You are on page 1of 49

PERSEPSI PENIAGA TERHADAP PERNIAGAAN PASAR PAGI DI TAMAN

JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

SIPNOSIS

Pasar pagi telah memberi peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang
perniagaan secara kecil-kecilan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi peniaga terhadap
perniagaan pasar pagi dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar
pagi di Taman Johor Jaya. Taman Johor Jaya telah dipilih sebagai kawasan kajian kerana
lokasinya yang strategik yang mampu menarik pelanggan membeli-belah barangan
keperluan harian. Kaedah persampelan, pemerhatian, soal selidik, temubual, rujukan dan
teknik penganalisaan data telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Seramai 30
responden dijalankan soal selidik dan 3 responden ditemubual. Data telah dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan
kekerapan, peratusan dan purata. Keputusan analisis menunjukkan masih kebanyakkan
peniaga memuaskan terhadap pengurusan pihak MPJBT. Daripada hasil dapatan,
peniaga-peniaga mengeluarkan pandangan bahawa masih terdapat ruang untuk
memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup peniaga. Kesimpulannya, kemudahan dan
infrastruktur pasar pagi boleh ditambahkan supaya menjadikan Taman Johor Jaya salah
satu pasar pagi yang menjadi tumpuan ramai.

KANDUNGAN
1
Halaman

SIPNOSIS

KANDUNGAN 2-3

SENARAI PETA 4

SENARAI RAJAH 4

SENARAI FOTO 5

PENGHARGAAN 6

1 PENGENALAN 7-9
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 10
3.0 LOKASI KAJIAN 11-13
4.0 KAEDAH KAJIAN 14-17
1 PERSAMPELAN 14-15
2 PENGUMPULAN DATA 15-16
3 TEMU BUAL 16
4 RUJUKAN 16-17
5 TEKNIK PENGANALISAAN DATA 17
5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 18-38
1 DEMOGRAFI RESPONDEN 18
1 Jantina 19
2 Umur 20
3 Bangsa 21
4 Jenis Perniagaan 22
5 Golongan Pelanggan 23
2 ANALISIS PERSEPSI PENIAGA 24-25
TERHADAP PERNIAGAAN PASAR PAGI
DI TAMAN JOHOR JAYA
1 Taraf hidup semakin meningkat 24-25
2 Menyediakan peluang pekerjaan 25-26
3 Pertambahan penduduk 27-28
4 Lokasi perniagaan yang kurang strategik 28-29
5 Persaingan sengit antara peniaga 29-30
6 Keadaan kebershihan yang kurang memuaskan 30-31
7 Status ekonomi dan inflasi 32-33
8 Ketidakstabilan pendapatan 33-34
9 Kemudahan infrastruktur yang baik 34-35

5.3 PEMERHATIAN 36-38

2
6.O RUMUSAN DAN KESIMPULAN 39-41

RUJUKAN 42

LAMPIRAN 42-49

3
SENARAI PETA

No Peta Halaman
1 Peta Taman Johor Jaya 9
2 Peta Daerah Johor Bahru 10

SENARAI RAJAH

No Rajah Halaman

1. Jantina 19
2. Umur 20
3. Bangsa 21
4. Jenis Perniagaan 22
5. Golongan Pelanggan 23
6. Taraf hidup semakin meningkat 24-25
7. Menyediakan peluang pekerjaan 25-26
8. Pertambahan penduduk 27-28
9. Lokasi perniagaan yang kurang strategik 28-29
10. Persaingan sengit antara peniaga 29-30
11. Keadaan kebershihan yang kurang memuaskan 30-31
12. Status ekonomi dan inflasi 32-33
13. Ketidakstabilan pendapatan 33-34
14. Kemudahan infrastruktur yang baik 34-35

SENARAI FOTO

No Foto Halaman
1 Foto Pemerhatian 37-38
2 Foto Pasar Pagi Taman Johor Jaya 46-47

4
5
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan ditunjukan kepada Pengetua SMK Permas Jaya,


Tuan Haji Borhanudin bin Mansor yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Kee Chung
Hau selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi
tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di SMK
Permas Jaya yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan bapa tercinta
iaitu Encik Chong Voon Fatt dan Puan Lau Hang Sim kerana banyak membantu dan
tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan
kewangan. Tidak lupa juga buat adik-adik yang dikasihi, Chong Jia Hui dan Chong
Jia Siang, terima kasih kerana memberikan semangat.

Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, Ho Song Yan, Law Fang
Yuan, Low Jyn Hao, Dang Ji Chin dan rakan-rakan sepanjangan di Tingkatan Enam
Atas Sains Fizikal, terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat
dihargai.

Tambahan pula, saya ingin memberi penghargaan kepada responden di Taman


Johor Jaya yang sanggup meluangkan masa untuk mengisi borang soal selidik dan
temubual saya. Kerjasama anda semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih kepada semua.

6
1.0 PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, persepsi ialah sudut pandangan ataupun
tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara manakala penduduk pula merujuk
kepada satu kolompok masyarakat yang menetap di sesuatu tempat. Pasar pagi ertinya
mana-mana tapak di atas di mana-mana jalan awam lorong awam atau tempat-tempat
awam yang ada pada fikiran majlis adalah sesuai untuk jualan atau di pamerkan
untuk jualan sesuatu makanan, minuman atau barang-barang keperluan harian dan
apa jua jenis daripada jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi yang dijalankan di kawasan
yang dibenarkan oleh Majlis.

Pasar pagi dibuka pada waktu pagi, di mana isteri, anak, ataupun rumah tetangga dan
warga tua menghadiri dan barang-barang jualan adalah sayur-sayuran, ikan, daging,
pakaian dan pelbagai jenis produk seharian dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu,
perniagaan seperti ini dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli keluarga. Salah
satu Pasar pagi yang besar berada di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Antara
kepentingan pasar pagi ialah pasar pagi dapat menyediakan peluang pekerjaan,
mengurangkan pengangguran, dapat menyediakan barangan yang segar dan
menjimatkan kos pengguna. Namun, pasar pagi juga mempunyai kesan negatif yang
tersendiri, antaranya ialah; persaingan dengan kedai runcit tempatan, keadaan
kebershihan yang kurang memuaskan, ketidakstabilan pendapatan, harga tanpa
kawalan, barangan tidak berkualiti dan menyebabkan kesesakan lalu lintas

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), perkembangan ekonomi


secara mampan, pendapatan yang lebih tinggi serta peluang keusahawanan baru akan
menyumbang kepada perkembangan sektor perdagangan yang lebih pesat. Saiz
penduduk, proses pembandaran, perubahan gaya hidup dan corak penggunaan
dijangka memberi kesan terhadap peningkatan arus perubahan dalam aktiviti borong
dan runcit domestik. Di samping dapat menjana peluang pelaburan dan guna tenaga
yang banyak dalam pelbagai sektor, perdagangan akan menyediakan rangkaian
dalaman dan antara sektor yang lebih luas.

