You are on page 1of 13

SJK (C) CHONG CHENG,

JLN DATO ISMAIL HASHIM,


SUNGAI ARA,11900 BAYAN LEPAS,
PULAU PINANG

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN PENCINTA
ALAM

KUMPULAN:

AHLI-AHLI PERSATUAN PENCINTA ALAM

TEMPAT:

ZOO TAIPING & TAMAN TASIK TAIPING, PERAK

TARIKH:

22 OKTOBER 2016

ANJURAN:

PERSATUAN PENCINTA ALAM SJK(C) CHONG CHENG


PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman, maka Persatuan Pencinta Alam di SJK(C) Chong Cheng, Bayan
Lepas bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping. Lawatan
ini merupakan kolaborasi antara guru dan ahli Persatuan Pencinta Alam.
Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik
darjah bagi pelajar-pelajar sebagai satu pendedahan dengan hidupan flora dan
fauna yang sebenar. Dengan itu, murid-murid lebih mengenali nama dan ciri
tumbuhan dan haiwan yang dilihat semasa melawat ke zoo dan taman. Adalah
besar harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya
penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang
positif bagi menjayakan niat murni ini.

1.0 TUJUAN KERTAS KERJA


1.1 Memohon kebenaran mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo
Taiping, Perak.
1.2 Memohon keizinan daripada guru besar sekolah untuk
mengadakan lawatan ini.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi pendedahan kepada ahli Persatuan Pencinta Alam


tentang flora dan fauna yang terdapat di negara ini.

2.1 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian


dalam semula jadi.
2.2 Membolehkan pelajar belajar menghargai hidupan dan alam
semula jadi melalui aktiviti yang dijalankan.
2.3 Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara
sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam.
3.0 OBJEKTIF DAN RASIONAL
3.1 Objektif
3.1.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar dalam kalangan ahli
Persatuan Pencinta Alam.
3.1.2 Memupuk kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
3.1.3 Memberi peluang kepada ahli untuk mempelajari hidupan
flora dan fauna.
3.1.4 Mengenal pasti masalah berkaitan dengan kepupusan
sesuatu haiwan.
3.1.5 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga
kebersihan alam sekitar.
3.1.6 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid
Persatuan Pencinta Alam.

3.2 Rasional Pemilihan Lokasi


3.2.1 Lokasi yang sesuai kerana terdapat flora dan fauna yang
boleh dilihat bagi memberikan pendedahan dan
pengetahuan baharu kepada ahli Persatuan Pencinta Alam.
3.2.2 Memberi peluang kepada guru dan murid untuk menjalankan
aktiviti mengutip sampah dan membersihkan kawasan
sekeliling.

4.0 TEMA
Memberi pendedahan flora dan fauna kepada ahli-ahli Persatuan Pencinta Alam
dan mewujudkan nilai cintai akan alam sekitar dalam jiwa murid-murid.
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Nama Program: Lawatan Sambil Belajar ke Zoo dan Taman


Tasik Taiping

5.2 Objektif :

5.2.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar dalam kalangan ahli


Persatuan Pencinta Alam.
5.2.2 Memupuk kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
5.2.3 Memberi peluang kepada ahli untuk mempelajari hidupan
flora dan fauna.
5.2.4 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga
kebersihan alam sekitar.

5.3 Peserta :
BIL. PESERTA BILANGAN
1. Ahli-ahli Persatuan Pencinta Alam 25 orang
2. Guru Pengiring 5 orang
JUMLAH 30 orang

Senarai nama peserta yang menyertai lawatan ke Taiping, sila rujuk


Lampiran 1A dan 1B.

5.4 Tarikh : 22 Oktober 2016 (SABTU)

5.5 Tempat : a) Zoo Taiping, Perak


b) Taman Tasik Taiping, Perak

5.6 Tentatif Program : Sila rujuk lampiran 2

5.7 Jawatankuasa Program :

JAWATAN NAMA
PENASIHAT En. Lee Kuang Wei
PENGERUSI Pn. Tan Yen Lee
NAIB PENGERUSI En. Lim Chin Kiat
SETIAUSAHA Cik. Chin Yi Yee
NAIB SETIAUSAHA Cik. Ting Siew Lim
BENDAHARI Pn. Chu Yen Lee
AJK DOKUMENTASI En. Ang Kian Hui
Pn. Ong Xi Yan
AJK PENGANGKUTAN DAN En. Chan Kun Meng
KESELAMATAN Pn. Ann Ling Zing Toh
AJK MAKANAN Pn. Ong Xi Yan
AJK AKTIVITI Cik. Tan Siok Yong
Cik. Chin Yi Yee
Cik. Ting Siew Lim
GURU PENGIRING Pn. Tan Yen Lee
Pn. Ann Ling Zing Toh
Cik. Chin Yi Yee
Pn. Ong Xi Yan
En. Lim Chin Kiat

* Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. (Sila rujuk Lampiran 3)


6.0 IMPLIKASI
6.1 Sumber Pendapatan:
BIL PERKARA HARGA HARGA
SEORANG
1. Murid-murid Persatuan Pencinta RM 23.00 RM 575.00
Alam (25 orang)
2. Guru Pengiring (5 orang) RM 28.00 RM 140.00
JUMLAH : RM 715.00

6.2 Anggaran Perbelanjaan:


BIL PERKARA BILANGAN HARGA HARGA (RM)
SEUNIT
(RM)
1. Pengangkutan (bas) 30 10.00 300.00
2. Tiket ke Zoo Taiping (Murid) 25 5.00 125.00
3. Tiket ke Zoo Taiping (Guru) 5 10.00 50.00
4. Makanan 2 x 30 8.00 240.00
Sarapan pagi (RM 3)
Makan tengah hari (RM 5)

