You are on page 1of 1

Disini sedikit tutorial mudah bagi yang mahu format tablet atau telefon Android.

Ia juga boleh dilakukan jika terlupa kata laluan (reset kata laluan).

Apa yang boleh dilakukan ialah :-

1.Tutup/off dulu tablet

2.Tekan butang on dan volum turun / vol down secara serentak

3.Apabila logo syarikat (misalnya Samsung) keluar, lepaskan butang power


tetapi terus tekan butang vol down.

4.Anda akan menyaksikan menu seperti gambar di atas. Pilih reboot system
now menggunakan butang vol up atau vol down. Selepas pilih, tekan butang
Home pada tablet anda.

5.Ia akan memaparkan gambar logo Android. Biarkan selama beberapa minit.
Mulakan kembali dengan langkah 1 hingga 3.

6.Pilih menu ke-3 pula iaitu wipe data/factory reset. Selepas pilih, tekan butang
home, ia akan meminta anda memilih Yes- delete all user data. Tekan butang
Home sekali lagi dan ia akan melakukan reset semula kepada tablet. Selepas itu,
ia akan membawa anda masuk semula ke antaramuka tablet.

Perlu diingatkan, ia bermakna anda memadam semua data di dalamnya


termasuk aplikasi (kecuali yang default), gambar-gambar yang disimpan dan
sebagainya. Tetapi tablet anda kini baru seperti bayi yang baru dilahirkan.

You might also like