You are on page 1of 2

Kemahiran Pedagogi Abad ke-21

Mahir Teknologi dan Maklumat

Salah satu kemahiran Abad ke-21 adalah penggunaan teknologi maklumat dan
maklumat
Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan
terhadap ICT
Literaksi dahulu: Cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira
Literaksi Abad ke-21: melibatkan literasi digital.
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta
mengulas
maklumat.

Apa itu teknologi maklumat dan komunikasi?


konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi
atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas
dan tepat
seperti internet atau multimedia untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih
canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk
itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan
mutu pembelajaran.

Bagaimana kemahiran ini boleh diaplikasikan?

Guru boleh melaksanakan pembelajaran berasaskan projek yg boleh mempupuk


kemahiran abad ke-21
Topik-topik tertentu dalam sesuatu matapelajaran boleh diberikan kpd pelajar
sebagai tugasan projek
Pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber teknologi misalnya
penggunaan internet(goggle), Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti
Wikipedia dan YouTube.

Kreativiti dan Inovasi


Dapat mengemabangakan kemahiran pemikiran pelajar
Adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik
dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar.
Untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran maka guru-guru perlu
menyediakan suasana atau Mencipta Suasana yang menarik dan berkesan.
Untuk menarik minat pelajar sudah tentu guru-guru perlu memikirkan pembelajaran
dan pengajaran yang kreatif dan Inovatif selain tidak mengabaikan kebajikan dan
keperluan sahsiah pelajar.
Dengan potensi pelajar yang berbeza, guru perlu mencari teknik2 yang sesuai untuk
merangsang minat murid dan mereka boleh belajar secara aktif, serta menerima ilmu
dalam suasana yang gembira.
Apabila seseorang guru sudah dapat mengambil hati pelajar mereka akan
disayangi. Kedatangan guru-guru ini akan sentiasa dinanti oleh pelajar. Guru ini akan
menjadi Idola dan sentiasa di sebut-sebut dan guru ini sebenarnya sudah berjaya
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar. Guru ini juga telah berjaya
menterjemahkan isi pengajarannya berbanding dengan guru-guru yang hanya
sekadar guru.

You might also like