You are on page 1of 35

10/03/2014

KONKRIT

10/03/2014
Konkrit ialah bahan yang terhasil
daripada bancuhan batu baur, pasir,
simen dan air dengan mengikut nisbah
tertentu. Nisbah bancuhan mestilah
mengikut yang ditentukan untuk
mendapatkan kekuatan yang
diperlukan bagi sesuatu kegunaan
binaan. Kekuatan konkrit bergantung
kepada nisbah bancuhan.

10/03/2014
CIRI-CIRI KONKRIT

Konkrit mengeras dengan kehadiran air. Sifat ini


adalah penting dalam pembinaan terutamanya
pembinaan asas di tempat yang basah.
Konkrit tidak berkarat atau tidak reput. Ia tidak
juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.
Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk
kepada sebarang bentuk mengikut acuannya. Ia
juga mudah dikerjakan jika dibancuh dengan
nisbah yang sesuai.

10/03/2014
Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat
konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur
mudah didapati dan juga berharga murah.
Konkrit juga tahan lasak.
Konkrit mempunyai keupayaan tanggung
yang tinggi terutamanya tegasan mampatan.

10/03/2014
10/03/2014
Kualiti konkrit ini dipengaruhi oleh
perkara-perkara berikut:

Kualiti bahan-bahan yang digunakan


Nisbah bancuhan
Penggredan batu baur
Amaun air yang digunakan
Cara memampatkannya setelah
ditempatkan di dalam acuan
Pengawetan yang dilakukan setelah
mengeras

10/03/2014
Nisbah bancuhan- Simen: Pasir: Batu
Baur

10/03/2014
10/03/2014
BAHAN-BAHAN KONKRIT

SIMEN
Simen ialah sejenis bahan buatan yang
dihasilkan dengan membakar campuran
batu kapur dan tanah liat atau bahan-
bahan lain yang sesuai.
Bahan ini mempunyai dua sifat penting
iaitu sifat likatan dan lekatan. Dengan
sifat ini, simen akan bertindak sebagai
bahan pengikat yang baik untuk
mengikat batu baur lalu menjadi satu
jasad yang padu dan kuat.

10/03/2014
SIMEN

10/03/2014
JENIS-JENIS SIMEN

Simen Portland biasa (ordinary Portland


cement)

Simen Portland cepat mengeras (rapid


hardening Portland cement)

Simen Portland penahan sulfat

Simen Portland haba rendah (low heat


portland cement)

10/03/2014
CARA PENYIMPANAN SIMEN
Simen mudah menyerap kelembapan daripada udara. Oleh itu,
simen mestilah disimpan di tempat yang kalis lembap. Simen
biasanya disimpan dalam gudang dengan dilapikkan papan
setinggi lebih kurang 23cm dari lantai dan 30cm dari tembok
gudang.

Pintu dan tingkap bangunan gudang mestilah dituutp rapat


supaya udara tidak beredar di dalamnya. Simen Portland biasa
boleh tahan lama sekiranya ia tidak menyerap air.

Di tapak projek, simen hanya diletakkan di suatu ruang yanng


dapat dilindungi daripada hujan dan panas dan ianya
berhampiran dengan kerja pembacuhan konkrit. Kami juga
perhatikan bahawa simen tersebut tidak dilapik dengan papan
seperti mana cara penyimpanan yang sepatutnya dilakukan.
Beg-beg simen disusun secara bertindih-tindih dan beg simen
yang di bawah seklai akan dikeluarkan terlebih dahulu bagi
mengelakkannya daripada menjadi keras

10/03/2014
10/03/2014
BATU BAUR

Batu baur ialah bahan-bahan seperti pasir dan


batu kerikil yang digunakan dalam pembuatan
konkrit. Batu baur digunakan dalam konkrit
kerana ia menghasilkan ketahanan dan
kemudahan kerja konkrit.
Batu baur dikelaskan kepada dua jenis:
Batu baur halus (menembusi ayakan 5mm)
Batu baur kasar (tidak menembusi ayakan
5mm)

