You are on page 1of 43

PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.1 Sipnosis

Kursus ini memfokus kepada pemulihan orang kurang upaya (OKU) secara berpusat ,
prinsip dan etika kerja social, penubuhan , pentadbiran , dan penempatan OKU di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti(PDK); khidmat pelbagai disiplin di PDK; merancang dan
melaksanakan projek kemasyarakatan di PDK menurut jangka masa yang ditetapkan.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menjelaskan keperluan pemulihan di kalangan individu berkeperluan khas.


ii. Menghuraikan etika kerja sosial dalam melaksanakan tugas-tugas kemasyarakatan
yang akan dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
iii. Menghuraikan konsep dan peranan pemulihan Dalam Komuniti.
iv. Membuat perancangan projek kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
v. Melaksanakan projek kemasyarakatan di Pusat Pemulihan dalam Komuniti.
vi. Menyediakan laporan projek kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

Definisi , konsep dan falsafah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Definisi PDK
Pendekatan baru yang menekankan penglibatan aktif ibu bapa , keluarga dfan komuniti
setempat terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak-kanak Kelainan Upaya ,
khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhidmatan dan perancangan
pembangunan yang sedia ada.

Konsep PDK
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)
di peringkat komuniti tempatan. Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusai
Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan daripada keluarga dan komuniti. Menyediakan
peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada
dalam diri mereka. Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada
keperluan OKU.

2
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Objektif PDK

Menggalakkan masyarakat tempatan mempunyai sikap prihatin , berdikari serta


bertanggungjawab terhadap program pemulihan orang kelainan upaya.
Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang sesuai dan
diterima oleh masyarakat setempat
Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk
diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
Menggembeling sumber tempatan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi
PDK setempat.
Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi
perkhidmatan.

Falsafah PDK

Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh ; ibu bapa, adik


beradik, sanak saudara , komuniti setempat tenaga kerja setempat digunakan secara
optimum.

CIRI-CIRI PDK

Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti Ibu bapa atau ahli keluarga memaikan
tempatan peranan aktif

Menggunakan teknologi dan kos yang


rendah

Kaedah dijalankan secara di pusat dan


seliaan di rumah

Menggunakan sumber-sumber komuniti


yang sedia ada

3
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Faedah PDK

Membantu ibu bapa mengetahui lebih


Ibu bapa dapat berkongsi masalah
terperinci mengenai cara mendidik
yang dihadapi dengan ibu bapa lain.
kanak-kanak khas

Meningkatkan kesedaran ibu bapa


Mendapat pendidikan yang sesuai
bahawa anak mereka mempunyai
dengan keadaan mereka dan dapat
kebolehan sekiranya mendapat
meminimumkan masalahnya.
bimbingan

SEJARAH PENUBUHAN PDK DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA

Sejarah penubuhan dalam negara


Jabatan Kebajikan Masyarakat menggunakan kaedah Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) yang diikthirafkan oleh WHO.
Jabatan kebajikan masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan
manual tersebut apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang
Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti
draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan
mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di Mesyuarat Kumpulan Pakar
(Expert Group Meeting ) anjuran WHO di Manila.
Hasilnya jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan kesihatsan
Negeri terengganu , menjalankan satu projek rintis PDK di Batu Rakit
berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya di Mukim Batu Rakit.
Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan jabatsan
Kerajaan di mukim tersebut yang melibatkan penduduk dari sembilan kampung
yang melibatkan seramai 17,149 orang .
Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan
merupakan 1.65% daripada penduduk mukim tersebut.

4
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Hasil kajian itu membuka pintu untuk melancarkan program PDK pada tahun
1984 oleh menteri Kebajikan ketika itu.
Batu Rakit dipilih kerana mempunyai orang kurang upaya yang ramai .
PDK itu dimulakan dengan orang kurang upaya seramai 55 orang . Kini kaedah
ini telah meningkat denga pesat diseluruh negara kerana ia merupakan kaedah
yang paling sesuai untuk mendidik orang kelainan upaya di negara ini.

Sejarah Perkembangan PDK di luar negara

Pemulihan dalam komuniti atau PDK lebih dikenali sebagai Community base
rehabilitation (CBR).
CBR dilaksanakan melalui usaha bersama orang kurang upaya , keluarga, dan
masyarakat, perkhidmatan kesihatan , pendidikan , vokasional dan perkhidmatan
sosial.
CBR diwujudkan selepas perang dunia kedua kerana ramai askar-askar yang
terlibat dengan peperangan mengalami kecacatan anggota badan ditempatkan
untuk menjalani pemulihan anggota fizikal mereka.
Ini bertujuan untuk membantu mereka supaya dapat menjalani kehidupan biasa
seperti orang lain.
Pada tahun 1951 sebuah Unit Pemulihan Bangsa-bangsa Bersatu telah
ditubuhkan dengan berpandukan kepada kemudahan sama seperti CBR.
Pada tahun 1960, CBR mula disebarkan kepada negara-negara membangun
untuk membantu mangsa perang yang mengalami kecacatan.
Pada tahun 1969 dan 1970 pertemuan telah diadakan bersama International
Rehabilitaton , Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh
Antarabangsa dan kumpulan lain yang berkaitan untuk membincangkan tentang
cara CBR dapat disebarkan ke negara miskin.
Pada lewat 1970-an, dan sepanjang 1980-an dan 1990-an projek-projek perintis
telah disebarkan ke Afrika, Asia dan juga Amerika Latin. CBR yang dijalankan
berdasarkan buku panduan yang dikeluarkan oleh WHO iaitu Training in the
community for people with disabilities yang disokong oleh UNESCO,atau
UNICEF dengan sokongan daripada NGO yang terlibat. Buku berkenaan dengan

