You are on page 1of 15

UNIVERISTI MALAYSIA SABAH

AT10403- PENULISAN AKADEMIK SAINS SOSIAL

TAJUK : ISU KETEGANGAN DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR.ROSAZMAN BIN HUSSIN

NAMA TUTOR : MISS KALSIA

MASA TUTORIAL: 5.00 PM- 6.00 PM, KHAMIS

NAMA PELAJAR NO.KAD PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN


AZIAN BINTI HUSSIN BA13110045 HUBUNGN INDUSTRI
( HA12 )
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1-2

PUNCA BERLAKU KETEGANGAN DI TEMPAT KERJA 2-5

KESAN KETEGANGAN DI TEMPAT KERJA 6-7

CARA MENANGANI ISU KETEGANGAN 8-10

KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

PENGENALAN
Walter Canon seorang psikologi terkemuka di Sekolah Perubatan Havard
merupakan orang pertama yang menyatakan reaksi tubuh yang dikaitkan kepada
stress. Beliau menyatakan bahawa reaksi stress sebagai flight-or-fight response.
Lazarus mendefinisikan bahawa stress adalah suatu takrif tekanan yang
merangkumi keseluruhan spektrum perangsang faktor - faktor (sambutan, penilaian
kognitif ancaman, gaya mengatasi, psikologikal mempertahankan dan persekitaran
sosial).

Manakala, Holmes dan Rahe mentakrifkan ketegangan adalah tindak balas


fizikal dan psikologi negatif yang berlaku apabila seseorang individu gagal
memenuhi kehendak sesuatu tuntutan atau jangkaan terhadap diri dalam masa
yang singkat. Secara umumnya berdasarkan definisi tersebut, ketegangan
dianggap sebagai suatu tekanan yang berlaku apabila seseorang individu gagal
melakukan perkara yang dikehendakinya. Definisi ini turut disokong oleh Hans
Selye yang mendefinisikan stress sebagai tindak balas yang tidak spesifik terhadap
tubuh badan hasil daripada kehendak yang tidak dapat dilaksanakan. Hans Selye
turut menyatakan ketegangan terbahagi kepada eustress dan distress. Eustress
bermaksud reaksi stress dalam proses seseorang individu cuba untuk
menyesuaikan diri apabila berlaku sesuatu perkara baik seperti mendapat tawaran
kenaikan pangkat. Manakala Distress pula bermaksud perkara sebaliknya iaitu
reaksi stress dalam proses seseorang individu cuba untuk menyesuaikan diri
apabila berlaku sesuatu perkara yang buruk seperti kematian ahli keluarga.

Ketegangan terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan


kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja. Situasi inilah yang menyebabkan
berlakunya stres yang membawa kepada ketegangan atau dikenali sebagai strain.
Apabila individu mengalami stres di tempat kerja, ia boleh menyebabkan simptom
yang menjejaskan fisiologi, psikologi dan gelagat (Beehr dan Newman, 1978; Brief
et al., 1981; Sutton dan Rafaeli, 1987; Landy, 1989; Robbins, 2001; Glazer et al.,
2004). Stres juga boleh berlaku sebagai impak psikologi yang mempunyai
komponen emosi dan kognitif di mana ia memberi kesan negatif terhadap
kesihatan pekerja (Cox dan Griffiths, 1995; Wickens et al., 2004; Goldman dan
Lewis, 2005). Oleh itu tidak hairanlah jika stres boleh memberi kesan terhadap
kesihatan termasuklah peningkatan risiko penyakit jantung, penyakit
musculoskeletal , masalah psikologi seperti kemurungan dan kehabisan tenaga
serta masalah gastrousus (Bradley dan Sutherland, 1994; Dua, 1994; Minter, 1999;
Cheng et al., 2001; Giga et al., 2003; Peterson dan Wilson, 2004; Schermerhorn et
al., 2005).