7
Sejajar dengan perkembangan baru, perniagaan tradisional dan kecil akan digalakkan
menaik taraf dan menerima amalan perniagaan moden bagi mempercepatkan integrasi
perniagaan dengan sistem perdagangan berkembang secara cekap dan berdaya saing
sejajar dengan prinsip persaingan dan perdagangan adil (Rancangan Malaysia
Kesembilan 2006-2010, 2006). Dengan kata lain, kepesatan ekonomi sesebuah negara
banyak bergantung kepada usaha perniagaan yang dijalankan. Perniagaan yang
dijalankan banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara.
Seseorang peniaga mestilah membangunkan diri dan perniagaan mereka agar
berupaya untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Kesedaran tentang peranan
dan sumbangan ini mendapat pengiktirafan yang meluas baik di negara maju
mahupun di negara sedang membangun. Sebanyak 95% daripada keseluruhan
perniagaan di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada perniagaan kecil. Rekod
menunjukkan antara 85% hingga 91% daripada jumlah pertubuhan perniagaan di
Singapura, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan adalah terdiri daripada perniagaan
kecil.

Di Malaysia, perniagaan kecil dianggarkan membentuk sejumlah lebih 75% daripada


bilangan keseluruhan pertubuhan perniagaan (Moha Asri et al., 2000). Jaafar
Muhammad (1993) pula menyatakan bahawa sebagai manusia yang ingin meneruskan
perniagaan, individu harus menempuh berbagai-bagai cabaran untuk mencapai
matlamat dan cita-cita. Penggunaan peluang yang sedia ada merupakan satu perkara
yang amat penting dalam perniagaan. Kebijaksanaan dalam menggunakan peluang
yang sedia ada akan mendatangkan hasil yang lumayan dan seterusnya sebagai
langkah untuk mencapai kejayaan dan mendapat keuntungan.

Aktiviti penjajaan pasar pagi merupakan satu aktiviti yang telah lama bertapak di
negara ini. Malah ia sudah menjadi kemestian di hampir semua tempat. Di samping
memberi peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang perniagaan secara
kecil-kecilan, ia juga dapat melahirkan bakal-bakal usahawan. Walaupun pasar pagi
telah lama wujud, namun pelbagai masalah timbul akibat dan kelemahan organisasi

8
yang terlibat di dalam menguruskan pasar pagi ini. Masalah seperti pencemaran
memang tidak dapat dielakkan memandangkan ia sentiasa wujud. Namun, apa yang
boleh dilakukan ialah mengawal segala masalah yang timbul akibat dan aktiviti ini
supaya ia tidak menjadi lebih serius di masa hadapan.

Melalui kajian ini, kita dapat mengenalpasti persepsi peniaga terhadap pasar pagi di
Taman Johor Jaya dengan lebih terperinci lagi dan juga mengesyorkan beberapa
cadangan yang munasabah untuk mengatasi masalah yang timbul int. Kajian ini juga
dapat memberi maklumat mengenai sejarah kewujudan pasar pagi ini dan
perkembangan di masa hadapan. Analisis yang dijalankan menunjukkan sejarah
kewujudan pasar pagi ini dipengaruhi oleh kawasan perumahan dan kemudahan
infrakstruktur yang tinggi. Manakala perkembangannya pula menunjukkan
permintaan yang tinggi terhadap para peniaga memungkinkan pembesaran kawasan
pasar pagi ini.

Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat memberi satu penjelasan yang teliti
dan jelas kepada persepsi peniaga terhadap pasar pagi di Taman Johor Jaya.
Memandangkan kawasan kajian lama dibangunkan dan tapak pasar pagi ini masih
baru wujud, oleh itu satu penelitian harus dijalankan agar dapat mengenalpasti
pandangan peniaga terhadap kewujudan pasar pagi ini.

9
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat tiga objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat
adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

1) Mengenal pasti persepsi peniaga terhadap perniagaan pasar pagi di Taman


Johor Jaya

2) Mengkaji kepentingan perniagaan pasar pagi terhadap penduduk

3) Mengenal pasti masalah para peniaga pasar pagi di Taman Johor Jaya

1
0
3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di tempat Taman Johor Jaya. Taman Johor
Jaya adalah bandar satelit yang terletak di pinggir utara Johor Bahru , bandar kedua
terbesar di Malaysia . Johor Jaya terdiri daripada zon terutamanya kediaman, tetapi ia
juga mempunyai cahaya zon perindustrian dan komersial. Johor Jaya ditadbir
oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di sebelah utara Lebuhraya
Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selatan lebuh raya
( Rosmerah ).

Johor Jaya telah dibangunkan oleh Pemaju Perumahan Daiman Development Berhad,
subsidiari Daiman Kumpulan. Kerja-kerja pembinaan dan pembangunan yang
bermula pada tahun 1983. Fasa pertama pembangunan terutamanya tertumpu kepada
pembinaan rumah teres setingkat. Pembinaan rumah telah bersiap pada tahun 1987
tetapi penduduk pada mulanya teragak-agak untuk berpindah ke rumah-rumah mereka
kerana laporan pecah rumah. Pada Januari 1989, Daiman kemudiannya
mengumumkan rancangan untuk membangunkan 3 fasa dalam kawasan Anggerik,
Dedap dan Teratai. Perancangan telah dibuat untuk membina single dan double
tingkat rumah teres, rumah kedai dan kompleks sukan. Pembangunan 3 fasa telah
bersiap menjelang tahun 1992. Pada masa itu, terdapat beberapa 11,132 rumah
kediaman yang dibina. Pengurus Daiman Kumpulan, Tan Yeong Kan mengumumkan
bahawa penyiapan fasa pembangunan telah mendorong syarikat mereka mempunyai
tunai yang lebih dengan tiada pinjaman. Fasa pembangunan Keembong dan Seroja
diikuti guaman antara tahun 1992 dan 1993. Pembangunan fasa akhir Taman Johor
Jaya iaitu sekitar Jalan Rosemerah Utama bermula pada pertengahan tahun 1990-an
dan diakhiri dengan pembinaan rumah banglo di kawasan barat Daiman Golf Course
pada tahun 1998.

