You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM DAN DOKUMENTASI

PELAKSANAAN PROGRAM 1BESTARINET VLE FROG


PERINGKAT SEKOLAH 2016
SMK SERI SETIA, TELUK INTAN

1. NAMA PROGRAM : Pelancaran Program 1 BestariNet Vle Frog


SMK Seri Setia, Teluk Intan.
2. TARIKH : 18 Januari 2016
3. HARI : Isnin
4. TEMPAT : Dataran Perhimpunan SEMESTA
5. RASIONAL : Sekolah di seluruh Malaysia akan
dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform
pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan
Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada
penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi
1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di
Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid
kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan
pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada
semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal
menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang
dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia
ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Oleh itu, JK VLE FROG sekolah telah mengambil
inisiatif untuk memberi pendedahan mengenai apa itu VLE
(Virtual Learning Environment) atau Persekitaran
Pembelajaran; satu sistem pembelajaran berteras laman
web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan
menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional
kepada semua warga SMK Seri Setia, Teluk Intan.

6. MATLAMAT : Melalui program ini, antara matlamatnya ialah :


a. Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai
apa itu 1Bestarinet VLE Frog.
b. Menyediakan warga sekolah untuk menghadapi konsep
maya dalam pendidikan konvensional.
c. Mengalak warga sekolah bersikap positif terhadap
perubahan.
d. Membantu KPM dalam merealisasikan visi 1Bestarinet

7. PENILAIAN PROGRAM :
7.1 Kekuatan Program
Program ini telah berjaya dilancarkan dengan baik dan mendapat
kerjasama yang baik antara guru-guru dan pelajar SMK Seri Setia.

7.2 Kelemahan Program


Program ini perlu didedahkan secara meluas kepada semua pelajar
namun begitu terdapat kekangan dalam penggunaan program ini apabila
ada sesetengah pelajar yang tidak mempunyai internet di rumah. Ini
menyebabkan penyampaian bahan pengajaran tidak dapat sampai
sepenuhnya kepada semua pelajar.

7.3 Langkah-langkah Penambahbaikan/ Cadangan

8. Dokumentasi Bergambar

You might also like