5
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

CBR ditulis oleh Penulis utama manual WHO iaitu Einar Helander yang bertajuk
Prejudice and Dignity: An Introduction to Community based Rehabilitation.
Persidangan yang diadakan di Helsinki Finland pada mei 25 28, 2003 telah
memberi laluan untuk membuat semakan semula negeri CBR. Kertas kerja itu
menyatakan : oleh kerana semua masyarakat adalah berbeza dari segi
sosioekonomi, tanah,budaya dan sistem politik, maka tidak mungkin ada satu
model CBR untuk dunia. CBR masa kini berkembang dari pemulihan perubatan
ke arah sektor pelbagai yang lebih komprehensif pendekatan yang digunakan
seperti akses untuk penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan vokasional,
program penjanaan pendapatan dan penyertaan masyarakat dan inklusif.

MODEL PDK

Home based

MODEL PDK

Centre based
Centr-home
based

Home based

Program Pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK
kerana masalah yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan

Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan
bertugas selama 4 jam sehari.

6
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 orang


OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah
pengangkutan.

Center Based

Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari


OKU dating ke pusat PDK untuk mejalani program pemulihan

Center-Home based

Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari


Dalam seminggu , satu hari sselama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke
rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program
pemulihan.

7
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

8
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

TAJUK 2 PRINSIP DAN ETIKA KERJA SOSIAL

1.1 Sinopsis
Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami
perkara yang didengar dan ditutur dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada
perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan untuk menimbulkan
kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang
mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila
untuk menjamin kesejahteraan hubungan.

1.2 Hasil Pembelajaran


Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Membezakan prinsip dan etika kerja sosial
ii. menghuraikan hasil pembelajaran
iii. memberikan contoh aktiviti yang sesuai dengan hasil pembelajaran

1.3 Prinsip dan Etika kerja Sosial

1.0 Teori Sosial


Teri Ekologikal
Pengenalan
Teori ekologikal telah diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori
perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran
ke atas perkembangan individu. Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan
kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan
kanak-kanak.Persekitaran kanak-kanak mempengaruhi proses perkembangan
proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Brofenbrenner
menyatakan 5 sistem mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

9
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2.0 SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER


MENURUT Bronfrenner , persekitaran perkembangan individu terdiri
daripada lima system.
a. Mikrosistem
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana
kanak-kanak mempunyai interaksi yang secara dan
menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-
kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik .
Interaksi antara rakan , jiran serta guru terlibat dalam proses
perkembangan kanak-kanak.
Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai
pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Keluarga adalh
satu kelompok social yang tinggal di bawah satu bumbung ,
mempunyai kerja sama dalam kegiatan ekonomi dan menambah
zuriat (Goode, hal.326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf
sosio ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan
seseorang kanak-kanak.

b. Mesosistem
Mesosistem merupakan perhubungan antara makrosistem
dengan mikrosistem
Perhubungan antara ahli kekuarga dapat mempengaruhi tingkah
laku dan personality seseorang kanak-kanak di sekolah.
Contohnya seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah di
rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Ini akan
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak tersebut.

c. Ekosistem
Merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung tetapi keputusan
yang diambil dalam persekitaran tersebut member kesan kepada
kanak-kanak yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Sebagai

10
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

contoh: Undang undang yang diamalkan di sekolah memberi


kesan kepada kanak-kanak yang belajar di sekolah tersebut
secara tidak langsung , walaupun undang-undang tu dibuat oleh
orang dewasa yang berada di sekolah tersebut.

d. Makrosistem
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma , nilai
serta amalan masyarakat yang tinggal dalam persekitaran
tersebut. Contoh, anak lelaki lebih diutamakan oleh ibu bapa
berbanding dengan anak perempuan.

e. Kronosistem
Ini merupakan perubahan pada persekitaran atau keadaan dalam
suatu tempoh masa yang tertentu. Contoh kanak-kanak zaman
kini lebih mengutamakan permainan yang melibatkan ICT
berbanding dengan zaman 80 an. Pembangunan yang berlaku
di sesebuah negera juga member kesan kepada perkembangan
kanak-kanak.

