You are on page 1of 6

Peranan ulamak islam dalam perjuangan menuntut

kemerdekaan tanah melayu


A) Tok Janggut

Latar belakang.
Haji Mat Hassan bin Munas dikenali juga sebagai Tok Janggut.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan
Mekah. Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah
beliau dikenali sebagai Tok Janggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu
persilatan.Beliau yang menetap di Kampung Nering,bekerja sebagai petani
dan peniaga.Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di
Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.

Peranan Tok Janggut Dalam Perjuangan Kemerdekaan


1. Memperjuangkan nasib orang Melayu di Kelantan
2. Menentang penjajah Inggeris dan Siam
3. Menentang kerajaan Kota Bharu yang diketuai oleh tali barut penjajah
Inggeris dan Siam
4. Pejuang kebebasan
5. Menyahut cabaran kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk menentang
penjajah Barat
B) Mat Kilau

Latar belakang.
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah.
Ibu beliau adalah Mahda Iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat kilau
dipercayai lahir pada tahun 1865/1866 di Kampung masjid, Pulau Tawar,
Jerantut,Pahang.Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud
serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang" .Hobi
beliau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Peranan Mat Kilau


1. Menentang pendudukan British di tanah air beliau.
2. Menyebarkan semangat perjuangan menetang penjajahan di
negeri jiran,Terengganu dan Kelantan bersama beberapa
pengikut/pembesar beliau.
3. Menyatakan bahawa cukai yang dikenakan oleh pihak
inggeris sebagai penjajah terlalu tinggi dan mendapat persetujuan
oleh pahlawan yang lain seperti Tok janggut di Kelantan dan Abdul
Rahman Limbong di Terengganu.

C) Tok Kenali

Latar belakang.
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok
Kenali. Beliau dipercayai lahir pada tahun 1870.
Menuntut di Mekah selama 22 tahun. Sangat alim dalam ilmu
tatabahasa arab
Beliau seorang Alim Rabbani dan hidupnya banyak berpandukan Al-Quran
dan Sunnah

Peranan Tok Kenali


1. Sebagai Ahli Majlis Dewan Ulama
2. Beliau juga terlibat dalam pemerintahan negeri
3. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama
dan adat istiadat Melayu Kelantan
4. Beliau juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri
D) Dato Bahaman

Latar belakang.
Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali
sebagai Dato'Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British
di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah
anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah
Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang
berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan
mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman
digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga
sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan
seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Peranan Dato' Bahaman Dalam Perjuangan Kemerdekaan

Dilucutkan jawatan kerana enggan mendengar arahan orang Inggeris


Mengetuai pengikut-pengikutnya untuk menyerang hendap orang
Inggeris
Tidak gentar dengan ancaman orang Inggeris

E) Tok Gajah

Latar belakang
Nama beliau sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrun dan gelarannya
adalah
Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau adalah salah seorang
daripada
pahlawan-pahlawan yang terlibat dalam pemberontakan di negeri Pahang
tahun
1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu pada tahun 1901,
beliau
meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8km dari
bandar
Kuala Berang. Belikau merupakan ayah kepada pahlawan Melayu Pahang
iaitu
Mat Kilau.Pada tahun 1891 hingga 1895 telah berlaku pemberontakan
Pahang
terhadap pemerintah negerinya.

Peranan Tok Gajah


Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk
Bahaman,
Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris.
Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu
helahnya
yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang.
Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup
berdepan
dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

You might also like