10/03/2014
10/03/2014
Sifat batu baur yang diperlukan
Batu baur mestilah keras dan tidak mengandungi bahan-bahan yang
boleh menukarkan isipadunya apabila terdedah kepada cuaca dan bahan
yang boleh merosakkan bar tetulang

Batu baur mestilah bersih dan bebas daripada kekotoran bahan-bahan


organik. Ketulan batu baur mestilah tidak disaluti habuk, lumpur dan
tanah liat kerana ia boleh menghalang proses penghidratan,
mengurangkan daya lekitan simen dan boleh merosakkan bar tetulang

10/03/2014
Jenis Pasir
PASIR SUNGAI PASIR LOMBONG PASIR LAUT

Ia merupakan Biasaannya Ia mengamdungi


jenis pasir yang mengandungi garam dan tidak
terbaik kerana ia kekotoran seperti sesuai digunakan
telah melalui lumpur, tanah liat kecuali jika
proses penggredan dan lain-lain lagi. dibersihkan
semula jadi Pasir lombong terlebih dahulu.
melalui tindakan halus sesuai untuk
arus sungai. kerja-kerja
Proses ini secara mengikat bata.
tidak langsung Pasir lombong
membuang bahan- kasar sesuai untuk
bahan yang lemah. kerja-kerja konkrit
dan pasir lombong
perlu dibersihkan
terlebih dahulu
untuk
memperbaiki
mutunya

10/03/2014
PEMUDAH ADUN (PLASTICIZER)
Pemudah adun ialah sejenis bahan gerak cergas di
permukaan (surface active agent) yang membentu simen
menyebarkan dengan lebih berkesan lagi di dalam air. Apabila
bahan ini berpadu dengan konkrit, ia akan memberi satu
keputusan yang sering mempercepatkan sifat kejelekitan dan
masih boleh mengekalkan keboleholahan yang diperlukan
walaupun pada kadar air atau simen yang berkurangan.

Apabila pengurangan kadar kandungan air di dalam konkrit


ke sehingga 10% akan menyebabkan berkurangnya gerakan
aliran tetapi ia akan menambah kekuatan kemungkinan
antara 10 20%.

Bahan tambah seperti ini adalah berguna dalam membuat


konkrit tegasan tinggi. Dengan bahan ini juga ia
membolehkan konkrit itu dibancuh dalam kadar air/simen
yang rendah tetapi masih mengekalkan taraf kerja yang
diperlukan.

10/03/2014
AIR BANCUHAN

BS 3148 Test for water for making


concrete menyatakan bahawa air yang
digunakan bagi bancuhan konkrit mestilah
bebas dari bahan-bahan yang
meninggalkan kesan seperti kelodak, tanah,
asid organik dan bahan organik yang lain
seperti garam, alkali dan lain-lain lagi.
Bahan seperti kelodak dan tanah adalah
senang dipisahkan hanya dengan
menjalankan proses pemendakan.

10/03/2014
10/03/2014
10/03/2014
Bahan Tambah
Bahan tambah adalah sejenis bahan yang
dicampurkan ke dalam konkrit semasa
bancuhan dijalankan. Tujuannya ialah bagi
meningkatkan taraf pada sifat-sifat konkrit di
dalam keadaan yang diperlukan.

Additive adalah biasanya dikatakan sebagai


percampuran kimia pada masa proses
pembuatan simen dan ianya berbeza dengan
bahan tambah. Kedua-dua bahan ini, additive
dan bahan tambah adalah bagi kebaikan pada
konkrit.

10/03/2014
BANCUHAN KONKRIT

Manual

10/03/2014
Mesin

10/03/2014
Precast

10/03/2014
Nisbah Bancuhan
Kegunaan konkrit menentukan nisbah bancuhan yang
dikehendaki. Ini adalah berdasarkan kepada
kekuatannya. Konkrit pada amnya kuat dalam tegasan
mampatan dan lemah dalam tegasan tegangan. Nisbah
bancuhan yang biasa digunakan ialah 1: 2: 4 (simen:
pasir: batu baur kasar), 1: 3: 6 dan 1: 5: 10 digunakan
mengikut tempat dan tujuan kegunaannya.
Bancuhan 1: 2: 4 digunakan dalam banyak jenis
pembinaan dengan memuaskan seperti pembinaan
asas, lantai, tiang, rasuk dan tembok baik dalam
konkrit biasa mahu pun dalam konkrit bertetulang.
Bancuhan 1: 3: 6 adalah sesuai digunakan pada
pembinaan lantai dan konkrit yang berjisim kurang
mengalami tegasan tegangan.