No Sistem Huraian Contoh


1 Mikro Sebahagian besar sosial individu dihabiskan Sekolah, tempat tinggal
dan rumah
2 Meso Pengalaman satu system Mikro mempengaruhi Masalah rumah dibawa ke
system Mikro yang lain tempat kerja
3 Ekso Pengalaman individu mempengaruhi individu Pelajar yang membuat
lain bising dalam kelas
mempengaruhi aktiviti
P&P dalam kelas
4 Makro Sosial dalam masyarakat Budaya seseorang kanak-
kanak mempengaruhi
gaya hidup
5 Krono Sejarah perkembangan social individu Kehidupan moden kanak-
kanak mempengaruhi
kanak-kanak.

11
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Implikasi teori ekologi dalam proses pembelajaran kanak-kanak


a. Mikrosistem
Guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada
kanak-kanak.
Guru perlu tahu tahap perkembangan kanak-kanak yang diajar.
Guru perlu peka dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak.
Pemilihan aktiviti pengajaran sesuai denga minat , pengetahuan
dan pengalaman kanak-kanak.
b. Mesosistem
Guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada kanak-kanak kerana
kanak-kanak cepat mempelajari sesuatu dari orang lain maka guru
mempunyai pengaruh yang kuat kepada perkembangan kanak-kanak.
c. Ekosistem
Pengalaman sesorang individu mempengaruhi individu yang lain.
Kanak-kanak yang suka membuat bising akan mempengaruhi P&P
dalam kelas maka guru perlulah menggunakan kaedah dan teknik
yang berseuaian supaya kanak-kanak tidak membuat bising.

d. Makrosistem
Persekitaran makrosistem pula menyatakan bahawa perkembangan
kanak-kanak dipengaruhi oleh amalan-amalan masyarakat maka
guru berperanan untuk membetulkan fahaman-fahaman yang salah di
kalangan kanak-kanak.

e. Kronosistem
Teknologi yang semakin canggih mempengaruhi kehidupan kanak-
kanak. Kanak-kanak di sekolah rendah juga pandai mengunakan
internet tanpa kawalan ibu bapa. Guru bertanggung jawab untuk
membentuk dan memimbing kanak-kanak dengan memberi tunjukajar
yang betul supaya masa depan mereka tidak terjejas.

3. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

12
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

3.1 Pendahuluan
Teori pembelajaran social dipelopori oleh Albert Bandura yang
menekankan pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Faktor-faktor
social,kognitif, dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Beliau menekankan 4 unsur utama dalam teori pemodelan.
Pemerhatian (attention)
Mengingat (retention)
Reproduksi(reproduction)
Peneguhan(reinforcement)

Pemerhatian
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dengan melihat tingkah laku ibu bapa,
abang atau kakak serta guru mereka di sekolah dan orang lain dipersekitran
mereka.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model ialah nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.

Mengingat
Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh perkembangan
kognitif individu yang terlibat. Kanak-kanak dikehendaki mengingat apa yang
hendak disimulasikan .

Reproduksi
Kanak-kanak memerlukan latihan yang banyak , mendapat maklum balas dan
bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah
laku model.
Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancer dan mahir.

Peneguhan/ motivasi
Peneguhan merupakan ganjaran yang dapat memotivasikan kanak-ksansk untuk
membuat aktiviti-aktiviti yang diberi.

13
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Murid akan lebih berusaha untuk mendapatkan peneguhandengan meniru


tindakan seseorang model, murid lebih bermotivasi untuk menumpukan
perhatian, mengingat dan menghasilakan semula tingkah laku.
Guru perlu memupuk konsep kendiri positif supaya murid memperoleh keyakinan
terhadap tingkah laku yang ditirunya dengan memberi peneguhan positif.

Implikasi teori pembelajaran


Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah
laku serta perwatakan yang positif supaya murid dapat menirunya.
Antara ciri yang perlu ada pada guru adalah cara pertuturan, berpakaian,
ketepatan masa, personality serta sifat menepati masa.
Demontrasi yang digunakan oleh guru hendaklah jelas, serta menarik agar
pelajar dapat meniru dengan cepat.

PRINSIP DAN ETIKA KERJA SOSIAL

Definisi
Apa itu kerja social? Kerja social merupakan profesion khidmat manusi. Kerja social sebagai
profesion bergerak dalam bidang kesejahteraan social dengan tugas mempertingkatkan
kesejahteraan dan kualiti hidup(Dubois & Miley , 1999) Di eropah dan Amerika utara , kerja
social berkembang seiring dengan proses industrialisasi dan perbandaran yang membawa
kesan sampingan bernama kemiskinan , rendahnya taraf hidup, dan buruknya taraf
kesihatansebahagian besar penduduk. Namun kerja sosial sebagai profesion pertolongan dan
disiplin ilmu berkembang dengan pesat pada awal abad ke-20. Profision kerja social tampil
dengan wajah yang berlainan tetapi masih dalam kerangka member tindak balas ke atas
masalah-masalah social yang timbul dan proses-proses yang berkaitan dengannya (Dobois dan
Miley, 1999; Morales dan sheafor, 1999).

International Federation of Social Workers (2000)menyatakan bahawa The social work


profession promotes social change , problem solving in human relationships and the
empowerment and liberation of people to ehance well-being. Utilizing theories of human
behavior and social systems, social work intervens at the points where people interact with their

14
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

environments.Principles of human rights and social justice are fundamental to social work.
Definisi ini digunapakai diseluruh dunia (dipetik dari kertas kerja Kod Etika Dalam Profesion
Kerja Sosial: Satu Keperluan Dalam Konteks Malaysia, Oleh Adi Fahrudin 2002).

