You are on page 1of 4

Negeri-negeri Selat

http://www.geocities.ws/cominglucky/nns.htm

Pengenalan
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah
ditubuhkan pada 1786; Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada
tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris - Belanda 1824. Ketiga - tiga
kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggil sebagai Negeri - negeri Selat pada tahun 1826.

Penubuhan Negeri - negeri Selat, 1826 - 1890


Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang yang telah
ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah mengangkat Pulau Pinang
menjadi Presidency ke-4 selepas Madras, Bombay dan Benggala di India. Pulau Pinang
mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara. Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada
1819 dengan seorang Residen yang bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu
di antara 1819-1823, semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan
bukan dari Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus
diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui pertukaran
dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan Perjanjian Inggeris - Belanda
diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan India.
Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan ketiga-
tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk mengurangkan bilangan
pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian dipanggil Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat
ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor
dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat
pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Singapura.
Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf
Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2 orang Timbalan
Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepas tahun 1832, jawatan gabenor
digunakan semula di Negeri-negeri Selat.

Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat


Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan di bawah
kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:
a. 1831-1851 ditadbir oleh Kerajaan Benggala
b. 1851-1858 diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneral
c. 1858-1867 diserahkan kepada Pejabat India
Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke Pejabat
Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata Wang dan cukai pelabuhan.
Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada masa itu terlibat dalam satu
pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana sepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI.
Peristiwa Dahagi itu jelas memperlihatkan kelemahan Pejabat India untuk memerintah India
sendiri dan membuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh.
Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta Pejabat Tanah
Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri Selat daripada
Pejabat India.
Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dan kuasa
pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di London. Pada 10 Ogos 1866, Parlimen
meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah
Jajahan.
Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat
dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat mencapai
taraf Tanah Jajahan Mahkota.

Sebab-sebab perpindahan
1. Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat
Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa
masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar yang
merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan
masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai
menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India dan
mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh daripada Negeri-
negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting yang hendak disampaikan
ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi
semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akan
kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selat
mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh
itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan
kehendak-kehendak atau tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.
2. Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat
a. Masalah lanun
Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang
dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat
Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti
Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka tidak sahaja
merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak kapal
atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti
menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina
turut terlibat dalam peristiwa lanun.
b. Mengawal kegiatan kongsi gelap
Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya
mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina,
Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu memberi kebebasan kepada
kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-
negeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi
pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.
Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar.
Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat
hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan
Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan
itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan
lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan
Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian timur
tidak akan tercapai.
3. Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat
Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-
negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah kerana Negeri-
negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan
kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih
dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham tentang
bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk
menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan
kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru
itu, mereka mengamalkan rasuah.
Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan
di Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga
ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga
penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat juga tidak
cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan kekurangan
mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat
seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes
tertangguh.
4. Ketiadaan perwakilan tempatan
Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih wakil-
wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran Negeri-
negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcutta
atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan Negeri-
negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri
Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan
Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-
pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan
India dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil
tempatan.
5. Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat
Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negeri-
negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah dihantar ke
Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar yang diketuai oleh
W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeri
Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat
akan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti
perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk
menanggung banduan-banduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan
sosial mereka.
6. Dasar tidak campur tangan Kerajaan India
Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat mereka,
polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan perdagangan dan
mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India untuk campur tangan dan
menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka
mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan
perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di
sebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan
kegiatan perdagangan saudagar British.
7. Akta Mata Wang, 1855
Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata wang
rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi menggantikan mata
wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkan
saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai
wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit. Masalah ini menjadi
kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiran
India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee.
8. Pengenaan cukai pelabuhan, 1856
Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi. Untuk
mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan cukai
pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan Indiauntuk
mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut akan digunakan
untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung dan beberapa
pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana mereka merasa
kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah bergantung kepada taraf
pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka bimbang jika cukai pelabuhan
dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan berkurangan. Jika keadaan ini berlaku,
sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di Negeri-negeri Selat akan terjejas.

Pentadbiran Negeri-negeri Selat, 1867


Kerajaan Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor. Gabenor yang pertama ialah Sir
Harry Ord. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangan. Majlis Kerja
Kerajaan terdiri daripada ahli-ahli rasmi. Majlis Perundangan terdiri daripada 9 orang ahli rasmi
dan 5 orang ahli tidak rasmi. Majlis Perundangan ini membuat undang-undang bagi Negeri-
negeri Selat tetapi mesti mendapat persetujuan daripada Parlimen Brirish terlebih dahulu.
Gabenor Negeri-negeri Selat diberi kuasa penuh untuk memerintah Negeri-negeri Selat.

You might also like