You are on page 1of 12

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

IPG. KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT,

TERENGGANU DARUL IMAN


_______________________________________________________________________

PENILAIAN KERJA KURSUS BERKUMPULAN (KOMPONEN 3)

EDUP3053/ TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

A. Pembentangan Berkumpulan (Satu Kumpulan 3 Pelajar (wajaran 10 atau 15%


daripada kesemua kerja kursus)

B. Topik Persembahan Dalam Kumpulan:

Topik8 : (27 SEPTEMBER 2016/SELASA/10:15-01:15)

Multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran

8.1 Konsep multimedia

8.2 Penghasilan pakej pembelajaran multimedia interaktif

8.3 Perancanagan dan penyediaan bahan multimedia

8.4 Elemen interaktiviti

8.5 Penilaian bahan multimedia

8.6 Sumber rujukan

C. KUMPULAN

Nama Kad Pengenalan Angka Giliran Tandatangan

1.
2.Sharmila A/P 960430-06-5612 201510234008
Balakrishnan 9

D. PEMBAHAGIAN MARKAH

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PEMERIKSA
KOMPONEN
1 2

PERSEMBAHAN DAN DOKUMENTASI HASIL KERJA BERKUMPULAN


1. Persembahan Bahan Pengajaran dalam PPt dan dokumentasi (6)
Markah)
2. Bahan Pengajaran dalam Word dll dan cetakan/ dicdkan (3 Markah)
3. Kolobrasi Dalam Kumpulan (3 Markah)
4. Sumber rujukan yang tepat (3 Markah)
JUMLAH

E. Tarikh Hantar Bahan Perbincangan Berkumpulan (Bercetak)

F. Pengesahan Pensyarah dan Tarikh


PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan
tugasan bagi subjek Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran ini. Sepanjang menjalankan
kerjakursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahu pun manis
yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman
yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali
sahaja dalam hidup kami.

Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini .Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini.Terutamanya
kepada pensyarah kami iaitu, En Zakaria kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini.Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam
usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi
sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.Selain itu, kami turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan in\i
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terimakasih.

1
1.1 KONSEP MULTIMEDIA

Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audia, grafik, animasi dan video
yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan
pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta, dan berkomunikasi agar proses
pembelajaran menjadi lebih berkesan. ( Hofstetetter, 1995 )

Multimedia ialah kombinasi, manipulasi, penggabung jalin dan pengintegrasian


media seperti teks, grafik, animasi, audia, video dalam suatu perisian yang direka bentuk
di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer. ( Schurman, 1995 )

Kesemua definisi ini mempunyai empat komponen utama, komputer dijadikan alat untuk
mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar, dan seterusnya berinteraksi dengannya.
Perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumat. Alat perhubungan
diperlukan untuk maklumat jaringan. Terdapat kaedah untuk mengumpul, memproses,
dan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat.

1.2 PENGHASILAN PAKEJ PEMBELAJARAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

Melibatkan satu proses yang sistematik dan teliti. Banyak model proses
digunakan dalam projek pembinaan multimedia interaktif. Model yang paling sesuai dan
popular ialah model ADDIE. Merangkumi fasa Analisis ( Analysis ), Rekabentuk ( Design),

Pembangunan ( Development ), Implimentasi ( Implimentation ) dan


Penilaian(Evaluation)

2
Rajah 1 Menunjukkan Model ADDIE

1.2.1 PERINGKAT ANALYSIS

Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta


mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah
dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah
punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut.
Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antarannya analisis
terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaraan pembelajaran,
kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis


persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat
pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses
analisis. Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk
pengajaran.

1.2.2 PERINGKAT ANALYSIS


Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia
menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan
teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga
melibatkan proses. Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam
membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai
matlamat pengajaran. Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah
menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis
objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur
pengajaran.

1.2.3 PERINGKAT DEVELOPMENT

Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan


semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.
Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk
menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini
akan dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam
pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk
akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek
mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui.
Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan
berkesan.

1.2.4 PERINGKAT IMPLEMENTATION

Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan


atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah
disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan
semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan,
pembaikan akan dilakukan
4 sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna
sasaran untuk digunakan.
1.2.5 PERINGKAT EVALUATION

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan


penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses
ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk
memastikan keberkesanannya. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan
rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas
pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah
temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya
berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran
diselesaikan.