Oleh itu berdasarkan definisi stress tersebut, jelas menyatakan maksud


stress yang boleh melanda dalam diri individu terutamanya dari kalangan pekerja.
Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan pekerja mengalami ketegangan/
stress serta kesan dan langkah bagi mengatasi tekanan yang dihadapi.

FAKTOR BERLAKUNYA KETEGANGAN

Terdapat berapa teori yang menyatakan punca stress, sebagai contoh:


Teori Life-Events

Satu teori yang dibangunkan oleh Holmes dan Rohe yang menyatakan bahawa
tekanan belaku apabila keadaan memerlukan lebih banyak sumber berbanding
yang sedia ada. Sebagai contoh nya, apabila seseorang pekerja hendak
mengambil ujian kenaikan pangkat namun tidak mempunyai persediaan yang
cukup dari aspek mental dan fizikal dan hanya bergantung kepada pengetahuan
sedia ada. Oleh itu, pekerja akan mengalami tekanan akibat tidak mempunyai
persediaan yang cukup.

Teori Hardiness

Terdapat penyelidik lain yang menyatakan punca stress dengan maksud yang
berbeza. Mereka tidak menumpukan kepada berapa banyak peristiwa yang
dialami tetapi terhadap sikap individu tersebut dalam menghadapi peristiwa
tesebut. Kobasa dan rakan penyelidiknya menghujahkan bahawa jika anda
melihat peristiwa yang menekankan sebagai satu cabaran dan bukannya sebagai
satu ancaman, tekanan ketika melalui peristiwa tersebut akan berkurangan.

Ketegangan/stress yang berlaku dalam kalangan pekerja sektor awam


disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah :

1. Persekitaran luaran

Persekitaran luaran merujuk kepada keadaan diluar kawasan


pekerjaan yang boleh membawa kepada tekanan di tempat kerja.
Persekitaran luaran meliputi aspek ekonomi, politik, dan sosial sesebuah
institusi Negara, keluarga mahupun individu itu sendiri. Hasil nya, aspek-
aspek tersebut mempengaruhi emosi dan fikiran pekerja yang membawa
kepada tekanan di tempat kerja. Sebagai contohnya, apabila situasi
ekonomi yang jatuh meleset telah mendesak majikan mengambil tindakan
dengan memberhentikan pekerja atau mengurangkan bilangan pekerja
dalam sesebuah industri bagi mengawal ekonomi serta mengurangkan kos
upah dan gaji. Situasi ini akan memberi tekanan kepada pekerja yang
berkemungkinan tersenarai dalam pemecatan pekerjaan.

Selain itu, persekitaran luaran turut meliputi aspek pembinaan


teknologi yang baharu. Hal ini akan menyebabkan pekerja perlu berusaha
lebih keras untuk menimba ilmu pengetahuan bagi membina teknologi
baru sesuai dengan arus kemodenan masa kini. Pekerja ditekankan untuk
mencipta teknologi baharu bagi tujuan tertentu. Antaranya ialah,
mencipta teknologi yang boleh mengurangkan kos pengeluaran. Sebagai
contohnya, mencipta teknologi dalam pembungkusan produk. Hasilnya,
dengan ada nya teknologi ini, bilangan buruh bagi tujuan upah
pembungkusan produk akan dikurangkan. Oleh itu, pekerja yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan isu teknologi dalam sesebuah
industry akan berasa tertekan kerana perlu menimba ilmu pengetahuan
serta pengalaman dan kajian bagi mencipta teknologi yang dikehendaki
oleh industri.