Kerja sosial sebagai disiplin ilmu dan profesion di Malaysia bukanlah baru. Pendidikan kerja
social secara formal telah bermula di Persekutuan tanah melayu di Universiti Malaya, Singapura
pada tahun 19532 (Ismail baba, 1992). Selepas Singapura berpisah dan pembentukan Malaysia
, pendidikan social secara formal dimulakan pada tahun 1975 di Universiti Sains Malaysia
(Ismail baba, 1998). Meskipun lebih dari seperempat abad pendidikan kerja social telah
bertapak di Negara ini , namun dari segi perkembangan , ia agak lambat berbanding profesion
yang muncul kemudian. Perkembangan yang memberangsangkan terjadi di penghujung tahun
1990-an yang ditandai dengan penubuhan program pengajian kerja social di beberapa universiti
tempatan (kamsiah Ali & Gill Raja, 2000).

Prinsip-prinsip Etika kerja Sosial

Nilai-nilai dan norma-norma dilihat sebagai komitmen internalisasi diri-sendiri bagi setiap
individu pekerja social yang kemudian dijadikan frames of reference setiap kaunselor disebut
dengan prinsip-prinsip etika praktis ( ethical practice principles).

Falsafah pula merupakan kerangka landasan orientasi-orientasi nilai oleh para kaunselor.
Kerangka tersebut dikatakan sebagai ethical practice principles yang dapat membimbing dan
mengawal kegiatan-kegiatan pertolongannya. Prisip-prisip etika praktis tersebut diterima
sebagai suatu kewajipan, standard-standard, tugas-tugas serta merupakan tanggungjawab
yang harus diaplikasikan dengan para klien.

Kod Etika Kerja Sosial

Semua badan termasuk kerja social mempunyai kod etika yang menjadi panduan kepada ahli-
ahlinya. Fungsi kod etika ialah memandu dalam membuat keputusan, menilai kemampuan,
pengaturan tingkah laku dan memberikan standard penilaian suatu profesion. Tujuan dan fungsi
kerja social (Lowernberg dan Dolgoff 1992):

Memberikan pengamal panduan ketika berdepan dengan dilemma

15
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Melindungi masyarakat awam dari kesewenangan dan pengamal yang tidak


berkemampuan
Melindungi profesion dari kawalan kerajaan iaitu pengaturan sendiri lebih utama dari
pengaturan kerajaan
Memungkinkan rakan-rakan seprofesional hidup dalam harmoni
Melindungi profesionaldari siasatan.

Kod etika yang diperlukan dalam konteks Malaysia adalah kod etika yang mengatur enam
perkara berikut:

Tanggungjawab etika pekerja social terhadap klien-klien


Tanggungjawab etika terhadap rakan sejawat
Tanggungjawab etika terhadap intitusi tempat di mana pekerja social itu bekerja
Tanggungjawab etika sebagai seorang profesional
Tanggungjawab etika terhadap profersion kerja sosial
Tanggungjawab etika terhadap masyarakat

16
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Tanggungjawab
kepada klien

Tanggungjawab
Tanggungjawab kepada rakan
kepada agensi sekerja dan
pekerja lain

ETIKA KERJA
SOSIAL

Tanggungjawab
Tanggungjawab
kepada
kepada klien
professional diri

Tanggungjawab
kepada
masyarakat

Kod Etika Kerja Sosial

17
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Tajuk 3 PROGRAM PEMULIHAN DI PDK

1.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami syarat-syarat
penubuhan serta prosedur penubuhan PDK . Tajuk ini juga akan menjelaskan tentang
organisasi PDK di peringkat pusat dan di peringkat komuniti. Dalam tajuk ini juga
akan di bincangkan tentang perkhidmatan di PDK seperti pentaksiran dan penilaian,
intervensi awal,latihan urus diri, latihan vokasional, serta bengkel terlindung. Juga akan
di sentuh tentang syarat penempatan OKU di PDK dari aspek jenis dan tahap
kecacatan, kemudahan peralaran serta kepakaran sumber manusia. Tajuk Peningkatan
Kualiti Program PPDK dari aspek matlamat dan objektif peningkatan kualiti serta
strategi peningkatan kualiti juga akan dibincangkan.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan dan menjelaskan syarat-syarat serta prosedur penubuhan PDK.

ii. Menganalisis dan menghuraikan perkhidmatan yang disediakan di PDK ia itu


pentaksiran dan penilaian, Pentaksiran dan penilaian, intervensi awal, latihan urus
diri, latihan Vokasional serta bengkel terlindung.

iii. Memahami organisasi pentadbiran PDK di peringkat pusat dan komuniti.

iv. Menghuraikan tentang penempatan OKU di PDK dari aspek jenis & tahap
kecacatan/masalah, kemudahan peralatan serta kepakaran sumber manusia.

v. Menghuraikan dan menjelaskan tentang peningkatan kualiti program PDK


dari aspek matlamat dan objektif serta strategi peningkatan kualiti.

