You are on page 1of 1

Kelab Pencinta Alam SMK Teluk Bayu telah menderma 60

kampit beras, 78 botol minyak masak dan 90 botol air mineral


kepada mangsa banjir di sebuah daerah. Semua barang itu
dibahagikan sama rata dalam setiap kotak untuk diberikan
kepada mangsa banjir. Berapakah bilangan kotak yang paling
banyak dapat disediakan? Berapakah bilangan setiap barang
Semasa jamuan berbuka puasa, Mak Jah telah membuat 45 biji
kuih koci, 75 biji kuih tako dan 90 biji karipap. Dia ingin
menghidangkan kuih-muih itu dalam sebilangan pinggan.
Berapakah bilangan maksimum pinggan yang perlu supaya
semua kuih dapat diagihkan sama rata di dalam semua
pinggan? Berapakah bilangan biji kuih di dalam setiap pinggan?
Dalam masa satu hari, Izi Bakery telah menyiapkan 140 biji bun
kelapa, 256 biji bun coklat dan 348 biji bun kaya. Kesemua bun
itu dibahagikan sama rata dalam setiap kotak untuk diagihkan
kepada kedai runcit.Berapakah bilangan maksimum kotak yang
perlu supaya semua bun dapat diagihkan sama rata?
Berapakah bilangan biji bun di dalam setiap kotak?

Nini mempunyai 3 utas riben yang berwarna merah, biru dan


kuning yang panjang riben itu masing-masing ialah 192 cm,
242 cm dan 328 cm. Nini ingin memotong setiap riben tersebut
supaya setiap riben dipotong kepada bilangan bahagian yang
sama dengan tiada riben yang tinggal. Berapakah bilangan
potongan terbanyak yang diperoleh bagi setiap utas riben?
Berapakah bilangan riben berwarna yang telah dipotong ?

Di dalam reban kambing terdapat 27 ekor kibas, 45 ekor biri-


biri dan 60 ekor kambing kacukan.Kambing-kambing itu
kesemuanya hendak dipindahkan ke dalam beberapa buah lori.
Berapakah bilangan maksimum lori yang perlu supaya semua
kambing dapat diagihkan sama rata? Berapakah bilangan ekor
kambing di dalam setiap lori?

Di dalam sebuah kedai buah, terdapat 36 biji durian, 90 biji


kelapa muda dan 108 biji tembikai. Buah-buahan tersebut
hendak dimasukkan ke dalam beberapa buah bakul. Berapakah
bilangan maksimum bakul yang perlu supaya semua buah
dapat diagihkan sama rata? Berapakah bilangan buah di dalam
setiap bakul?

You might also like