JUMLAH : RM 715.00

6.3 Peralatan
BIL PERKARA BILANGAN
1. Plastik sampah 10 Didapati daripada
2. Sijil 25 setor sekolah.

6.4 Konklusi:
Anggaran perbelanjaan untuk makanan, pengangkutan dan tiket bagi guru
pengiring dan murid-murid adalah dibawah tanggungan masing-masing.
Sebanyak RM23.00 akan dikutip daripada murid-murid manakala guru
pengiring dikehendaki membayar RM28.00.
7.0 PENUTUP
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu alternatif guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pada dasarnya, program ini berjaya
mencapai matlamatnya iaitu ke arah menjana pemikiran, ilmu pengetahuan dan
pengalaman secara langsung dan tidak langsung dapat diperoleh oleh ahli
Persatuan Pencinta Alam. AJK lawatan ini memohon pertimbangan dan
kelulusan pihak pengurusan sekolah untuk melaksanakan aktiviti atau program
ini. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman
sepenuhnya sewaktu pembelajaran di kelas nanti.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

..... .........................................
(CHIN YI YEE) (TAN YEN LEE)
Setiausaha Pengerusi
Lawatan Sambil Belajar, Lawatan Sambil Belajar,
Persatuan Pencinta Alam, Persatuan Pencinta Alam,
SJK(C) Chong Cheng. SJK(C) Chong Cheng.

Diluluskan oleh,

..................................................
(En. Lee Kuang Wei)
Guru Besar,
SJK(C) Chong Cheng.
Lampiran 1A

SENARAI NAMA PESERTA


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING DAN TAMAN TASIK
TAIPING, PERAK

BIL NAMA JANTIN KELAS NO TEL


A (PENJAGA)
1 TAN YONG PING L 4A 012-9388802
2 LEE SIAW MEI P 4A 016-9632584
3 ONG CHUI LING P 4A 014-3258520
4 LAU CHEE HUAT L 4B 0111-3256052
5 LIM SIANG TECK L 4B 0112-8965258
6 DOROTHY KE SHU JIA P 4B 017-9631452
7 CHIN WEI QIANG L 4C 014-8563259
8 TAN KAI TI P 4C 014-7411472
9 YASMINE YAP P 4C 0111-7896987
10 OOI JIA YAN L 5A 014-3202311
11 GOH BEE XIA P 5A 012-8484520
12 LEE DICK SON L 5B 013-1515201
13 TAN SIOK BAN P 5B 018-3062635
14 CHOW JIAN YU L 5C 017-8787521
15 GO SHI MIN P 5C 013-6452531
16 LIM CYN EE P 5C 018-6353625
17 LIM HAO FENG L 6A 013-5352563
18 OH MING FONG L 6A 016-4246322
19 NG XIAO YUAN P 6A 014-4232005
20 TAN TASHVINDREN L 6B 018-6352000
21 NUR ALIA NATASHA P 6B 019-3262598
22 PHANG SIEW LIM P 6B 0111-9856541
23 KHOO SHENG YANG L 6C 017-9631523
24 ONG SHAN YEE P 6C 016-9542320
25 WONG JIA XIN P 6C 017-4568520
Lampiran 1B

SENARAI NAMA GURU PENGIRING


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING DAN TAMAN TASIK
TAIPING, PERAK

BIL NAMA NO K/P NOMBOR


TELEFON
1. Pn. Tan Yen Lee 580114-08-5328 017-6257713
2. Pn. Ann Ling Zing Toh 760328-07-5600 0111-5326899
3. Cik. Chin Yi Yee 851222-08-5610 012-9613184
4. Pn. Ong Xi Yan 730512-08-6352 017-5323632
5. En. Lim Chin Kiat 680415-03-5213 0112-9632523
Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PERSATUAN PENCINTA ALAM

SJK(C) CHONG CHENG

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

Tarikh : 22/10/2016 (Sabtu)

Tempat : Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping

Masa Aktiviti
0630 am Berkumpul di dewan SJK(C) Chong Cheng
0700 am Bertolak ke Taiping
0800 am Makan sarapan di R&R
0900 am Destinasi 1:
Tiba di Zoo Taiping
0910 am Beli tiket dan memberi taklimat ringkas
1000 am Melawat di zoo (akuarium dan sekitarnya)
Menonton pertunjukkan haiwan
0100 pm Makan tengah hari
0200 pm Bertolak ke Taman Tasik Taiping
0230 pm Destinasi 2:
Tiba di Taman Tasik Taiping
0240 pm Melawat Taman Tasik Taiping
0300 pm Aktiviti Mengutip Sampah
0400 pm Belajar tentang nama dan ciri tumbuhan
0500 pm Berkumpul
0530 pm Bertolak pulang ke SJK(C) Chong Cheng
0730 pm Jangkaan tiba di sekolah

Lampiran 3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

1. Setiausaha:

Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat


dengan proram lawatan.
Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan
terkini urusan program.
Menyediakan semua tindakan AJK.

2. Bendahari:

Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan.


Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan:

Menghubungi pihak bas sebuah bas, bayaran


memastikan bas mempunyai permit dan insurans serta memastikan
kedudukan pelajar semasa di dalam bas.

4. AJK Makanan & Minuman:

Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

5. AJK Dokumentasi:

Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-


cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

7. AJK Keselamatan & Kebersihan:

Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.


Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid.
Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan
Lampiran 4

MAKLUMAT PEMILIK BAS

Nama pemilik : Roslim Bin Ahmad Shafiq


No. K/P : 651224-08-5723
Alamat : PT-23A, Lorong Pasir Mas, Sungai Ara,11900
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
No. Telefon : 012-9876543
No. Pendaftaran : AF 6688
No. Akaun Bank : 02051 30 00020054 3
Bank : BSN

You might also like