18
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.4 PENUBUHAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.4.1 Syarat- syarat Penubuhan PDK

(i) Bagi ibu bapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu
mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

(ii) Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-
kanak kurang upaya.

(iii) Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang
dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan
terencat akal.

(iv) Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan
Kementerian Pendidikan.

1.4.2 Prosedur Penubuhan PDK

LANGKAH 1

PKMD menerima permohonan menubuhkan PDK daripadai bubapa OKU/ Komuniti/ pemimpin
tempatan melalui faks,surat, telefon atau datang sendiri ke Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah

LANGKAH 2

PKMD mengenalpasti kawasan yang mempunyai OKUyang ramai iaitu melebihi daripada 7
orang melalui RekodPendaftaran OKU di pejabat Kebajikan Masyarakat/Hospital/ Jabatan Kesihatan/
Penghulu Mukim.

19
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

LANGKAH 3

PKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibubapa/ penjaga OKU
dan pemimpin tempatan. PKMD akan menerangkan Konsep ProgramPDK dan cara
pelaksanaannya. Komuniti diminta berbincang dan memberi maklumbalas kepada PKMD dalam
tempoh dua (2) minggu daripada tarikh perjumpaan.

LANGKAH 4

PKMD mendapat maklumbalas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk


menubuhkan PDK. Sekiranya komuniti bersetuju, ahli Jawatankuasa PDK perlu dibentuk yakni
yang terdiri daripada :1) Ibubapa OKU 2) Komuniti setempat 3) Pemimpin tempatan 4) Wakil
jabatan Kesihatan 5) Wakil Jabatan Pendidikan Khas.

PKMD sebagai Penasihat dan Pembantu Kebajikan Masyarakat sebagai bendahari PDK.

LANGKAH 5
Ahli Jawatankuasa PDK mengenalpasti1. Bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis PDK
dan2. Membuka Akaun PDK.

LANGKAH 6
Setiausaha PDK perlu mengisi BORANG PERMOHONANGERAN TAHUNAN PENUBUHAN
PDK BARU yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD
untuk tindakan selanjutnya.

LANGKAH 7

20
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PKMD memeriksa pengisian borang tersebut dan sekiranyalengkap, PKMD akan menghantar
permohonan kepadaJKMM melalui Pengarah Negeri.
LANGKAH 8

JKMM akan memproses permohonan daripada JKMN.Kelulusan diperolehi berdasarkan


kedudukan kewangan pada tahun memohon.

LANGKAH 9
JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan ( Lulus/ ditangguhkan
kelulusan). PKMN memaklumkan kepada PKMD.

LANGKAH 10
Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli Jawatan kuasa PDK:
1) Perlantikan pekerja PDK
2) Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK
3) Akaun PDK yang perlu dibuka( sekiranya belum ada akaun).

LANGKAH 11
Jawatan kuasa PDK membuat iklan Jawatan Pekerja PDK ( Rujuk Carta Aliran Perlantikan
Pekerja PDK dan Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK).

LANGKAH 12
Temuduga bagi jawatan pekerja PDK akan dijalankan oleh Jawatankuasa PDK dengan
kehadiran Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Surat lantikan akan disediakan oleh
jawatankuasa PDK.

LANGKAH 13
Kelas PDK akan di buka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK.

21
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.5 PENTADBIRAN PDK

1.5.1. Carta Organisasi Peringkat Pusat

PENASIHAT PDK NEGERI

PENYELARAS PDK NEGERI

PENASIHAT PDK DAERAH

PENYELARAS PDK DAERAH

PENFERUSI PDK

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATAN KUASA

22
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.5.2 Carta Organisasi Peringkat Komuniti

PENASIHAT
1. Wakil JKM Daerah
2. Wakil Pejabat Pendidikan
3. Wakil Pejabat Kesihatan
4. Wakil Paukan Polis Diraja malaysia

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATAN KUASA

1.6 PROGRAM DI PDK

1.6.1 Pentaksiran dan Penilaian

Rekod dan Laporan

Sebelum muridmurid diterima ke dalam program PDK , setiap murid perlu menljalani
pentaksiran dan penilaian ( screening) yang akan di jalankan oleh doktor kanak-kanak. Hasil
daripada laporan doktor tersebut akan mengesahkan kemasukan kanak-kanak tersebut dalam
sistem PDK. Laporan serta diagos yang dilakukan oleh doktor adalah sulit dan hanya diketahui
oleh ibu bapa dan guru yang mengurus kanak-kanak tersebut.

23
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Intrvensi Awal

Penilaian ke atas pelatih di PDK adalah penting supaya program-program intervensi awal dapat
di aturkan. Program-program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap pelatih mengikut
kekuatan-kekuatan dan kelemahan masing-maasing. Sesuatu program yang di atur itu
mempunyai objektif-objektifnya yang tersendiri contohnya:

1) Pelatih PDK yang tidak mahu bercakap:

merangsangkan minat
membina keyakinan diri
memberi peluang bersosialisasi dengan rakan-rakannya.

2) Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat:

Contohnya , kanak-kanak yang sering mendapat sawan perlu di berikan ubat


cegah sawan.
Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod( hypothyrodism) akan
dibekalkan dengan hormon tersebut seumur hidup.

3) Bagi kanak-kanak hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program


pengubahsuaian tingkah laku bagi membantu mengawal diri ( self control) perlu di
aturkan.
Ubat-ubatan tertentu boleh digunakan untuk keresahan anak itu sewaktu
menjalani program pengubahsuaian tingkah laku.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan dan tidak boleh
mengenal abjad pelbagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk
mempertingkatkan prestasi inteleknya.

24
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

LATIH URUS DIRI

1) Antara aktiviti latihan urus diri ia lah:


i. Menyikat rambut
i. Melipat baju
ii. Memberus gigi
iii. Mencuci tangan
iv. Cara penggunaan tandas
v. Cara makan beradab

2) Objektifa aktiviti Pengurtusan Diri:

i. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan


seharian.
ii. Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna.
iii. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian .
iv. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian
yang lebih bermakna.

LATIHAN VOKASIONAL

Syarat- syarat:-
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya
anggota dan fizikal.
Berkelulusan akademik SPM/PMR/ SRP .
Berumur 18 hingga 40 tahun.
Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri.

25
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Jenis-jenis kursus:-

BIL JENIS KURSUS TEMPOH


1. IT KOMPUTER 8 BULAN
2. PEMBANTU TADBIR SISTEM MAKLUMAT 10 BULAN
3. JURULEKTRIK 10 BULAN
4. ELEKTRONIK 18 BULAN
5. PROTESTIK DAN ORTHOTIK 18 BULAN

Kursus kursus Pra Vokasional:

Syarat-syarat:
Berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota
dan fizikal.
Berumur 14 hingga 25 tahun.
Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri.

Jenis-jenis kursus:-

BIL JENIS KURSUS TEMPOH


1. IT KOMPUTER 24 BULAN
2. MEMBAIKI RADIO DAN TV ( ELEKTRONIK) 24 BULAN
3. JAHITAN 24 BULAN
4. LUKISAN 24 BULAN

Taman Sinar Harapan :-


Institusi ini memberi latihan kepada individu kelainan upaya masalah pembelajaran sehingga ke
tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi
perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk . Antara program
aktiviti yang di sediakan ialah Kelas Akademik 3 M.

26
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

BENGKEL TERLINDUNG:-

Jabatan juga berusaha mendapatkan Orang Kurang Upaya di Bengkel Terlindung ( Sheltered
Workshop) seperti Bengkel Daya Klang, Selangor Bengkel dan Bengkel Sungain Petani di
Kedah. Objektif bengkel terlindung ini adalah untukmewujudkan peluang pekerjaan kepada
OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka dan pada masa yang sama melatih
mereka berdikari supaya OKU juga mampu diintegrasikan ke dalam masyarakat.

Syarat- syarat kemasukan


i) Oku yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.
ii) Telah mendapat latihan dari Taman Sinar Harapan (TSH) , Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan Bangi atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Setempat.
iii) Sihat tubuh badan dan boleh menguruskan keperluan sendiri.
iv) Berusia antara 18 hingga 45 tahun.
v) Terlatih dalam bidang - bidang yang dipohon.

Contoh perkhidmatan yang disediakan oleh Bengkel Daya adalah seperti berikut:-
i) Khidmat jahitan
ii) Khidmat cetakan Unit ini menjalankan kerja-kerja ringan sub-kontrak dari kilang-kilang
berhampiran contohnya pemasangan komponen produk-produk yanf berasaskan plastik,
getah, aloi dan sebagainya.
iii) Khidmat kraftangan dan lain-lain.

1.7 PENEMPATAN OKU DI PDK:

1.7.1 Jenis dan tahap kecacatan / masalah:

i) Kurang Upaya Pendengaran (Termasuk Pekak dan Bisu)


a) Minima (Mild) - 20 < 30 db
b) Sederhana - 30 < 60 db
c) Teruk - 60 < 90 db

27
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

d) Profound - > 90 db

ii) Kurang Upaya Penglihatan:

a) Buta (Blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang baik walaupun dengan
menggunakan alat bantu penglihatan ( cermin mata)

b) Penglihatan terhad ( Low Vision / Partially Sighted )- Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi
sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 pada mata yang lebih baik penglihatannya
walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

iii) Kurang Upaya Fizikal :

Kecacatan anggota badan misalnya Penyakai Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy,
Neuropathy dan Osteogenesis Imperfecta dll.

iii) Cerebral Palsi:

a) Hemipelgia - Cerebral Palsi yang melibatkan sebelah bahagian badan.


b) Diplegia - Cerebral Palsi yang melibatkan kedua-dua belah kaki.
c) Quadriplegi - Cerebral Palsi yang melibatkan kedua-dua belah kaki dan tangan.

iv) Masalah Pembelajaran:

Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi :

i) Lewat perkembangan (Global Development Delay ) melibatkan kanak-kanak dibawah umur


3 tahun.
ii) Sindrom Down
iii) Attention Deficit Hyperactive Disorder
iv) Masalah pembelajaran Spesifik : Dyslexia, Dysgraphia, Diskalkulia dll
v) Terencat Akal bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun.