10/03/2014
Alat Pemampat Konkrit

10/03/2014
PENGAWETAN KONKRIT
Apabila air dibancuh ke dalam konkrit, tindak balas berlaku antara
simen dengan air menyebabkan simen membeku dan terus mengeras.

Mengikut peraturan, jumlah air yang dibancuh hendaklah


secukupnya untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang mudah
dikerjakan serta membolehkan tindak balas kimia pada peringkat
permulaan ini.

Dalam proses tindak balas ini haba dihasilkan dan sebahagian


kandungan air akan hilang.

Proses ini dinamakan penghidratan. Kehilangan air ini akan


menjejaskan kesempurnaan penghidratan di samping menghalang
pencapaian kekuatan maksimum dalam konkrit.

Oleh sebab itu, tindakan hendaklah diambil untuk menjamin cukup


air untuk penghidratan. Tindakan ini dikenali sebagai pengawetan
dalam konkrit.

10/03/2014
LANGKAH PENGAWETAN KONKRIT
Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan yang basah
seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan sebagainya. Bahan-
bahan yang mungkin merosakkan warna konkrit tidak boleh
digunakan.

Merendam permukaan konkrit dengan air. Kaedah ini sesuai untuk


mengawet lantai konkrit.

Membasahkan konkrit dengan air. Amalan ini dilakukan pada tempat-


tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar
diawet dengan cara lain. Bahagian bangunan konkrit dibasahkan
dengan air beberapa kali sehari berterusan selama tujuh hari setelah
konkrit mengeras.

Menyapu bahan-bahan kimia pada permukaan konkrit untuk


mengelakkan kehilangan air melalui proses sejatan. Bahan-bahan
yang biasa digunakan ialah kompound silica.

Menggunakan wap air (stim). Kaedah ini digunakan dalam kilang


untuk menghasilkan buatan konkrit, terutama sekali konkrit
prategasan dengan cepat dan bermutu tinggi.

10/03/2014
Kekuatan Konkrit

JANGKA MASA PERATUS


3 hari 20 %
7 hari 45 %
28 hari 60 %
3 bulan 85 %
6 bulan 95 %
12 bulan 100 %

10/03/2014
KUALITI KONKRIT
Ujian Penurunan

10/03/2014
JENIS KERJA KONKRIT PENURUNAN

Konkrit biasa yang tidak bertetulang 25 50 mm


Tembok penahan dan tiang 75 125 mm
Rasuk dan papak 50 100 mm
Kerja jalan dan lantai 25 100 mm

10/03/2014
Ujian Mampatan (Ujian Kiub)

10/03/2014
Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam sebuah acuan yang
berukuran 150 mm x 150 mm x 150 mm secara berlapis-lapis
(biasanya tiga lapis) dan dicucukkan dengan sebatang besi
sebanyak 25 hingga 35 kali supaya mampat. Kemampatan ini
juga boleh dilakukan dengan menggunakan alat getar.
Permukaan kiub tersebut hendaklah dilicinkan dengan sudip

Konkrit yang telah dibuat ini disimpan dengan acuan sekali di


tempat yang terlindung dan dalam keadaan yang lembap
selama 24 jam sebelum acuannya ditanggalkan.

Apabila kiub konkrit dikeluarkan daripada acuannya. Ia


ditandakan dengan tarikh ianya dibuat dan ditandatangani
oleh penyelia yang membuatnya. Selepas itu, kiub ini
diawetkan dengan cara direndam dalam tangki air sehingga
ujian dibuat. Ujian terhadap kiub tersebut dilakukan pada
hari ke-3, 7, 14 dan 28 selepas kiub itu dibuat. Ujian boleh
dilakukan selepas 3 bulan dan satu tahun untuk kajian
selanjutnya.

10/03/2014

You might also like