Seterusnya, perubahan dalam situasi politik. Setiap Negara


mempunyai institusi politik yang berbeza. Institusi politk yang harmoni
atau kucar kacir akan mempengaruhi keharmonian sesebuah Negara.
Politik juga didefinasikan sebagai pemerintahan sesebuah Negara. Ianya
bergantung bagaimana ahli pemimpin Negara mengendalikan setiap isu
atau krisis yang dihadapi oleh Negara serta undang- undang yang telah
ditetapkan dan cara kehidupan masyarakat itu sendiri. Tekanan/
ketegangan yang ditegaskan melalui aspek situasi politik ini adalah,
pekerja akan merasai tekanan di tempat kerja apabila keadaan Negara
yang tidak aman. Institusi politik yang mengalami masalah akan
mempengaruhi keselamatan masyarakat yang juga terdiri daripada
pekerja. Pekerja akan tertekan akibat ancaman keselamatan dan
keharmonian terjejas.
Seterusnya, aspek faktor sosiobudaya. Faktor sosiobudaya meliputi
gejala sosial yang berlaku masa kini. Sebagai contohnya, pergaulan bebas,
kebanjiran buruh asing, kelakuan ganas golongan remaja, gejala buli dan
sebagainya. Faktor sosiobudaya ini menyebabkan pekerja hilang tumpuan
dalam pekerjaan. Tambahan lagi, sekiranya ia melibatkan diri sendiri
mahupun keluarga pekerja.

2. Faktor persekitaran pekerjaan


Persekitaran kerja dalam sesebuah organisasi merujuk kepada
suasana atau keadaan pekerjaan yang tidak selesa sehingga
menyebabkan pekerja mengalami ketegangan. Hubungan interpersonal
antara pekerja yang kurang mesra akan menyebabkan pekerja mudah
mengalami ketegangan akibat kekurangan interaksi sosial dan komunikasi.
Pekerja akan merasa stres ekoran hubungan sosial yang tidak baik sesama
pekerja. Tambahan lagi sekiranya melibatkan pengurus atasan dan
pekerja bawahan. Oleh itu, dalam organisasi pekerjaan seharusnya
mewujudkan hubungan yang mesra sesama pekerja yang terdiri daripada
pekerja bawahan, pekerja peringkat pertengahan dan peringkat atasan.
Hubungan ini akan menjadikan pekerja lebih memahami tentang objektif
dan kehendak syarikat dalam usaha untuk memaksimumkan keuntungan
sesebuah organisasi pekerjaan.

3. Polisi organisasi dan pentadbiran


Polisi organisasi dan pentadbiran yang mengamalkan dasar,
prosedur dan peraturan yang terlalu ketat akan menyebabkan
pekerja mengalami ketegangan akibat terlalu terikat dengan
peraturan. Tambahan lagi, sekiranya organisasi pekerjaan tersebut
mengamalkan gaya pengurusan yang terlalu autokritik dan terlalu
fleksibel. Sebagai contohnya, sekiranya pekerja ingin memohon
cuti. Pekerja mengalami ketegangan akibat sukar mendapatkan cuti
kerana organisasi pekerjaan mempunyai proseduran yang sukar dan
susah memohon kelulusan daripada majikan. Polisi organisasi turut
menjadi punca kekecewaan para pekerja sekiranya kurang jelas
ataupun tidak perlu dipatuhi oleh semua pekerja. Sesebuah
matlamat dan objektif organisasi tidak dinyatakan secara jelas
menyebabkan pekerja tidak bermotivasi dalam usaha meningkatkan
produktiviti. Oleh itu, sesebuah organisasi perlu menyatakan secara
jelas keinginan atau objektif sesebuah organisasi agar kesemua
pekerja dapat mengetahui tindakan yang perlu dilakukan selain
daripada meningkatkan motivasi pekerja untuk mencapai sesuatu
matlamat. Selain itu, sifat adil dalam pentadbiran perlu diterapkan
dalam setiap peringkat pengurusan dan polisi pentadbiran.

Seterusnya, pekerja akan mengalami ketegangan sekiranya


organisasi mengamalkan polisi pentadbiran yang mempunyai
masalah dalam pengurusan pembahagian kerja. Sebagai contohnya
:
1. Konflik peranan
Konflik peranan berlaku apabila pekerja mempunyai
pelbagai peranan dalam sesebuah organisasi. Kesan
daripada itu, pekerja mengalami masalah dalam
pembahagian kerja mengikut keutamaan yang
sepatutnya. Pekerja gagal memenuhi tuntutan daripada
kumpuan yang berbeza seterusnya menimbulkan konflik
dan ini akan mewujudkan ketegangan dalam diri pekerja.