1
1
Sebuah pusat makanan baru, Family Food Court telah dibina pada tahun 2004 di
sepanjang Jalan Dedap 14. Terdapat pelbagai jenis masakan Melayu yang disajikan di
pusat makanan ini. Antara lain adalah Nasi Lemak, Nasi Ambang, Ajau Nasi, Nasi
Campur dan pelbagai jenis mi. Jusco Tebrau City, telah dibina pada tahun 2005 di
sepanjang Lebuhraya Tebrau. Hypermarket jiran lain termasuk Giant di Plentong
dan Carrefour di sepanjang Lebuhraya Tebrau, hanya selatan Jusco. Masjid komuniti
baru, Masjid At-Taqwa, yang dibina pada 2009, terletak di sepanjang Jalan Dedap
10. Johor Jaya balai polis baru di Rosmerah. Terdapat juga Kuil Hindu yang terletak
di sebelah balai polis.

Sejarah awal penubuhan Pasar Pagi di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
bermula 1957 di Majlis Tempatan Ulu Tiram yang dianjurkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu (UMNO) Cawangan Ulu Tiram. Pasar pagi tersebut diadakan
pada setiap hari di Jalan Tembusu, Ulu Tiram. Mulai tahun 1978 tertubuhnya
Majlis Daerah Johor Bahru Tengah, Skudai, semua kegiatan aktiviti pasar pagi
diambil alih oleh pihak Majlis bagi penyusunan semula dan kawalan perniagaan
mengikut syarat-syarat dan dasar- dasar yang telah ditetapkan oleh Majlis

1
2
Peta 1 Peta Taman Johor Jaya

Sumber: Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

1
3
Peta 2: Daerah Johor Bahru

Sumber: http://maps.google.com

Gambar: Pasar Pagi Taman Johor Jaya

4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mengkaji persepsi para
peniaga terhadap perniagaan pasar pagi di Taman Johor Jaya. Kaedah kajian yang
saya gunakan untuk melengkapkan laporan kajian saya ialah
kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan teknik
penganalisaan data.

4.1 PERSAMPELAN

Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan


maklumat adalah tepat, mudah serta relevan dengan objektif yang
telah ditetapkan.Kaedah persampelan meggunakan borang kaji

1
4
selidik yang akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998). Kajian ini
menggunakan persampelan bukan probabiliti.Persampelan bukan
probabiliti ialah teknik sampling yang memberi peluang atau kesempatan tidak
sama bagi setiap unsur atau anggota populasi untuk dipilih menjadi sampel. Pemilihan
elemen-elemen sampel didasarkan pada kebijaksanaan penaliti sendiri. Pada prosedur
ini, masing-masing elemen tidak diketahui apakah berkesempatan menjadi elamen-
elemen sampel atau tidak.

Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini,
iaitu terdiri daripada peniaga tempatan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut
Bailey (1984), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian
yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan
kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah,
mereka seharusnya adalah peniaga tempatan yang berniaga dalam kawasan Taman
Johor Jaya. Hal ini adalah kerana, mereka yang merasai masalah-masalah yang
ditemui semasa berniaga dalam kawasan tersebut. Selain itu, responden haruslah
berumur 21 tahun dan ke atas, kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat
keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

4.2 PENGUMPULAN DATA


Kaji selidik dan pemerhatian telah digunakan sebagai pengumpulan data dalam kajian
ini.

a) Borang soal selidik

Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan oleh para pengkaji
untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik merupakan borang yang berisi

1
5
soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk
semua responden. Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana
ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik
perlu melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuian supaya tidak
berlaku bias (Abd Rahim et al 1999). Borang soal selidik hanya boleh dibentuk
berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Hal ini agar soalan
tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran.

Bahasa yang digunakan haruslah mudah dan senang difahami oleh responden. Dalam
keadaan ini, responden akan faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan
jawapan yang tidak benar. Faedah menggunakan kaedah ini ialah setiap responden
disoal dengan soalan yang sama. Oleh itu, penyelidik boleh membuat perbandingan
antara seorang responden dengan responden lain. Selain itu, ia mempercepatkan kerja
mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul.

b) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk


mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu
bual. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Kebaikan menggunakan kaedah pemerhatian ialah aspek-aspek sahsiah yang penting


biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui pemerhatian setiap tingkah
laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui soal selidik atau temu
bual. Aspek-aspek fizikal dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran,
taksiran, dan bandingan dengan satu-satu piawai melalui pemerhatian langsung.

1
6
4.3 TEMU BUAL

Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan penyelidik menemuramah orang


sumber untuk mendapatkan maklumat tentang kajian. Penyelidik telah menemuramah
orang responden yang sebagai peniaga yang berniaga di pasar pagi supaya dapat lebih
mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka dan juga mendapatkan pandangan
mereka terhadap perniagaan pasar pagi di Taman Johor Jaya. Hasil temuramah
akan digunakan untuk memproses data yang boleh memantapkan
lagi hasil kajian ini.

4.4 RUJUKAN

Penyelidik juga telah mendapatkan data sekunder melalui kaedah


Rujukan bagi melengkapkan hasil kajian ini. Intenet menjadi sumber
rujukan utama bagi semua penyelidik semasa membuat rujukan untuk mendapatkan
peta zon, peta kawasan kajian dan sebaginya. Selain itu, penyelidik juga telah
merujuk pada kamus dewan, buku, keratin akhbar dan majalah untuk mendapatkan
maklumat berkaitan kajian yang dikaji. Membuat rujukan telah membantu penyelidik
mendapatkan maklumat-maklumat yang significant dan penting.

4.5 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi dxa primer dari soal selidik
yang diedarkan kepada responden, Tahap analisis dicapai apablla data yang diperolehi
dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang
telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.

1
7
Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai
persepsi peniaga terhadap perniagaan pasar pagi di Taman Johor Jaya. Setiap
peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert ,
dimana angka 5 mewakiii sangat memuaskan/setuju, 4 mewakili memuaskan/setuju, 3
mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak memuaskan/setuju dan angka 1 mewakili
sangat tidak memuaskan/setuju.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada boring soal selidik yang telah diisi oleh responden.
Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai
peratusan, taburan kekerapan dan purata

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada peniaga Taman Johor Jaya
dijalankan soal selidik. Latar belakang responden yang meliputi aspek jantina, umur,

1
8
bangsa, jenis perniagaan dan golongan pelanggan telah dianalisis dan dipersembahkan
dalam bentuk rajah.

