You are on page 1of 1

Karangan Berbentuk Berita

REMBAU, Ahad Pejabat Daerah Rembau diminta bertindak segera bagi


mengatasi masalah kerosakan jalan raya di Kampung Solok.

Kerosakan ini berlarutan selama tiga tahun. Sebagai akibatnya,


pelbagai kesulitan dialami oleh penduduk kampung berkenaan.

Seorang Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung berkata bahawa


biarpun perkara tersebut sudah beberapa kali diadukan, namun masih tiada
tindakan yang diambil.

Jalan raya inilah satu-satunya laluan untuk keluar dan masuk


kampung ini. Kami tidak mempunyai pilihan lain. Jadi, kami merayu kepada
pihak-pihak yang berkenaan agar mengatasi masalah kami ini, katanya lagi.

Jalan raya yang berlubang di sana sini itu membahayakan para


pengguna. Beberapa kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku dan semakin
kerap terjadi akhir-akhir ini.

Daripada tinjauan yang dilakukan, didapati bahawa keadaan jalan


raya tersebut semakin buruk sejak lori-lori besar memasuki kampung
tersebut. Lori-lori tersebut mengangkut kayu balak dari hutan di pinggir
kampung.

You might also like