2. Kekaburan peranan
Kekaburan peranan berlaku apabila pekerja gagal
memahami dan melaksanakan tugas akibat tidak
mengetahui secara jelas peranan dan kuasa yang perlu
dilakukannya. Pekerja tidak tahu tugas yang perlu
dilakukan dan tidak mampu membuat keputusan secara
jelas. Kesannya, produktiviti sesorang pekerja akan
menurun dan akan menimbulkan ketegangan.

3. Keperluan kerja
Keperluan kerja adalah apabila sesorang pekerja
menghadapi tekanan dalam menyempurnakan kerja yang
fleksibel. Keperluan dalam usaha menyiapkan tugas
tersebut mendatangkan stress dalam kalangan pekerja.
Kebiasaanya, hal ini berlaku bagi pekerja yang berperanan
sebagai pembuat keputusan, pengawalan dalam
pekerjaan sebagai contoh peralatan syarikat serta pekerja
yang melibatkan pertukaran maklumat. Peranan ini perlu
nya sikap yang teliti dan bersungguhsungguh. Oleh itu,
tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja perlu dilakukan
bersungguh-sungguh agar tidak melakukan kesilapan
yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap diri
pekerja serta organisasi pekerjaan. Kesannya, pekerja
akan mengalami tekanan akibat tugas tersebut.

4. Gangguan seksual
Gangguan seksual bermaksud gangguan fizikal dan
komunikasi atau ancaman seksual yang berlaku ke atas
seseorang individu tanpa kerelaan. Kesannya, pekerja
terutamanya pekerja wanita akan terancam dan tidak
selesa di tempat kerja seterusnya mengakibatkan
ketegangan di tempat kerja. Setakat ini, dalam sector
pekerjaan masih belum ada akta yang menyatakan
kesalahan seksual di tempat kerja, hanya kod sahaja yang
menyatakan kesalah gangguan seksual di tempat kerja.

KESAN KETEGANGAN TERHADAP PEKERJA

1. Masalah kesihatan
Menurut Abdul Latiff Ahmad, 2006 ketegangan yang berlaku di
tempat kerja merupakan faktor utama peningkatan masalah di
kementerian kesihatan. Hal ini kerana, apabila berlaku ketegangan dalam
diri seseorang, tekanan darah dalam badan akan mengalir secara
berlebihan terhadap dinding arteri. Kesannya, dinding arteri akan menjadi
sempit dan menyukarkan darah untuk mengalir dengan lancar.

Selain itu, menurut Rollinson, 2005, Tahap stres yang tinggi juga
mengakibatkan peningkatan tahap kolesterol dalam saluran darah yang
boleh meningkatkan tekanan darah. Apabila seseorang individu
mengalami ketegangan, tekanan darah akan meningkat dan menurun.
Tekanan darah tidak tetap dan berubah-ubah. Kesan daripada setiap
perubahan tekanan darah tersebut akan menyebabkan saluran darah
tercedera dan tidak berfungsi secara normal. Ketegangan juga penyebab
utama kepada masalah penyakit jantung dan kanser.

Seterusnya, akibat daripada ketegangan yang dihadapi pekerja


turut mengalami kemurungan kesan daripada tekanan yang dihadapi di
tempat kerja. Pekerja akan mengalami tekanan psikologi seperti
kebimbangan, kesedihan, cepat marah, gangguan tidur dan sebagainya.
2. Produktiviti kerja menurun
Pekerja yang mengalami ketegangan akan menghadapi
hilang daya tumpuan dalam melakukan pekerjaan. Pekerja akan
menyiapkan tugas dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak
serius akibat memikul tekanan yang dihadapi serta menghasilkan
kualiti produk yang rendah serta menjejaskan keseluruhan
produktiviti organisasi.