1.3 KELEBIHAN MENGGUNAKAN MEDIA INTERAKTIF

Penyampaian materi pembelajaran yang dapat diseragamkan. Dengan bantuan


media pembelajaran, tafsiran yang berbeza antara tenaga pendidik dapat dielakkan dan
dapat mengurangkan berlakunya jurang maklumat antara peserta didik di mana sahaja
berada.Proses pembelajaran menjadi lebih jelas dan menarik. Media boleh memaparkan
maklumat melalui suara, gambar, gerakan dan warna, baik secara alami maupun
manipulasi, sehingga membantu tenaga pendidik untuk mewujudkan suasana belajar
menjadi lebih hidup, tidak membosankan dan tidak membosankan. Proses pembelajaran
menjadi lebih interaktif. Dengan media akan terjadinya komukasi dua arah secara aktif.
Kecekapan dalam masa dan tenaga. Dengan media tujuan belajar akan lebih mudah
tercapai secara maksimum dengan masa dan tenaga seminimum mungkin. Tenaga
pendidik tidak harus menjelaskan materi ajaran secara berulang-ulang, sebab dengan
sekali sajian menggunakan media, peserta didik akan lebih mudah memahami pelajaran.

5
Meningkatkan kualiti hasil belajar peserta didik. Media pembelajaran dapat
membantu peserta didik menyerap materi belajar lebih mandalam dan utuh. Media
pembelajaran interaktif. Proses belajar dapat dilakukan di mana saja dan kapan
saja. Media pembelajaran dapat dirangsang sedemikian rupa sehingga peserta didik
dapat melakukan kegiatan belajar dengan lebih leluasa di mana-mana dan bila-bila masa
tanpa bergantung seorang guru.Media dapat menumbuhkan sikap positif peserta didik
terhadap materi dan proses belajar. Media boleh membantu peserta didik agar lebih
percaya diri terhadap keupayaan akademik dan potensi bakat yang dimiliki. Mengubah
peranan tenaga pendidik ke arah yang lebih positif dan produktif. Tenaga pendidik
menjadi tenaga yang cekap kerana mampu memanfaatkan teknologi yang tepat guna.

1.4 ELEMEN INTERAKTIF

Elemen Multimedia Teknologi multimedia mula diperkenalkan pada pertengahan


tahun 80-an dan telah membuka dimensi baru dalam Teknologi Maklumat. Teknologi
multimedia telah membawa satu perubahan drastik pada industri media kerana
keupayaannya menyatukan kelebihan televisyen sebagai alat audio visual dan kekuatan
teknologi mesin cetak dan kemampuan teknologi interaktif komputer. Terdapat 5 elemen
multimedia penting yang mendasar iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.

Teks merupakan elemen multimedia yang menjadi asas utama dalam


menyampaikanmaklumat, kerana teks adalah jenis data yang paling mudah dan
memerlukan tempat penyimpanan yang paling kecil. Biasanya dihasilkan oleh program
pengolah kata dan merupakan maklumat yang utama pada sebahagian besar
multimedia. Teks memegang peranan asas dalam menyusun dokumen, kerana
hamper kesemua aplikasi multimedia menggunakan teks sebagai alat persembahan
maklumat yang paling sesuai untuk menggambarkan suatu nama, definisi atau
kaedah-kaedah Memberi penekanan untuk sesuatu perkara yang ingin disampaikan.

Grafik merupakan elemen paling penting, memberikan penekanan secara visual


terhadap sesuatu persembahan maklumat.Membantu menyampaikan maklumat dengan
lebih berkesan. menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat dengan lebih
menarik.penyampaian maklumat akan menjadi semakin efektif dan bermanfaat, terutama
maklumat yang tidak 6dapat dijelaskan dengan kata-kata. Audio membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (contohnya: penggunaan suara latar
atau kesan audio khusus). Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu
tayangan.Membantu meningkatkan daya tarik terhadap kandungan yang di
presentasikan. Multimedia tidak akan lengkap jika tanpa suara. Suara terbagi menjadi
tiga.

Video menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan


hidup.Merupakan elemen atau media yang sangat dinamik dan efektif dalam
menyampaikan maklumat. Merupakan gabungan elemen multimedia yang lengkap
kerana menggabungkan semua elemen multimedia yanga ada untuk menyajikan
maklumat video menggunakan system animasi yang diambil melalui suatu kamera video
dan disimpan dalam bentuk fail dan format tertentu. Animasi berperanan sebagai penarik
pada sebuah persembahan dan sangat membantu dalam menjelaskan suatu konsep
yang kompleks dengan mudah. Animasi merujuk pada gambar-gambar yang
bergerak. Animasi boleh dihasilkan dengan menayangkan frame-frame (bingkai-bingkai)
gambar secara cepat untuk menghasilkan kesan pergerakan.

