You are on page 1of 2

MODUL 10 : KATA PARTIKEL

Kata partikel atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan kepada
frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.

-lah, -tah, dan kah

Penggunaan kata penegas dalam ayat.


Dalam bahasa bertulis, unsur yang ditegaskan atau difokuskan dalam sesuatu ayat
harus dikedepankan.
SALAH BETUL
Mereka datang bilakah? Bilakah mereka datang?
Anaknya pintarkah? Pintarkah anaknya?
Gerangan gadis itu siapakah? Siapakah gerangan gadis itu?
Komputer baharuku itulah. Itulah komputer baharuku.
Kunciku manatah? Manatah kunciku?
Usaha kita sia-sialah. Sia-sialah usaha kita.

Penulisan kata penegas pun


Penulisan kata penegas pun tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
SALAH BETUL
Kakakpun hendak pergi ke bandar. Kakak pun hendak pergi ke bandar.
Saya tidak akan mengaku kalah biar pun Saya tidak akan mengaku kalah biarpun
keletihan. keletihan.

Sudah ditetapkan bahawa tiga belas (13) patah kata seperti yang berikut ini perlu
ditulis serangkai (dicantumkan) dengan kata partikel pun, iaitu:
adapun andaipun ataupun bagaimanapun
biarpun kalaupun kendatipun lagipun
mahupun meskipun sekalipun sungguhpun
walaupun

Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun
bermaksud:
a) juga - Adik pun ingin pergi ke pasar.
b) bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
c) biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan
meneruskannya.
d) menguatkan pokok ayat - Tidak ada seorang pun calon yang
gagal dalam
peperiksaan itu.
e) turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
f) Penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk.

Contoh kata penegas lain:


jua, juga, sahaja, lagi, memang dan hanya.
Selain itu, terdapat kata penegas yang bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.
Contoh:
Adik juga ingin pergi ke Sabah.
Adik ingin juga pergi ke Sabah.

You might also like