Selain itu, produktiviti pekerja turut menurun akibat daripada


tindak balas tekanan. Akibat memikul tekanan yang melampau,
pekerja akan cenderung dalam meningkatkan kes disiplin. Sebagai
contohnya, ketidakhadiran pekerja meningkat.

Kesannya, produktiviti dan daya saing seseorang pekerja


akan menurun dan menyebabkan sesebuah organisasi pekerjaan
mengalami kemerosotan yang mengakibatkan kerugian.

3. Peningkatan kadar kemalangan/pergaduhan di tempat kerja


Tekanan yang dihadapi oleh pekerja akan menyebabkan
pekerja mengalami masalah gangguan tidur, hilang daya tumpuan
dan masalah psikologi iaitu pekerja akan mudah marah. Kesan
daripada tindak balas tekanan tersebut, pekerja akan mudah
melakukan kesilapan yang mengakibatkan kemalangan atau
pergaduhan di tempat kerja.

Kelalaian akibat berlaku kemurungan di tempat kerja


menyebabkan kemalangan berlaku. Sebagai contohnya, pekerja
menyusun atur peralatan bahan api, akibat daripada kelalaian
pekerja, kemalangan seperti kebakaran akan mudah berlaku.

Manakala, akibat emosi yang tidak stabil, pekerja akan


cenderung dalam kes pergaduhan di tempat kerja. Tambahan lagi,
apabila sesorang pekerja berperanan sebagai pembuat keputusan.
Akibat daripada tentangan keputusan yang diambil oleh pekerja
lain, pekerja yang mengalami tekanan tersebut akan marah dan
berlakunya pergaduhan. Konflik antara pekerja dan majikan akan
berlaku seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang tidak sihat.

4. Kadar pusing ganti pekerja


Kadar pusing ganti pekerja bermaksud sesebuah organisasi
pekerjaan akan mudah memberhentikan pekerja yang mengalami
tekanan akibat produktiviti pekerja tersebut menurun serta kerap
melakukan tindakan yang melanggar peraturan dan melakukan kes
disiplin. Sebagai contoh, pekerja yang kerap tidak hadir bekerja
akan diberhentikan. Selain itu, pekerja yang telah melakukan
tindakan disiplin seperti bergaduh di tempat kerja turut berpotensi
diberhentikan bekerja oleh majikan dalam sesebuah organisasi. Hal
ini demikian kerana, organisasi akan mengalami kerugian sekiranya
mempunyai pekerja yang tidak mampu mencapai matlamat untuk
memaksimumkan keuntungan organisasi, malahan telah merugikan
sesebuah organisasi untuk membayar gaji pekerja.

Kesannya, majikan cenderung memberhentikan pekerja dan


lantikan baru akan dibuat. Senario ini akan berterusan dan
menyebabkan kadar pusing ganti pekerja akan meningkat.

LANGKAH MENGATASI KETEGANGAN DI TEMPAT KERJA

1. Sokongan sosial
Sokongan sosial terdiri daripada rakan, keluarga dan individu
yang boleh dipercayai. Sokongan sosial penting dalam mengatasi
ketegangan yang berlaku terhadap pekerja. Sebagai contoh, pekerja
yang mengalami tekanan perlu mempunyai seorang rakan yang
boleh mendengar masalah, boleh memberikan nasihat dan
pandangan positif. Sokongan daripada rakan juga boleh
memperbaiki kesilapan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sebagai contohnya, sebagai seorang pekerja baru dalam


organisasi kerja, tugas yang diberikan masih belum dikuasai dan
kesannya, pekerja baru tersebut akan cenderung mengalami
tekanan. Oleh itu, sekiranya pekerja tersebut mempunya rakan
setugas, rakan setugas tersebut boleh mengajar dan melatih serta
berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Oleh
itu, tekanan yang dihadapi oleh pekerja baru tersebut boleh diatasi
dengan adanya rakan yang boleh membantu nya dalam pekerjaan.

