-
bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan
visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat
menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk
meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui
portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar,
guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat
memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata
pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-
satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh
berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa
dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku
teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan
sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau
dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan
sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi
meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru
mengenai kebudayaan dan negara masing-masing. Melalui penggunaan ICT
pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran
pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan
menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi
akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam
pekerjaan.
Dalam pada itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Noraini (2002) juga melihat
kemahiran guru terhadap penggunaan komputer, sebanyak 42% daripada 40
orang guru yang dikaji tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap
penguasaan dan penggunaan teknologi CD/DVD dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun kadar ini tinggi, namun ramai respondan yang tahu
mengaplikasikan teknologi CD/DVD dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Kesimpulan
Bibliografi
Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. 1997. An Apprenticeship-ased
Multimedia Cuorseware for Computer Graphics Studies Provided on The World
Wide Web. Journal of Science. 29: 2/3. 103-116
Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor
Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan
Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia
www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal
www.usm.my/km/24-06
http//www.usm.my/km/24-06/KMART
http//eprints.utm.my/