You are on page 1of 8

SJK (C) CHAN WA SEREMBAN

46, JALAN TAN SRI MANICKAVASAGAM,

70200 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Kertas Kerja Projek

Keceriaan Sekolah

Tarikh : 1 Julai 2013 Hingga 22 Julai 2013

Tempat : SJK (C) Chan Wa Seremban

Di Bawah Anjuran Guru Pelatih PISMP BC/PJ/KH AMBILAN JANUARI 2010


IPG Kampus Raja Melewar
Dengan Bantuan Dan Kerjasama Pihak Sekolah

Projek Internship Semester Lapan (Kumpulan)


Oleh : Ng Chu Rui Dan Ooi Chin Min
1.0 Nama Program
Projek Keceriaan Sekolah

2.0 Pendahuluan
Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah
menjadi amalan dan budaya sekolah atau tempat bertugas. Lantaran itu,
program Keceriaan Sekolah telah dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.
Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar telah memilih melaksanakan beberapa projek yang
berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan Internship yang bermula
dari 1 Julai 2013 hingga 26 Julai 2013 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Chan Wa Seremban.
Antara cadangan projek yang ingin dilaksanakan ialah melukis mural
pada dinding tempat duduk bola keranjang dan mengemaskinikan semua
papan kenyataan di sekolah.

3.0 Matlamat
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu
pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang
kondusif, di mana sekolah yang murid-murid berada selamat, ceria dan sesuai
dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu
mewujudkan suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk
menceriakan kawasan sekolah seperti aktiviti melukis mural dan menghiaskan
papan kenyataan.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih Internship
telah bersepakat untuk membuat mural yang bertemakan sukan. Projek
keceriaan sekolah ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang
mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk murid-murid iaitu
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 Objektif
Antara objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk :
Guru pelatih menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah
kecemerlangan, akauntabiliti dan intergriti dalam melaksanakan tugas
seperti berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah.
Guru pelatih dapat membimbing dan melatih para murid berinteraksi
sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan dan
mengendalikan mural dinding.
Memberi latihan dan menyediakan pengalaman bagi guru pelatih dan
murid-murid dalam aspek pengurusan dalam penghasilan mural.
Guru pelatih merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah untuk menunjukkan usaha menangani pelbagai
cabaran bagi memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
Guru pelatih memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-
ciri inovasi dan kreativiti melalui melukis mural dan penghiasan papan
kenyataan dengan menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam
sebagai sumbangan terhadap sekolah.

5.0 Rasional
Bagi pihak guru pelatih, projek keceriaan sekolah ini dapat dijadikan
satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah
menjadi guru sebenar kelak. Ia dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang
ceria dan menarik dan dijadikan sumber perhatian terutamanya murid-murid
dan tetamu yang mengunjungi sekolah.
Selain itu, guru pelatih juga dapat menunjukkan inisiatif ke arah
meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. Hasil kerja
tangan guru pelatih Internship sebagai buah tangan atau kenang-kenangan
apabila guru pelatih meninggalkan sekolah kelak.

6.0 Kumpulan Sasaran


Guru pelatih dan dibantu oleh guru guru yang berpengalaman dalam
kesenian serta murid-murid yang berbakat dalam bidang seni dipilih untuk
memberi bantuan dalam projek ini.

7.0 Tarikh, Tempat Dan Masa


Tarikh : 1 Julai 2013 Hingga 22 Julai 2013
Tempat : Gelanggang bola keranjang dan papan kenyataan sekolah
Masa : 7.15 pagi hingga 1.30 petang

8.0 Jawatankuasa Pengelola


8.1 Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Puan Kan Siow Kuan (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Low Shook Phin (Guru PK 1)
Guru Penasihat : Encik Yang Wai Kong (Guru PK 3)
Setiausaha : Puan Goh Ah Liang (Guru Disiplin)
Bendahari : Puan Wong Pau Yee (Guru PK 2)

8.2 Jawatankuasa Kerja


AJK Kertas Kerja : Ng Chu Rui (Guru Pelatih)
Ooi Chin Min (Guru Pelatih)
AJK Dokumentasi : Ooi Chin Min (Guru Pelatih)
AJK Fotografi : Ng Chu Rui (Guru Pelatih)
AJK Perhiasan Mural : Ooi Chin Min (Guru Pelatih)
Ng Chu Rui (Guru Pelatih)
AJK Peralatan : Ooi Chin Min (Guru Pelatih)
AJK Kebersihan : Ng Chu Rui (Guru Pelatih)

9.0 Jadual Perancangan Program

Berikut merupakan pelan tindakan projek keceriaan sekolah :