5.1.1 Jantina

1
9
Jantina

Perempuan; 47%
Lelaki ; 53%

Rajah 1: Jantina Responden

Sumber : Borang Soal Selidik

Jantin Perempua
a Lelaki n
16 14
Jadual 1: Jantina Responden

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden , senarai 14


orang (47peratus) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya
sebanyak 16 orang (53 peratus) adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan
jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas
boleh dilihat pada rajah 1. Kajian ini adalah melihat persepsi peniaga Taman
Johor Jaya. Oleh hal yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar
jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.

5.1.2 Umur

2
0
Umur

21-30
10% 17%
31-40
17%
41-50
27% 51-60
30% 60 ke atas

Rajah 2: Umur

Sumber: Borang Soal Selidik

Bilang
Umur an
21-30 5
31-40 8
41-50 9
51-60 5
60 ke
atas 3

Jadual: Umur

Daripada 30 orang responden, seramai 5 orang (16 peratus) adalah terdiri daripada
responden yang mempunyai golongan umur antara 21 hingga 30 tahun. Responden
yang berada dalam golongan umur antara 31 hingga 40 tahun adalah seramai 8 orang
(27 peratus). Manakala responden yang berusia daripada 41 hingga 50 tahun adalah
sejumlah 9 orang (30 peratus). Seterusnya, responden yang berumur di antara 51
hingga 60 tahun dan 61 tahun ke atas yang masing-masing terdiri daripada 5 orang
(17 peratus) 3 seorang (10 peratus) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.

5.1.3 Bangsa

2
1
Bangsa
Melayu Cina India

17%
33%

50%

Rajah 3: Bangsa Responden

Sumber : Borang Soal Selidik

Bangs Melayu Cina India


a 10 15 5

Jadual 3: Bangsa Responden

Kebanyakkan responden adalah terdiri daripada tiga bangsa yang utama iaitu
Melayu, Cina dan India. Golongan Cina adalah sebanyak 15 orang (50 peratus),
diikuti dengan Melayu 10 orang (33 peratus), dan sekurangnya adalah terdiri daripada
bangsa India iaitu sebanyak 5 orang (17 peratus). Hal ini sedemikian disebabkan
kebanyakkan penduduk Taman Johor Jaya terdiri daripada bangsa Cina, diikuti
Melayu dan seterusnya India. Responden ini juga tidak muncul bangsa lain walaupun
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Data yang lebih perinci dapat dilihat dalam
rajah 3.

5.1.4 Jenis Perniagaan

2
2
Jenis Perniagaan
Makanan
8
Minuman
7 Buah-buahan
6 Sayur-sayuran
5 Barang Runcit
4 Pakaian

3 Lain-lain

2
1
0

Rajah 4: Jenis Perniagaan

Sumber : Borang Soal Selidik

Jenis Makana Minuma Buah- Sayur- Barang Pakaia Lain-


Perniagaa n n buahan sayuran Runcit n lain
n 8 5 3 2 3 7 2

Jadual 4: Jenis Perniagaan

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang ditemubual, seramai 8


peniaga adalah terdiri daripada responden yang menjalankan perniagaan makanan
merupakan perniagaan yang paling popular dan persaingan sengit. Hal ini sedemikian
kerana perniagaan makanan memerlukan modal yang rendah dan mudah mendapat
keuntungan. Manakala responden yang menjalankan perniagaan pakaian merupakan
jumlah kedua dalam jenis perniagaan. Terdapat 7 peniaga memilih perniagaan pakaian
kerana mempunyai pasaran yang luas dan pendapatan yang lumayan. Selain itu,
terdapat 5 peniaga menjalankan perniagaan minuman, diikuti 3 peniaga menjalankan
perniagaan buah-buahan dan seterusnya 2 peniaga menjalankan perniagaan sayur-
sayuran. 3 responden juga menjual barang runcit atau barang keperluan harian.
Terdapat 2 peniaga yang menjalankan perniagaan lain-lain seperti mempromosikan
ubat-ubatan tradisional atau melukis gambar.

2
3
5.1.5 Golongan Pelanggan

Tahun
Tahu
n 0-12
10% 10% 13-18
19-30
20%
30-50
33%
50 keatas

27%

Rajah 5: Golongan Pelanggan

Sumber : Borang Soal Selidik

Tahun 0-12 13-18 19-30 30-50 50 ke-atas


3 6 8 10 3

Jadual 5: Golongan Pelanggan

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 3 golongan


pelanggan antara 0-12 tahun telah dipilih oleh responden. Manakala responden juga
memilih 6 golongan pelanggan antara 13-18 tahun. Selebihnya adalah responden yang
berumur 19 hingga 30 dan 30 hingga 50 yang masing-masing terdiri daripada 8 orang
dan 10 orang pelanggan seperti di atas rajah. Tiga orang golongan pelaggan yang
berumur 50 ke-atas telah dipilih oleh responden.

5.2 ANALISIS PERSEPSI PENIAGA TERHADAP PERNIAGAAN PASAR


PAGI DI TAMAN JOHOR JAYA

2
4
Perniagaan Pasar Pagi yang dijalankan akan mendatangkan pelbagai pandangan dan
pemikiran daripada peniaga terhadap perniagaan pasar pagi di Taman Johor Jaya.

5.2.1 Taraf Hidup Semakin Meningkat

Taraf Hidup Semakin Meningkat

Sangat Tidak Setuju; 3%


Tidak Setuju; 17% Sangat Setuju; 33%
Tidak Pasti; 10%

Setuju; 37%

Rajah 6: Taraf Hidup Semakin Meningkat

Sumber: Borang Soal Selidik

Taraf Hidup Semakin


Meningkat
Sangat Setuju 10
Setuju 11
Tidak Pasti 3
Tidak Setuju 5
Sangat Tidak
Setuju 1

Jadual 6: Taraf hidup Semakin Meningkat

Taraf hidup semakin meningkat dengan adanya pembangunan pasar pagi di


Taman Johor Jaya. Sebanyak 37 peratus iaitu 11 orang responden yang bersetuju
dengan penyataan ini. Dengan adanya pembangunan, ramai peniaga yang

2
5
mengatakan bahawa taraf hidup mereka semakin meningkat. 10 orang juga
mengatakan sangat setuju bahawa taraf hidup mereka sangat meningkat. 5 orang
tidak bersetuju, 3 orang menjawab tidak pasti dan bakinya , seorang menjawab
sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.8. Nilai ini
menunjukkan purata bagi penyataan ini adalah bagi skala likert benombor empat
iaitu setuju. Menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar untuk
ditafsirkan kerana kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap
individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza . Justeru itu, taraf hidup
yang ditafsirkan oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka. Perniagaan
pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf
hidup dan menambah punca pendapatan mereka. Ini dipersetujui oleh seorang peniaga
pasar malam iaitu Muhammad Ali yang menjual barangan keperluan harian seperti
tuala. Pendapatan daripada jualan tersebut telah banyak membantu beliau
menaiktarafkan kehidupan beliau sekeluarga.