28
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

1.7.2 Kemudahan kemudahan Peralatan:

i) Kemudahan bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan dan sokongan
( Assistive Devices) seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan, alat pendengaran, cermin
mata khas , kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar
perubatan. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan menruskan
aktiviti seharian. Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang
diperlukan.

1.7.3 Perkhidmatan Sumber Manusia kepada OKU


Geran Pelancaran (GP)

o Bertujuan memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang


mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan
atau perniagaan kecil dan memberi galakan kepada penerima bantuan JKM
untuk berdikari dan meningkatkantaraf hidup mereka tanpa bergantung lagi
kepada bantuan kerajaan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya
melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha
sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM2,700.00 sekaligus dengan
tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3) bulan.
o Kelayakan :
1. Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
2. Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari
Jabatan;
3. Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan; dan
4. Kes-kes selian akhlak.

29
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

o Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari
tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai
beberapa tujuan:

Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk


memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan
menjadi ahli masyarakat yang produktif
Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
o Kelayakan :

1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang


upaya
2. Bekerja sendiri atau dengan majikan
3. Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak
termasuk pendapatan keluarga
4. Berumur 16 tahun ke atas
5. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal,
makan/minum dan pakaian percuma.

Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)

o Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang
tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja
dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan
ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan
tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.
o Kelayakan :

6. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia


7. Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber

30
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang


diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen
bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
8. OKU berdaftar dengan JKM
9. Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
10. Berumur antara 18-59 tahun
11. Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
12. Bukan perserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM
dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO
Kebajikan
13. Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan
Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK
semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

o Skim bantuan ini adalah bertujuan untuk :

Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi


oleh keluarga penjaga
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar
OKU dan pesakit Kronik terlantar
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang
berkenaan ke Institusi Kebajikan
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
o Kadar bagi skim bantuan ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang dengan
tempoh kaji semula selama 12 bulan.
o Kelayakan :

1. Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / pesakit


Kronik Terlantar
2. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
3. Sedang memberi jagaan ahli keluarga yang OKU /Pesakit Kronik Terlantar
sepenuh masa

31
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

5. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.


1.8 PENINGKATAN KUALITI PROGRAM PDK

1.8.1.OBJEKTIF :

i) Meningkatkan kualiti hidup masyarakat OKU.


ii) Meningkatkan penglibatan masyrakat luar
iii) Dapat berkembang supaya dapat menghadapi cabaran dan keperluan yang baru mengikut
keperluan semasa.

1.8.2. Strategi-strategi :-

a) Meningkatkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di peringkat negeri


dan daerah:
Mewujudkan PDK baru mengikut keperluan diperingkat daerah
Meningkatkan latihan dan kualiti perkhidmatan di PDK dengan menganjurkan kursus
mengikut ZON dengan kerja sama Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam
Komuniti Kebangsaan untuk pekerja PDK dan kursus untuk ibu bapa dan AJK PDK.
Meningkat dan memperluaskan pelaksanaan Rumah Kelompok.
Pendaftaran Orang Kelainan Upaya.

b) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan:


Masyarakat digalakkan untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bagi membantu
kanak-kanak OKU.

c) Meningkatkan penglibatan NGO:

Dapat membantu kerajaan menengani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan
sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan.
Melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan yang disediakan.

32
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Contoh aktiviti adalah seperti berikut:


- sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar.
- perkongsian bijak antara JPK dan agensi-agensi koporat dalam melaksanakan
sebarang aktiviti atau program.
- Pembangunan Kesukarelaan.

d) Menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untuk membantu pegawai dan kakitangan
JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif
penubuhannya ia itu cara menguruskan Pusat PDK serta serta memberi panduan secara
menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK.

e) Pertambahan tenaga pekerja PDK selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baru
ia itu 1 pekerja : 5 OKU berbanding dengan 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini.

f) Latihan dan kursus untuk pekerja PDK untutk memastikan kualiti pembelajaran dan program
pemulihan di PDK:

Menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi.


Contoh; JKMM telah menjalinkan kerja sama dengan Japan International Agency (JICA)
dimana sukarelawan JOCV ( Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di
negara untuk membantu dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya
dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara kerja dan Guru Pendidikan Khas.

g) Menggunakan PDK Net:

Sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan
bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK.
Mewujudkan saluran rangkaian yang berkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja
PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat dalam pemulihan dan pembangunan OKU.

h) Menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibu bapa dan

33
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

masyarakat tempatan.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU dengan
berkesan.

Aktiviti 1

CUBA FIKIRKAN STRATEGISTRATEGI SELAIN DARIPADA YANG


DIBINCANGKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM
PDK DI DERAH ANDA?

34
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

35
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

TAJUK 4 KHIDMAT PELBAGAI DISIPLIN

1.1 Sinopsis
Tajuk akan merangkumi peranan serta sokongan perkhidmatan pelbagai disiplin
seperti pihak ibu bapa, komuniti, badan bukan Kerajaan, Kementerian Kesihatan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi kerajaan lain.

