You are on page 1of 4

TITAS: TOKOH-TOKOH

A) AL-KHAWARIZMI
Latar Belakang Tokoh
-Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau
dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.
-Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-
Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan
beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M
di Baghdad.
Pendidikan
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang
syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah
Islam dan kimia.
Sumbangan
I. Bidang Matematik
-Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.
Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan
menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada
zaman sekarang.
-Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan
sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol
tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab.
- Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan
dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai
infiniti. Hasilnya, ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus
dan sebagainya.
II. Bidang Astronomi
-Merupakan seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi)
pada zaman Khalifah al-Mamun di Baghdad.
-Tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang
berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan
planet-planet.
-Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu
astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. Beliau juga telah menghasilkan
peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu.
-Selain itu, beliau juga telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu
kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.
-Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah) berkaitan dengan
astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana.
III. Geografi
-Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M iaitu 10 tahun sebelum beliau
meninggal dunia.
-Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang
bertajuk Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi. Kitab ini
adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi.
-Kitab ini dihasilkan semasa menjalankan tugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan
keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di
balai cerap di Baghdad.
-Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan
Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy.
-Kitab ini lengkap dengan carta-carta astronomi yang melakarkan pergerakan bintang di
langit. Kitab ini juga menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy)
tentang jarak antara negara-negara.

B) Laksamana Cheng-Ho
Latar Belakang
-Nama asalnya adalah Ma Sanbao manakala nama Arab pula adalah Haji Mahmud Shams.
-Beliau dilahir dalam tahun Hong Wu keempat (1371M) di Yunnan dan meninggal pada April
1433 di India.
-Belaiu merupakan anak kedua pasangan Ma Zhi dan Wen dan ditangkap pada umur dua
belas tahun dan menjadi orang kasim.
-Belaiu tidak berkahwin dan menghambakan diri sepenuhnya kepada maharaja dan
merupakan sida-sida pertama menjadi Laksamana di China. Beliau juga menjadi pegawai
tinggi tentera pertama beragama Islam.
Sumbangan

I. Membuka Laluan
Cheng Ho membukakan satu laluan laut yang langsung dari China ke Afrika.

II. Mencipta Peta Navigasi Yang Berisi Peta Geografi Lautan Dan Teknologi
Termaju.
-Penciptaan teknologi termaju dihasilkan pada kurun-15 iaitu kompasbatu penimbang
plumbum dan alat pemerhati dengan tepat lokasi arah kapal.
-Peta Navigasi Cheng Ho yang luas diakui sebagai pengetahuan navigasi yang
menyeluruh adalah bukti teknologi navigasi angkatan terbaik.

III. Penyebaran Agama


-Semasa melakukan pelayaran, beliau telah menyebarkan agama Islam di kawasan
Nusantar sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha.
-Menyebarkan dakwah dan berdagang di Surabaya, Mojokerto, Pulau Gresik dan lain- lain.

IV. Menjalin Hubingan Politik, Diplomatik Dan Sosial.


-Pelayaran Cheng-Ho telah mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara China
dengan negara Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur. Melalui ini,
negara China serta mewujudkan perdamaian antara satu sama lain.
-Sumbangan pelayaran juga termasuklah memajukan perdagangan antarabangsa.
Pelayaran Cheng Ho berjaya memperkenalkan hasil keluaran tempatan sesebuah negara
serta berlaku hubungan perdaganagan melalui perdaganagan.
- Semasa pelabuhan di Melaka, telah membawa Puteri Hang Li Po untuk berkahwin dengan
Sultan Melaka dan ini mendorong perkahwinan campuran dan juga mengukuh perhubungan
persahabatan dan memajukan perdaganagn antarabangsa.

V. Memperkayakan Budaya Cina


Melalui penyebaran budaya Cina dan kemajuan pertukaran budaya Cina dapat
mempengaruhi tamadun itu sendiri dengan mengajar cara pembuatan dan
kemahiran
seperti seramik, metalurgi, menenun, pembinaan kapal, pertanian , perikanan,
perubatan.
Nilai-murni
Kepimpinan, keberanian, kebijaksanaan

You might also like