1.5 PENILAIAN BAHAN MULTIMEDIA

Penilaian terhadap bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu


tindakan positif dan menyokong keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik disamping menentukan kesesuaian bahan tersebut (Yusuf
Hashim, 1998). Penilaian yangstandard dan sistematik juga dapat menjamin mutu pengh
asilan bahan di sampingmendapatkan pengiktirafan. Menurut Norhashim Abu Samah,
Mazenah Youp, Rose AlindaAlias (1996), penilaian terhadap bahan perisian
akan mendapatkan seberapa banyakkomen, kritik dan maklum balas daripada pengguna
dan hasil maklum balas bolehdigunakan untuk memperbaiki mutu perisian multimedia di
samping memenuhi kehendakdan cita rasa pengguna.Pelaksanaan penilaian boleh
dilaksanakan pada dua peringkat penilaian iaitu penilaianformatif dan penilaian sumatif
(Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir, 1999). Menurut Newman (1990) penilaian secara
formatif akan memberi peluang kepada pengarang Pengajaran Berbantu Komputer (PBK)
untuk membaiki programnya secara cepat melaluimaklum balas atau interaksi pelajar
dengan komputer. Reeves (1993) pula berpendapatpenilaian bahan interaktif seperti
multimedia harus melalui beberapa strategi penilaianformatif yang disarankan oleh Flagg
(1990) seperti mendapatkan ulasan pakar bahan dan juga diuji menerusi kajian rintis.
7

Di peringkat formatif, dalam menilai sesebuah perisiankursus, terdapat beberapa


factor yang menjadi tumpuan utama pengkaji-pengkaji(Norhashim Abu Samah, Mazenah
Youp dan Rose Alinda Alias, 1996). Antaranya adakah iamempunyai dokumentasi dan
panduan yang lengkap, ,mesra pengguna, menggunakanruang ingatan yang optimum
dan lancar. Stake (1995) turut mencadangkan tiga soalanperlu diajukan sebelum
memajukan sesuatu pelan penilaian iaitu apakah yang hendakdinilai; siapa
rujukan sumber dan apa apakah keputusan yang diharapkan seterusnya. Didalam
penilaian berbentuk sumatif pula, ia boleh digunakan setelah sesuatu
bahanPembelajaran Berbantukan Komputer siap direkabentuk, dikod dan diuji. Ini
akanmenghasilkan maklumat bagi memperbaiki mutu bahan dan mendapatkan
pengiktirafanmutu bahan. Menurut Ovando dan McCleary (1991), gabungan antara
sumatif dan formatif boleh diwujudkan dengan mencipta atau menjadikan sesuatu
keadaanuntuk penyeliaan klinikal di bawah sistem penilaian (Norhashim Abu Samah,
Mazenah Youp,Rose Alinda Alias. 1996).

KESIMPULAN
Perkembangan teknologi pada masa kini sedang pesat membangun. Perkara ini
disebabkan oleh proses globalisasi yang sedang berlaku. Pada hari ini, seluruh negara telah
merasakan perubahan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Persaingan
masyarakat dunia yang hebat dalam abad ke-21 ini telah membawa kepada perubahan daripada
era masyarakat industri kepada era masyarakat bermaklumat. Perkembangan dan penerokaan
yang berterusan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia
menjadi lebih maju dan sistematik. Telah banyak aplikasi kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi dapat digunakan untuk membantu manusia meringankan tugasan seharian mereka
disamping membantu mereka untuk meneroka ilmu-ilmu dan pengetahuan yang lebih luas.

Dalam konteks pendidikan, interaktif melalui multimedia telah memainkan


peranan yang penting dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
yang lebih dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan komputer dalam
mempersembahkan teknologi yang menyokong penghasilan aplikasi pengajaran pembelajaran.
Namun yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi
tersebut dengan lebih efektif dan efisien serta dapat membina dan mengeluarkan ide-ide baru
dalam menghasilkan dan mempersembahkan bahan pembelajaran yang membolehkan pelajar-
pelajar dimotivasikan untuk menjelajah isi pembelajaran dan seterusnya memperkayakan proses
pembelajaran.

RUJUKAN
Harun J. & Tasir Z. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS Publications: Bentong

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala Lumpur:

Venton Publishing.

Roblyer, M.d (2003). Integrating Educational Technology into Teaching, edisi

ke-3. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Rozina Jamaludin (2004). Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri Pengajian Dan

Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Smaldino,R.E.,Russell,J.D.,Heinich, R.& Molenda, M,. (2005). Instructional

Technology and Media for Learning, edisi ke-8. New Jersey: Pearson Education Inc.

10

You might also like