You are on page 1of 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS -SELAMAT DATANG GURU BESAR

Mengumumkan perarakan masuk Yang berbahagia , En. Khalil b. Yusuf, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Hosba dan rombongan ke dalam dewan

____________________________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, En. Khalil b, Yusof Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hosba

Tn Hj Mohd akhir b. Abdullah , Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Hosba

Pn Hazalina bt Halim, Penolong kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Hosba

Tetamu-tetamu jemputan ,dan rakan-rakan guru-guru sekalian.

____________________________________________________________________________

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata Selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya jua, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di
dewan ini bagi meraikan Selamat Datang Tuan Guru Besar, Yang Berbahagia. En. Khalil bin
Yusof.

Terbang helang di hujung sarang,


Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan guru besar

Pihak majlis serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Hosba merasa berbesar hati,
mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan Tuan Guru Besar dan semua tetamu
jemputan yang hadir.Semoga dengan kedatangan TuanGuru Besar dapat menyemarakkan lagi
iltizam, memperkuatkan tekad, memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf
Sekolah Kebangsaan Hosba bagai yang dihasratkan mencapai pendidikan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.

____________________________________________________________________________
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di hari nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Sufiuddin bin _______________ bagi
memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan
berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

____________________________________________________________________________

Meneruskan acara,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Akhir Bin
Abdullah, Guru Penolong Hal Ehwal Murid , sekolah Kebangsaan Hosba untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia. Tn Hj Mohd Akhir Bin Abdullah atas ucapan
yang telah disampaikan.

____________________________________________________________________________

Majlis diteruskan dengan menjemput wakil guru dari Sekolah Kebangsaan Tunjang untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil guru dari Sekolah Kebangsaan Tunjang atas ucapan yang
telah disampaikan.

____________________________________________________________________________

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata, daripada yang diraikan. Bagi
maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, En.
Khalil bin Yusof , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hosba untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Demikian tadi, satu penyampaian yang tulus, pengucapan yang telus, percikan kata yang halus
membawa mesej dan makna yang kudus dari yang Berbahagia Tuan Pengetua, pasti
menyelinap ke sanubari warga SMK Permaisuri Nur Zahirah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. En.
Ab Halim bin Hj Hassan

(8)[che faridah]
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada yang
berbahagia Tuan Pengetua dan menyampaikan kalungan bunga terima kasih kepada sekalian
tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis permai pada siang
ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Batu feringgi pantainya indah


Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Para tetamu jemputan dan juga para guru dijemput ke dewan terbuka untuk menikmati juadah
jamuan yang telah disediakan

Sekian, Wassalamualakum wbt.

You might also like