5.2.2 Menyediakan Peluang Pekerjaan

Menyediakan Peluang Pekerjaan

Sangat Setuju
7%
10% Setuju
Tidak Pasti
50%
Tidak Setuju
33%
Sangat Tidak Setuju

Rajah 7: Menyediakan Peluang Pekerjaan

Sumber: Borang Soal Selidik

Menyediakan Peluang Pekerjaan

2
6
Sangat Setuju 15
Setuju 10
Tidak Pasti 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak
Setuju 0

Jadual 7: Menyediakan Peluang Pekerjaan

Perniagaan pasar pagi ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-
peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga menjual air dapat memberikan pendapatan
tambahan kepada peniaga. Daripada temubual yang saya lakukan bersama Encik Lee
Chee Meng seorang penjual air minuman, beliau telah mengupah seorang pekerja
yang terdiri daripada keluarganya untuk membantu beliau menjalankan perniagaan
ini. Peluang pekerjaan yang banyak mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat
tempatan. Sebanyak 50 peratus responden yang menjawab sangat setuju dan 33
peratus setuju mengenai aktiviti pasar pagi mendatangkan peluang pekerjaan. 10
peratus pula mengatakantidak pasti, 7 peratus tidak setuju bahawa peluang pekerjaan
bertambah tidak ada orang responden yang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan
ini adalah sebanyak 4.27. Hal ini menunjukkan min adalah mewakili skala likert
benombor lima iaitu sangat setuju. Hasil kajian Yahaya Ibrahim (2008) menunjukkan
hasil yang sama dimana pembangunan aktiviti pasar pagi yang dijalankan
memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.

2
7
5.2.3 Pertambahan Penduduk

Pertambahan Penduduk

Sangat Setuju
7% 3% Setuju
7%
Tidak Pasti
50%
33% Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Rajah 8: Pertambahan Penduduk

Sumber: Borang Soal Selidik

Pertambahan Penduduk
Sangat Setuju 15
Setuju 10
Tidak Pasti 2
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak
Setuju 1
Jadual 8: Pertambahan Penduduk

Kebiasaannya pasar pagi ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini
disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. Jumlah
penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang dijual di
pasar malam ini. Keadaan ini akan menambahkan pendapatan peniaga. Melalui
pemerhatian saya, saya dapati bukan sahaja penduduk disekitarnya sahaja yang membeli di
sini namun terdapat juga pembeli dari taman yang berhampiran seperti Taman Mount
Austin, Taman Ehsan Jaya, Taman Pelangi dan Taman Desa Jaya. Namun, Taman Johor
Jaya merupakan Taman yang paling banyak pertambahan penduduk dibandingkan oleh
taman lain. Seramai 15 orang responden daripada 30 orang responden yang sangat setuju
bahawa bilangan pertambahan penduduk telah meningkat tinggi di Taman Johor Jaya.
Menurut mereka pertambahan penduduk telah meningkat secara mendadak jika berbanding
dengan tahun lepas. Manakala, 10 daripada 30 orang responden yang bersetuju dengan
pernyataan ini. Hal ini menunjukkan ramai responden yang peka mengenai isu ini. Masing-
masing terdapat dua orang yang tidak pasti dan tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju.
Purata bagi pernyataan ini adalah sebanyak 4.2. Purata menunjukkan ramai yang sangat
bersetuju pertambahan penduduk semakin meningkat.

5.2.4 Lokasi Perniagaan Yang Sangat Strategik

Lokasi Perniagaan Yang Sangat Strategik


Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti
Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

13% 23%
17%

20% 27%

Rajah 9: Lokasi Perniagaan Yang Sangat Strategik

Sumber: Borang Soal Selidik

Lokasi Perniagaan Yang


Sangat Strategik
Sangat Setuju 7
Setuju 8
Tidak Pasti 6
Tidak Setuju 5
Sangat Tidak
Setuju 4
Jadual 9: Lokasi Perniagaan Yang Sangat Strategik

Darjah ketersampaian yang tinggi ke kawasan pasar malam ini juga telah menggalakkan
kewujudan pasar malam ini. Melalui pemerhatian saya, saya dapati lokasi pasar pagi ini
sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan dan kedai-kedai ini serta
terletak di tepi jalan utama. Terdapat tempat perhentian bas di kiri dan kanan jalan ini.
Selain itu, terdapat juga pusat kompleks membeli-belah iaitu JJ square telah berjaya
menarik pertambahan pelanggan kerana mempunyai bas terminal. Lokasi tentang pasar pagi
terdapat tiga bahagian yang utama iaitu hadapan pasar awam, bangunan JJ Square dan
kawasan lapang tapak letak kereta. Mengikut analisis, 27 peratus (8 orang) dan 23 peratus
(7 orang) responden yang setuju dan sangat setuju bahawa lokasi Taman Johor Jaya adalah
sangat strategik. Seramai 20 peratus daripada 6 orang responden tidak pasti serta 5 orang
dan 4 orang responden tidak setuju dan sangat tidak setuju. 3.3 adalah min bagi pernyataan
ini. Hal ini menunjukkan secara puratanya, kebanyakkan responden tidak pasti bahawa
lokasi pasar pagi ini.

5.2.5 Persaingan Sengit Antara Peniaga

Persaingan Sengit Antara Peniaga

Sangat Setuju
13% Setuju
27%
13% Tidak Pasti
Tidak Setuju
20% 27% Sangat Tidak Setuju

Rajah 10: Persaingan Sengit Antara Peniaga

Sumber: Borang Soal Selidik

Persaingan Sengit Antara


Peniaga
Sangat Setuju 8
Setuju 8
Tidak Pasti 6
Tidak Setuju 4
Sangat Tidak
Setuju 4

Jadual 10: Persaingan Sengit Antara Peniaga

Kewujudan pasar malam ini sebenarnya telah memberikan persaingan kepada kedai runcit
dan kedai makan yang berhampiran. Dibahagian hadapan pasar pagi ini sahaja mempunyai
banyak kedai runcit, kedai makan, dan kedai-kedai lain. Keadaan ini boleh menyebabkan
rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan
akibatnya mereka akan mengalami kerugian. Hal ini menambahburukkan apabila peniaga
pasar awam juga membuat aduan bahawa barang-barang yang dijual oleh mereka sama
dengan peniaga pasar pagi. Fenomena ini telah menjadi kekurangan pasaran dan
mengakibatkan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga 4 orang masing-
masing yang tidak setuju dan sangat tidak setuju tentang pernyataan ini. Sebanyak 27
peratus iaitu seramai 8 orang responden masing-masing sangat setuju dan setuju. Hanya 6
orang responden tidak pasti tentang isu ini.Min bagi pernyataan ini adalah sebanyak 3.00.
Jelas menunjukkan secara puratanya, ramai di antara responden yang tidak pasti bahawa
persaingan dengan kedai runcit tempatan.