Selain itu, sokongan daripada keluarga turut penting bagi


mengatasi ketegangan. Keluarga perlu memberikan sokongan moral
dan menmberikan motivasi terhadap pekerja yang mengalami
ketegangan. Sokongan moral daripada keluarga secara tidak
langsung akan menyuntik semangat pekerja untuk meningkatkan
produktiviti serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi
tekanan yang dihadapinya.

2. Mewujudkan iklim organisasi yang baik


Bagi mengatasi ketegangan, majikan berperanan dalam
mewujudkan suasana pekerjaan yang harmoni. Majikan perlu
mengamalkan dasar secara demokrasi atau tidak terlalu birokrasi
serta pekerja mempunyai kebebasan dalm menyuarakan pendapat.
Berdasarkan dasar ini, secara tidak langsung hubungan majikan dan
pekerja akan bertambah baik akibat daripada perkongsian pendapat
bersama disamping mewujudkan susasana yang harmoni dan
muhibah dalam organisasi pekerjaan. Oleh tu, pekerja dapat
megurangkan tekanan kerja yang dihadapi sebelum ini.

3. Mengadakan program kaunseling


Program kaunseling bertujuan untuk membantu pekerja
mengatasi masalah disamping mampu mengatasi ketegangan yang
dihadapi. Majikan perlu menyediakan tempat khas di tempat kerja
untuk pekerja memberitahu masalah yang dihadapi serta menerima
kaunseling atau nasihat yang diberikan oleh pakar kaunseling.
Apabila masalah pekerja dapat diatasi, pekerja akan tidak
mengalami ketegangan di tempat kerja.

Selain daripada menyediakan tempat kaunseling, sistem


mentor mentee turut boleh dilakukan di tempat kerja. Sistem
mentor-mentee merujuk kepada kaedah dimana pekerja yang cekap
dan sentiasa berfikiran positif melalui cara bekerja dan pengurusan
perlu membantu pekerja yang mengalami ketegangan di tempat
kerja. Oleh itu, melalui kaedah ini secara tidak langsung sistem
kaunseling telah dilaksanakan dengan menggunakan pekerja yang
bersikap positif dijadikan sebagai mentor atau panduan terhadap
pekerja lain.

Secara umumnya, pekerja yang menghadapi ketegangan


perlu berjumpa dengan kaunselor bagi mendapat bantuan nasihat
dan mendapatkan maklumat serta panduan bagi mengatasi
ketegangan yang dihadapi.
4. Memberikan bebanan kerja yang bersesuaian
Majikan sewajarnya memberikan tugasan yang sesuai dengan
kelayakan pekerja. Sebagai contoh, untuk memberikan kuantiti
kerja,pekerja perlu dinilai berdasarkan kelayakan,pengalaman, kemahiran
atau kebolehan pekerja. Pekerja yang mendapat banyak kerja dan ianya
sukar perlu diberikan kepada pekerja yang berkebolehan. Hal ini demikian
kerana, pekerja yang kurang mahir dan tidak berkelayakan akan
mengalami ketegangan sekiranya mendapat tugas yang sukar dan tidak
mampu dilakukannya serta tidak mampu mencapai objektif yang
sepatutnya.

Selain itu, majikan perlu menilai tugas yang diberikan tidak terlalu
mudah terhadap pekerja yang berkebolehan. Hal ini demikian kerana,
kerja yang mudah akan menyebabkan pekerja berkebolehan tersebut
mengahadapi tekanan seperti mengalami kebosanan untuk menyiapkan
tugasan yang terlalu mudah dan tidak mempunyai semangat. Tugasan
tersebut tidak mncabar dan dilakukan secara lewa sahaja kerana dianggap
terlalu mudah. Oleh itu, kesesuaian tugasan perlu diberikan berdasarkan
kebolehan setiap pekerja.

