Professional Documents
Culture Documents
Tingkatan 1
Tingkatan 1
Segala-galanya, sama ada benda yang hidup atau bukan hidup, yang mempunyai jisim
(mass) dan mempunyai / memenuhi ruang (occupies space) dipanggil jirim (matter).
Contoh-contoh jirim adalah seperti air, udara, bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
manusia.
Ahli-ahli sains mentakrifkan 'jirim' sebagai segala benda yang mempunyai jisim (mempunyai
berat disebabkan oleh tarikan graviti) dan memenuhi ruang (mempunyai isipadu yang boleh
diukur).
Bagaimana untuk membuktikan bahawa sesuatu benda itu mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
Atom adalah zarah terkecil bagi jirim dan tidak boleh dibahagikan lagi.
Warna biru cair kuprum (II) sulfat dilihat tersebar ke seluruh air. Ini adalah kerana zarah-zarah biru kecil
telah bergerak menjauhi dan memasuki ruang antara zarah air.
Saiz belon menjadi semakin kecil selepas beberapa hari. Ini adalah kerana udara terdiri daripada zarah-
zarah halus yang boleh meresap (seep) melalui liang-liang halus pada dinding belon.
Zarah pepejal.
Pensil, rod kaca, kuku besi, dan bikar adalah beberapa contoh pepejal.
Zarah pepejal tersusun rapat dan dalam corak/pola yang tetap. Ini adalah kerana daya
tarikan antara zarah adalah kuat.
Terdapat ruang yang sangat kecil di antara zarah pepejal. Oleh itu, zarah tidak boleh
dimampatkan dan isipadu pepejal adalah pasti/tentu.
Permulaan eksperimen
Prosedur:
1. Kepingan kecil kristal kuprum (II) sulfat dimasukkan ke dalam tabung uji yang dipenuhi oleh gel.
2. Tabung uji diterbalikkan tanpa digoncang dan dibiarkan selama beberapa hari.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Kuprum (II) sulfat biru perlahan-lahan merebak ke dalam gel. Selepas beberapa hari, gel menjadi
keseluruhannya biru. Krital kuprum (II) sulfat telah hilang.
Kesimpulan:
Penyerapan kuprum (II) sulfat oleh gel menunjukkan bahawa terdapat ruang diantara zarah gel. Kadar
penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah gel disusun berhampiran bersama-
sama (terdapat ruang kecil di antara zarah).
Permulaan eksperimen
Prosedur:
1. Kepingan kecil kristal kuprum (II) sulfat dimasukkan ke dalam tabung uji yang dipenuhi oleh gel.
2. Tabung uji diterbalikkan tanpa digoncang dan dibiarkan selama beberapa hari.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Kuprum (II) sulfat biru perlahan-lahan merebak ke dalam gel. Selepas beberapa hari, gel menjadi
keseluruhannya biru. Krital kuprum (II) sulfat telah hilang.
Kesimpulan:
Penyerapan kuprum (II) sulfat oleh gel menunjukkan bahawa terdapat ruang diantara zarah gel. Kadar
penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah gel disusun berhampiran bersama-
sama (terdapat ruang kecil di antara zarah).
Zarah cecair.
Zarah cecair tersusun berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak dalam keadaan corak yang tetap
dan teratur. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah.
Ruang antara zarah cecair adalah lebih besar tetapi, cecair tidak boleh dimampatkan kerana zarah-
zarahnya masih teratur rapat dan berdekatan antara satu sama lain.
Bentuk cecair tidak tetap/pasti. Bentuk cecair bergantung kepada bentuk bekas dimana ia berada.
Cecair (liquid) yang juga dikenali sebagai bendalir (fluid) kerana kebolehannya mengalir.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Warna ungu Kalium permanganat perlahan-lahan merebak ke seluruh bahagian air dalam beberapa jam.
Kesimpulan:
Keupayaan kalium permanganat untuk merebak didalam air menunjukkan bahawa terdapat ruang
antara zarah cecair (air). Kadar penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah disusun agak
rapat (terdapat ruang kecil di antara zarah).