5.2.6 Keadaan Kebershihan Yang Kurang Memuaskan

Keadaan Kebershihan Yang Kurang Memuaskan

Sangat Setuju
13% Setuju
29%
16% Tidak Pasti
10% Tidak Setuju
32% Sangat Tidak Setuju

Rajah 11: Keadaan Kebershihan Yang Kurang Memuaskan

Sumber: Borang Soal Selidik

Keadaan Kebershihan Yang


Kurang Memuaskan
Sangat Setuju 4
Setuju 5
Tidak Pasti 3
Tidak Setuju 10
Sangat Tidak
Setuju 9

Jadual 11: Keadaan Kebershihan Yang Kurang Memuaskan

Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati kebiasaannya selepas habis berniaga iaitu kira-
kira pukul 11.00 pagi, persekitaran kawasan pasar pagi ini akan dipenuhi dengan sampah
sarap. Sementara peniaga yang menjual barangan yang berkuah atau dalam bentuk cecair
pula akan membuang sisa jualan mereka ke dalam longkang. Ini akan menyebabkan air
longkang akan kotor dan mendapan akan berlaku. Situasi ini akan menyebabkan kesesakan
longkang dan berbau busuk. Dalam keadaan ini, pihak MPJBT telah mewujudkan pekerja
pembersih untuk membantu membersihkan sampah-sarap yang merata kawasan perniagaan.
Mengenai masalah kebersihan, kebanyakkan responden agar memuaskan keadaan
kebersihan pasar pagi. Seramai 10 orang daripada 30 orang responden yang iaitu sebanyak
32 peratus yang tidak bersetuju tentang keadaan kebersihan yang kurang memuaskan. 29%
orang responden tidak setuju. 16 peratus iaitu seramai 5 orang setuju, manakala 13 peratus
iaitu seramai 4 orang sangat setuju. Sekurang-kurangnya 3 orang iaitu 10% tidak pasti.
Purata yang menjawab soalan ini ialah tidak setuju dimana minya adalah 2.6. Bagi
meningkatkan tahap kebersihan, pihak pengurusan pasar pagi perlulah menyediakan lebih
banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan
sampah ke dalam tong tersebut. Mereka perlulah sentiasa mengingatkan para peniaga
supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan sejurus sahaja selesai
segala pengemasan kawasan perniagaan mereka. Peniaga juga perlu mengumpulkan
sampah mereka ke dalam plastik-plastik sampah dan diikat rapi untuk di ambil oleh
petugas.

5.2.7 Status Ekonomi Dan Inflasi Yang Memuaskan


Status Ekonomi Dan Inflasi Memuaskan

Sangat Tidak Setuju; 20% Sangat Setuju; 20%

Tidak Setuju; 20% Setuju; 20%

Tidak Pasti; 20%

Rajah 12: Status Ekonomi Dan Inflasi Memuaskan

Sumber: Borang Soal Selidik

Status Ekonomi Dan Inflasi


Memuaskan
Sangat Setuju 6
Setuju 6
Tidak Pasti 6
Tidak Setuju 6
Sangat Tidak
Setuju 6

Jadual 12: Status Ekonomi Dan Inflasi Memuaskan

Pada tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi melihat dari beberapa
peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini merangkumi harga
minyak tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi dan inflasi sedunia. Pengangguran
semakin menjadi-jadi dan kemungkinan kemelesetan sejagat. Namun begitu, status ekonomi
dan inflasi agar memuaskan pada tahun 2013. Keadaan ini akan membantu meningkatkan
prestasi perniagaan para peniaga pasar pagi kerana penduduk mampu untuk membeli
barang. Dari sudut peniaga terhadap status ekonomi dan infasi, kira semua bahagian serata-
rata mempunyai pilihan daripada orang respondon. Sebanyak 6 orang responden (20%)
masing-masing yang mengatakan sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Secara puratanya, kebanyakkan responden tidak pasti bahawa status ekonomi
dan inflasi memuaskan iaitu nilai minnya adalah 3. Skala likert menunjukkan adalah tidak
pasti.

5.2.8 Ketidakstabilan Pendapatan

Ketidakstabilan Pendapatan

Sangat Setuju
10% Setuju
10% 33%
Tidak Pasti
13%
Tidak Setuju
33% Sangat Tidak Setuju

Rajah 13: Ketidakstabilan Pendapatan

Sumber: Borang Soal Selidik

Ketidakstabilan Pendapatan
Sangat Setuju 10
Setuju 10
Tidak Pasti 4
Tidak Setuju 3
Sangat Tidak
Setuju 3

Jadual 13: Ketidakstabilan Pendapatan

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati cuaca, hujan dan musim
tengkujuh merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakstabilan pendapatan. Hal ini
disebabkan apabila berlaku cuaca hujan, pelanggan akan berkurang banyak kerana tidak ada
orang mahu pergi pasar pagi membeli barang dalam hujan. Malahan peniaga juga akan
bersedia menutup gerai awal pada cuaca hujan. Keadaan ini akan menyebabkan
ketidakstabilan pendapatan peniaga pasar pagi jikalau musim hujan berlaku kerap dalam
sebulan. Kebanyakkan responden setuju dan sangat setuju. Seramai 10 orang responden
(33.3%) yang sangat setuju dan setuju dengan penyataan ini. Hal ini adalah kerana peniaga
pasar pagi terpaksa mengikut cuaca, hujan dan musim tengkujuh untuk berniaga. Manakala
terdapat 13 peratus iaitu 4orang yang tidak pasti. Bakinya sebanyak 10 peratus adalah
masing-masing responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju mengenai isu ini. Min
bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.8. Purata yang menjawab soalan ini adalah responden
yang bersetuju ketidakstabilan pendapatan.