5. Pengurusan masa yang bijak


Antara salah satu punca ketegangan adalah akibat pekerja gagal
mengatur masa dengan bijak. Pekerja gagal mengendalikan kerja dan
pembahagian masa yang secukupnya. Hal ini kebiasaannya berlaku bagi
pekerja yang mempunyai keluarga sendiri. Pembahagian masa untuk
suami dan kanak-kanak serta masa untuk melakukan tugas yang
sepatutnya perlu bijak dalam pembahagian masa. Kebiasaannya, pekerja
akan mengalami tekanan akibat gagal menyiapkan tugasan yang
diberikan. Oleh itu, pekerja perlu membuat jadual kerja yang mampu
mengatur kerja agar dapat disiapkan mengikut temph masa yang
diberikan. Pekerja perlu menyiapkan kerja yang utama dahulu atau
dianggap sebagai penting. Dengan adanya jadual, pekerja mampu
menyiapkan kerja mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh peringkat
atasan.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat beberapa definisi yang menyatakan maksud


stres berdasarkan beberapa hujah yang dinyatakan. Secara umumnya, terdapat
beberapa faktor yang mengakibatkan stress berlaku terhadap pekerja. Ianya
boleh ditangani dengan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi
ketegangan d tempat kerja. Oleh itu, peranan pihak bertanggungjawab sebagai
contohnya, majikan serta pekerja itu sendiri perlu untuk mengatasi masalah
ketegangan agar tidak berlaku di tempat kerja. Hal ini demikian kerana,
ketegangan sebenarnya mendatangkan kesan negatif terhadap pekerja dan
organisasi pekerjaan. Seperti yang dinyatakan, ketegangan telah mengakibatkan
produktiviti pekerja akan menurun. Secara tidak langsung, produktiviti pekerja
akan mempengaruhi potensi organisasi pekerjaan. Pekerja yang mengalami
ketegangan akan mengakibatkan kerja yang diberikan tidak mampu dilakukan
dngan sebaik mungkin dan mengakibatkan organisasi pekerjaan gagal mencapai
matlamat dan objektif yang dirancang. Oleh hal yang demikian, pekerja perlu
mengambil langkah bijak dalam mengatasi masalah yang diatasi untuk
mengelakkan ketegangan berlaku. Pekerja perlu berfikiran positif dan
menganggap setiap masalah yang dihadapi dengan mengambil jalan
penyelesaian yang bijak. Selain itu, pekerja perlu mampu mengawal emosi agar
ketegangan yang dihadapi tidak terbawa-bawa ke tempat kerja yang boleh
menggangu mereka untuk membuat kerja. Jelas disini, potensi sesebuah
organisasi pekerjaan untuk lebih maju dan Berjaya banyak bergantung terhadap
produktiviti pekerja itu sendiri.
RUJUKAN

Richard s.Lazarus, physchological stress and the coping process ( New York:
McGraw

Hill, 1966 )

Hans Selye, stress without distress ( New York: J.B. Lippincott, 1974 ) 14.

Suzanne C.kobasa et al., effectiveness of hardiness, exercise, and


socal support as resources against illness, journal of
psychosomatic research 29 (1985) : 525-33

Teresa E. Seeman, Tina M.Lusignolo, Marilyn Albert and Lisa Beckman, social

relationship, support and patterns of cognitive Aging in Healthy,


High-functioning older Adults: MacArthur studies of successful Aging
, helath physicology 20 (2001): 243-55

Mokhtar Pet, Noor Azman Hasan, Mohd Asri M.Rejab, Rafidah Manaf,

Pengajian perniagaan Edisi ketiga kertas 1, kemahiran pengurusan:


pengurusan ketegangan, 2008 : 306-312

Tomas Chammoro-Premuzic,

personality and individual differences second edition, ( 2011) : 261-


262

McGraw-Hill Education ( Asia ), The Science of physchology, second edition


( 2013 )

: controlling stress : 563-568

You might also like