1.2 Hasil Pembelajaran


Pada akhir tajuk ini, anda dapat
iv. mengenal pasti sokongan perkhidmatan pelbagai disiplin seperti pihak ibu
bapa, komuniti, badan bukan Kerajaan, Kementerian Kesihatan, Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi kerajaan lain.

1.3 Pihak yang terlibat :


1.3.1 Ibu bapa :
- Ibu bapa dan keluarga OKU memainkan peranan penting dalam PDK.
- Ibu bapa dan keluarga boleh membantu menjayakan dan melancarkan
perjalanan PDK.
- Dengan memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk
melaksanakan tugas-tugas di PDK oleh itu hanya ibubapa dan ahli keluarga
OKU sahaja yang faham dan mengerti bagaimana hendak menguruskan dan
mengendalikan anak - anak mereka.
- Dengan melibatkan diri didalam PDK, ibu bapa boleh belajar kaedah-kaedah
membantu mengawal dan mengasuh anak-anak supaya dapat diintegrasikan
didalam masyarakat.
- Mereka juga boleh bergaul sama dengan ibubapa anak-anak OKU yang lain
untuk sama-sama berkongsi perasaan, pengalaman dan cerita berkenaan
dengan anak-anak OKU dan juga bertukar-tukar idea dan pendapat untuk
membantu anak-anak OKU.
- Kehadiran ibubapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau mendapat
latihan daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau

36
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

meneruskan sesi pembelajaran dan latihan yang di jalankan di PDK setelah


pulang ke rumah.
- Untuk memajukan PDK ibubapa boleh membantu menghebahkan fungsi -
fungsi PDK kepada masyarakat.

1.3.2 Komuniti
- Memberikan motivasi kepada mereka yang mempunyai anak yang
berkelainan upaya
- Tidak memandang serong kepada kepada golongan OKU
- Tidak meminggirkan golongan OKU
- Memberi khidmat secara sukarela untuk membantu golongan OKU di PDK
- Membantu untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri OKU.

1.3.3 Badan bukan kerajaan


- Menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan OKU
- Memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada
golongan OKU
- Membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan OKU
dalam kalangan petugas PDK
- Memberikan bantuan kewangan

Contoh badan bukan kerajaan :


- Contoh badan bukan kerajaan
- Persatuan Kanak-Kanak Spastik
- Pusat Bimbingan Sinaran Matahari
- Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa
- Yayasan Sindrom Down Kiwanis

1.3.4 Kementerian kesihatan

37
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja,


Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran,
Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi.

Carta Alir Perkhimatan Kesihatan

Langkah 1 : Penilaian Awal

Penilaian awal dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis
ketidakupayaan kanak-kanak. Dapatkan penilaian oleh pengamal perubatan di
klinik kesihatan / klinik pakar kanak-kanak / klinik pakar perubatan pemulihan.

Langkah 2 : Pengesahan Ketidakupayaan

Pengesahan dalam Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan Kanak-


Kanak Dengan Keperluan Khas. Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya
perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat
bantuan / perkhidmatan kebajikan.

Langkah 3 : Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat
penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri
daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan,
pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling dan
pegawai pemakanan.

38
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Langkah 4 : Perancangan Rawatan

Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan

Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula

Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra-sekolah / sekolah khas / sekolah


vokasional.

Langkah Selanjutnya :

- Kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan


Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Kanak-kanak yang mempunyai masalah yang serius atau gagal mengikuti


Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

1.3.5 Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pendaftaran dan Kad Kenal Diri

- Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud
perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan
pendidikan serta intervensi awal.

39
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

- Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada
Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka
berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Bantuan Alat Tiruan/Otortik

- Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan


seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak
mampu dibeli oleh OKU.

- Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan
aktiviti kehidupan harian.

Geran Pelancaran

- Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak
mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya
diri / perniagaan kecil / pertanian.

- Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

- Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa
bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai
penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.
-

40
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Bengkel Terlindung

- Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta


atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang,
Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan
oleh pertubuhan sukarela.

Latihan Kemahiran Vokasional

- Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat


persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40
tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan
boleh berdikari.

- Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan


fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian
lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.

Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan)

- Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal


sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-
masing.

- Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan
yang teruk.

- Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra


vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral,
sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

41
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

- PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU


menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana
memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang
yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

- Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus,
perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M,
kreativiti, sukan dan rekreasi.

1.3.6 Agensi-agensi kerajaan lain


JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
- Pengecualian Cukai Jalan.
OKU Fizikal
Kereta, van, motosikal buatan tempatan sahaja
- Kemudahan pengangkutan awam
- Potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga
tua
Yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress ( Mulai
20 Julai 2009).

- MAS 50% penerbangan domestik

- KTM 50% bagi semua kelas

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


- Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT
- Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari
(Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej
komuniti.
- Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (sepenuh masa) meliputi
perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi
pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang
tempoh pengajian.
- Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/ pengajian
jarak jauh) diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000

42
PKP3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian


sahaja.

43

You might also like