5.2.9 Kemudahan Infrastruktur Yang Baik

Kemudahan Infrastruktur Yang Baik

Sangat Setuju; 10%


Sangat Tidak Setuju; 23% Setuju; 13%

Tidak Setuju; 27% Tidak Pasti; 27%

Rajah 14: Kemudahan Infrastruktur Yang Baik

Sumber: Borang Soal Selidik

Kemudahan Infrastruktur
Yang Baik
Sangat Setuju 3
Setuju 4
Tidak Pasti 8
Tidak Setuju 8
Sangat Tidak
Setuju 7
Jadual 14: Kemudahan Infrastruktur Yang Baik

Kemudahan infrastruktur juga mempengaruhi perniagaan pasar pagi ini. Daripada


pemerhatian saya, saya dapati terdapat kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini
antaranya ialah kemudahan tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan
kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik. Tanggungjawab
sosial yang dijalankan adalah memuaskan. Berdasarkan pemerhatian, banyak
penambahbaikan infrastruktur yang telah dan sedang dijalankan. Namun begitu, pelbagai
persepsi peniaga mengenai isu ini. Seramai 3 orang daripada 30 orang responden yang
sangat bersetuju bahawa banyak kemudahan infrastruktur yang baik. Begitu juga dengan 4
orang responden yang setuju dengan penyataan ini. Lapan orang responden menjawab tidak
pasti , lapan orang tidak setuju dan tujuh orang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini
adalah 2.6 iaitu mewakili skala likert bernombor 2 iaitu tidak setuju.Tanpa kemudahan
infrastruktur yang baik, perniagaan pasar pagi tidak akan berjaya kerana kemudahan
infrastruktur yang baik adalah perkara yang sering diutamakan dalam memajukan
perniagaan.

5.3 PEMERHATIAN

Nama Penyelidik Chong Jia Ping

Tarikh 22-01-2013

Hari Selasa

Masa 07.00 a.m. 11.00 a.m.

Lokasi Pasar Pagi Taman Johor Jaya

Item Pemerhatian Catatan

1 Kemudahan : Daripada pemerhatian saya, saya dapati terdapat kemudahan


Infrastruktur infrastruktur yang terdapat di sini antaranya ialah kemudahan
Yang Baik tapak perniagaan yang selesa dan strategik serta tempat
meletakkan kenderaan yang luas.
2. Kebersihan dan : Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati kebiasaannya
keselesaan selepas habis berniaga iaitu kira-kira pukul 12.00 tengah hari,
dalam pasar pagi persekitaran kawasan pasar pagi ini akan dipenuhi dengan
sampah sarap. Sementara peniaga yang menjual barangan
yang berkuah atau dalam bentuk cecair pula akan membuang
sisa jualan mereka ke dalam longkang. Ini akan menyebabkan
air longkang akan kotor dan mendapan akan berlaku. Tempat
pembuangan sampah yang kurang sistematik.

3. Kesesakan lalu : Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana


lintas pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati
terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan
menyekat kenderaan lain. Hal ini demikian kerana sikap
pengguna yang mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan
kenderaan mereka di kawasan parker yang telah disediakan.
Ini menyebabkan perjalanan masuk dan keluar ke pasar
malam ini agak perlahan dan panjang.

Pemerhatian terhadap ketiga-tiga item disertai dengan rakaman foto pegun.


6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian bertujuan mengenalpasti persepsi peniaga terhadap perniagaan pasar pagi di Taman
Johor Jaya. Saya juga bersyukur kerana dengan MPJBT telah mewujudkan pasar pagi ini
dengan tempat dan masa yang sesuai yang telah memudahkan penduduk setempat
mendapatkan barangan keperluan harian. Justeru itu, pihak yang berwajib harus memainkan
peranan yang penting dalam membangunkan perniagaan pasar pagi. Pihak berwajib perlu
berganding bahu bersama peniaga dan masyarakat untuk membangunkan perniagaan pasar
pagi supaya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk Taman Johor Jaya.

Dapatan hasil kajian mendapati bahawa persepsi peniaga mengenai kemudahan dan
infrastuktur yang disediakan dalam keadaan yang memuaskan, tetapi masih belum mencapai
tahap yang mereka inginkan. Kemudahan infrastruktur mempengaruhi perniagaan pasar pagi
ini. Oleh sebab itu, pihak berkuasa haruslah berusaha untuk menyediakan kemudahan tapak
perniagaan yang selesa dan strategik supaya dapat menarik banyak pelanggan. Bagi
memudahkan para pelanggan, tempat meletakkan kenderaan yang luas sangat perlu
dibekalkan dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati cuaca, hujan dan musim
tengkujuh merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakstabilan pendapatan. Hal ini
disebabkan apabila berlaku cuaca hujan, pelanggan akan berkurang banyak kerana tidak ada
orang mahu pergi pasar pagi membeli barang dalam hujan. Malahan peniaga juga akan
bersedia menutup gerai awal pada cuaca hujan. Keadaan ini akan menyebabkan
ketidakstabilan pendapatan peniaga pasar pagi jikalau musim hujan berlaku kerap dalam
sebulan. Dalam konteks ini, pihak MPJBT boleh menyediakan system pesanan ringkas
untuk memberitahu awal kepada peniaga tentang cuaca pada hari tersebut supaya mereka
dapat membuat persiapan awal.

Mengenai masalah kebersihan, kebanyakkan responden agar memuaskan keadaan


kebersihan pasar pagi. Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati kebiasaannya selepas
habis berniaga iaitu kira-kira pukul 11.00 pagi, persekitaran kawasan pasar pagi ini akan
dipenuhi dengan sampah sarap. Sementara peniaga yang menjual barangan yang berkuah
atau dalam bentuk cecair pula akan membuang sisa jualan mereka ke dalam longkang. Ini
akan menyebabkan air longkang akan kotor dan mendapan akan berlaku. Situasi ini akan
menyebabkan kesesakan air longkang dan berbau busuk. Dalam keadaan ini, pihak MPJBT
telah mewujudkan pekerja pembersih untuk membantu membersihkan sampah-sarap yang
merata kawasan perniagaan.
Selain itu, kewujudan pasar malam ini sebenarnya telah memberikan persaingan kepada
kedai runcit dan kedai makan yang berhampiran. Dibahagian hadapan pasar pagi ini sahaja
mempunyai banyak kedai runcit, kedai makan, dan kedai-kedai lain. Keadaan ini boleh
menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan
pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian. Hal ini menambahburukkan
apabila peniaga pasar awam juga membuat aduan bahawa barang-barang yang dijual oleh
mereka sama dengan peniaga pasar pagi. Fenomena ini telah menjadi kekurangan pasaran
dan mengakibatkan pendapatan mereka. Oleh sebab itu, pihak MPJBT perlulah merancang,
merangka dan menilai peniaga yang menjual barangan tersebut supaya dapat mencapai
seimbang yang berpuas hati.