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


Berbincang dengan pihak pentadbir untuk
dapatkan khidmat dan nasihat berkaitan Kerjasama
1 1 Julai 2013 projek yang boleh dilaksanakan daripada pihak
Berbincang dengan guru mentor berkaitan sekolah
projek yang boleh dilaksanakan
2 2 Julai 2013 Pembinaan kertas kerja Kerjasama
Memerhati dan memilih kawasan yang daripada guru-
sesuai untuk melukis mural. guru sekolah
Mencari sumber idea atau ilham yang
berkaitan dengan tempat mural dan papan
kenyataan yang akan dihasilkan.
Menangkap gambar setiap papan
kenyataan untuk mendapat idea
menghiaskan papan kenyataan.
Mengenal pasti media yang sesuai untuk
menghasilkan mural dan papan kenyataan. Kerjasama
Menghasilkan mural dan papan kenyataan
3 3 Julai 2013 daripada pihak
mengikut tempoh masa yang telah
sekolah
ditetapkan.
Melukis draft mural yang ingin dihasilkan.
Berbincang dengan guru mentor dan Guru Kerjasama
Besar mengenai draft mural yang ingin dengan Guru
4 4 Julai 2013
dilukiskan. Besar dan guru
Membaiki draft mural yang telah dilukis. mentor
Berbincang dengan guru mentor dan Guru Kerjasama
Besar mengenai draft mural yang ingin dengan Guru
5 5 Julai 2013
dilukiskan. Besar dan guru
Membaiki draft mural yang telah dilukis. mentor
Berbincang dengan guru mentor dan Guru
Kerjasama
Besar mengenai draft mural yang ingin
dengan Guru
6 8 Julai 2013 dilukiskan. Besar dan guru
Berbincang dengan guru mentor mengenai
mentor
peralatan diperlukan untuk melukis mural.
Berbincang dengan Guru Besar mengenai
peralatan yang diperlukan untuk melukis
mural dan menempah peralatan yang Kerjasama
7 9 Julai 2013 diperlukan. dengan Guru
Dapatkan kebenaran khas Guru Besar Besar
untuk pembelian bahan utama untuk
melukis mural.
8 10 Julai 2013 Membersihkan sekitar tempat gelanggang Kerjasama
- bola keranjang. dengan guru-
17 Julai 2013 Persediaan melukis draft mural di atas guru dan
dinding auditorium gelanggang bola murid-murid

keranjang.
Persediaan menghiaskan papan kenyataan.
Mulakan proses melukis dan mewarnakan Kerjasama
18 - 19 Julai
9 mural. dengan murid-
2013
Membersihkan setempat. murid
Guru pelatih -
10 22 Julai 2013 Refleksi dan pendokumentasian laporan
individu

10.0 Jadual Pelaksanaan


Tarikh Masa Perkara
10 - 17 7.15 am Membersihkan sekitar tempat gelanggang bola
Julai 2013 keranjang.
1.30 pm Persediaan melukis draft mural di atas dinding auditorium
gelanggang bola keranjang.
Persediaan menghiaskan papan kenyataan.
7.15 am
18 - 19 Mulakan proses mewarnakan mural.

Julai 2013 Membersihkan setempat.
1.30 pm
7.15 am
22 Julai
Refleksi dan pendokumentasian laporan
2013
1.30 pm

11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan


Sumber kewangan didapat daripada PIBG Sekolah Chan Wa
Seremban.

Anggaran Kos Perbelanjaan :

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Berus cat X 7 batang 11
2 Cat X 4 tin 56
3 Sugar Paper X 20 keping 10
4 Isi Stapler X 2 kotak 2
5 Kad Manila X 2 keping 1
6 Kertas Warna X 27 keping 11
JUMLAH 91

12.0 Penutup
Diharap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara
guru pelatih dengan guru-guru serta murid-murid di sekolah. Guru pelatih juga
berharap mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang
projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi
guru suatu masa nanti.
Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak
pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan projek ini.
Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan lagi kecantikan
kawasan sekolah.
Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan Oleh, Disediakan Oleh,

.................................................. .................................................
OOI CHIN MIN NG CHU RUI
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar
Disemak Oleh,

.........................................
(PUAN GOH AH LIANG)
Mentor Projek Internship,
Guru SRJK (C) Chan Wa Seremban

13.0 Pengesahan Kertas Kerja


Ulasan Guru Besar
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Bahawasanya dengan sukacitanya saya Meluluskan / Tidak Meluluskan


program dalam kertas kerja ini.

..........................................
(PUAN KAN SIOW KUAN)
Guru Besar,
SJK (C) Chan Wa Seremban,
Jalan Tan Sri Manickavasagam,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like