Zarah gas adalah berjauhan dan tidak bersusun dalam corak tetap. Ini adalah kerana daya
tarikan diantara zarahnya adalah sangat lemah.
Zarah gas tidak disusun dalam corak yang tetap. Oleh itu,
terdapat ruang yang besar di antara zarah.
Gas tidak mempunyai bentuk yang jelas (definite shape) atau isipadu (volume). Ia mengambil
bentuk bekas yang mengisinya.
Terdapat ruang yang besar antara zarah gas. Oleh itu, gas boleh dimampatkan (compressed)
dibawah tekanan yang melampau (extreme pressure).
Isipadu gas bertambah (increase) apabila zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Isipadu
gas berkurangan (decrease) apabila zarah dimampatkan.
Permulaan eksperimen
Prosedur:
Beberapa titik bromin (bromine) dititis ke dalam balang gas yang mempunyai penutup. Balang
gas kosong diterbalikkan di atas balang gas diisi dengan yang bromin. Penutup kemudiannya
dialihkan/dikeluarkan.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Gas bromin berwarna perang kemerahan (reddish-brown) merebak dengan cepat ke dalam balang
gas yang berisi udara.
Kesimpulan:
Keupayaan gas bromin merebak ke dalam udara menunjukkan bahawa udara (gas) mempunyai ruang
kosong di antara zarah-zarahnya. Kadar ia merebak yang cepat/pesat (rapid rate) menunjukkan
bahawa zarah-zarahnya tersusun longgar (terdapat ruang yang besar di antara zarah-zarah gas).
Walaupun demikian, kadar (rate) dan jenis pergerakan (type of movement) zarah dalam setiap bentuk
fizikal adalah berbeza.
Gerakan bebas atau gerakan Brown (Brownian motion) adalah gerakan zarah dalam semua arah pada
kelajuan yang tinggi.
Gerakan bebas adalah disebabkan oleh perlanggaran antara zarah-zarah, atau antara zarah-
zarah dan bekas (container) mereka.
Pergerakan bebas berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah melantun (particles rebound),
iaitu zarah bergerak melantun dan berterusan berikutan perlanggaran.
Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja. Zarah cecair juga adalah bergerak
bebas.
Walau bagaimanapun, pergerakan zarah cecair adalah lebih perlahan daripada zarah gas.
Konsep Ketumpatan
Ketumpatan dan keapungan
Ketumpatan (density) sesuatu bahan adalah jisim (mass) per unit isipadu(volume) bahan tersebut.
Persamaannya adalah:
Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kgm-3
Keapungan (buoyancy) jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam
dalam jirim lain.
Pepejal (solid) yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair
(liquid) akan terapung pada permukaan cecair tersebut.
Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan
tenggelam di dalam cecair tersebut.
Sebagai contoh, pepejal yang keras dan kuat, mempunyai banyak kegunaannya:
Besi (iron) boleh digunakan untuk membuat badan kenderaan (body of vehicles).
Kayu digunakan untuk membina rumah (house) dan perabot (furniture).
Pengetahuan tentang sifat-sifat gas (properties of gas) telah membolehkan manusia untuk mengangkut
gas-gas penting. Gas seperti gas petroleum cecair (liquefied petroleum gas) dimampatkan dan diangkut
dalam bentuk cecair, yang mana ia lebih menjimatkan.
Manusia juga menggunakan konsep ketumpatan (concept of density) untuk manfaat mereka.
Pelampung/Boya
Pelampung/boya (buoy) mempunyai silinder yang berisi dengan udara untuk membolehkan ia
terapung di atas air.
Lampu (mengeluarkan cahaya) diletakkan pada peranti/peralatan ini, dan ditinggalkan terapung
di laut sebagai rujukan kepada pelayar-pelayar (sailors) untuk ke lokasi yang lebih selamat.
Boya.
Hidrometer
Hidrometer.
Kapal selam.