You are on page 1of 8

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

MODUL 2
Standard 2.1 Pengurusan Projek Reka bentuk
kandungan:
Standard 2.1.1 Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk
pembelajaran:
2.1.2 Menjana idea reka bentuk untuk
menyelesaikan masalah

Masa:

NOTA RUJUKAN

Pengurusan Projek Reka bentuk

Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk

Pengurusan projek reka bentuk ialah disiplin dalam menentukan


perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan kerjasama kumpulan
bagi mencapai matlamat khusus dan kejayaan projek. Pengurusan
ini dibuat berdasarkan skop, masa dan kos yang terhad.

1
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

a. Ruang lingkup

Bidang kerja yang ditetapkan untuk mencapai objektif yang telah


ditetapkan.
Contoh : Bidang kerja dan tanggungjawab seseorang individu.

b Masa

Tempoh melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan.


Contoh : Menyiapkan projek dalam tempoh tertentu.
c. Kos
Peruntukan kewangan untuk melaksanakan projek.
Contoh: Kos projek membuat rak buku.

Perancangan

Sebelum projek dijalankan perancangan hendaklah dibuat untuk


menentukan kos, bahan, skop kerja, tempoh masa dan upah buruh.

Pelaksanaan

Pelaksanaan ialah cara projek dijalankan dengan diketuai oleh


pengurus projek.

Pengawalan

Kerja-kerja mengawal sumber-sumber seperti kos, bahan, skop


kerja, buruh dan tempoh masa siap projek.

2
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

Kerjasama kumpulan

Mempunyai matlamat dan tujuan yang sama serta kerjasama di


kalangan ahli kumpulan demi mencapai objektif organisasi.

Matlamat khusus

Matlamat yang dinyatakan secara khusus kepada ahli kumpulan


yang lebih kecil selaras dengan matlamat umum.

Pengurusan Produk
Pengurusan produk ialah kerja-kerja dalam menentukan
perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan kerjasama
kumpulan bagi mencapai kejayaan menghasilkan produk.

Menjana idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah

Menjana idea reka bentuk bermaksud pencetusan idea yang


pertama untuk memulakan sesuatu projek yang dirancang. Idea
idea reka bentuk yang tercetus dapat menggambarkan projek
yang dapat menyelesaikan masalah.
Contoh: Mencetus lakaran idea pertama reka bentuk sebagai
langkah permulaan dalam pembuatan projek rak buku.

3
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah mempelajari elemen reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN

1. Kertas Mahjong
2. Pen Marker
3. Blue tack

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Mentakrif pengurusan projek reka bentuk

Set Induksi Guru menayangkan video/gambar berkaitan dengan


projek pembinaan bangunan atau rumah. Guru
menyoal murid berdasarkan video/gambar tersebut.

a) Apakah yang dilihat dalam gambar/video yang


ditunjukkan?

b) Apakah yang dilakukan oleh individu dalam gambar


tersebut?

c) Siapakah orang bertanggungjawab dalam


mengaturkan jenis-jenis kerja yang dilakukan oleh

4
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

pekerja tersebut.

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberi tugasan penghasilan
sesuatu produk ringkas menggunakan bahan yang
tersedia dalam masa, skop kerja dan kos yang
ditetapkan oleh guru. Contoh menghasilkan
sebuah kotak.
3. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing
berkaitan pembahagian tugasan dalam
penghasilan produk tersebut.
4. Guru membuat ulasan tentang takrifan
pengurusan projek reka bentuk.

Langkah 2 1. Murid dalam kumpulan yang sama akan menjana


idea untuk menyelesaikan masalah mengemas
buku yang berada di atas meja.
2. Murid membuat beberapa lakaran untuk
penyelesaian masalah tersebut

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik


pelajaran yang telah dipelajari.

5
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

AKTIVITI 1

Memberi takrif pengurusan projek

Langkah 1: Murid dalam kumpulan diminta menghasilkan satu produk


ringkas daripada bahan seperti kertas keras dan glu.

Langkah 2: Setiap kumpulan perlu menyenaraikan perkara yang perlu


diambil kira dalam penghasilan produk tersebut.

Langkah 3: Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu maksud tentang


pengurusan projek.

AKTIVITI 2

Menjana idea reka bentuk


Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Langkah 1: Setiap kumpulan diberi kotak yang mengandungi maklumat


pernyataan masalah. Mereka dikehendaki menyelessaikan
masalah tersebut dengan penghasilan lakaran cadangan
untuk penyelesaian masalah.

Langkah 2: Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil


perbincangan

Langkah 3: Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

6
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

PENILAIAN 1

Kenalpasti dan nyatakan keadaan yang bersesuaian dengan


pengurusan projek.

1.

7
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2016

Rujukan:

1. http://sukatanproduksimultimedia.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-
bentuk-setiap-orang.html
2. http://www.johnlovett.com/test.htm
3. https://creativemarket.com/blog/2013/12/02/10-basic-elements-of-
design
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Design_elements_and_principles
5. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia

You might also like