Di samping itu, darjah ketersampaian yang tinggi ke kawasan pasar malam ini juga telah
menggalakkan kewujudan pasar malam ini. Melalui pemerhatian saya, saya dapati lokasi
pasar pagi ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan dan kedai-
kedai ini serta terletak di tepi jalan utama. Terdapat tempat perhentian bas di kiri dan kanan
jalan ini. Selain itu, terdapat juga pusat kompleks membeli-belah iaitu JJ square telah
berjaya menarik pertambahan pelanggan kerana mempunyai bas terminal. Lokasi tentang
pasar pagi terdapat tiga bahagian yang utama iaitu hadapan pasar awam, bangunan JJ
Square dan kawasan lapang tapak letak kereta.

Kebiasaannya pasar pagi Taman Johor Jaya menjadi tumpuan penduduk untuk membeli
belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang
dijual di pasar malam ini. Keadaan ini akan menambahkan pendapatan peniaga. Melalui
pemerhatian saya, saya dapati bukan sahaja penduduk disekitarnya sahaja yang membeli di
sini namun terdapat juga pembeli dari taman yang berhampiran seperti Taman Mount
Austin, Taman Ehsan Jaya, Taman Pelangi dan Taman Desa Jaya. Namun, Taman Johor
Jaya merupakan Taman yang paling banyak pertambahan penduduk dibandingkan oleh
taman lain.
Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, peniaga dan
rnasyarakat harus ada jika mahu pernbangunan tersebut terus mampan dan maju.
Pembangunan pasar pagi adalah perlu kerana pasar pagi adalah tempat menyediakan
peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk, meningkatkan pendapatan
penduduk, memudahkan penduduk tempatan membeli barangan, membolehkan penduduk
tempatan memasarkan barangan, menyediakan barangan segar dan menjimatkan kos
pengguna jualan, justeru itu ianya penting dan perlu dikekalkan bagi ganerasi akan
datang juga. Oleh yang yang demikian, kerajaan, peniaga dan pembeli perlulah
bekerjasama dan bermuafakat dengan penuh azam agar dapat mengatasi semua masalah
yang dihadapai di pasar malam ini.
941006-01-6535

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

R. Kuberan, Foo Kok Man, S. Malar Arasi, Y. Ponnusany, Zainul Alifah Mohamed
(2013). STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2, Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor. 2013 http://www.johordt.gov.my/( 31


March 2013)

Laman Web Portal Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.


Peta Taman Johor Jaya http://www.mpjbt.gov.my/ (27 Mac 2013)

Laman Web Google. 2013 http://maps.google.com

Jaafar Muhammad (1993). Asas Pengurusan Perniagaan. Shah Alam:


Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad &
Abdul Hadi Harman Shah. 2006 . Mendefinisi Semula Makna Kualiti
Hidup Masyarakat Bandar dalam Konteks Ilmu Sosial. Malaysian Journal of
Environmental Management 7 :19-23

Bailey, K. D. 1984. Methods of Social Research. New York: The Free


Press.

Marson, J.1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and


Bogdan, Red. Quantirative Research Methods: A Guide Book
And Resource. London: John Wiley & Sons, inc. 85-88

Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah , Katiman Rostam , Mastura Mahmud,


Ekhwan Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar , Nor Azian
Ali, Shahruddin Ahmad & Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999.
Teknik-Teknik Dalam Geograji. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh.
941006-01-6535

Lampiran

Lampiran 1 : Borang Soal Selidik

Bahagian A: Latar Belakang Responden

1. Jantina: Lelaki Perempuan


2. Umur: 21-30 31-40 41-50
51-60 60 ke atas

3. Bangsa: Melayu Cina India

4. Jenis Perniagaan: Makanan Minuman


Sayur-sayuran Buah-buahan
Barang Runcit Pakaian
Lain-lain________

5. Tempoh Perniagaan: Tahun

6. Pendapatan Pendapatan RM0-2000 RM2000-4000


Kasar: RM4000-6000 RM6000 ke atas

7. Golongan pelanggan: 0-12 Tahun 13-18 Tahun


19-30 Tahun 30-50 Tahun
51 Tahun ke atas

BAHAGIAN B: PERSEPSI PENIAGA TERHADAP PASAR PAGI

Berdasarkan ukuran dibawah, berikan persepsi anda mengenai tahap


kepuasan terhadap perniagaan pasar pagi di Taman Johor Jaya dengan
menandakan [ / ] dalam ruang yang disediakan.

Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


Setuju Pasti Setuju Tidak
Setuju

Skor 5 4 3 2 1
941006-01-6535

Bil Perkara 5 4 3 2 1
1. Taraf hidup semakin meningkat

2. Menyediakan peluang pekerjaan

3. Pertambahan penduduk

4. Lokasi perniagaan yang kurang strategik

5. Persaingan sengit antara peniaga

6. Keadaan kebershihan yang kurang memuaskan

7. Status ekonomi dan inflasi

8. Ketidakstabilan pendapatan
9. Kemudahan infrastruktur yang baik

10. Cuaca, hujan dan musim tengkujuh

11. Harga barangan yang ditawarkan mahal

12. Penerimaan barangan oleh pelanggan

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Borang Pemerhatian

Nama Penyelidik Chong Jia Ping

Tarikh 22-01-2013

Hari Selasa

Masa 07.00 a.m. 11.00 a.m.


941006-01-6535

Lokasi Pasar Pagi Taman Johor Jaya

Item Pemerhatian Catatan

2 Kemudahan :
Infrastruktur
Yang Baik

2. Kebersihan dan :
keselesaan
dalam pasar pagi

3 Kesesakan lalu :
lintas

Foto Pasar Pagi Taman Johor Jaya


941006-01-6535
941006-01-6535
941006-01-6535

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am

Tajuk: Persepsi Peniaga Terhadap Perniagaan Pasar Pagi Di Taman Johor Jaya

Arahan: Maklumat Am dan Soalan-soalan Temubual ini dikemukakan kepada


responden secara lisan.

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik

1. A
Nama Responden pa
ka
h
Tarikh Temu Bual

Tempat Temu Bual

Umur

Jantina

Bangsa/ Kaum

Jenis Perniagaan

faktor yang mendorong tuan/puan menjalankan perniagaan ini ?







2. Apakah kepentingan pasar pagi kepada tuan/puan ?
941006-01-6535

3. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mempengaruhi pasar pagi?







4. Apakah pandangan anda terhadap kesan negatif pasar pagi di sini ?







5. Cadangan anda untuk memperbaiki pasar pagi ini.

You might also like